MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Assalamualikum wrt.wbh & Selamat Datang

Saya Dr. RIDZUAN BIN AHMAD selaku pensyarah pembimbing anda mengalu-alukan penglibatan dan interaksi para pelajar dalam laman maya ini. Semoga perbincangan yang dilakukan, perkongsian idea dan maklumat yang diutarakan akan dapat memantapkan lagi kefahaman semua pelajar mengenai Penilaian Dalam Pendidikan Islam. Laman maya ini juga diharapkan dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran guru di abad 21. Selain daripada sebahagian daripada usaha ke arah memartabatkan fungsi dan keupayaan guru-guru pendidikan islam selaras dengan perkembangan ICT. Laman dibina sebagai medium interaksi pelajar-pelajar dan pelajar pensyarah. Adalah diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan laman ini untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat bagi memantapkan kefahaman dan kemahiran dalam menghasilkan bentuk-bentuk penilaian yang berkualiti seterusnya dapat  memperkembangkan bakat dan kreativiti anda berkaitan Penilaian Dalam Pendidikan Islam.Sebarang cadangan yang membina amat dialu-alukan dan boleh disalurkan kepada email admin yang tercatat atau melalui personal email drridzuan3190@gmail.com

SELAMAT BERDISKUSI

 

Pemakluman

Mulai tahun 2014, Website ini telah dinaik taraf bagi menyediakan platform penyebaran ilmu secara lebih meluas. Ianya tidak berfokus kepada mata pelajaran yang disampaikan di dalam bilik-bilik kuliah formal semat-mata, malah mencakupi pelbagai demensi keilmuan. Semoga ianya menjadi medium perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua, insyaallah.

News

05/07/2015 10:57

Tugasan Kerja Kursus

Semua pelajar Pengajian Agama Semester 8, anda boleh memuat turun tugasan kerja kursus melalui...
01/07/2015 11:02

DISKUSI DI ATAS TALIAN

Semua pelajar dikehendaki berkongsi pandangan dan pendapat di atas talian berdasarkan soalan-soalan...
10/02/2014 21:57

Panduan pelaksanaan Kerja Kursus PIM 3113 (Penyelidikan Tindakan)

Bagi memantapkan penyediaan kerja kursus PIM 3113, para pelajar digalakkan berbincang dalam ruangan...
13/10/2013 08:52

Online Learning

Hingga ke hari ini 13 Okt 2013, saya mendapati masih ramai para pelajar yg tidak melibatkan diri...
24/07/2013 15:32

Penyediaan dan Penghantaran Kerja Kursus

Setelah menjalani audit dalaman pada minggu ini, pihak auditor mencadangkan agar penghasilan kerja...
10/07/2013 21:51

Selamat Melaksanakan kerja di lapangan PIM 3111

Selaku pensyarah pembimbing saya mengharapkan semua pelajar dapat menjalankan tugasan di lapangan...

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode