Date | 11/11/2013 |
By | Daman Huri bin Abu bakar |
Subject | PIM 3110 |
Pengujian;Menggunakan satu alat (soalan)untuk mengukur tingkahlaku
pengukuran:untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
Penialaian:Satu proses yang dijalankan secara sistematik untuk mengumpul data dan merekod data.
—————
Date | 10/11/2013 |
By | Tengku Asiah |
Subject | PIM 3110 |
Pengujian ialah satu proses untuk menguji sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dalam satu sesi pembelajaran.
Pengukuran ialah satu proses untuk mengukur pencapaian murid dalam pembelajaran secara kuantitatif dan ia juga bertujuan mengesan keberkesanan pengajaran guru.
Penilaian ialah satu proses yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul, menganalisa dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
Pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
—————
Date | 09/11/2013 |
By | FAZILAH BT HANAPIAH |
Subject | PIM 3110 |
pengujian ialah teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
Pengukuran ialah proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.
Penilaian ialah untuk mengesan kebolehan dan tahap kefahaman terhadap kemahiran yang telah diajar.
—————
Date | 07/11/2013 |
By | SHARIMAN BIN MAHAMUD |
Subject | PIM 3110 |
PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar
PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik untuk mengukur pencapaian pelajar yang selalunya dibuat secara bertulis. Objektif pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
—————
Date | 07/11/2013 |
By | khamariah binti Azizan |
Subject | PIM3110 |
1. Pengujian
prosuder untuk mengukur perubahan tingkahlaku. menyediakan satu set soalan untuk murid menjawabnya. semua murid diberi soalan yan sama. skor atau markah yang diperolehi adalah sebagai satu indicator numeric tentang prestasi murid.
2. pengukuran
satu proses utk mendapatkan penjelasan secara numeric untuk menentukan setakat manakah pencapaian individi disukat menggunakan alat.
3. Penilaian
proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan mengintepretasi maklumat perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. bertujuan untuk merancang pengajaran yang berikutnya.
—————
Date | 06/11/2013 |
By | ZAMZANI BINTI RABAIE |
Subject | PIM 3110 |
PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar
PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik untuk mengukur pencapaian pelajar yang selalunya dibuat secara bertulis. Objektif pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
—————
Date | 05/11/2013 |
By | FADHILAH BT HJ. RADZUAN |
Subject | PIM 3110 |
PENGUKURAN : Proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Ianya akan berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti : a) markah mentah, b) peratus markah mentah, c) persentil (peraturan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), d) agregat, e) pangkat @ band
PENTAKSIRAN : Suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri @ atribut yang diperolehi seseorang individu.
PENGUJIAN : Satu proses yang sistematik bagi mengukur sampel tingkahlaku @ perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen.
PENILAIAN : Proses mendapatkan maklumat secara bersistem tentang sesuatu dengan proses memberi nilai @ interpretasi kepada maklumat tersebut. Ianya merangkumi tugas menguji dan mengukur.
Contohnya : - Redza mendapat merkah 96% dalam ujian M3.
- Redza seorang murid yang cemerlang dalam subjek M3.
—————
Date | 05/11/2013 |
By | SHARIFAH BINTI ABU HUSAIN |
Subject | PIM 3110 |
1) Pentaksiran : proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
2) Pengujian : suatu proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab bagi mengukur sampel tingkahlaku pelajar.
3) Penilaian : proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
4) Pengukuran : proses menentukan kuantiti pembelajaran murid dan keberkesanan guru.
—————
Date | 05/11/2013 |
By | NADZIRAH BINTI HAJI ABDULLAH |
Subject | PIM 3110 |
PENGUKURAN- proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran.
PENTAKSIRAN-proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
PENGUJIAN-teknik mengukur perubahan tingkah laku individu.
PENILAIAN-proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
—————
Date | 05/11/2013 |
By | ZUNAIDAH HUSAIN |
Subject | PIM3110 |
Pengukuran: Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran
murid dan keberkesanan pengajaran guru.
Pentaksiran: Proses utk mendapatkan maklumat tentang prestasi
pembelajaran murid dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran.
Pengujian: Teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan
tingkah laku seseorang individu.
Penilaian: Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan
tingkah laku berdasarkan data kuatitatif dan kualitatif.