MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 3: Kemahiran berfikir aras tinggi atau Hiqh Order Thinking (HOT) merupakan suatu anjakan baru dalam pedagogi dan p&p. Catat dan huraikan secara ringkas 3 aktiviti  p&p yang berorentasikan HOT.

Topic: Diskusi 3

Date 11/11/2013
By Daman Huri bin Abu bakar
Subject PIM 3110

Eleman HOTS dalam pendidikan masa kini memang ditekankan.
Contoh Aktiviti:
1.Galakkan murid memberikan pendapat dalam satu-satu tajuk
2.Murid menjana idea dalam bentuk grafik

Date 09/11/2013
By ROHANA HASSAN
Subject PIM3110

Contoh aktiviti HOTS:
1. Guru berikan tajuk.
- Nyatakan kelebihan berwuduk. kaitkan kelebihan berwuduk dengan amalan kehidupan seharian.
2. Murid berbincang dalam kumpulan, mencatat dan membentangkannya.

Date 09/11/2013
By FAZILAH BT. HANAPIAH
Subject PIM 3110

3 aktiviti p&p yang berorentasikan HOT.
Tajuk : As-syakur
1. Menghasilkan buku skrap tentang amalan atau perbuatan bersyukur kepada Allah.
2.Melengkapkan peta minda cara bersyukur kepada Allah.
3.Menghasilkan model pokok kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan kepada manusia.

Date 07/11/2013
By SHARIMAN BIN MAHAMUD
Subject PIM 3110

Assalamualaikum…….

Aktiviti yang difikirkan sesuai ialah:
- Guru hendaklah memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam P&P.
- Memberi peluang murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat.
- Mempelbagaikan strategi.
- Mengemukakan soalan membina, memimpin, terbuka serta menggalakkan penaakulan serta berfikir pada aras tinggi.

3 aktiviti p&p yang berorentasikan kemahiran berfikir aras tinggi ialah :
1) Sebutkan huruf-huruf mad asli?
2) Senaraikan nama-nama malaikat yang ketahui?
3) Nyatakan perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Date 07/11/2013
By khamariah binti Azizan
Subject PIM3110

pada 24. 9. 2013 hingga 27. 9. 2013 saya telah mengikuti kursus di PPDKMY tentang HOTS. ia sememangnya satu topic yang sangat menarik.

Aktiviti PdP berkaitan HOTS:
1. membawa murid bermain ditengah padang dengan murid-murid membawa sebotol air mutlak/mineral pada waktu solat asar. apabila azan berkumandang murid diminta berwuduk dengan air yang ada dan menunaikan solat asar secara berjemaah.
2. kaitkan tajuk Adab Alam Sekitar dengan ayat al-Quran yang berkaitan dengan kejadian matahari, turunnya hujan dari langit dan seluruh makhluk yang bertasbih kepada Allah termasuk gunung ganang dan tumbuh-tumbuhan.
3. membicangkan faedah solat/perlakuan solat dari sudut saintifik. bagaimana perlakuan sujud itu dapat memenuhi ruang kosong pada otak manusia dengan oksigen....

Date 06/11/2013
By ZAMZANI BINTI RABAIE
Subject PIM 3110

BIDANG IBADAH TAHUN 1

murid diminta menyenaraikan air mutlak
meminta murid menerangkan tentang salah satu air mutlak iaitu " salji "

Date 05/11/2013
By SHARIFAH BINTI ABU HUSAIN
Subject PIM 3110

Aktiviti P&P yang berorientasikan HOTs :

Bidang : sirah.
Tajuk : Pembinaan Masjid Quba'

1. Melabelkan gambar-gambar masjid dengan namanya yang sesuai.
2. Menghasilkan buku skrap masjid-masjid terkenal di Malaysia.
3. Menghasilkan grafik senibina masjid masa depan.

Date 05/11/2013
By NADZIRAH BINTI HAJI ABDULLAH
Subject PIM 3110

1-merekacipta model semenanjung tanah arab meliputi mekah dan madinah untuk menunjukkan penghijrahan rasulullah dari mekah ke madinah.
2-melakarkan peta minda tajuk kepentingan solat berjemaah.
3-membina buku skrap tentang bahaya israiliyyat.

Date 05/11/2013
By ZUNAIDAH HUSAIN
Subject PIM3110

Assalamualaikum.
Secara ringkas aktiviti P & P berasaskan HOT.

1.Perbincangan dalam kumpulan.
Banding beza
contoh soalan 1.
Ciri-ciri orang yang berakhlak yang pernah kamu perhatikan dalam kehidupan harian .
Contoh soalan 2. )Contoh-contoh yang anda perhatikan dalam kehidupan yang menunjukkan mereka ini tidak berakhlak
Aktiviti 2. Inkuiri penemuan.
Murid membuat analisis tentang kehidupan manusia yang sentiasa membuat dosa.

Aktiviti 3. Permainan iaitu murid beri teka silang kata atau puzzle mencari perkataan malaikat berserta tugasnya.

Date 05/11/2013
By Norhashimah bt Said
Subject PIM3110

soalan dikemukakan melalui lisan atau tulisan.
1. Klasifikasikan syarat wajib dan syarat sah solat mengikut kategori. (aras aplikasi)
2. Berdasarkan pernyataan di atas, bezakan antara rukun Qauli dan rukun fi’li.(aras analisis)
3. Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut supaya menjaga kebersihan? (aras penilaian)

 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode