MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 3: Kemahiran berfikir aras tinggi atau Hiqh Order Thinking (HOT) merupakan suatu anjakan baru dalam pedagogi dan p&p. Catat dan huraikan secara ringkas 3 aktiviti  p&p yang berorentasikan HOT.

Topic: Diskusi 3

Date 04/11/2013
By Noor Zalina Bt Hamzah
Subject PIM 3110

Aktiviti:
1. Membuat buku skrap
2. Membina replika
3. Melakar peta minda

Date 04/11/2013
By Norhashimah Bt Hashim
Subject PIM 3110

HOT adalah amat dipraktikkan dalam p&p hari ini. Terutamanya dalam KSSR ianya amat dititikberatkan dalam dunia pendidikan hari ini. Contoh HOT dijalankan adalah seperti berikut:
1. Guru memberi soalan
2. Murid diminta berfikir dan mencari maklumat sendiri
3. Kemudian mereka diminta membentang jawapan mengikut pemikiran sendiri

Date 31/10/2013
By JORIYAH BT AHMAD
Subject PIM 3110

Assalamualaikum…….

Aktiviti yang difikirkan sesuai ialah:
- Guru hendaklah memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam P&P.
- Memberi peluang murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat.
- Mempelbagaikan strategi.
- Mengemukakan soalan membina, memimpin, terbuka serta menggalakkan penaakulan serta berfikir pada aras tinggi.

Contoh aktiviti:

1. Guru meminta menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW.
2. Murid diminta menghuraikan keistimewaan salasilah keturunan Nabi Muhammad.
3. Menyatakan kesan keistimewaan salasilah keturunan Nabi Muhammad terhadap kedudukan Nabi dalam masyarakat Arab.



Date 23/10/2013
By NORMA BINTI MOHD ISHAK
Subject PIM 3110

3 aktiviti p&p yang berorentasikan kemahiran berfikir aras tinggi ialah :
1) Sebutkan huruf-huruf mad asli?
2) Senaraikan nama-nama malaikat yang ketahui?
3) Nyatakan perkara-perkara yang membatalkan puasa?





4)Bincangkan kepentingan penilaian dalam proses p&p.
Kepentingan penilaian dalam proses p&p ialah :
1)Mendorong dan menggerakkan murid supaya belajar bersungguh-sungguh .
2)Mendorong murid supaya membuat ulangkaji terhadap pelajaran yang diajar.
3)Mencari puncak kekuatan dan kelemahan murid dalam pengajaran . Murid yang pintar diberi pengayaan sementara murid yang lemah diberi pemulihan.
4.Mendapatkan maklum balas supaya guru supaya guru dapat mengajar atau pengajarannya agar menjadi lebih berkesan .
5.Mengetahui pengetahuan lampau yang telah dikuasai oleh murid untuk memudahkan guru merancang pembelanjaran selanjutnya.

Date 20/10/2013
By Tengku Asiah
Subject PIM 31010

Antara aktiviti HOT :
1. Murid diminta memberi pandangan tentang faedah berwudhuk.
- Aras Penilaian
2. Catatkan masalah, murid berikan pendapat tentang sesuatu
pernyataan. - Aras Aplikasi
3. Murid menyusun perlakuan amali wudhuk mengikut susunan.
- Aras Analisis.

Date 16/10/2013
By KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ZAIN
Subject PIM3110

COTOH AKTIVITI HOT
MENYATAKAN HIKMAH DARIPADA MENUTUP AURAT. MENGAITKAN DENGAN GEJALA SOSIAL SEMASA SECARA SUMBANG SARAN.

Date 15/10/2013
By HAMIMI WATI BINTI ABU HASAN
Subject PIM3110

Contoh aktiviti yang sesuai ialah:
1. Memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam PdP.
2. Memberi peluang murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat.
3 .Mempelbagaikan strategi.
4 .Mengemukakan soalan membina, memimpin, terbuka serta menggalakkan penaakulan serta berfikir pada aras tinggi.

Date 07/10/2013
By sharifah nadzifah @ sh. safaa bt syed noh
Subject pim 3110

rekacipta model seperti model kaabah atau masjid dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.
menghasilkan buku skrap masjid-masjid yang terdapat d malaysia atau nusantara.
melakarkan peta minda bagi syarat wajib solat dan syarat sah solat.
.

Date 06/10/2013
By Norazalina Bt.Mat Zen
Subject Re:PIM 3110

Assalamualaikum.....

Contoh aktiviti yang difikirkan sesuai :

•menyoal bagi mencungkil idea murid
•Memotivasi murid
•menekankan aktiviti hands-on
•mengubah jenis tugasan
•mentaksir untuk pembelajaran
•berkomunikasi secara berkesan


Date 05/10/2013
By NORAINI BINTI OMAR
Subject Pim 3110

SAYA INGIN KONGSI KURSUS KSSR TAHUN 4



BANYAK AKTIVITI BOLEH KITA BUAT CONTOH:
1.Apakah persamaan dan perbezaan perjanjian aqabah 1 dan 2.
kita suruh murid isi peta buih berganda yang kita sediakan atau boleh suruh murid buat sendiri dalam kumpulan lepastu bentangkan hasil.
2.Paparkan gambar berkaitan tajuk contoh:adab menghormati tetamu.
minta murid menganalisis gambar tersebut dan merumuskan aktiviti dalam gambar mengikut persepsi mereka.

sebenarnya murid kita memang suka memberi pendapat mereka cuma kadang-kadang kita kurang memberi ruang kepada mereka.






 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode