Setelah menjalani audit dalaman pada minggu ini, pihak auditor mencadangkan agar penghasilan kerja kursus disediakan secara individu. Ekoran dari itu, walaupun tugasan dan perbincangan boleh dilakukan secara berkumpulan namun penghasilan dan penghantaran kerja kursus hendaklah dilaksanakan secara individu. Makluman ini berkuatkuasa kepada semua kursus yang berada di bawah penyelarasan saya iaitu PPG dan PISMP. Harap dapat dipanjangkan kepada semua rakan-rakan.