MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Anjung Ilmuan

Ruangan ini disediakan untuk para pelajar berkongsi idea, pendapat dan maklum balas berpandukan soalan-soalan ransangan yang disediakan. Setiap pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam forum yang disediakan. Markah tambahan akan diperuntukkan kepada para pelajar yang terlibat secara aktif dan menyumbang idea dan maklumat yang bernas untuk rakan-rakan pelajar. Selamat berdiskusi.

Isu 1: Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik bagi mencontohi Rasulullah dan para sahabat dalam aspek cara mendidik.

Date 22/10/2013
By mohamad radzi b. abd rahim
Subject mencontohi rasulullah dalam mendidik adalah perkara yang terbaik dalam kalangan pendidk!!

kita kena yakin bahawa rasulullah adalah contoh teladan terbaik. kita boleh rujuk surah al-Ahzab ayat 21 yang mana maksudnya lebih kurang begini, rasulullah itu suri teladan yang baik. Allah swt sendiri telah menjamin akhlak rasulullah adalah yang terbaik.

jadi, la budda, bagi seorang pendidik harus untuk tahu banyak hadis rasulullah tentang akhlak dan bagaimana rasulullah mendidk manusia. kita semua sedia maklum bahawa nabi suap makanan kepada seorang buta yang sentiasa memaki baginda. sehingga nabi wafat tugas ini disambung oleh saidina abu bakar, tetapi orang buta itu tahu cara disuap makanan bukan orang yang selalu menyuapnya. akhirnya abu bakar memberitahu dia bahawa yang selaku menyuap dia ialah nabi muhammad saw yang sudah pun wafat.menangislah si buta itu dan dengan segera sia memeluk islam. di sini kita dapat lihat bagaimana cara didikan rasulullah itu sendiri.

maka langkah yang paling penting bagi seorang pendidik ialah mesti kembali kepada sirah nabawiyyah. dalam kitab syamail muhammadiah, ibnu hisyam ada menceritakan bahawa kita kena kembali kepada hadis2 nabi yang mnceritakan akhlah rasulullah, kemudian terapkan kepada anak didik kita.

sarjana barat juga meletakkan rasulullah saw sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah. michael hart menulis dalam bukunya 100 orang pling berpengaruh dalam sejarah dunia.

kesimpulannya kita kena kembali kepada sirah rasulullah untuk menjadi pendidik yang terbaik.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject GURU SEPANJANG ZAMAN

RASULULLAH SAW SEBAGAI PENDIDIK

Manusia pertama dalam Islam yang bekerja sebagai pendidik adalah Rasulullah saw.

Di dalam Al-Qur'an banyak ayat yang menjelaskan fungsi pendidik seperti di dalam ayat-ayat berikut :

"Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata." (QS Ali Imran : 164)

"Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta buruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (as-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata". (QS Al Jumu'ah : 2)

Di dalam surah Al-Baqarah, Allah swt berfirman :

"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui." (QS Al Baqarah : 151)

Dalam ayat di atas, adalah jelas bahwa Rasulullah saw diutus kepada ummatnya sebagai pendidik (kama arsalna fikum rasulan minkum).
Selain itu, baginda dalam melaksanakan fungsi pendidikan telah dibekalkan dengan kurikulum dan penguasaannya yang benar dan utuh (yatlu `alaikum ayatina).
TUGAS PENDIDIKAN BUKAN MUDAH
Sudah menjadi tugas dan kewajiban seorang guru untuk menjadikan anak-anak didiknya menjadi peribadi yang berjaya dan juga berdikari dalam segala hal di dalam kehidupannya, termasuk juga menanamkan nilai-nilai kebaikan kepada anak didik mereka.

Perkara ini bukanlah persoalan yang mudah bagi seorang pendidik untuk dapat mencapai matlamat yang digariskan di atas kerana ia memerlukan :
a. Kerja keras.
b. Kesabaran.
c. Strategi.
d. Contoh tauladan yang terbaik.
Menanamkan kebiasaan yang baik kepada anak didik haruslah dengan contoh-contoh yang realistik yang kemudiannya boleh dilihat oleh anak didik secara "real" dengan mata kepala mereka sendiri.

Sebagai contoh, suasana anak didik yang suka berteriak dan meninggikan suara di sekolah, boleh jadi kerana mereka biasa ditengking dirumahnya oleh ibu bapanya, orang-orang yang mengasuhnya ataupun juga teman-teman sepermainannya.
Banyak lagi contoh dan peristiwa yang mungkin kita temui dalam kehidupan seharian kita tentang ketidakbaikan yang dilakukan oleh anak didik adalah disebabkan oleh keburukan yang ditunjukkan oleh orang dewasa ataupun teman sepermainan yang ada di sekitarnya.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Ada beberapa perkara yang mesti kita perhatikan ketika kita ingin menanamkan kebiasaan-kebiasaan yang baik terhadap anak didik kita iaitu :

PERTAMA : BERIKAN QUDWAH ATAU CONTOH YANG BAIK TERHADAP MEREKA

Sudah pasti, menjadi seorang guru memerlukan keupayaan seseorang untuk dapat memberikan qudwah atau contoh yang terbaik terhadap anak-anak didiknya.
Mana mungkin pelajar yang kita didik akan menjadi peribadi yang baik jikalau kita sebagai seorang guru tidak memberikan contoh dan tauladan yang baik terhadap mereka.

Banyak perkara yang kemudian boleh kita lihat di dalam realiti dan keadaan pendidikan kita ketika ini, manakala seorang guru hanya mengajarkan perkara-perkara yang bersifat teori semata-mata ataupun penyampaian bahan sahaja tetapi tidak mendorong pelajar dari sudut pendidikan yang lainnya seperti tingkah lakunya, motivasinya dan lain-lain.

Kita tidak seharusnya mudah merasa bangga ketika anak didik kita berjaya di dalam bidang akademik mereka akan tetapi di sisi yang lainnya mereka tidak cerdas bahkan terkebelakang dari segi :
1. Moral.
2. Tingkah laku.
3. Cara berfikir.
dan hal-hal yang lainnya.
Hal ini boleh berlaku mungkin disebabkan oleh ketidakpedulian kita terhadap perkara-perkara baik yang seharusnya kita contohkan kepada anak-anak didik kita.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject GURU SEPANJANG ZAMAN

Seorang murid hendaklah:
Taat kepada guru
Menjaga adab dengan guru
Berkhidmat kepada guru – dikatakan murid yang hebat ialah murid yang banyak mendoakan gurunya. Dikatakan bahawa Imam Hambal banyak mendoakan gurunya iaitu Imam Syafie. Setelah Imam Syafie meninggal sekalipun
Manfaat bagi murid yang baik dengan guru: Mendapat ilmu, akhlak, ibadat dan mewarisi rohani gurunya.

Ilmu yang diperolehi perlu diamalkan. Apabila sudah berilmu lebih daripada guru, jangan pula memandang rendah pada guru sebelum ini. Antara akhlak terburuk seorang murid ialah memandang rendah pada gurunya.

Guru perlu juga mendoakan dan menyayangi anak muridnya. Lebih-lebih lagi kepada anak murid yang lemah pencapaiannya. Dengan ilmu yang diperolehi, kita perlu mentarbiyyah orang yang lebih dekat dengan kita dahulu iaitu keluarga kita.

Dalam kisah perang Uhud, Nabi SAW berpesan kepada pasukan pemanah agar tidak turun bukit. Tetapi apabila melihat harta ditinggalkan musuh, mereka lupa akan pesan Nabi SAW dan turun juga dan menyebabkan kekalahan pihak Islam. Allah SWT kemudian berfirman agar Nabi SAW tidak marah dan berlembut kepada mereka dan juga meminta keampunan atas kesalahan mereka.
Disini juga saya sertakan beberapa kisah yang dapat kita teladani untuk menjadi guru Pendidikan Islam yang berakhlak serta berjaya kelak.Sekadar renungan dan iktibar…….
Suatu hari, seorang Badawi masuk ke masjib Nabawi dan kencing di dalamnya. Melihatnya sahabat marah dan ingin menghalau Badawi itu keluar, tetapi baginda SAW melarangnya. Baginda membiarkan dan setelah Badawi itu selesai barulah Baginda SAW menegur yang perbuatan itu salah dan diminta dia tidak mengulanginya. Nabi SAW tidak akan marah kepada orang yang tidak tahu, bahkan Nabi SAW menunjukkan pula cara membersihkan masjid daripada najis. Badawi itu pun berjanji tidak akan mengulanginya. Ada 4 formula mentarbiyyah anak murid:
Tarbiyyah melalui akal – Jika ditahfiz akan diajar melalui hafalan, perbahasan dan kerja rumah
Tarbiyyah melalui jasmani – jikalau pendidikan pondok dahulu, anak murid akan berkhidmat kepada guru sebagai bentuk tarbiyyah jasmani. Ini penting kerana kata Ulama, akal yang sejahtera berada pada badan yang sihat
Tarbiyyah melalui akhlak (nafsu) yang baik
Tarbiyyah rohani – Guru perlu juga solat berjemaah bersama anak murid
Gabungan ini semua akan dapat mengubah anak murid menjadi lebih baik, in sha Allah.
Disamping itu, Nabi SAW sememangnya contoh yang terbaik. Nabi SAW bersabda, “Mulakan dengan diri kamu dahulu!”. Oleh itu, jika ingin suruh anak murid solat, guru mesti solat dahulu. Kata ulama untuk mendapat kejayaan perlu ada 3 kesungguhan – iaitu daripada ibu bapa, pelajar itu dan guru. Hikmah bermaksud ilmu yang mendalam dan diajar dengan cara yang bijaksana. Contohnya seorang datang kepada Nabi SAW dan berkata dia suka berzina. Lalu Nabi SAW bertanya adakah dia suka jika isterinya, ibunya, anaknya atau saudara perempuannya dizinai orang. Sahabat itu tersedar dan tidak mahu berzina lagi. Nabi SAW mengajar dengan bijaksana dan akan tegas dalam hal yang memerlukan ketegasan. Antara cara yang Nabi SAW gunakan ialah:
Nabi SAW menjelaskan dengan suara yang jelas dan memberi peluang anak murid bertanya jika ada yang tidak jelas.
Adakalanya Nabi SAW juga membawa ‘alat bantuan mengajar’ untuk menarik perhatian murid. Contohnya, pernah sekali Nabi SAW membawa sebatang kayu dan menggariskan dan mengatakan “Inilah jalan yang lurus”.
Nabi SAW juga banyak mengajar melalui bercerita
Memberi kasih-sayang kepada anak murid seperti menyayangi anak sendiri dan memberi peluang mereka mengadu sekiranya menghadapi masalah.

Date 22/10/2013
By Mohamad Radzi bin Abd Rahim
Subject langkah2 mendidik mengikut cara nabi dan sahabat

bismillah...assalamualikum...

rasulullah dan para sahabat mengaplikasikan banyak cara dalam mendidik seperti mana telah diceritakan dalam kitab sirah nabi dan sahabat. antaranya ialah mendidik dengan sabar, ikhlas dan berkasih sayang.

bagi seorang pendidik, haruslah mempunyai sifat sabar yang tinggi. sabar dalam menyampaikan ilmu seperti mana guru-guru kita dahulu sabar mencurahkan ilmu kepada kita. paling utama dalam mendidik ialah ikhlas kerana tanpa ikhlas, sebarang pekerjaan kita seolah-olah menjadi sia-sia. seorang pendidik juga perlu berkasih sayang dan tidak menzalimi pelajar yakni berat sebelah kepada pelajar tertentu sahaja.seperti yang kita sedia maklum perbuatan berat sebelah itu sendiri kita sebagai orang dewasa tidak suka akannya , apatah lagi kepada para pelajar, mereka akan membenci kita dan proses mendidik tidak akan berlaku dengan baik dan lancar.

jadi, para pendidik harus cakna dengan tiga perkara utama ini dalam mendidk. demikianlah pendapat saya tentang cara mendidik mengikut cara rasulullah dan para sahabat.

wallahu a'alam....

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject Re: langkah2 mendidik mengikut cara nabi dan sahabat

Saya bersetuju dengan pandangan saudara radzi tentang pengaplikasian dalam mendidik pelajar.Bagi saya sifat sabar itu merupakan aspek yang paling penting dalam memahami dan mendalami disamping membekalkan ilmu kepada pelajar.Guru perlu sabar dalam semua perkara.Ini adalah kerana pelajar itu seperti kain putih dan gurulah yang akan mencorakkan pelajar itu sendiri.Jadi guru perlu menunjukkan sikap yang baik kerana guru merupakan role model kepada setiap pelajar.

wallahu a'alam

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject GURU SEPANJANG ZAMAN

Salam…
Sebelum saya mengutarakan pandangan beserta beberapa fakta yang lain suka disini saya mengajak para pembaca untuk berselawat terlebih dahulu ke atas baginda,Rasulluah S.A.W.
Dalam surah Al-Imran, ayat 31:
Sesiapa yang mengikuti Nabi SAW, dia juga akan dicintai Allah Ta’ala dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Kita perlu banyakkan berdoa agar dapat mencontohi Nabi SAW dan banyakkan juga berselawat.

Jika tidak dikenalkan, kita takkan mengenal Allah. Oleh itu, Nabi diutuskan untuk menjadi guru dan mengajar manusia. Rasul SAW diutuskan untuk mengenalkan tentang Allah. Tiga perkara besar yang dibawa oleh Nabi SAW ialah:
Membacakan ayat-ayat Allah – mengenalkan Allah kepada Allah dengan mengajar tauhid kepada Allah
Membersihkan mereka daripada iqtikad yang sesat
Mengajarkan kitab Al-Quran - pengetahuan tentang Allah, hikmah dan syariat yang ada didalamnya.
Nabi SAW mengajar dan mendidik para sahabat. Nabi SAW juga menunjukkan contoh dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu layaklah Nabi SAW dipanggil sebagai guru sepanjang zaman. Nabi SAW juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Nabi SAW mendidik para sahabat sehingga menjadi golongan yang berjaya. Sebelum mengajar, seseorang perlu menuntut ilmu terlebih dahulu. Seorang guru mendidik seseorang daripada yang tidak tahu kepada yang tahu, mengubah akhlak daripada yang tidak elok kepada yang elok. Contohnya, Sy. Umar Al-Khattab sebelum Islam adalah seorang yang keras dan kasar, tetapi setelah pengislamnnya, beliau kerap menangis.

Jadi, bagaimana cara untuk seorang guru mendidik? Antaranya ialah:
Guru juga mestilah memberikan teladan yang baik, jangan pula guru buat sebaliknya daripada apa yang dikata.
Menyampaikan ilmu dengan bijaksana (ahli dalam bidangnya)
Berjaya mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain.
Guru yang berjaya bukanlah guru yang mendapat sanjungan semata-mata, tetapi ialah guru yang berjaya mengubah anak muridnya kepada akhlak yang lebih baik. Rasulullah mengajar tentang tauhid kepada Allah dan akhlak yang baik. Baginda Nabi SAW tidak pernah mengherdik sesiapa dalam mendidik. Sebagai guru terbaik, baginda SAW merupakan teladan sepanjang masa. Golongan sahabat menjadi hebat kerana memiliki guru yang hebat iaitu Baginda Nabi SAW. Oleh itu, sekiranya anak murid itu gagal, kegagalan itu bukan semata-mata kegagalan anak itu sendiri.

Date 22/10/2013
By mohd khairul anuar bin sahimi
Subject rasulullah s.a.w dlam mendidik: mengenal tujuan utama

terdapat pelbagai langkah yang perlu dilakukan dalam mencontohi rasulullah dlm mendidik. namun begitu, yang paling penting, guru perlu mengetahui tujuan utama pendidikan sepertimana digariskn oleh baginda s.a.w dan diikuti sahabat.
aspek yang lebih ditekankan oleh rasulullah ialah Pembangunan Insan. Malah, ia menjadi dasar pendidikan yang pertama dan utama sekali diambil perhatian oleh Rasulullah SAW sebelum Pembangunan Material.

Ringkasnya, individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah perlu diubah terlebih dahulu kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah, sebelum digerakkan untuk menjalani sistem hidup Islam sepenuhnya.

Matlamat Pembangunan Insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia dan dunia amnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnahan.

Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan, tetapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya. Itu baharulah bertepatan dengan gelaran – hamba dan khalifah ALLAH yang sesifat sejagat!.
Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya mengubah fikiran, jiwa dan fizikal manusia sehingga berjaya mencetuskan zaman kegemilangan tamaddun manusia.

Itulah rahsia kejayaan Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh, dan membina sebuah negara yang cukup indah sehingga mendapat pujian ALLAH dengan firman-Nya; Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (As Saba’: 15)

perlu bagi guru merujuk kepada kitab muktabar dan para ulama dalam mengenal cara mendidik rasulullah agar pemerolehan adalah bernas dan berkesan.

Date 22/10/2013
By mohamad radzi bin abd rahim
Subject Re: rasulullah s.a.w dlam mendidik: mengenal tujuan utama

saya sangat setuju dengan perkara yang diutarakan oleh saudara anuar...apa2 pun kita kena kembali kepada sirah rasululllah saw....baru hidup kita akan diberkati dalam segenap aspek termasuk mendidik anak bangsa.

Date 22/10/2013
By siti syazwani binti mohd said
Subject tanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada murid-murid.

Assaamualaikum dan hye!
Jumpa lagi ya kita..
Haaa… kt cni nk kongsi ckit cara mendidik anak-anak murid kita terutamanya yang berumur 7-12 tahun (pelajar sekolah rendah)
Umur anak-anak 7-12 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anakmurid kita akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam didikan agama. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

Date 22/10/2013
By siti syazwani binti mohd said
Subject memberi ganjaran kepada pelajar

assalamualaikum dan hye!
sebagai perkongsian,
Salah satu cara mendidik pelajar mengikut cara Rasulullah ialah menawarkan ganjaran supaya murid-murid bersemangat untuk belajar.
Rasulullah senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kadang beliau memangku mereka. Beliau menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari putra-putra pamannya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata, “ Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah).”merekapun berlumba-lumba menuju beliau, kemudian duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode