MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Anjung Ilmuan

Ruangan ini disediakan untuk para pelajar berkongsi idea, pendapat dan maklum balas berpandukan soalan-soalan ransangan yang disediakan. Setiap pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam forum yang disediakan. Markah tambahan akan diperuntukkan kepada para pelajar yang terlibat secara aktif dan menyumbang idea dan maklumat yang bernas untuk rakan-rakan pelajar. Selamat berdiskusi.

Isu 1: Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik bagi mencontohi Rasulullah dan para sahabat dalam aspek cara mendidik.

Date 29/09/2013
By Normaziah Mohamad Ramli
Subject Rasulullah dan sahabat :: Idola kepada pendidik

Assalamualaikum..pada pandangan sy, banyak perkara yang boleh kita contohi daripada Rasulullah dan sahabat dalam mendidik. Antaranya ialah mendidik melalui qudwah hasanah. Sabda Rasulullah saw bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik"

Allah SWT telah memuji akhlak baginda. FirmanNya yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Al-Qalam: 4).

berdasarkan firman Allah dan sabda Nabi di atas, jelas menunjukkan kepada kita Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan dan akhlak baginda juga adalah sebaik-baik akhlak. jadi di sini, antara cara mendidik yang berkesan adalah melalui qudwah hasanah ataupun contoh yang baik. cuba kita bayangkan bagaimana seseorang pendidik itu ingin mendidik dan membentuk murid sedangkan dirinya sendiri tidak dibentuk dengan baik? sama-sama kita muhasabah diri. sebagai seorang guru, kita mestilah menghiasi diri dengan akhlak dan peribadi yang baik. apabila murid melihat susuk tubuh guru yang mengajar mereka itu mempunyai akhlak yang baik, maka dengan cara itu mereka secara tidak langsung akan dapat mengikut perlakuan baik yang dilakukan oleh guru. contohnya, apabila murid melihat guru mereka mengutip sampah di jalan dan memasukkannya ke dalam tong sampah, secara automatiknya murid tersebut akan berfikir bahawa perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat adalah salah dan sebaik-baiknya adalah membuang ke dalam tong sampah seperti mana yang dilakukan oleh guru sebentar tadi. jadi, pada masa akan datang murid tersebut tidak akan membuang sampah di merata-rata malah dia juga akan memasukkan sampah yang dibuang ke tempat yang betul iaitu di dalam tong sampah.
dengan cara ini, murid akan dapat dididik dengan cara tidak langsung iaitu dengan pemerhatian dan mencontohi perlakuan yang ditunjukkan oleh guru. murid-murid juga akan lebih menghormati guru sekiranya guru tersebut mempunyai peribadi yang baik dan disukai.

Date 26/09/2013
By Nor Najihah bt Zainudin
Subject Assalamualaikum

Surah Luqman ayat 17

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan yang penting."

Dalam pemerhatian saya yang kerdil ini, saya melihat Luqman al Hakim memberikan contoh yang baik kepada kita melalui nasihatnya kepada anaknya. Antara yang boleh kita ambil daripada intisari ayat al Quran ini untuk mendidik dan menjadi pendidik seperti Luqman adalah seperti berikut :

1.
Memanggil dengan panggilan yang baik kepada murid-murid sebelum memulakan didikan. Menyebut dan memanggil nama murid memberi kesan yang positif kepada murid kerana mereka rasa diberi perhatian oleh guru mereka. Itulah cara Luqman al Hakim mendidik anak dengan memanggil anaknya dengan penuh kasih sayang. Maka, wajar seorang pendidik mengingati nama murid supaya mereka rasa dihargai.

2.
Luqman al Hakim mendidik anaknya dengan menasihati anaknya supaya solat terlebih dahulu. Hal ini kerana keimanan dan ketaqwaan dalam diri individu itu terlebih dahulu amat penting. Begitulah yang kita kena terapkan dalam pendidikan murid-murid. Biar mereka terlebih dahulu menjadi hamba Allah yang sempurna.

3.
Seterusnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya supaya berdakwah dengan orang sekelilingnya. "Suruhlah buat kebaikan dan laranglah daripada melakukan perkara mungkar" merupakan intisari nasihat Luqman. Pendidik juga perlu mendidik murid supaya mereka berdakwah kepada rakan-rakan mereka. Ajarkan kepada mereka tentang dakwah di usia muda serta aplikasikan realiti dakwah di bangku sekolah lagi.

3.
Luqman juga mengajarkan anaknya tentang kesabaran. Pendidik perlu menerapkan elemen sabar kepada murid-murid. Ajar murid-murid tidak berlari tatkala loceng pulang dari sekolah berbunyi. Itulah sabar. Ajar murid supaya sabar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Tambahan lagi, murid-murid di bangku sekolah amat gemar bergaduh dengan rakan-rakan hingga menimbulkan pergaduhan dan insiden tumbuk menumbuk, tendang menendang serta sebagainya. Justeru, sabar merupakan perkara penting yang perlu diterapkan kepada murid-murid.

4.
Akhir sekali, rumuskan setiap apa yang disampaikan samada yang disampaikan itu arahan, nasihat, dendaan atau hukuman supaya murid-murid dapt membuat kesimpulan daripada tindakan yang dilakukan oleh guru. Begitulah Luqman al Hakim merumuskan nasihat yang dilakukannya dengan mengatakan ,"semua nasihat itu adalah termasuk dalam urusan yang penting."

Wallahualam.

mohon respon dan penambahbaikan.



Date 21/07/2013
By Amir hamzah Bin Mohamad
Subject niat

assalamualaikum, bg pendapat sy..antara langkah yg perlu pendidik laksanakan dlm mencontohi rasulullah dan para sahabat dalam cara mendidik ialah mendidik dengan ikhlas dan kasih sayang..samada didikan secara keras atau lembut, itu bergantung kepada keadaan serta mad'u..wallahua'lam.

Date 07/10/2013
By Nurul Afiqah binti Alias
Subject Re: niat

Saya sangat bersetuju dengan pendapat anda Amir Hamzah.

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan bukan sahaja kepada pendidik bagi mencontohi Rasulullah dan para sahabat dalam cara mendidik, malah dalam melakukan apa-apa amal ibadah sekalipun adalah niat. Niat merupakan perkara asas serta tunjang utama dalam setiap amal ibadah dalam menentukan sama ada sesuatu amalan itu diberi ganjaran pahala atau sebaliknya.

Niat yang ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah sangat dituntut sungguhpun memang diakui, sebagai manusia biasa, melakukan amal kebajikan serta amal ibadah dengan penuh keikhlasan merupakan satu cabaran yang amat besar bagi setiap individu. Sebagai manusia normal, kita tidak akan pernah mampu untuk mengukur hati serta tahap keikhlasan dalam diri sendiri apatah lagi diri seseorang yang lain dalam melakukan amal ibadah atau kebajikan, kerana keikhlasan itu sendiri bagaikan ‘melihat semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang gelap lagi hitam pekat’.

Namun begitu, melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan sangat dituntut dalam Islam kerana hanya amal ibadah yang dilakukan dengan penuh keikhlasan sahaja yang akan diterima oleh Allah. Hal tersebut telah dijelaskan dengan terperinci melalui sebuah hadith Rasulullah,

“Sesungguhnya Allah tidak akan melihat wajah-wajah kamu, tidak juga kepada harta benda kamu, sebaliknya Allah hanya melihat dan menilai hati kamu dan juga amalan-amalan yang kamu lakukan…”

Jika seorang pendidik tidak ikhlas mendidik kerana Allah SWT, sudah pastinya pendidik tersebut tidak akan mendidik dengan didikan yang terbaik. Mereka hanya akan mendidik sambil lewa sahaja tanpa mendidik dengan penuh kasih sayang. Bahkan, mereka langsung tidak menitikberatkan sosioemosi murid-murid. Apa yang lebih membimbangkan, terdapat juga segelintir golongan pendidik yang hanya akan mengajar dan mendidik jika diberi habuan. Jika mereka tidak mendapat habuan tersebut, mereka tidak akan mengajar secara bersungguh-sungguh. Perkara tersebut seharusnya tidak berlaku.

Maka, apa yang dapat disimpulkan di sini, sebagai seorang pendidik yang mencontohi cara Rasulullah dan para sahabat mendidik, perkara asas yang perlu diberi perhatian adalah niat. Justeru, marilah sama-sama kita reset minda dan recheck kembali hati kita..Moga2 dengan niat ikhlas dalam menyampaikan ilmu akan mendatangkan manfaat kepada kita di akhirat kelak..

Wallahu'alam..sekadar perkongsian pendapat..mohon kemaafan andai ada salah dan silap..

Date 10/07/2013
By Mohd Syafiq Shamsuddin
Subject Rasulullah Contoh Teladan Dalam Pendidikan Sepanjang Zaman

Sahsiah dalam Islam lebih merujuk kepada akhlak Islamiah yang berpaksikan keperibadian dan amalan Rasullah s.a.w. sebagai contoh utama sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab : 21 yang beermaksud “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullah s.a.w. contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
Maka seorang guru, khususnya “ Guru Pendidikan Islam ” yang lebih dikenali dalam masyarakat kini sebagai “ Guru Agama ” atau “ Ustaz ” perlu memperbaiki keperibadian yang boleh diteladani oleh murid-muridnya.
Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi yang moden/pasca moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyank kajian yang dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajran mereka.
Para sarjana pendidikan Islam telah mengemukakan berbagai-bagai sifat yang perlu dimiliki oleh guru pendidikan Islam khususnya dan kepada guru-guru amnya. Sifat-sifat tersebut adalah saling melengkapi. Ini menunjukkan guru perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang mulia di sisi agama Islam. Ciri-ciri guru yang baik dalam konteks profesionalnya sebagai seorang guru muslim adalah tidak terlepas daripada ibadat. Di antara sarjana pendidikan Islam terkemuka ialah AsSyaibani Omar Muhamad al-Tourmy (1979). Beliau telah menggariskan sifat dan ciri seorang guru muslim ( khususnya guru Pendidikan Islam-Penulis) seperti berikut:
(a) Sifat Rohaniah
1. Keimanan yang kental kepada Allah yang Maha sempurna.
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul.
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

(b) Sifat-sifat Akhlak
1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan tolenrasi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah.

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani
i.Sifat Mental
1. Cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata murid dan takhasus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah dan ilmiah yang sihat
5. Mengenai ciri, watak, kecendungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan
1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat
iii. Sifat Fizikal
1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih.

Date 19/08/2013
By Dr Ridzuan
Subject Re: Rasulullah Contoh Teladan Dalam Pendidikan Sepanjang Zaman

Good sharing n TQ

Date 21/10/2013
By Farhatul Safri
Subject Re: Rasulullah Contoh Teladan Dalam Pendidikan Sepanjang Zaman

SubhanALLAH mantap, ahsanta! =)

Date 04/07/2013
By solihin
Subject assalamualaikum..

pada pandangan saya..langkah2 asas yang perlu ada dalam diri seorang pendidik bagi mencontohi Rasululluah SAW dan para sahabat r.a adalah dengan menyusuri perjalanan kehidupan yakni sirah Rasulullah SAW dan para sahabat r.a..fahami dahulu kisah2 dan cerita2 di dalam sirah tersebut sebelum melangkah ke bidang yang lebih jauh..

Date 04/07/2013
By muhammad b. maliki
Subject Assalamualaikum wbt.

pada pndgn sy, seorg pndidik trlbih dhulu prlu mengetahui & memahami keperibadian Rasulullah saw & para sahabat baginda dlm segenap aspek. kmudian pndidik prlu mngetahui kaedah pentarbiahan & didikan yg dlakukn oleh Rasulullah saw & pra shbt. secara ringkas & peringkatnya adalah sperti berikut:

1. melengkapkn diri dgn ilmu & akhlak sbgi pndidik/daie.
2. mengetahui & mmhami kaedah & sistem pntarbiahan yg dlakukn oleh Nabi Muhammad saw.
3. mngenali sasaran/mad'u dgn terperinci.

sekadar itu sahaja dari ana. mungkin rakan2 lain boleh berkongsi pndgn yg lbih mnarik. sekian.

Date 04/07/2013
By solihin
Subject Re: Assalamualaikum wbt.

syukran..perkongsian yang bermanfaat..teruskan usaha..

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode