MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 3 : Berpandukan ayat 2 surah al-Jum`ah, buat satu analisa tentang fungsi dan peranan sebagai guru serta bincangkan kaedah yang bersesuaian bagi menjayakan tugas guru berkenaan.

Topic: Diskusi 3

Date 19/10/2013
By ABU BAKAR ABDULLAH
Subject Rasulullah sebagai pendidik

Assalamualaikum,

Berdasarkan ayat 2 surah al jum'ah,di sini saya dapat simpulkan bahawa antara tugas baginda Nabi Muhammad SAW adalah sebagai seorang muallim, muaddib, murabbi dan juga mursyid. Sabda Nabi:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak."

Seperti yang kita sedia maklum, memang sudah menjadi tugas guru untuk mendidik anak muridnya untuk menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia. Akan tetapi pernahkan kita terfikir apakah selama ini cara didikan yang kita guna selama ini di sekolah betul dan berteraskan sunnah.

Jadi di sini saya nak kongsi sedikit buah fikiran saya tentang cara Rasulullah mendidik.

Pertamanya ialah Rasulullah tidk pernah menggunakan kekerasan dalam mendidik. Kita juga seringkali dengar kisah seorang arab badwi yg membuang air kecil dalam masjid nabawi..apa tindakan Rasulullah? adakan baginda memukul arab tersebut?..jawabnya Rasulullah meminta agar para sahabat tidak memukul arab tersebut lalu baginda menasihati arab tersebut dan mengajarkannya adab dalam masjid.

Keduanya ialah apabila mendidik atau bercakap dengan seseorang, baginda akan menghadap orang tersebut keseluruhan badan baginda sebagai tanda hormat dan baginda juga akan melihat mata orang yang sedang bercakap dengannya. Hal ini adalah sebagai menghormati orang yang sedang berbual dengan kita dan secara psikologinya, orang tersebut akan berasa dihargai. Begitu juga murid kita, apabila ingin bertanya atau bercakap dgn seseorang murid maka renung wajahnya dan bercaka menggunakan bahasa yang baik.

Ketiganya..saya tinggalkan buat rakan2 menjawabnya..( x boleh tulis bnyak2 internet slow susah nak upload)

Sekian,

Date 17/10/2013
By Masitah Binti Mohamed Khasim
Subject TUGAS & PERANAN GURU

"Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, yang mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. [Surah Al-Jumu'ah : 2]

secara ringkasnya, berdasarkan firman Allah tersebut dapat kita lihat bahawa tugas dan peranan baginda Rasulullah yang diutusnya Allah kepada mereka-mereka yang berada dlm kesesatan yg nyata. Baginda diutuskan Allah bgi mengajar, mendidik dan mengeluarkan manusia daripada 'zulumat' kpada 'nuur'. Antara sifat wajib bagi rasul ialah 'tabligh' iaitu menyampaikan, maka tugas seorang pendidik berkaitan dengan tugas bagi rasul. sebagai guru pendidikan Islam khususnya, menjadi tanggungjawab utama untuk kita meneliti dan mentadabbur ayat Allah tersebut bgi menunjukkan dan menyedarkan kita tentang peranan yang Allah amanahkan kepada semua hamba-Nya iaitu mengeluarkan manusia dari kesesatan. 'nuur' yang dimaksudkan itu ialah yang memberi kebahagian di dunia & akhirat. oleh yg demikian, dalam mengajar dan mendidik, perlu berfokuskan kpada ilmu dunia dan akhirat, bukan dunia smata-mata, 'grade' yang cemerlang sahaja, akan tetapi perlu memberi keselamatan & kesejahteraan di dunia jua akhirat kelak yang utama.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," .
Alhamdulillah3x..Beruntunglah bagi sesiapa yang diberi kesempatan dan peluang daripada Allah untuk mengajarkan kitab Allah dan sunnah rasulullah kepada orang lain. Ini kerana semasa menyampaikannya secara tidak langsung kita turut mendapat ilmunya dan faedahnya. Pahala berlipat ganda, diberi ganjaran oleh Allah. meskipun begitu, perlu disulami dengan ketakwaan & keikhlasan.

* * * * *

kaedah yang dapat digunakan bagi menjayakan tugas guru dalam mengajarkan al-Quran antara yang telah dipelajari dalam kelas Pedagogi ialah :
1. Talaqi musyafahah.
2. Tadarus.
3. Penerangan ( kefahaman ayat )
4. Hafazan.


Date 17/10/2013
By Rusila Farhana Bt Muhamad
Subject Rasulullah sebagai Role Model kepada Guru

Surah al-Jum'ah ayat 2

Maksudnya : "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, yang mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Berdasarkan ayat ini, saya agak tertarik untuk membuat sedikit kupasan. Berdasarkan potongan maksud ayat :
"yang mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah)".

Saya yakin sahabat2 juga sedia maklum berkenaan akhlak Rasulullah yang apabila ditanya oleh seorang sahabat kepada Sayyidatina 'Aisyah, maka beliau menjawab "Kaana khulquhul Quran" (Akhlak Rasulullah itu adalah AL-Quran). Hal ini bermakna Rasulullah mengamalkan apa yang telah diajar dan diseru kepada para sahabat, bertepatan dengan ayat 2 surah Jum'ah ini.

Inilah model tarbiyyah dan didikan yang sebenar yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita, berkenaan peranan sebagai seorang guru.
Oleh itu, antara kaedah yang dapat kita laksanakan di sini adalah, kita laksanakan apa yang kita ajari, kerana ianya lebih berkesan kepada mad'u atau anak2 murid kita. Selari dengan pepatah Inggeris, "Action speaks louder than words". Wallahu a'lam..

Date 17/10/2013
By Fathi Hakimi
Subject "fungsi dan peranan guru"

berdasarkan kepada ayat 2 surah al-Jum'ah, dapat disimpulkan bahawa Rasulullah merupakan pendidik yang ulung diutuskan untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada sekalian manusia. Manusia itu yang pada asalnya adalah jahil dan berada dalam kesesatan yang nyata.

Apa yang tersirat di dalam ayat ini adalah berkaitan dengan bagaimana Rasulullah saw menjalankan peranan baginda sebagai seorang guru. secara tidak langsung peranan yang dimainkan oleh Rasulullah telah menjelaskan fungsi-fungsi guru.

Muhammad ‘Abd al-Qadir Ahmad berkata, seorang guru itu mempunyai teladan yang luhur pada dirinya yakni boleh menjadi contoh kepada muridnya, berakhlak baik, dan memiliki ilmu pengetahuan. Jika seorang guru mempunyai elemen-elemen seperti di atas, maka dengan mudahnya akan disenangi oleh murid, dan dengan sendirinya ilmu yang disampaikan senang untuk difahami. Hal ini kerana murid selesa dan seronok dengan guru tersebut.

Oleh itu, apa yang penting yang perlu ditekankan adalah guru berperanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan serta menjadi contoh kepada masyarakat amnya dan khususnya kepada murid. Ilmu yang disampaikan itu mestilah tidak mempunyai keraguan. Manakala peranan guru akan dilakukan seiring dengan peranan yang dijalankan. Guru akan sentiasa memberi keselesaan kepada murid dalam pembelajaran dan cuba menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna dan hasil pembelajaran yang boleh dicapai.

Wallahu'alam.

Date 17/10/2013
By Mohamad Nazir Bin Azlan
Subject "Peranan Guru"

Al Jum'ah ayat 2

" Dialah yang mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dalam kalangan (bangsa) mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya,menyucikan jiwa mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata."

_____________________________________________________________

Alhamdulillah, ana kira begitu sarat post2 ilmiah daripada para shbt2 sekalian berdasarkan pembacaan post2 di bawah. :)

Bagi perspektif peribadi, ana amat tertarik dengan penghujung ayat ini. Bagi ana, ia secara terus meng'highlight'kan peranan guru secara total dan holistik, serta lebih menyeluruh, iaitu sebagai ejen "pembawa mereka yang berada dalam kesesatan kepada cahaya kebenaran", yakni merupakan antara peranan dan amanah yang dipikul Rasulullah.

Jadinya, kaedah yang ana kira sesuai kepada kita untuk menjayakan tugas mulia berkenaan adalah berbalik kepada perkara tunjang, yakni NIAT kita. kita seharusnya, semestinya dan sepatutnya menjiwai peranan kita sebagai guru, bukan semata-mata menjadi 'Guru Syllabus', tetapi jadilah guru yang 'murabbi'.

Date 17/10/2013
By Amirah Tarmizi
Subject Peranan Guru berdasarkan Surah Al-Jumuah Ayat 2

Assalamualaikum..

Ayat 2 surah al-Jumuah ini menjelaskan bahawa Nabi Muhamad diutus oleh Allah kepada umatnya yang ketika itu belum tahu menulis dan membaca. Apa yang dapat saya simpulkan ialah seorang guru perlu berlapang dada dalam menggalas tanggunggjawab sebagai pendidik. Situasi pendidikan pada hari ini berada di tahap yang sangat mencabar. Cabaran bukan sahaja datang daripada murid-murid, malah situasi kerja pada hari ini turut menekan guru untuk sentiasa menyumbang 120% semasa pdp.

Oleh itu, guru perlu positif menghadapi cabaran-cabaran ini. Ketika zaman Rasulullah, baginda tidak mempunyai kecanggihan teknologi atau alat-alat moden untuk menyampaikan ilmu. Sebaliknya, baginda hanya berdakwah dengan menunjukkan teladan yan baik kepada para sahabat dan umat ketika itu. Hasilnya, Islam berkembang dengan pesat meskipun setelah kewafatan baginda.

Justeru, guru pada hari ini tidak boleh terus lemah sebaliknya perlu komited terhadap tugas mendidik anak bangsa. Kecanggihan dunia pendidikan seharusnya dimanfaatkan oleh para guru dalam menyediakan pdp terbaik kepada murid-murid. Semoga guru abad 21 ini tidak akan jemu mendidik dan menjadikan tugas ini sebagai ibadah. Insyaallah =D

Date 17/10/2013
By Norfazilah binti Shariff
Subject Assalamualaikum

Surah al-Jum'ah ayat 2

Maksudnya : "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Berdasarkan ayat di atas, dapat dikaitkan kepada komponen-komponen yang dapat mendukung pendidikan, terutama dalam setiap setiap kaedah pengajaran. Sementara dalam proses pendidikan, ada yang disebut sebagai guru dan murid. Murid adalah sebagai objek, manakala guru pula adalah subjek, di mana guru menyampaikan segala ilmu pengetahuannya kepada murid yang bertujuan untuk membantu murid mengembangkan pengetahuan dan pemikiran mereka.

Berdasarkan ayat 2 Surah al-Jum'ah, guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam pendidikan. Antaranya, guru sebagai pemberi ilmu, di mana guru mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara berbanding para pelajarnya. Selain itu, guru juga bertindak sebagai pengawas, agen perubahan sosial serta sebagai pendorong atau fasilitator.

Di samping itu, tugas dan peranan guru dalam proses pendidikan juga adalah sebagai pendidik profesional yang sesungguhnya sangat kompleks, tidak terbatas pada waktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.

Kesimpulannya, dalam Islam tugas seorang guru merupakan tugas yang sangat mulia kerana guru dipandang sebagai seorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang sangat tinggi. Seorang guru yang professional adalah guru yang mampu menguasai isi pelajaran dengan sebaik-baiknya serta dapat menyampaikan isi pelajaran tersebut secara efektif dan efisien kepada pelajarnya. Selain itu, guru juga hendaklah memiliki akhlak yang mulia. Sikap yang ada pada Rasulullah S.A.W itu adalah ciri-ciri bagi guru yang professional. Kejayaan Rasulullah dalam mengembangkan ajaran Allah itu menunjukkan bahawa baginda adalah seorang guru yang professional.

Date 17/10/2013
By Shamil Azwan Bin Sahari
Subject Menyampaikan Ajaran Yang Benar.

SUdah jelas sebagaimana diturunkan dalam ayat 2 surah Jumuah, bahawa rasul diturunkan untuk menyampai perintah dan suruhan Allah. Oleh yang demikian, guru sepatutnya lebih bersikap peka bukan shaja pada akademik murid bahkan pada akidah murid. Jangan hanya sekadar mengajar akademik murid tanpa menghiraukan aspek keagamaan murid. Mohon perbetul andai salah.

Date 17/10/2013
By Nur Nashroh Othman
Subject Assalamualaikum

pada pendapat saya,

Berdasarkan tafsir daripada Surah Al Jumu’ah ayat 2 tersebut maka dapat disimpulkan bahwa menjadi seorang pendidik bererti telah merelakan dirinya menerima dan memikul sebahagian tanggungjawab mendidik anak-anak yang telah diamanahkan kepada para ibubapa.

Muhammad ‘Abd al-Qadir Ahmad menyatakan bahawa Rasulullah adalah contoh terbaik seorang pendidik yang berakhlak baik, memiliki ilmu dan memiliki keutamaan dalam semua gerak-gerinya. Jika seorang pendidik mempunyai personaliti seperti di atas maka mudah untuk seorang guru itu untuk mendidik sesiapapun sekaligus ilmu yang dicurahkan akan berkekalan sampai bila-bila.

Selain itu, ukuran ideal seorang pendidik sangat bergantung kepada kemampuan dan pengalaman intelektualitinya. Pendidik harus memiliki kemampuan mendidik dengan mengimplementasikan unsur-unsur yang baik, sehingga mampu menyesuaikan diri dengan subjek yang diajar. Pendidik juga merupakan kayu pengukur kejayaan seseorang pelajar itu.. Tidak cukup itu saja, bahkan pendidik dituntut harus memiliki akhlak yang baik seperti diajarkan oleh Rasulullah saw.

Date 17/10/2013
By Amir hamzah Bin Mohamad
Subject Menyampaikan Ajaran Yang Benar.


- Berdasarkan ayat 2 surah al-jumuah, Allah swt telah menurunkan kepada kalangan bangsa arab seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri.

.1- Menurut kefahaman sy, antara kaedah yang digunakan ialah membiarkan seseorang yang tahu dan faham akan adat, budaya dan bahasa sesuatu masyarakat menyampaikan wahyu kepada sesebuah masyarakat. Ringkasnya, guru perlu menguasai budaya, bahasa dan adat sesebuah masyarakan atau murid nya bagi menjadikan pengajarannya berjalan lancar. Jika tidak mampu menguasai, setidak-tidaknya cuba ambil tahu dan faham akan budaya,bahasa dan adat mereka. Hal ini kerana, jika guru gagal berbuat demikian guru tersebut tidak mampu menghadapi perbezaan budaya, adat dab bahasa murid serta sentiasa menganggap apa yng murid lakukan adalah salah kerana ianya bertentangan dengan kebiasaan perilaku guru tersebut. Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman saya berpraktikum di sekolah orang asli..pada mulanya saya sentiasa menganggap murid org asli mempunyai sikap yang buruk kerana sering kali keluar dan masuk kelas sesuka hati mereka bahkan tidak mengaja kebersihan kerana sering kali buang air sesuka ati mereka walau dimana jua hatta ketika berada di dalam kelas. Makin lama saya makin mengetahui akan budaya mereka yang sebegitu setelah merujuk beberapa org guru yang telah lama mengajar di situ dn atas nasihat dan bimbingan mereka, saya cuba mengubahnya secara perlahan tanpa melabel murid tersebut murid yang tidak berakhlak. Wallahua'alam.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode