MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 3 : Berpandukan ayat 2 surah al-Jum`ah, buat satu analisa tentang fungsi dan peranan sebagai guru serta bincangkan kaedah yang bersesuaian bagi menjayakan tugas guru berkenaan.

Topic: Diskusi 3

Date 17/10/2013
By Intan Munirah binti Mohd Nordin
Subject Re: Menyampaikan Ajaran Yang Benar.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.menarik perkongsian dan pengalaman yang diceritakan oleh Ustaz Amir Hamzah.Tambahan pula mendapat pengalaman yang sangat berharga mengajar anak2 'Original People' ini. Syukron atas perkongsian.

Melalui ayat Al-Quran Surah Al-Jumuah ayat 2 ini dapat lah kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad diutuskan bagi menghidupkan jiwa dan peribadi umatnya untuk lebih mengenali Rabb nya.

Dalam Islam, erti ilmu terdapat dua bentuk iaitu ilmu wahyu dan ilmu akal. Maksud ilmu wahyu ini adalah ilmu yang berpandukan kepada kitab suci al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Manakala bagi ilmu akal pula bermaksud ilmu yang mentafsir dan menggunakan akal terlebih dahulu berbanding al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang dijadikan sumber kedua.

Peranan guru :

Setiap guru mestilah menggunakan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. apabila mereka menyampaikan sesuatu ilmu kepada para pelajar. Hal sedemikian dilakukan supaya guru-guru dapat memberitahu kepada pelajar bahawa sesuatu ilmu yang dipelajari hendaklah menjadikan al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai panduan hidup atau bukti untuk mengukuhkan lagi keyakinan pelajar terhadap pengajaran mereka.

Wallahualam. Mohon penambahbaikan. ;)

Date 06/10/2013
By nurnadiah razali
Subject Assalamualaikum..=)

Bismillah..
Al Jum'ah ayat 2

" Dialah yang mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dalam kalangan (bangsa) mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya,menyucikan jiwa mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar benar dalam kesesatan yang nyata."


----mengajarkan kitab dan hikmah..
point ini sangat berkaitan dengan tugas seorang guru..guru hal ini bukan sahaja mengajar silibus semata2..tetapi turut mendidik jiwa manusia yang teramat kosong.masyarakat hari ini terlalu melihat tentang kuantiti A yang mereka dpt tanpa menilai kualiti A tersebut. Oleh itu, guru sebagai agen transformasi masyrakat perlu memainkan pernan untuk membuka minda mereka sekali gus memberikan satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan.

Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.

Oleh kerana itulah,apa yang boleh disimpulkan adalah satu kaedah yang boleh seorang pendidik itu aplikasikan adalah dengan mengadakan tadarus al-Quran. tadarus ini boleh dilakukan pada waktu pagi. Pengalaman saya sewaktu belajar di SMKA Wataniah yakni kami mengamalkan bacaan tadarus Al-Quran pada waktu pagi sebelum memulakan pembelajaran. bagi saya ini merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.

melalui ayat ini, apa yang boleh disimpulkan dekatkan diri dengan Al-Quran dan lakukan apa sahaja yang tetapi pastikan is berlandaskan ajaran Islam pasti keberkatan datang bersama..

Wallahua'lam.

Date 03/10/2013
By Nurrulaini Romali
Subject Assalamualaikum

Al Jum'ah ayat 2

" Dialah yang mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dalam kalangan (bangsa) mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya,menyucikan jiwa mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar benar dalam kesesatan yang nyata."

(al Jum'ah, ayat 2)

Melalui ayat ini, dapat saya simpulkan bahawa Rasulullah mengajar dan mendidik umatnya secara berperingkat. Rasulullah juga sangat berhikmah dalam menyampaikan setiap ilmu kepada umatnya.

Sebagai contoh, marilah kita lihat peringkat-peringkat pengharaman arak sebelum diharamkan secara total.

Pertamanya, Allah menyebut arak ini ada dosa yang besar padanya dan ada juga beberapa manfaat untuk manusia. Maka ada sahabat yang meninggalkan minum arak dan ada yang masih teruskan.

يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما اثم كبير و منافع للناس

(Mereka bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia...' ) surah Al Baqarah ayat 219.

Kemudian datang lagi ayat seterusnya iaitu Allah haramkan ketika ingin dirikan solat sahaja. Maka para sahabat tak minum jika ingin dirikan solat.

يأيها الذين ءامنوا لا تقربوا الصلاة و أنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون

(Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu sedar apa yang kamu katakan..) surah An Nisa' ayat 43.

Kemudian turun pula ayat seterusnya mengharamkan arak secara mutlak.


يأيها الذين ءامنوا انما الخمر و الميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون . انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله و عن الصلاة فهل أنتم منتهون

(Wahai orang2 yang beriman, hanya sanya arak, berjudi, berkorban untuk berhala dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dari perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu beruntung. Hanya sanya syaitan mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu menghentikan semua perbuatan2 kamu ini?) surah Al Maidah ayat 90-91.

Selain itu, kaedah pengajaran yang digunakan Rasullullah amat bersesuaian untuk diaplikasikan oleh pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai seorang guru, mereka terlebih dahulu perlu mengetahui tahap murid-murid sebelum mengajar sesuatu tajuk.Hal ini membolehkan guru menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan tahap murid. Guru juga boleh menyediakan aktiviti pengayaan bagi murid yang dapat menguasai pelajaran dan menjalankan aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam pelajaran.

RUJUKAN KISAH PENGHARAMAN ARAK :
https://menjejakharapan.blogspot.com/2011/08/peringkat-peringkat-pengharaman-arak.html

Date 26/09/2013
By Nor Najihah bt Zainudin
Subject Assalamualaikum

Al Jum'ah ayat 2

" Dialah yang mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dalam kalangan (bangsa) mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya,menyucikan jiwa mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka benar benar dalam kesesatan yang nyata."

Antara peranan guru berdasarkan surah al Jum'ah ayat 2 adalah seperti berikut :

1.
"..dalam kalangan (bangsa) mereka sendiri.."
Berdasarkan potongan ayat ini, dapat disimpulkan bahawa guru mestilah berfungsi dan berperwatakan sebagai seorang guru kepada murid-murid. Guru-guru yang telah menjalani latihan ikhtisas perguruan lazimnya memahami kehendak dan keperluan murid. Mereka tahu apa yang menyebabkan murid ini bosan, mereka tahu kenapa murid-murid tak faham pelajaran. Oleh itu, guru mestilah mempunyai 'skill' sebagai seorang pendidik yang mampu meraih hubungan yang baik dengan murid.

2.
"..yang membacakan ayat-ayatNya..."
Ada sesuatu pelajaran yang ingin diajarkan itu merupakan sesuatu pelajaran yang sangat sukar difahami. Oleh yang demikian, guru perlu membacakan isi pelajaran terlebih dahulu supaya murid dapat mendengar kemudian memahami apa yang disampaikan. Bagi pelajaran yang mudah juga, guru digalakkan untuk membacakan isi pelajaran kerana murid -murid yang tidak memberi tumpuan akan kembali fokus mendengar suara guru membacakan isi pelajaran. Ini yang diaplikasikan oleh Rasulullah di mana baginda menyampaikan ayat kepada golongan yang tidak beriman samada mereka benar-benar tidak tahu atau memang sengaja tidak mempedulikan ayat-ayat Allah.
Ini bermaksud, separah manapun kawalan kelas, guru perlu bertindak juga biarpun keadaan kelas boleh dikategorikan hura hara. Setidak-tidaknya dalam keriuhan murid bersembang dan berbual, isi pelajaran telah disampaikan oleh guru. Namun, haruslah diingatkan kawalan kelas adalah aspek penting dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran efektif.

3.
"..menyucikan jiwa mereka.."
Allah berfirman dalam surah al Syam bahawa orang yang menyucikan jiwa adalah orang yang beruntung. Menurut Ustaz Ahmad Faiz Asifudin dalam blognya Pengusaha Muslim memberikan sedikit panduan untuk menyucikan jiwa. Salah satu caranya ialah dengan menunaikan solat serta meninggalkan perkara-perkara mungkar. Oleh itu, peranan guru sebelum memulakan pelajaran, wajibkan diri anda untuk bertanya kepada murid-murid tentang solat mereka, adakah dilaksanakan atau diabaikan. Jangan sekadar bertanyakan latihan akademik semata-mata hingga terabai latihan untuk penyucian jiwa. Apabila suci jiwa murid, pasti ilmu mudah ditatang.

4.
"..mengajarkan kitab dan hikmah.."
Guru perlu menerapkan nilai keagamaan dalam setiap proses pengajaran yang disampaikan. Paling mudah, jangan ditinggalkan doa sebelum belajar dan ucapan salam kepada guru. Adab-adab pula perlu diulang-ulang sentiasa. Jadikan murid-murid yang baik sebagai rujukan dan contoh buat kawan mereka. Itulah modal insan Muslim yang kita ingin lahirkan.Tidak dilupakan juga, guru perlu mengajar berkenaan kebijaksanaan. Oleh yang demikian, 'high order thinking skill' dalam proses p&p sesuai diterapkan memandangkan ia mampu menjana pemikiran murid-murid. Tambahan pula, dalam zaman yang serba moden ini, murid-murid bukan insan pasif, yang duduk, ternganga dan mendengar guru semata-mata. gurulah yang perlu membawa murid membuka minda mereka dengan perumpamaan dan contoh di luar kotak pemikiran mereka. Gerakkan mereka melalui aktiviti berkumpulan dan pembentangan. Biar mereka melihat, mendengar sekaligus merasai apa yang dipelajari.

Wallahu'alam.

Mohon penambahbaikan dan respon.

Date 17/10/2013
By Nurulhuda Ariff
Subject Re: Assalamualaikum

Bismillah.

Saya cukup tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh saudari Nor Najihah berdasarkan analisa dari Surah Al-Jumu'ah. Syukran kathir.

Dari apa yang saya perolehi berdasarkan maklumat dari "Analisis Peranan Guru Dari Aspek Hubungan Guru-Murid Dalam Kitab Qut Al-Qulub Fi Mu‘Amalat Al-Mahbub Oleh Abu Talib Al-Makki" turut diterangkan mengenai Peranan Guru dari ayat 2 Surah Al-Jumu'ah ini.

" seorang Rasul yang [berperanan] menyampaikan ayat- ayatNya
(yatlu ’alaihim ayatihi), dan menyucikan mereka (yuzakkihim), dan
menyampaikan ilmu kepada mereka (yu’allimuhum) akan al-Kitab [al-Qur’an] dan kebijaksanaan (hikmah)”

1. (yatlu ’alaihim ayatihi)
2. (yuzakkihim)
3. (yu’allimuhum)

Secara mudah, Nabi Muhammad adalah ikutan terbaik untuk mempraktikkan apa sahaja yang ada dalam al-Qur’an. Ayat al-Quran dalam surah al-Jumu’ah ini menyatakan secara langsung kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang secara langsung menerangkan proses dan peringkat-peringkat pendidikan dalam Islam :)

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode