MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: Sembelihan

1.Bezakan istilah al-zabh, al-nahru dan al-`aqru

2.Bincangkan pendapat ulama mengenai hukum memakan sembelihan ahli kitab.

Soalan 1

Date 18/08/2015
By ROHANI BT ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject SOALAN 1

1-Al-Zabhu
Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.

2-Al-Nahru
Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih haiwan seperti unta.

3-Al-Aqru
Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya ) dengan kecederaan yang membawa kepada kematian haiwan yang disembelih.

Al-Aqru juga salah satu cara menyembelih binatang yang liar(yang boleh dimakan) dan tidak boleh ditangkap oleh tuannya. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud;

"Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar , apabila ia mengatasi kamu maka lakukannya terhadap seperti ini."
[Hadis riwayat al-Buhhari (5190) dan muslim (1968) daripada Rafi'bin Khudaij ra]

Date 18/08/2015
By NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J)
Subject soalan 2

Pandangan ulama mengenai hukum sembelihan ahli kitab:-
1-kebanyakan ulama bersepakat mengatakan bahawa memakan sembelihan ahli kitab adalah dibolehkan; yakni halal bagi orang Islam selagi mana ia dari haiwan yang halal di sisi kita atau pun haram di sisi mereka seperti lemak. Pendapat ini mewakili pandangan Syafie, Hanafi dan Hanbali, melainkan imam Malik menegah sembelihan yang diharamkan ke atas mereka. Kerana maksud firman Allah taala ayat 5 surah Al Maidah menyebut makanan yang bererti apa yang dihalalkan di sisi mereka. Pendapat jumhur adalah berdasarkan dalil umum maksud firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 dan juga sunnah Rasulullah SAW serta sahabat yang memakan sembelihan ahli kitab.

2-Ibn Abbas, Abu Amamah, Mujahid, Said ibn Jabir, 'Ikrimah, 'Atho', dan Al Hassan, Makhul dan Ibrahim Nakhae, Sadi, Muqatil ibn Hayyan bersepakat bahawa maksud 'to'am' di dalam ayat 5 surah al Maidah adalah dikhususkan bagi sembelihan. Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum haram sembelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka melainkan dengan nama Allah. Manakala makanan yang lain seperti roti dan seumpamanya adalah harus dalam semua keadaan kecuali makanan itu adalah dari sumber yang haram; seperti tepung yang dicuri dan lain-lain.

3-Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat;
1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih)
2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh)
3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh)

Date 18/08/2015
By NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J)
Subject SOALAN 1

1. Al- Zabhu
-Melibatkan penyembelihan leher binatang di sebelah atas halkum mengikut syarat-syarat syara’

2. Al- Nahru
-Cara penyembelihan leher binatang di sebelah bawah halkum
3. Al-’Aqru
- Penyembelihan secara darurat dimana ia dilakukan pada binatang pada mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.

Date 15/08/2015
By NUR HAMEMI BT ABDUL MAJID - PIM 8J
Subject PIM 3143

SOALAN 1
Az-Zabh ialah memotong al-halqu (batang leher sebelah atas) haiwan dengan syarat-syarat yang tertentu.
An-Nahru ialah memotong al-labbah (اللَّبَّة) (batang leher sebelah bawah haiwan).
Al-‘Aqru ialah apa yang dinamakan sebagai sembelihan darurah (terpaksa). Ia dilakukan ke atas haiwan yang tidak boleh ditangkap untuk disembelih secara biasa. Caranya ialah dengan mencederakan haiwan tersebut dengan kecederaan yang membawa maut pada mana-mana bahagian badannya.

SOALAN 2
Pandangan ulama mengenai hukum sembelihan ahli kitab:-
1-Kebanyakan ulama bersepakat mengatakan bahawa memakan sembelihan ahli kitab adalah dibolehkan; yakni halal bagi orang Islam selagi mana ia dari haiwan yang halal di sisi kita atau pun haram di sisi mereka seperti lemak. Pendapat ini mewakili pandangan Syafie, Hanafi dan Hanbali, melainkan imam Malik menegah sembelihan yang diharamkan ke atas mereka. Kerana maksud firman Allah taala ayat 5 surah Al Maidah menyebut makanan yang bererti apa yang dihalalkan di sisi mereka. Pendapat jumhur adalah berdasarkan dalil umum maksud firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 dan juga sunnah Rasulullah SAW serta sahabat yang memakan sembelihan ahli kitab.

2-Ibn Abbas, Abu Amamah, Mujahid, Said ibn Jabir, 'Ikrimah, 'Atho', dan Al Hassan, Makhul dan Ibrahim Nakhae, Sadi, Muqatil ibn Hayyan bersepakat bahawa maksud 'to'am' di dalam ayat 5 surah al Maidah adalah dikhususkan bagi sembelihan. Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum haram sembelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka melainkan dengan nama Allah. Manakala makanan yang lain seperti roti dan seumpamanya adalah harus dalam semua keadaan kecuali makanan itu adalah dari sumber yang haram; seperti tepung yang dicuri dan lain-lain.

3-Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat;
1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih)
2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh)
3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh)

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 1

Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

Cara - cara sembelihan dalam islam ialah:

Az-Zabh ialah memotong al-halqu (batang leher sebelah atas) haiwan dengan syarat-syarat yang tertentu.
An-Nahru ialah memotong al-labbah (اللَّبَّة) (batang leher sebelah bawah haiwan).
Al-‘Aqru ialah apa yang dinamakan sebagai sembelihan darurah (terpaksa). Ia dilakukan ke atas haiwan yang tidak boleh ditangkap untuk disembelih secara biasa. Caranya ialah dengan mencederakan haiwan tersebut dengan kecederaan yang membawa maut pada mana-mana bahagian badannya.

Date 11/08/2015
By mohamad nadzman bin ariffin PIM J8

Soalan 2

Date 05/09/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM 8J
Subject Soalan 2

Kita tahu bagaimana Islam memperkeras persoalan penyembelihan dan menganggap penting persoalan ini.

Hal ini adalah karena orang-orang musyrik Arab dan pengikut-pengikut agama lain telah menjadikan penyembelihan termasuk persoalan ibadah, bahkan masuk persoalan keyakinan dan pokok kepercayaan agama.

Oleh karena itu menyembelih, mereka jadikan sebagai sesuatu cara untuk berbakti kepada tuhannya, maka disembelihnya binatang untuk berhala atau dengan menyebut nama tuhannya.

Kemudian datanglah Islam menghapus cara-cara ini dan mewajibkan untuk tidak menyebut kecuali asma Allah, serta mengharamkan binatang yang disembelih untuk berhala dan dengan menyebut nama berhala.

Kemudian setelah ahli kitab yang semula bertauhid itu telah banyak dipengaruhi oleh perasaan-perasaan syirik dan samasekali tidak melepaskan dari kesyirikannya, sehingga sebagian orang Islam menganggap mereka tidak bisa lagi diajak bergaul dan bertemu sebagaimana halnya orang-orang musyrik lainnya, maka Allah memberikan kemudahan (rukhsah) untuk makan makanan ahli kitab sebagaimana halnya dalam persoalan-persoalan perkawinan.

Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya, "Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka." (QS al-Maidah: 5)

Maksud ayat di atas secara ringkas, bahwa hari ini semua yang baik, halal buat kamu. Karena itu, tidak ada lagi apa yang disebut bahirah, saibah, washilah dan ham. Dan makanan ahli kitab pun halal buat kamu sesuai dengan hukum asal dimana samasekali Allah tidak mengharamkannya.

Sembelihan kaum Ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani adalah halal bagi umat Islam tanpa apa-apa syarat atau had kerana Allah Subhanahu waTa'ala telah menurunkan hukum kebolehan ini tanpa meletakkan apa-apa syarat tambahan. Kebolehan ini juga berkuat-kuasa tidak kira samada kaum-kaum tersebut masih berpegang kepada ajaran kitab mereka yang asli ataupun yang telah diubahsuai. Penghujahan terakhir ini akan diperluaskan penerangannya apabila menganalisa pendapat golongan ketiga nanti.

Antara tokoh-tokoh mutakhir yang menghujahkan kebenaran pendapat pertama ini adalah Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, Dr. Ahmad al-Syarbashi dan majoriti ahli-ahli tafsir serta ahli-ahli fiqh

Ayat yang menghalalkan sembelihan kaum Ahli Kitab bagi umat Islam, iaitu dalam surah al-Maidah 05, ayat ke 5 adalah antara ayat yang terakhir diturunkan sebelum lengkapnya al-Qur'an ini dan sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Ayat ini dijangkakan turun kira-kira 81 hari atau lebih sedikit sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ia adalah serangkap dengan ayat yang menerangkan tentang kesempurnaan Islam, iaitu firman Allah Ta'ala: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu. [Maksud surah al-Maidah 05 - 03]. Di samping itu surah al-Maidah adalah juga surah terakhir yang diturunkan antara kesemua 114 surah-surah yang terkandung di dalam al-Qur'an.

Hakikat turunnya ayat yang menghalalkan sembelihan Ahli Kitab sebagai salah satu dari ayat-ayat terakhir dalam al-Qur'anul Karim memberikan titik pengkajian yang amat besar lagi berat dalam analisa hukum berkaitan. Ini adalah kerana ayat ini turun setelah turunnya beberapa ayat-ayat yang sedia mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang telah mengubah-suai, menukar serta mencampur-aduk ajaran agama mereka.

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang mengubah-ubah ayat-ayat dalam kitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: ……padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah). [Maksud surah al-Baqarah 02 - 75].

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang mencampur-adukkan ajaran mereka serta menyembunyikan kebenaran ayat-ayat kitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. [Maksud surah al-Baqarah 02 - 42]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang memilih-milih ajaran agama mereka, sebahagian diambil dan sebahagian ditinggalkan. Al-Qur'an menyatakan: Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ? [Maksud surah al-Baqarah 02 - 85]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang menjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai Tuhan mereka dan pendita-pendita sebagai yang berhak untuk menukar ajaran kitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. [Maksud surah at-Taubah 09 - 31]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang menjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai anak Allah. Al-Qur'an menyatakan: Mereka (kaum Ahli Kitab) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu).[Maksud surah Yunus 10 - 68]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang mewujudkan konsep Tuhan Bertiga atau Trinity. Al-Qur'an menyatakan: Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih 'Isa ibni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah,dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [Maksud surah an-Nisaa' 04 - 171]

Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang adakalanya mempersoalkan kesahihan agama mereka sendiri. Al-Qur'an menyatakan: Wahai Ahli Kitab, Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim, patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal ? [Maksud surah Ali Imran 03 - 65]

Himpunan keterangan-keterangan di atas tidak lain menunjukkan bahawa apabila hukum kebolehan memakan hasil sembelihan kaum Ahli Kitab diturunkan, al-Qur'an telahpun dari awal menerang akan perbuatan mereka, kaum Yahudi dan Nasrani itu yang menyeleweng dan menyimpang dari ajaran mereka yang asal. Malah lebih buruk lagi mereka sejak dari awal lagi telahpun melakukan tuduhan syirik yang amat besar terhadap Allah Subhanahu waTa'ala dengan menuduhNya mempunyai anak dan sebagainya. Tetapi perbuatan-perbuatan sebegini oleh kaum Ahli Kitab tersebut tidaklah menjadi penghalang bagi Allah Subhanahu waTa'ala untuk tetap menurunkan hukum menghalalkan sembelihan mereka kepada umat Islam seluruhnya.

Date 05/09/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM 8J
Subject Soalan 1

Jenis-Jenis Sembelihan Sembelihan dibahagikan kepada 3 bahagian :-

Al-Zabhu - Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.

Al-Nahru - Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih unta.

Al-Aqru - Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya) dengan kecederaan yang membawa kepada maut. Al-Aqru juga ialah cara menyembelih binatang yang liar (yang boleh dimakan) dan tidak boleh ditangkap oleh tuannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu makan lakukanlah terhadapnya seperti ini." (Hadis riwayat al-Bukhari : 5190 dan Muslim: 1968 daripada Rafi' bin Khudaij r.a)

Date 18/08/2015
By ROHANI BT ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject SOALAN 2

Pandangan ulama mengenai hukum sembelihan ahli kitab:-
1-kebanyakan ulama bersepakat mengatakan bahawa memakan sembelihan ahli kitab adalah dibolehkan; yakni halal bagi orang Islam selagi mana ia dari haiwan yang halal di sisi kita atau pun haram di sisi mereka seperti lemak. Pendapat ini mewakili pandangan Syafie, Hanafi dan Hanbali, melainkan imam Malik menegah sembelihan yang diharamkan ke atas mereka. Kerana maksud firman Allah taala ayat 5 surah Al Maidah menyebut makanan yang bererti apa yang dihalalkan di sisi mereka. Pendapat jumhur adalah berdasarkan dalil umum maksud firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 dan juga sunnah Rasulullah SAW serta sahabat yang memakan sembelihan ahli kitab.

2-Ibn Abbas, Abu Amamah, Mujahid, Said ibn Jabir, 'Ikrimah, 'Atho', dan Al Hassan, Makhul dan Ibrahim Nakhae, Sadi, Muqatil ibn Hayyan bersepakat bahawa maksud 'to'am' di dalam ayat 5 surah al Maidah adalah dikhususkan bagi sembelihan. Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum haram sembelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka melainkan dengan nama Allah. Manakala makanan yang lain seperti roti dan seumpamanya adalah harus dalam semua keadaan kecuali makanan itu adalah dari sumber yang haram; seperti tepung yang dicuri dan lain-lain.

3-Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat;
1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih)
2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh)
3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh)

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 2

Maksud Ahli Kitab
- Orang Nasrani atau Yahudi yang berbangsa Israel dan menerima kitab Taurat
- ( Ahli kitab yang asli tidak ada pada hari ini )

Hukum Memakan sembelihan Ahli Kitab
- Diharuskan
- Sebelum memakannya sisyaratkan menyebut nama Allah.

Date 11/08/2015
By mohamad nadzman bin ariffin PIM J8
Subject soalan 2

Tidak dibolehkan memakan sembelihan orang kafir selain Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nashrani. mereka orang Majusi, animis, atheis, atau bentuk kekufuran lainnya tidak boleh juga memakan apa yang dicampur oleh sembelihan mereka, seperti kuah atau lainnya. Allah Ta'ala melarang tidak membolehkan bagi kita makanan orang kafir, kecuali makanan Ahli Kitab, berdasarkan firman Allah Ta'ala maksudnya,
Pada hari ini Dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (QS. Al-Maidah: 5)

Makanan mereka yang dimaksud dalam ayat ini adalah sembelihan mereka, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas dan lainnya.

Adapun buah-buahan dan semacamnya, tidak mengapa kerana dia tidak termasuk dalam makanan yang diharamkan. Adapun makanan kaum muslimin adalah halal bagi kaum muslimin dan lainnya. Jika mereka benar-benar kaum muslimin yang hanya menyembah Allah, tidak beribadah dan memohon kepada selain-Nya, seperti kepada para Nabi, wali, penghuni kubur dan selainnya, sebagaimana yang disembah kaum kafir.

Dari Abu Tsa'labah Al-Khusyani radhiallahu anhu, dia bertanya kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam tentang makanan di wadah-wadah orang kafir. Maka Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

"Jangan kalian makan dengannya kecuali jika kalian tidak mendapatkan selainnya, maka cucilah dan makanlah dengannya."

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode