MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 9: Pembahagian harta pusaka

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai "ashab al-furudh" dan catatkan jenis perwarisan "ashab al-furudh".

2. Jelaskan sebab-sebab yang membolehkan dan sebab yang tidak membolehkan seseorang itu mewarisi harta pusaka.

Soalan 1

Date 18/08/2015
By NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J)
Subject SOALAN 1

1.MAKSUD: •"ashab al-furudh"
Waris-waris yang mendapat bahagian yangg tetap dalam harta pusaka sebagaimana yang ditetapkan olh al-Quran, Sunnah & ijmak
• Mereka menerima bahagian yg tetap tanpa berlaku penambahan/pengurangan kecuali dlm masalah al-radd & al-’awl
• Terdiri drpd 12 golongan
• Menerima bhgn 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 2/3, 1/6 atau 1/3 baki • Mereka diberi keutamaan dlm penerimaan harta pusaka jika dibandingkan dgn waris-waris lain
1 Ashabul furudh sababiyyah.
2. Ashabul furudh nasabiyyah.

 

Soalan 2

Date 18/08/2015
By NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J)
Subject soalan 2

1.Perkara yang menyebabkan sesuatu harta itu menjadi harta pusaka seseorang ada empat:
1. Perkahwinan ( النِكَاح )

Perkahwinan yang dimaksudkan di sini ialah pernikahan yang sah antara suami dan isteri berlandaskan rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang telah disyari’atkan

Termasuk juga dalam kategori ini ialah isteri yang diceraikan dengan talak raj’ie (talak yang boleh dirujuk kembali). Dalam keadaan ini, suami dan isteri saling waris mewarisi seperti mana kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya.

Adapun talak baa`in yang tidak boleh dirujuk kembali, bekas suami dan bekas isteri tidak boleh mempusakai antara satu sama lain.

2. Keturunan (النَسَاب)

Hubungan nasab ialah ahli keluarga yang mempunyai ikatan pertalian darah seperti ayah, anak, saudara seibu sebapa dan lain-lain (akan diterangkan dalam tajuk Ahli-ahli Waris yang Berhak).

Manakala mereka yang tidak mempunyai hubungan nasab seumpama ayah angkat, anak angkat dan sebagainya tidak boleh mewarisi antara satu sama lain.

3. Pembebasan hamba ( الوَلَاء )

Iaitu tuan yang membebaskan hamba akan mendapat harta pusaka jika hamba yang merdeka itu tidak mempunyai ahli waris.
2.Sebab-sebab penghalang:
1. Membunuh

عَنْ عُمَرقال : سَمِعْتُ النَّبِى صلى الله عليه و سلم يَقُولُ ( لَيْسَ لِقَاتِلٍ مِيرَاثٌ )

Daripada Umar, aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda " Seorang pembunuh tidak berhak memperolehi harta pusaka." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dalam mazhab Syafie, membunuh dengan tidak sengaja juga tidak boleh mewarisi harta pusaka. Sebagai contoh, seorang lelaki membawa ibunya menaiki kereta. Akibat kecuaiannya maka berlaku kemalangan yang mengakibatkan ibunya terbunuh. Keadaan tersebut menyebabkan lelaki itu tertegah daripada mendapat harta pusaka ibunya.

2. Berlainan agama atau murtad

عَنْ أُسَامَة بن زَيْد أَنَّ النَّبىَ صلى الله عليه و سلم قَالَ (لا يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَ لا يَرِثُ الكَافِرُ المُسْلِمَ ) متفق عليه.

Daripada Usamah bin Zaid sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : " Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.”

Masa keislaman dan kekufuran ahli waris diukur apabila pewaris meninggal dunia.
Contohnya semasa abang Dollah hidup, Dolah masih beragama Islam. Setelah abangnya meninggal dunia, Dollah murtad (na’uzubillah). Walaupun dia murtad, namun Dollah tetap memperolehi harta pusaka abangnya.

Berbeza pula keadaan Pak Mat. Semasa anaknya masih hidup, Pak Mat telah murtad sehinggalah anaknya meninggal dunia. Pada ketika itu Pak Mat berasa insaf lalu bertaubat kembali semula kepada Agama Islam. Dalam hal ini, Pak Mat tidak akan memperolehi harta warisan anaknya.

3. Hamba sahaya

عَنْ ابنِ عُمَر أَنَّ النَّبيَ صلى الله عليه و سلم قَالَ : ) وَ مَنْ بَاعَ عَبْدًا فَمَالُهُ لِلَّذِي بَاعَهُ إِلا أَنْ يَشْتَرِطَ المُبتاع

Daripada Ibn Umar bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : " Siapa yang menjual seorang hamba sedangkan dia (hamba) memiliki harta, maka hartanya tersebut menjadi milik pembelinya, kecuali bila hamba tersebut mensyaratkannya (iaitu membuat perjanjian dahulu dengan pembelinya supaya hartanya tidak menjadi milik tuannya yang baru tersebut).” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode