MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 1: Kaeadah-Kaedah Fiqah

1. Berdasarkan Kaedah Fiqh " setiap perkara bergantung kepada niat dan tujuannya", huraikan fungsi dan kepentingan niat dalam urusan seharian.

2. Berdasarkan Kaedah Fiqh " Kepayahan itu memberi kemudahan", bincangkan bentuk-bentuk kepayahan yang diperakui dalam syariat Islam dan kemukakan  beberapa contoh kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat Islam.

 

Topic: Diskusi 1

Date 03/09/2015
By Hashibah binti lshak
Subject PIM3143

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattb radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

Date 16/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Kepayahan itu memberi kemudahan

التَّيْسِيرَ

Kesusahan Membawa Kemudahan
Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu ringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :
Sebagaimana firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.
Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidupsempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah.h.

Tujuan Musyaqqah
Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertentu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:
a. Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.
b. Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.

Sebab-sebab Rukhsah
Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:
Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.
Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.
Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.
Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.
Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.
Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara) juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.
Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

Date 21/08/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM PIM8J
Subject Re: Kepayahan itu memberi kemudahan

TAMBAHAN DALIL/NAS
Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :
a) Sebagaimana firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

b) Firman Allah lagi:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)

c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim :
وَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
Sesungguhnya kamu diutus untu memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.

Date 16/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Fungdi dan kepentingan niat

1. Niat merupakan salah satu faktor penentu terhadap suatu amalan.Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (karena Allah ta’ala).

2. Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal soleh dan ibadah.

3. Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.

4.Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat
karena mencari keridhaan Allah maka dia akan bernilai ibadah.

5. Yang membezakan antara ibadah dan adat adalah niat.

6. Apabila dalam hati diniatkan hanya melakukan kebaikan kerana Allah taala, bentuk-bentuk penyakit hati dengan sendirinya akan lupus.

7. Niat membantu mengatasi sifat mementingkan diri sendiri.

8.Kita juga akan berusaha untuk menjalani perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Date 21/08/2015
By muhamad pazil bin hashim
Subject Re: Fungsi dan kepentingan niat

Merujuk kepada fungsi niat, ada sebuah Hadis yg menjelaskanya iaitu menjadi salah satu dari hadis-hadis yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam Syafi’i berkata: Dalam hadis tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu bagian dari ketiga unsur tersebut. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata," Hadis ini mencakup tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata," Hadis ini merupakan sepertiga Islam.

Date 21/08/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM PIM8J
Subject Re: Re: Fungsi dan kepentingan niat

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Arti Hadis:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda:
Sesungguhnya setiap perbuatan)tergantung niatnya). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Date 15/08/2015
By ROHANI BT ABDULLAH(PIM 8L)
Subject PIM 3143 (PENGAJIAN FIQH)

Kepentingan niat dalam kehidupan seharian:
1. Niat merupakan syarat kelayakan untukditerima atau ditolak amal perbuatan seseorang anak adam dan ianya tidak mendapat ganjaran pahala sekiranya tanpa niat.
2. Ikhlas kan niat semata-mata kerana Allah Taala.
3. Setiap perbuatan yang bermanfaat atau bersifat harus, boleh disertai dengan niat kerana mencari keredaan Allah akan dikira sebagai ibadah.

Date 15/08/2015
By ROHANI BT ABDULLAH(PIM 8L)
Subject PIM 3143 (PENGAJIAN FIQH)

Setiap amalan bermula dengan niat. Kata-kata itu sudah biasa kita dengar dan biasa diucapkan oleh sesiapa sahaja. Ada niat yang baik dan begitulah sebaliknya. Manusia telah dianugerahkan oleh Allah akal fikiran untuk melakukan dua pilihan sama ada yang baik atau yang buruk. Semuanya bergantung pada niat seseorang. Niat juga merupakan tunjang kepada setiap perbuatan yang akan dilakukan oleh seseorang. Ianya terletak di hati dan diamalkan melalui perbuatan.

Date 14/08/2015
By NORIZA AHMAD (PIM 8J)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

2.Antara Kepentingan dan Fungsi Niat ialah:- 1.MENYEMPURNAKAN Sempurnanya amal adalah dengan adanya niat. Niat adalah rukun dalam sesuatu ibadah. Tanpa niat, maka tidak sempurna ibadah seseorang itu. Niat hanya kerana Allah swt, Tuhan semesta alam. 2.MENGUBAH Hanya dengan niat, amal yang baik mampu berubah menjadi buruk. Amal baik menjadi sia-sia dan tidak bernilai (disisi Allah swt), Dengan niat yang betul, Amal yang kecil diganjarkan dengan berlipat ganda.

3.MEMBEZAKAN Niat membezakan sesuatu amalan antara adat dan ibadah. Contohnya, sekiranya seseorang itu makan tanpa meniatkan apa-apa, maka makannya itu adalah adat. Tetapi sekiranya makannya itu diniatkan untuk mendapatkan kekuatan untuk melakukan ibadah selepas itu, maka makannya dikira sebagai ibadah kepada Allah.
4.MEMBESARKAN atau MELIPATGANDAKAN Amal yang kecil, Boleh menjadi besar (disisi Allah)hanya kerana niat. Contohnya, seseorang yang menderma untuk membantu anak yatim dengan belas dan kasih sayang, walaupun menghulurkan bantuan RM 5 dan dia melakukan itu hanyalah semata kerana Allah, maka percayalah, nilai sumbangannya itu adalah amat besar di sisi-Nya.

Date 14/08/2015
By NORIZA AHMAD (PIM 8J)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

1.Niat letaknya dihati. Ianya merupakan 'Lintasan Hati', walaupun begitu, lafaz niat di mulut. Dengan demikian, jika niat hanya merupakan lafaz di mulut, tidak ada keazaman dan rancangan di hati, maka niat itu belum dikira pahala. Dari sekecil-kecil amalan sehinggalah kepada sebesar-besar amalan, semuanya dinilai oleh Allah swt. berdasarkan apa yang diniatkan (lintasan) dari hati.

Play for free and WIN : https://trkur5.com/125629/21107

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode