MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: Sembelihan

1.Bezakan istilah al-zabh, al-nahru dan al-`aqru.

2.Bincangkan pendapat ulama mengenai hukum memakan sembelihan ahli kitab.

 

Topic: Diskusi 4

Date 04/11/2015
By SITI HAJAR BT AHMAD (PIM 8L)
Subject SOALAN 2

Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dengan dua syarat:

1. Penyembelihan yang dilakukan seperti sembelihan muslim,diputuskan urat halqum dan mari' sehingga menumpahkan darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau dikenakan kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau seumpamanya, maka binatang tersebut tidak halal dimakan.

2. Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembeliahan , seperti Al Masih dan seumpamanya . Hal ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah Al An'am ayat 121 Maksudnya : Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.

Date 15/10/2015
By SITI RODIAH BINTI ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Jenis-Jenis Sembelihan Sembelihan dibahagikan kepada 3 bahagian :
1. Al-Zabhu - Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.
2. Al-Nahru - Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih unta.
3. Al-Aqru - Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya) dengan kecederaan yang membawa kepada maut.

Al-Aqru juga ialah cara menyembelih binatang yang liar (yang boleh dimakan) dan tidak boleh ditangkap oleh tuannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar, apabila ia mengatasi kamu makan lakukanlah terhadapnya seperti ini." (Hadis riwayat al-Bukhari : 5190 dan Muslim: 1968 daripada Rafi' bin Khudaij r.a)

Dalil Membenarkan Makan Sembelihan orang Kristian Atau Yahudi
Antara dalil yang menghalalkan sembelihan mereka adalah berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud: “Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).” (Al-Maidah:5)

Jumhur ulama’ tafsir menjelaskan bahawa ayat ini jelas secara umumnya orang Islam boleh mengambil sembelihan mereka walaupun tanpa membaca Bismillah, Kenyataan ini juga disokong oleh kebanyakan ulama’ salaf dan juga riwayat daripada Imam Ahmad (boleh lihat di dalam kitab Ahkam Ahli-Zimmah dan juga Bidayatul Mujtahid).

walaupun ada ayat al-Quran yang menyatakan: “Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (Al-An’am)

Date 03/09/2015
By HASHIBAH BT ISHAK PIM(8L)
Subject PIM3143- pendapat ulamak tentang memakan sembelihan Ahli Kitab

Jumhur ulama seperti mazhab Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah dan Al-Hanabilah menetapkan bahwa membaca basmalah merupakan syarat sah penyembelihan.

Membaca lafadz basmalah (بسم الله) merupakan hal yang umumnya dijadikan syarat sahnya penyembelihan oleh jumhur ulama itu. Dalilnya adalah firman Allah:

وَلاَ تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (QS. Al-An’am: 121)

Begitu juga hal ini berdasarkan hadis Rafi’ bin Khudaij bahwa Nabi SAW bersabda:

مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوهُ

Segala sesuatu yang dapat mengalirkan darah dan disebut nama Allah ketika menyembelihnya, silakan kalian makan. (HR. Bukhari)

firman Allah yang bermaksud “pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik2,makanan(sembelihan)orang2 yang diberi AL-KITAB itu halal bagimu dan makanan kamu halal pula bagi mereka.”(maksud surah al-maidah 05:05)..Ayat diatas menunjukkan bahwa kita(orang islam) boleh makan makanan Ahli kitab(nasrani dan yahudi),dan makanan orang islam juga boleh dimakan oleh ahli kitab.Namun pasti ramai yang masih was2 dengan lontaran ayat ini,baiklah mari kita meneruskan pembacaan dan penelitian.

yusuf qaradawi berkata “perkataan makanan ahli kitab itu ada satu ungkapan yg bersifat umum,meliputi seluruh macam makanan,sembelihannya ,biji-bijiannya dan sebagainya.Semua ini halal buat kita selama barang2 itu tidak termasuk kategori haram kerana zatnya seperti bangkai,darah,daging babi,semua itu tidak boleh kita makan dengan ijma’ ulama’,baik barang2 tersebut makanan ahli kitab ataupun milik orang muslim”(muka surat 94 dalam kitab halal dan haram dalam islam)


*antara tokoh ulama yang membahaskan kebenaran ini adalah Prof Dr yusuf Qaradawi,Prof Dr Wahbah Zuhaili,Dr Ahmad syarbashi dan majority ulama’ tafsir da fiqh.

Date 03/09/2015
By SITI HAJAR BT AHMAD (PIM 8L)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Soalan 2
Surah Al Maidah Ayat 5: Menerangkan tentang hukum makanan dan sembelihan Ahli Kitab, menikah dengan mereka, demikian pula menerangkan kelapangan Islam dalam bermu’amalah dengan Ahli Kitab

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ وَمَنْ يَكْفُرْ بِالإيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٥

Terjemah Surat Al Maidah Ayat 5

5.[31] Pada hari ini dihalalkan bagimu segala yang baik-baik. Makanan (sembelihan) Ahli Kitab[32] itu halal bagimu, dan makananmu halal bagi mereka. Dan (dihalalkan bagimu menikahi) perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan[33] di antara perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu[34], apabila kamu membayar mas kawin mereka untuk menikahinya[35], tidak dengan maksud berzina dan bukan untuk menjadikan perempuan piaraan[36]. Barang siapa yang kafir setelah beriman maka sungguh, sia-sia amalan mereka dan di hari kiamat dia termasuk orang-orang yang rugi[37].

Date 31/08/2015
By Che Aminah bt Zakaria
Subject pim 3143 pengajian fiqh

Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat;
1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih)
2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh)
3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh)

Date 17/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Istilah alzabhu, alnahru dan alaqru

Sembelihan dibahagikan kepada 3 bahagian:

1-Al-Zabhu
Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.

2-Al-Nahru
Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih haiwan seperti unta.

3-Al-Aqru
Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya ) dengan kecederaan yang membawa kepada kematian haiwan yang disembelih.

Al-Aqru juga salah satu cara menyembelih binatang yang liar(yang boleh dimakan) dan tidak boleh ditangkap oleh tuannya. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud;

"Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar , apabila ia mengatasi kamu maka lakukannya terhadap seperti ini."
[Hadis riwayat al-Buhhari dan muslim daripada Rafi'bin Khudaij ra]

Date 17/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Hukum Sembelihan Ahli Kitab

Pada prinsip asalnya hukum memakan sembelihan ahli kitab adalah harus. Ianya ijma' para ulama' berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 5:
Maksudnya : " Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) ….
Dalam hal ini, menurut pendapat As-Sheikh Tantawi dari Azhar, orang Islam haram memakan sembelihan orang Yahudi dan Nasrani kerana ahli kitab pada hari ini sudah terputus agamanya dengan ahli kitab Nabi Musa dan Isa a.s. Ini memungkinkan mereka menyebut selain dari nama Allah semasa melakukan sembelihan seperti orang Nasrani yang menyebut nama al-Masih atau orang Yahudi yang menyebut nama Uzair, maka jumhur ulama' berpendapat binatang sembelihan itu tidak halal dimakan berasaskan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 3 :
Maksudnya : " Dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain dari nama Allah"

Dalam membincangkan tentang harus memakan sembelihan mereka, mazhab shafie telah meletakkan satu syarat tambahan iaitu ahlil kitab itu mestilah bukan dari kalangan anak cucu nabi ya’kub(Bani Israel). Mohamad Khatib Al Sharbini telah menyebut di dalam al mughninya bahawa pendapat yang azhar ialah halal sembelihan ahlil kitab sekiranya di ketahui bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula menganut agama itu telah berpegang kepada ajaran Nabi-Nabi Musa dan Isa iaitulah ajaran asal yang diturunkan sebelum pembatalan ajaran tersebut dan pindaannya.

Sekiranya mereka dari kalangan Bani Israel pula, disyaratkan pula mereka mestilah tidak mengetahui akan pembatalan syariatnya atau penyelewengan terhadap syariat tersebut, maka sembelihannya adalah boleh dimakan. Sekiranya mereka mengetahui tentang pembatalan atau penyelewengan syariatnya, maka tidaklah harus lagi dimakan sembelihannya. Ini kerana pegangan mereka kepada agama itu pada masa mereka tidak mengetahui tentang penyelewengan itu adalah suatu pegangan yang benar.

Date 15/08/2015
By norlini din janai@janan
Subject soalan 2

1. Kebolehan hukum adalah mutlak bagi semua kaum Ahli Kitab, dahulu, sekarang atau yang akan datang, samada mereka berpegang kepada kitab asal mahupun kepada kitab yang telah diubah suai.
2. Kebolehan hukum hanya bagi kaum Ahli Kitab yang hidup di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan keturunan zuriat mereka sahaja. Pemeluk-pemeluk baru dari kalangan agama Yahudi dan Nasrani tidak termasuk dalam golongan ini.
3. Kebolehan hukum tidak lagi boleh diterima kerana kebanyakkan kaum Yahudi dan Nasrani masa kini tidak lagi memegang kepada kitab mereka yang asal melainkan ianya telah diubahsuai atau ditukar.

Date 15/08/2015
By norlini din janai@janan
Subject soalan 1

Al-Zabhu - Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu. Al-Nahru - Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih unta. Al-Aqru - Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya) dengan kecederaan yang membawa kepada maut.

Date 14/08/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN 2
Pandangan ulama mengenai hukum memakan sembelihan ahli kitab:

1-kebanyakan ulama bersepakat mengatakan bahawa memakan sembelihan ahli kitab adalah dibolehkan; yakni halal bagi orang Islam selagi mana ia dari haiwan yang halal di sisi kita atau pun haram di sisi mereka seperti lemak. Pendapat ini mewakili pandangan Syafie, Hanafi dan Hanbali, melainkan imam Malik menegah sembelihan yang diharamkan ke atas mereka. Kerana maksud firman Allah taala ayat 5 surah Al Maidah menyebut makanan yang bererti apa yang dihalalkan di sisi mereka. Pendapat jumhur adalah berdasarkan dalil umum maksud firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 dan juga sunnah Rasulullah SAW serta sahabat yang memakan sembelihan ahli kitab.

2-Ibn Abbas, Abu Amamah, Mujahid, Said ibn Jabir, 'Ikrimah, 'Atho', dan Al Hassan, Makhul dan Ibrahim Nakhae, Sadi, Muqatil ibn Hayyan bersepakat bahawa maksud 'to'am' di dalam ayat 5 surah al Maidah adalah dikhususkan bagi sembelihan. Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum haram sembelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka melainkan dengan nama Allah. Manakala makanan yang lain seperti roti dan seumpamanya adalah harus dalam semua keadaan kecuali makanan itu adalah dari sumber yang haram; seperti tepung yang dicuri dan lain-lain.

3-Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat;
1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih)
2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh)
3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh)

 

© 2014 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode