MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5: sistem Mualamat islam

1. Buat satu perbandingan antara amalan insuran konvensional dan sistem takaful Islam.

 

Topic: Diskusi 5

Date 03/09/2015
By HASHIBAH BT ISHAK PIM(8L)
Subject PIM3143-perbezaan konversional dan takaful

INSURAN KONVENSIONAL

insuran konvensional

Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point di bawah:

1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.

2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai. Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan samada halal atau tidak ditolak tepi.

3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.

4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan plan yang diambil.

TAKAFUL

takaful-konsep

Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful. Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan. Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada pelaburan.

Konsep takaful diterangkan seperti di bawah:

1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful. Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.

2) Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada bayaran lain yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi wakalah yang anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda.

3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.

5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.

6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.

Kelebihan konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar, jadi kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama.

Date 03/09/2015
By SITI HAJAR BT AHMAD (PIM 8L)p
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

-Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

-Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian)

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

1.Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

2.Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

3.Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

4.Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

5.Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

6.Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

Perjalanan operasi
1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.

Date 30/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Perbandingan insuran konvensional dan sistem takaful Islam

PERBEZAAN INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL ISLAM

INSURANS........................................ TAKAFUL
Akta Insuran 1963...............................Akta Takaful 1984
Sistem Kapitalis ................................ Sistem Islam
Menjual/membeli................................Mengajak/ Menyertai
Premium.........................................Sumbangan (Derma bersyarat)
Kontrak...........................................Akad Tabarru’
Penanggung......................................Pengendali
Pelaburan apa saja saham.................... Pelaburan saham yang halal
Tiada pengawasan..............................Lembaga pengawasan syariah
Dividen...........................................Mudharabah
Gharar - ketidakpastian........................Tiada gharar
Maisir - Judi.....................................Tiada maisir
Riba...............................................Tiada riba

Huraian:

Takaful Diibaratkan seperti Tabung Khairat Kematian Masjid / Surau.
Di mana ahli memberikan sumbangan yang ditetapkan, untuk membantu ahli yang lain sekiranya berlaku kematian atau musibah.
Bezanya adalah komuniti ahli yang dan risiko yang lebih besar.
Menggunakan konsep Tabarru’at (Derma bersyarat) -Setiap ahli membuat sumbangan mengikut risiko yang dipilih.
Setiap ahli juga menyumbang dengan niat untuk membantu orang ramai apabila berlaku musibah.
Syarikat takaful akan menggunakan wang yang disumbangkan ahli, untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan.
Keuntungan ini akan dibahagikan kepada peserta dan pengendali.
Keuntungan ini juga menanggung kos operasi syarikat takaful seperti eTiQa Takaful.

Insurans Konvensional Diibaratkan seperti pemilik tabung.
Setiap bayaran akan menjadi hak milik syarikat.
Pihak insurans menggunakan konsep jual beli.
Di mana syarikat adalah penjual, dan pencarum adalah pembeli polisi.
Ia tidak sah kerana tidak memenuhi rukun jual beli.
Ini salah satu faktor yang menjadikan insurans konvensional haram.
Selain daripada itu, kebanyakan insurans konvensional terlibat dengan aktiviti riba, maisir dan gharar.



 

© 2014 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode