MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 1 :Istilah-istilah berikut mempunyai maksud yang hampir sama. Beza dan bandingkan isitilah-istilah berikut dari sudut fokus utama penggunaannya dalam konteks penilaian P&P;

    1. Pengukuran

    2. Pentaksiran

    3. Pengujian, dan

    4. Penilaian

Topic: Diskusi 1

Date 11/08/2013
By RUSILAH BT ABDULLAH
Subject PIM 3110

Assalamualaikum......
Saya ingin berkongsi ilmu dengan rakan-rakan ppg.Pengukuran, pentaksiran, pengujian dan penilaian adalah amat penting untuk mengukur tahap pencapaian murid. Disini saya ingin berkongsi mengenai pengertian 4P.
PENGUKURAN : Membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai " sesuatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tetrntu ". Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang murid memiliki ciri-ciri tertentu.
PENTAKSIRAN : ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
PENGUJIAN : Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
PENILAIAN : penilaian ditakrifkan sebagai proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.

Date 10/08/2013
By NORASIAH BT HAJI SULAIMAN
Subject PIM 3110

ASSALAMUALIKUM..............
Penialaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Begitu juga ianya merupakan konsep yang penting diketahui dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah-istilah ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi penertian, tujuan dan cira-ciri, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama serta sememangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaannya. Di sini saya ingin menperkatakan secara ringkas mengenainya :
PENGUKURAN ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Contohnya untuk menentukan takat pembelajaran murid dan kebersanannya.
PENGUJIAN ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku seseorang secara individu. Ia merupakan alat pengukur untuk mendapat maklumat tentang pencapaian pelajar dari pelbagai bidang kognitif, psikomotor atau afaktif
PENILAIAN ialah satu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Date 24/07/2013
By Admin
Subject Diskusi 1

Satu perkongsian yg baik dan bermanfaat. Jadilah orang sentiasa menyebarkan ilmu kerana tabiat ilmu semakin banyak kita curahkan makin banyak kita hasil dan faedah yang diperolehi. Teruskan perbincangan

Date 23/07/2013
By KU ROSMAZI BT KU ARIFFIN
Subject PIM3110

Assalamualaikum.....
Saya ingin berkongsi ilmu dengan rakan-rakan PPG. Secara umumnya istilah-istilah yang menjadi topic perbincangan mempunyai maksud yang hampir sama. Saya cuba bezakan dari sudut pengertian setiap satu bagi maksud istilah-istilah berikut.
Pengukuran
Pengukuran ialah proses yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Pentaksiran
Pentaksiran adalah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Pengujian
Pengujian adalah satu prosedur sistematik bagi mengukur perubahan tingkahlaku. Tujuannya untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Ujian boleh berbentuk pemerhatian, ujian lisan dan ujian bertulis.
Penilaian
Penilaian merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran pembelajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

Date 06/08/2013
By Rosilah bt Othman
Subject Re: PIM3110

Salam..
Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oelh saudara Ku Rosmazi bahawa dalam istilah pendidikan yang merangkumi penilaian,pengukuran,pengujian dan pentaksiran adalah sinonim dengan pembelajaran murid.Ini penting kerana adanya 4P boleh membantu merancang aktiviti p&p dengan lebih berkesan.Tanpa 4P,pembelajaran akan menjadi tidak kesampaian.pembelajaran hanya boleh diukur melalui sistem 4P.Bagi menentukan pencapaian murid dalam proses p&p berjalan dengan lancar sistem 4P mestilah dilaksanakan.

Date 17/08/2013
By HAMIMIWATI BINTI ABU HASAN
Subject Re: Re: PIM3110

Assalamualaikum.Secara umumnya pengukuran,pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya.

Perbezaan di antara keempat-empatnya adalah seperti berikut:
1. Pengukuran ialah proses nilai-nilai kuantitatif seperti peringkat dan kedudukan. Biasanya pengukuran ini diukur dengan mewakilkan sesuatu indek berbentuk angka kepada prestasi individu contoh peratus yang diperolehi dalam peperiksaan.
2. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Pentaksiran dianggap sebagai suatu pro­ses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid.
3.Pengujian pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku individuMelalui pengujian, kita mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek,kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
4.Penilaian ialah gabungan antara pengujian dan pengukuran. Penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan maklumat dan memberi maklumat.Ianya adalah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode