MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: a. Bincangkan kepentingan penilaian dalam proses p&p. b. Bincangkan kepentingan JSU dalam konteks penilaian.                              

Topic: Diskusi 4;

Date 21/09/2013
By Ahlam Binti Othman
Subject Pim 3110

Kepentingan penilaian
Kepentingan Penilaian
1.kesan perkembangan murid
2.kenalpasti kekuatan dan kelemahan murid
3.tahu keberkesanan pengajaran
4.rancang/ubahsuai pengajaran
5.jalankan tindakan susulan.
Kepentingan JSU
1.Menjamin kualiti ujian
2.Menjamin kesahan isi kandungan
3.Memastikan topik dengan aras seimbang
4.Panduan bentuk soalan ujian
5.Panduan bentuk format ujian
6.Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari masa kesemasa.
1.

Date 10/09/2013
By HALIMATUN BT MUSA
Subject PIM3110

Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan membolehkan guru
membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.Dengan itu guru boleh merancang aktiviti tambahan berbentuk pemulihan atau pengayaan Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang aras kefahaman dan pengetahuan murid seterusnya guru akan membuat tindakan susulan.
Dengan penilaian juga guru dapat memberikan maklum balas tentang
kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya, seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian
anak-anak mereka akan meningkat.
Pentingnya JSU dalam penilaian kerana kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.

Date 19/08/2013
By Admin
Subject Respon

Good sharing. Tolong permudahkan dalam bentuk point-point

Date 10/08/2013
By NORASIAH BT HAJI SULAIMAN
Subject PIM 3110

Kepentingan penilaian dalam proses p&p ialah aktiviti penilaian akan diguanakan untuk menentukan sama ada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan akan dapat mencapai objektif yang ditentukan atau tidak.
Setelah penilaian dilakukan, keputusan akan diperolehi dan keputusan ini akan digunakan untuk membuat laporan pencapaian dan penempatan.
Berdasarkan ujian diagnostik, guru boleh merancang program pemulihan dan pengayaan dengan lebih berkesan
b) Kepentingan JSU dalam kontek penilaian ialah dengan adanya JSU kita dapat memastikan item/soalan yang dibina akan mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri keesahan dan kebolehpercayaan.
Ia juga dapat memastikan kemahiran-kemahiran akan dapat diuji secara keseluruhan serta pemberatannya mengikut aras kemahiran dapat dibahagikan secara berpatutan.

Date 16/10/2013
By HAMIMI WATI BINTI ABU HASAN
Subject Re: PIM 3110

Kepentingan penilaian dalam proses p&p ialah:

1.Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
2. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
3. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
4.Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain.
5.Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
6.Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Kepentingan JSU dalam kontek penilaian ialah:
1) Bina soalan berdasarkan asas (tidak sembarangan).
2) Menjamin kesahan isi kandungan ujian.
3) Kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran dapat ditimbulkan.
4) Menyeimbangkan antara topik dan aras kemahiran.
5) Panduan membentuk format ujian.
6) Panduan membentuk soalan.
7) Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
8) Menentukan bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
9) Bandingkan ujian dengan ujian lain.


 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode