MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Penulisan al-Quran

Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui perlantikan nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat Khalifah rasyidah, Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid b Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu turun beliau menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di samping menambah kepercayaan dan kehati-hatian terhadap Kitab Allah sehingga penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran. Kemudian tulisan-tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian Al-Quran telah dihimpun sempurna melalui cara seperti itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah atau mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain yang seumpamanya.

Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.

Abu bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan yamamah mensyahidkan ramai para hafiz Al-Quran dan saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah saidina Umar memujuk saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar  Zaid b Thabit mengumpul Al-Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada dalam hati para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).

Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman.

Penyebaran islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim kepada mereka. Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan “huruf” yang dengannya Al-Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka merasa heran perbezaan-perbezaan Qiraat tersebut.

Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para sahabat perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu huruf. Al-imam Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-sunan” menjelaskan “Abu Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media yang digunakan oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang terabai”.

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode