MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Anjung Ilmuan

Ruangan ini disediakan untuk para pelajar berkongsi idea, pendapat dan maklum balas berpandukan soalan-soalan ransangan yang disediakan. Setiap pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam forum yang disediakan. Markah tambahan akan diperuntukkan kepada para pelajar yang terlibat secara aktif dan menyumbang idea dan maklumat yang bernas untuk rakan-rakan pelajar. Selamat berdiskusi.

Isu 1: Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik bagi mencontohi Rasulullah dan para sahabat dalam aspek cara mendidik.

Date 17/10/2013
By Mohamad Nazir Bin Azlan
Subject mohon pandangan sahabat2.. :)

pernah ana terdengar kalam Syeikh Zainul Asri, Mudir Maahad Darul Hadis, dalam sebuah kuliah beliau yg berbunyi :

"jangan samakan 2 rakaat yang dilakukan oleh kita (orang biasa2 ni) dengan 2 rakaat yang dilakukan oleh para 'alim ulama. darjatnya amat berbeza"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apa yg ana fhm, Syeikh Zainul Asri cuba nak menekankan kepada kita kepentingan menuntut ilmu dalam beramal. dalam konteks kita sebagai memenuhi kriteria profesionalisme guru pendidikan Islam, sepatutnya kita perlu terlebih dahulu menguasai sesuatu ilmu sebelum mengajarkannya kepada orang lain.

bagaimana pula pandangan sahabat2 berkenaan ungkapan ni? mohon kongsi..moga sama2 beroleh manfaat :)

Date 21/10/2013
By Masitah_Khasim
Subject Re: mohon pandangan sahabat2.. :)

ibadah yg dilakukan alim ulama ni tawajuuhnya kpada Allah lbih tinggi nk dbndingkn ibadat yg dlakukan kita..mereka faham dan amal dgan ilmu yg mreka ada. kkdg kita ni lbih bnyak btaqlid bbnding fham dgn apa yg kita buat..
Nak katanya, sdangkan seorg ulama' tu pun lbih ditakuti syaitan bbnding dengan 1000 'abid.

Date 17/10/2013
By Mohamad Nazir Bin Azlan
Subject ISLAM MEMANDANG TINGGI PROFESION PERGURUAN

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab,kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama’. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara.
Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional.Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta 2pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru- yang sentiasa bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita.
Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu, profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.
Kerajaan menghargai sumbangan guru dengan mengistiharkan tanggal 16 hb Mei pada setiap tahun bermula dari tahun 1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan mengenang segala jasa baik para guru. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan sebagai bakal guru akan terus berusaha untuk menyemaikan dan menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan anak bangsa agar kita dapat mencapai sebuah negara yang maju dan unggul pada masa hadapan.
Guru ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan,rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran:
‘Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat’.
Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda.
Imam al-Ghazali menyatakan, ‘Tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian’. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada matlamat atau tujuan diutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan rasul kepada umat manusia. Di samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Mujaadalah, ayat 11 yang bermaksud :
‘Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’.
Melalui ayat ini diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para guru atau pendidik. Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset yang bernilai dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul. Guru perlu memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru yang cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited,tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta amanah dalam menjalankan tugasnya.
Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikanny sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

Date 17/10/2013
By Amirah Tarmizi
Subject Teknik Memberi Peluang Semua Murid Angkat Tangan

Assalamualaikum...

"Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad saw bertanya:
"Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?" Abu Bakar r.a menjawab, "Saya".
Baginda bertanya lagi, "Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?"
Abu Bakar r.a menjawab, "Saya"
Baginda bertanya lagi, "Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi makan orang miskin?"
Abu Bakar r.a menjawab,"Saya"
Baginda bertanya lagi, "Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?”
Abu Bakar r.a menjawab, “Saya". Lalu Nabi Muhammad saw berkata, "Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga."

Berdasarkan hadith di atas, terdapat beberapa perkara yang diajarkan oleh rasulullah:

1) Rasulullah menggunakan banyak soalan mudah supaya semua orang dapat mengangkat tangan. Hal ini dapat meningkatkan penglibatan dan self esteem murid

2) Rasulullah tidak menyebut "Abu Bakar sudah tentu akan masuk syurga" sebaliknya baginda menyebut "Seseorang yang melakukan perkara tersebut pasti masuk syurga". Seseorang bermaksud sesiapa sahaja. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha meyakinkan pelajar bahawa semua pelajar mampu menjawab soalan yang diajukan dan tidak membezakan pelajar yang pintar dan lemah.

sumber: https://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/2012/04/mengawal-dua-kelas-dengan-teknik-nabi.html


Date 17/10/2013
By Norfazilah binti Shariff
Subject Didikan mengikut cara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Tugas seorang pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, mereka juga bertanggungjawab membina akhlak mulia kepada anak murid. Mengajar bidang apa sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu.

"Guru yang penyayang dan penyabar akan menjadi seorang guru yang berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai sabar dan penyayang itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa hasil nikmat sabar itu sangat memberkati usaha gigihnya mendidik".

Dalam zaman serba moden dan mencabar, kerjaya sebagai guru juga penuh dengan cabaran hingga ada segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika.

Guru perlu sentiasa ingat bahawa mendidik murid memerlukan kesabaran dan nilai kasih sayang yang tinggi. Tanpa adanya dua sifat itu, guru pasti berhadapan dengan masalah. Sebagai mukmin, panduan ditunjukkan Rasulullah S.A.W boleh diamalkan semasa menjalankan tugas mendidik.

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW yang mempamerkan perwatakan luhur pendidik. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, katanya: “Sedang kami berada di dalam masjid bersama-sama Rasulullah SAW, seorang Badwi telah datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya, kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid ini adalah tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu membuang air kencing.”

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah S.A.W yang mempamerkan perwatakan luhur pendidik. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, katanya : “Sedang kami berada di dalam masjid bersama-sama Rasulullah S.A.W, seorang Badwi telah datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu : Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah S.A.W berkata : Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya, kemudian Rasulullah S.A.W memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya : Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid ini adalah tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah S.A.W mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu membuang air kencing.”

Apa yang dapat kita ambil iktibar berdasarkan kisah di atas ialah pertama, jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah S.A W dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauhnya menghadapi sesuatu keadaan.

TEGUR DENGAN CARA YANG BERHEMAH DAN LEMAH LEMBUT

Baginda menggunakan pendekatan menegur kesalahan seseorang secara berhemah dan lemah lembut dengan disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan yang dilakukan.

Begitu juga dalam konteks kita sebagai seorang guru, inilah pendekatan yang sepatutnya kita amalkan dalam proses pendidikan. Sebagai contoh, apabila para pelajar kita melakukan kesalahan, maka hendaklah kita menegur mereka dengan cara yang lemah-lembut dan berhemah, agar mereka dapat menerima teguran kita tersebut. Contohilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Baginda juga bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mengajar perkara yang patut diketahuinya, bukan dengan cara memarahi. Sebagai seorang guru juga, kita tidak boleh memarahi pelajar dengan keterlaluan kerana ini akan menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk belajar serta mempunyai rasa rendah diri.

Imam al-Ghazali menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik. Antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru juga hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Guru yang penyayang dan penyabar akan menjadi seorang guru yang berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai sabar dan penyayang itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa hasil nikmat sabar itu sangat memberkati usaha gigihnya mendidik.

Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu terdapat sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Padahal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran itu seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk daripada Allah yang kerananya aku utusan-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Date 17/10/2013
By Nurulhuda Ariff
Subject Cara Didikan Rasulullah

Bismillah.
Syukran kathir. Banyak yang telah saya baca dari pengkongsian rakan-rakan sepengajian di ruangan Anjung Ilmuan. Begitu bnyk pendapat dan pandangan yang inshaAllah dapat kita apply sama-sama untuk menjadi murobbi yang unggul kelak.

Di sini saya ingin kongsikan satu cara didikan Rasulullah yang ringkas tapi pada saya sangat berkesan jika kita aplikasikan di dalam pengajaran. Saya peroleh perkongsian ini dari laman sosial Facebook Tadika Tasneem Bestari.

Cara didikan Rasulullah - KAEDAH SENTUHAN

Dari Abu Mas'ud r.a, telah menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika, ketika hendak solat berjemaah, nabi menyentuh setiap bahu kami sambil bersabda;
"luruskan safmu, jangan bengkang bengkok. Sof yang bengkok akan menyebabkan hatimu berpecah belah. (Riwayat Imam Muslim).

Itulah salah satu kaedah yang digunakan oleh Rasulullah ketika mendidik para sahabat, melalui sentuhan.

InshaAllah kita sebagai pendidik digalakkan menyentuh anak-anak kecil ini ketika menyampaikan sesuatu pengajaran, terutamanya ketika memberi nasihat kepada mereka, InsyaAllah kasih sayang kita sebagai guru yang ikhlas akan meresap dalam jiwa mereka.

- petikan dari buku - Hebatnya Cara Rasulullah mendidik -

Date 17/10/2013
By Nurul Hidayah
Subject Rasulullah Sebagai Pendidik Terulung

Rasulullah Sebagai Pendidik Terulung

Kehebatan tamadun Islam 1432 tahun yang lepas dalam menangani kejahilan di kalangan masyarakat Arab jahiliyyah, telah menyaksikan kehebatan Nabi Muhammad s.a.w. membentuk umat Islam dari kalangan para sahabat r.a. Ketika itu, Nabi s.a.w. telah berupaya dengan izin Allah s.w.t. mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya sehingga melahirkan satu generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa sehingga mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t. sebagai khair al-ummah sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Óli-‘ImrÉn 3:110 yang bermaksud:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Suruhlah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t.

Baginda Rasul s.a.w. juga telah diiktiraf oleh golongan bukan Islam dengan dinobatkan sebagai orang pertama yang berpengaruh dalam sejarah dunia (Hart M. H, 2005). Rasu1ullah s.a.w. bukan sahaja bertindak sebagai seorang rasul, malah, juga pendidik kepada ahli keluarga baginda s.a.w. dan para sahabatnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh sahabat Nabi s.a.w. yang bernama al-SulamÊ dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1984, no. hadis 1277), bahawa al-Sulami telah berkata yang bermaksud: Maka demi bapa dan ibu ku, sesungguhnya aku tidak pernah melihat guru yang terbaik cara pengajaranNya (Rasulullah s.a.w.) sebelum dan selepasNya (Rasulullah s.a.w.). Maka demi Allah s.w.t. Baginda s.a.w. tidak pernah memarahi ku, memukul ku dan mencela ku. Nabi Muhammad s.a.w. antara guru terhebat dalam lembaran
sejarah Islam. Kesan pengajaran dan dakwah baginda terbukti telah dapat membentuk generasi yang bertakwa. Dengan itu, sejak awal Islam hingga ke hari kiamat, Rasu1ullah s.a.w. menjadi model utama di dalam dunia pendidikan (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, 2001; Razali Saaran, 2010; Said Hawa, 1990). Dalam aspek pendidikan, Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu atau dikenali sebagai muÑallim, bahkan Baginda Rasulullah s.a.w. juga berperanan sebagai murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling sebagai metode dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah ketika zaman itu khususnya ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Abdullah NÉÎih ‘AlwÉn 1968; al-×afiz al-SuwÉid 1988; Kamarul Aazmi 2010). Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-AÍzab (33: 21) yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-banyak (dalam masa susah dan senang. Dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w. sendiri membuat pengakuan bahawa Baginda s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai pendidik serta pembimbing yang memudahkan urusan orang lain. Hal ini seperti yang diriwayatkan oleh Muslim (1984, no. hadis 1478) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengutuskan Aku (Muhammad) untuk menyusahkan umat ku dan bukan pula untuk aku menyusahkan diri ku, tetapi aku diutuskan sebagai pendidik yang memudahkan.

Rasulullah s.a.w. sebagi pendidik unggul telah mengimplementasikan kemahiran pedagogi dalam dakwah dan pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Kemahiran pedagogi Rasulullah s.a.w. inilah yang perlu dihayati oleh GPI agar menjadi murabbi yang berupaya membimbing murid menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Kemahiran pedagogi dalam KM seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.15 mencakupi kemahiran menyampaikan kuliah, kemahiran bercerita, kemahiran bersoal jawab dan kemahiran menjalankan aktiviti ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; ÑAbdullah NÉÎih ÑAlwÉn 1968; al-×ammÉdÊ 1987; al-×afÊz SuwÉid 1988; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007; al-NaÍlÉwÊ 1979; Razali Saaran 2010).

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Menyampaikan Kuliah
Kaedah kuliah atau syarahan merupakan salah satu corak penyampaian yang berbentuk penerangan sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai (Atan Long 1983). Pembelajaran dengan kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak pergantungan murid kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat murid terhadap guru (Ahmad Mohd. Salleh 2001). Dalam konteks PI kaedah ini sesuai digunakan bagi pengajaran akidah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007).

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan kaedah ini ketika mana Baginda s.a.w. diarahkan oleh Allah s.w.t. untuk berdakwah secara terang-terangan. Rasulullah s.a.w. telah meminta kaum Quraish untuk berkumpul di Bukit Safa dan di situlah Rasulullah s.a.w. berdakwah dalam bentuk kuliah yan ringkas. Begitu juga ketika Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbahnya yang terakhir di Lembah Uranah di Gunung Arafah. Lazimnya Rasulullah s.a.w. apabila menyampaikan kuliah atau syarahan umum, Baginda s.a.w. tidak mengambil masa yang panjang dan hanya bercakap perkara agenda sahaja (al-Buti 2002). Sebagai guru yang mengajar PI, kuliah atau syarahan yang diberikan kepada murid perlulah didasari dengan sumber daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. (al-Nahlawi 1979). GPI perlulah mahir dalam merujuk dalil al-Quran dan hadis apabila bercakap tentang sesuatu isu. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. dalam kuliah harus diberikan penjelasan makna dan dikaitkan dengan tajuk dan isu semasa. Dengan demikian, kuliah yang disampaikan adalah tepat, padat dan tidak menyimpang dari tajuk yang ditetapkan (Razali Saaran 2010).

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Bercerita
Kaedah bercerita merupakan salah satu daripada cara menyampaikan kandungan pengajaran yang bertujuan memberi i’tibar dan melibatkan intonasi suara, mimik muka, gaya tubuh, imaginasi dan peralatan tambahan (Shahabuddin Hashim et al. 2003). Dalam konteks PI, kaedah bercerita boleh digunakan bagi pengajaran sirah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007).

Al-Quran banyak menggunakan kaedah cerita dalam memberi pengajaran kepada umat Islam (al-Nufal 2002). Sebahagian daripada ayat al-Quran yang menggunakan kaedah penceritaan seperti kisah Nabi Yusuf a.s. (surah Yusuf 12:7-48), kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi KhaiÌir a.s. (surah al-Kahfi 18:7-27), kisah Nabi LËÏ dan kaumnya (surah al-Naml 27:54-58), kisah Nabi Sulayman a.s. dan burung hud-hud (surah al-Naml 27:20-21), kisah Maryam (surah al-Maryam 19:1-34), kisah Nabi Ayyub a.s. (surah al-Anbiya’ 21:83), kisah zu al-karnaian dan ya’juj dan ma’juj (surah al-Kahfi 18:83), kisah ashab al-kahfi (surah al-Kahfi 18:9-26) dan banyak lagi. Rasulullah s.aw. juga kadang kala menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar para sahabat r.a. (Abdullah NÉÎiÍ 'AlwÉn 1968). Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada para sahabat r.a. tentang seorang penzina wanita yang telah diampunkan Allah s.w.t. kerana perbuatannya memberikan air kepada anjing yang sedang kehausan. Cerita tersebut telah digambarkan dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 3280) yang bermaksud: Tatkala seekor anjing mengelilingi perigi dan hampir mati kerana dahaga, tiba-tiba seorang penzina dari bani Israil datang dan meletakkan air pada kasutnya lalu memberi minum kepada anjing tersebut. GPI perlulah menggunakan kaedah bercerita bagi menyampaikan kandungan PI yang bercorak sejarah dan bertujuan memberi pengajaran agar murid berasa tertarik dengan pengajaran tersebut. Menurut Mak Moon Song (2009) beberapa kemahiran perlu dihayati oleh guru apabila menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar. Kemahiran tersebut seperti memilih cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran, bercerita dengan bersahaja tanpa melihat nota, menggunakan alat-alat sokongan, bercerita dengan penuh emosi, menggunakan intonasi yang sesuai dengan jalan cerita dan watak yang terlibat, melibatkan murid semasa sesi bercerita, menggunakan perkataan yang mudah, membuat rumusan pada akhir sesi bercerita

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Soal Jawab
Kaedah soal jawab merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran yang melibatkan interaksi antara guru dan murid. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2001) kaedah menyoal bukan sahaja untuk menilai kefahaman murid terhadap kandungan pengajaran, bahkan terdapat beberapa tujuan lain seperti menggerakkan minda, membetukan kesilapan murid, merentas kandungan pembelajaran, menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi, mengekalkan perhatian murid, mengerakan interaksi menyelesaikan masalah, mengaitkan dengan tajuk sebelumya dan memberi kesedaran. Kaedah yang melibatkan penglibatan murid ini juga berupaya membina rasa percaya dan yakin pada diri murid (Zawawi Ismail et al. 2011). Kaedah menyoal juga digunakan dalam al-Quran seperti pada surah al-´AnÑaÉm 6:19, surah al-IsrÉ´ 17:17, surah Óli ÑImrÉn 3:25 dan beberapa tempat lain dalam al-Quran. Kata tanya seperti ma, ai (apakah), kaifa (bagaimana), aina (di mana), a, hal (adakah), dan kam (berapa) digunakan bertujuan menggalakkan pembaca berfikir dan bertadabbur (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri 2007). Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakai oleh Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan ilmu kepada para sahabat r.a. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 1554) bahawa Rasulluh s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat r.a. satu soalan bagi membuka minda mereka, yang bermaksud: Apakah pandangan kalian sekiranya terdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di sungai tersebut lima kali sehari, Akan adakah kekotoran pada badan kamu? Sahabat menjawab: tidak akan ada kekotoran sedikit pun. Nabi s.a.w. membalas: begitulah dengan solat lima waktu, akan terhapus segala dosa kalian.
GPI perlulah menggunakan kaedah soal jawab dalam menyampai dan mengukuhkan kandungan PI. Kaedah ini boleh digunakan kepada semua komponen dalam PI (al-×ammÉ(Mohammad Shatar Sabran et al., 2010)di 1987). Terdapat beberapa kemahiran dalam soal jawab yang boleh dipraktikkan oleh guru seperti meminta murid mengulang soalan dan guru menjawab semula bagi pengembangan idea, tidak menjawab soalan yanhg diajukan malah bertanya semula soalan lain kepada murid yang bertanya bertujuan membuka minda, mengajukan soalan kepada murid yang telah mengetahui jawapannya bagi mewujudkan daya saing antara mereka, memberi jawapan lebih daripada yang disoal, meminta murid lain yang menjawab soalan yang diajukan kepada guru bertujuan memberi motivasi, mengabaikan soalan yang difikirkan bertujuan mengenakan guru atau rakan lain, dan melewatkan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan sekiranya jawapan tidak pasti ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Razali Saaran 2010).

Kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam Menjalankan Aktiviti
Selain daripada kaedah menyampaikan kuliah, bercerita dan bersoal jawab, guru juga boleh menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh GPI bagi menyampaikan kandungan PI ialah melalui aktiviti penyelidikan, lukisan, perbincangan dan debat, demonstrasi, permaianan dan lawatan. Di samping mencipta suasana pembelajaran yang baru, melalui aktiviti, pelbagai kemahiran generik murid dapat dipupuk, seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, adab dan pembelajaran sepanjang hayat (Mohammad Shatar Sabran et al. 2009 & 2010).

Hadis-hadis Nabi s.a.w. menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan aktiviti dalam pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.w. dalam menyampaikan pengajaran dan ilmu kepada para sahabat r.a. ialah menggalakkan sahabat r.a. melakukan penyelidikan. Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 12697) menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada para sahabat r.a. seorang pemuda ahli syurga tanpa menjelaskan ciri-ciri ahli syurga. Sahabat r.a. yang tertanya-
tanya lalu menyelidik sendiri perihal pemuda tersebut dan mendapati bahawa pemuda tersebut tidak pernah berbohong dan berhasad dengki dengan orang lain. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam bentuk kertas projek bagi meningkatkan penglibatan murid dengan idea-idea dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin diperoleh melalui aktiviti pengajran yang lain. GPI berperanan menyediakan tajuk dan memberi kebebasan kepada murid untuk memilih tajuk. Garis panduan penyediaan kertas projek perlu disediakan dan GPI perlu memantau dan membimbing kajian murid dari masa ke semasa (Mohd Azam Mahat 2009).

Selain daripada menggalakkan para sahabat melakukan penyelidikan, Nabi s.a.w. melakukan teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan kefahaman kepada sahabat r.a. Ini seperti yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 2668) yang bermaksud: Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s.a.w. bertanya: Adakah kalian tahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini? Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang mengetahui. Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga kelak ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fatimah binti Muhammad, Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun. Aktiviti melukis bukan sahaja membantu murid dalam memahami kandungan pengajaran bahkan mampu mengembangkan daya imaginasi murid, meluahkan perasaaan yang tersimpan dan mengurangkan tekanan (al-SyÉs 2006). Justeru GPI bolehlah menjalankan aktiviti melukis pada topik-topik yang dianggap berat agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih santai dan memberikan kefahaman yang lebih kepada murid.

Selain daripada aktiviti melukis, Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan perdebatan dengan para sahabat r.a. bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkara. Hal ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987, no. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita! Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa golongan wanita adalah teramai di neraka. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami. Nabi bersabda lagi: Aku tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan agamanya yang mampu menewaskan golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan akal kami wahai Rasulullah s.a.w.? Sabda Baginda s.a.w.: bukankah penyaksian perempuan itu cuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: benar! Itulah bukti kurangnya akal mereka, jelas Baginda s.a.w. Aktiviti perbincangan dan perdebatan memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Di samping mengasah ketajaman berfikir, aktiviti sebegini mampu membina kreativiti murid, membentuk keyakinan diri dan mengajar sifat toleransi (Basri bin Ibrahim 2009). Justeru GPI digalakkan melakukan aktiviti perbincangan dan perdebatan dalam sesetengah silibus PI seperti akhlak, syariah dan sirah.

Selain daripada aktiviti perbincangan dan perdebatan, aktiviti lain yang dilakukan Rasulullah s.aw. dalam menyampaikan pengajaran iailah aktiviti demonstrasi. Ini seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1980, no. hadis 109 ) bahwa Sayyina Uthman bin Affan r.a. telah menunjukkan cara berwuduk kepada para sahabat r.a. yang lain dan memberitahu bahawa begitulah cara Rasulullah s.a.w. berwuduk. Aktiviti ini sesuai digunakan bagi kurikulum ibadah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007). Menurut Mohd Azam Mahat (2009) aktiviti ini boleh dilakukan samada menggunakan model hidup (guru atau rakan murid), model simbolik (arahan guru secara bertulis atau lisan serta gambar) dan model persepsi (tayangan video, bahan maujud bahan alam). Selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan, Rasulullah s.a.w. juga kadangkala melakukan aktiviti permainan yang diselitkan pengajaran di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bermain teka teki dengan para sahabat bagi menyampaikan maksud pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 1735) bahawa Rasulluh s.a.w. telah memberikan satu teka teki kepada para sahabat dan meminta para sahabat berfikir akan jawapannya. Hadis tersebut yang bermaksud: Bagitahu daku apakah pokok yang bewarna hijau dan mempunyai keberkatan seperti seorang muslim, daunnya tidak gugur dan tidak bertaburan dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah s.w.t. Aktiviti pembelajaran melalui permainan memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani di samping mengukuhkan kemahiran-kemahiran lain yang baru dipelajari (Abdul al-Jabbar & al-NabÉbah 1988; Jabir & al-Dib 1971; al-ÑIsÉwÊ 2003; Mohd Azam Mahat 2009). Antara bentuk permainan pembelajaran yang boleh dilakukan GPI ialah kotak beracun, teka-teka, cantum perkataan, silang kata dan lain-lain.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga telah menerima kewajipan menunaikan solat lima waktu sehari semalam melalui aktivi pengembaraan israk dan mikraj. Allah s.w.t. telah mengajar Rasulullah s.a.w. beberapa perkara semasa pengembaraan Baginda s.a.w. Gambaran-gambaran yang dipaparkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menguatkan lagi ingatan dan menambahkan keyakinan Nabi s.a.w. (Ab. Halim Tamuri et al. 2004). Pengajaran terbesar dalam peristiwa tersebut ialah tanggungjawab menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan kepentingan menjaga kemuliaan masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam (Abdul Halim Mahmud 1977). Justeru, GPPI juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada murid meneroka dan mengambil pengajaran daripadanya.

Date 17/10/2013
By Amir hamzah Bin Mohamad
Subject Rasulullah Contoh Pendidik Kepada Pendidik.

Didikan cara rasulullah ialah, guru bukan hanya sekadar mengajar "content" pelajaran semata-mata, bahkan guru perlu menjadi mudarris, muallim, mursyid, dan muaddib.

1. Mudarris.
Mengajar murid-murid dengan menyampaikan seberapa banyak ilmu mengikut tahap murid.

2. Muallim.
Menyampai pengetahuan yang benar kepada murid disamping menambah ilmu pengetahuan guru sendiri. Guru menganggap murid seperti anknya sendiri, mengajar dgn penuh kasih syg.

3. Murabbi.

bermaksud memperbaiki, mendidik dan mentadbir. Sentiasa menyayangi dan menasihati murid serta membimbing dalam pembentukan sahsiah mereka.

4. Mursyid.

Pembimbing kearah kebaikan. Sgt alim dalam pelbagai lapangan ilmu dan sentiasa berakhlak mulia, yang mana akhlaknya menjadi contoh dan ikutan kepada murid.

5. Muaddib.

Pembentuk akhlak dan adab. Mengajarkan adab kepada murid. Adab terhadap Allah dan rasul, terhadap ibu bapa, masyarakat dan org tua, serta adab terhadap guru.

Kita renung kembali sirah rasulullah, yang mana masyarakat arab pada waktu sangat memandang tinggi pada baginda bukan kerana ilmu yang ada padanya bahkan pada akhlaknya. Sehinggakan baginda digelar al-amin.
inilah yang perlu pendidik masa kini praktikkan kerana ilmu yang hanya disampaikan melalui kata-kata dan tidak di zahirka dengan perbuatan bukanlah ilmu sebenarnya. Bahkan ilmu yang di zahirkan dengan kata-kata dan perbuatan adalah yg di paggil ilmu.Alim itu bukan pada banyaknya ilmu tp pada banyaknya amalan. Wallahua'lam.

Date 16/10/2013
By faiezzullah
Subject Rasulullah qudwah hasanah

berdasarkan perbincangan ini suka saya ingin mengetengahkan cara didik Rasulullah yang kita lihat iaitu qudwah hasanah. sebagai seorang pendidik aspek ini perlu kita contohi disebabkan perkara pertama manusia akan lihat ialah melalui penampilan seseorang.

walaupun kita tidak mengenal seseorang itu kita masih boleh membuat penilaian terhadap seseorang lebih-lebih guru. itu satu first impression seorang murid terhadap guru. jadi apabila bergelar seorang pendidik, kita hendak memanusiakan manusia memerlukan satu pakej lengkap bagi merialisasikan matlamat tersebut.

kita boleh lihat bagaimana akhlak rasulullah terhadap orang musyrikin yang sentiasa berbuat baik walaupun mereka pernah mencaci, mengherdik dan sebagainya.

qudwah hasanah bukan kita boleh menggelarkannya sendiri, tetapi dengan ilmu yang kita pelajari. tidak akan ada orang yang akan kata "contohilah wahai kawaku"..orang yang melihat kita mesti tahu adakah kita ini dapat dicontohi atau tidak.

mungkin sekadar ni sahaja. jika ada slah dan silap harap dibetulkan. sekian.

Date 14/10/2013
By shamil azwan sahari
Subject Kurikulum Dan Pelaksanaan Pendidikan Islam Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W Di Mekah Dan Madinah.



Pengenalan :

Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menajuhi larangan melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran
Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca jadi asas pendidikan Islam
Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah
Latar belakang Mekah danMadinah : Mekah-terletak di Lembah yang kering kontang dan kedudukanMekah strategik iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan Yaman. Diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di situ mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun sebelum Muhammad dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah Quraisy telah menguasai pentadbiran Mekah.
Madinah – kawasan oasis yang subur untuk pertanian. Kedudukan strategik iaitu jalan perdagangan antara Mekah dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi Allah Ibrahim a.s.
Isi :

Kurikulum :

Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya
Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab
Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan
Pelaksanaan pendidikan di Mekah :

Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.
Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda.
Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa – dihadiri olehsemua ketua-ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .
Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan
Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah :

Peluasan ajaran Islam : Aqidah – diteruskan menanam keimanan. Akhlak – akhlak manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan, Kenegaraan 1 bulan – kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat, kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat
Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam serambi bersambung dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat
Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah.
Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.
Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.
Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang. “otak yang cergas terletak di badan yang sihat”
Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.
Kesimpulan :

Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain.

 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode