MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Anjung Ilmuan

Ruangan ini disediakan untuk para pelajar berkongsi idea, pendapat dan maklum balas berpandukan soalan-soalan ransangan yang disediakan. Setiap pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam forum yang disediakan. Markah tambahan akan diperuntukkan kepada para pelajar yang terlibat secara aktif dan menyumbang idea dan maklumat yang bernas untuk rakan-rakan pelajar. Selamat berdiskusi.

Isu 1: Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik bagi mencontohi Rasulullah dan para sahabat dalam aspek cara mendidik.

Date 08/10/2013
By Muhsinah Binti Mokhtar Mohed
Subject Didikan Rasulullah saw

Assalamualaikum wbt,

LANGKAH PERTAMA:

Rasulullah saw tidak mempunyai manhaj selain Al Quran. Baginda tidak mempunyai fakulti, institut, mahupun sekolah untuk mendidik, selain masjid.

Murid-muridnya adalah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, dan sahabat-sahabat lainnya. Dari madrasah itulah peradaban Islam terbina untuk mengubah dunia dengan manhajnya. Adakah kita melihatnya sebagai sebuah madrasah yang lebih bersih dan lebih aktif dari madrasah itu? Satu kaum yang duduk di atas pasir. Universitinya dihampari pelepah kurma. Pembatasnya adalah iman. Dan kesatuan hati menambah ikatan mereka. Pada awalnya. mereka adalah sedikit, kemudian membentuk kafilah yang disegani. Mereka dihujani dengan cemuh, cerca dan ugutan kemudian berubah menjadi ’role model’ dan ikutan. Mereka menjadi berwibawa dengan agama ini.

Semuanya melalui satu asas – iaitu tarbiyah. Proses mengubah manusia melalui satu fokus, tumpuan dan sasaran yang utama iaitu hati.
Itulah matlamat kepada proses tarbiyah. Mengisi hati manusia dengan keimanan, ketaqwaan dan kepercayaan hanya kepada Allah SWT.
Penyemaian aqidah tauhid dalam jiwa dengan mengosongkan segala karat-karat jahiliyah, kekotoran hati akibat dosa-dosa, noda-noda dan maksiat dan mengikisnya secara menyeluruh tanpa satu pun terkecuali.

LANGKAH SETERUSNYA:
Daripada kesedaran hati itulah, perlunya sesorang itu menzahirkannya dengan TINDAKAN. Tindakan tanpa kesedaran dalam diri tiada membawa makna. Kesedaran yang benar akan melahirkan tindakan yang benar. Tindakan yang benar akan melahirkan kesan yang benar.

Saya amat tertarik dengan Kaedah Nabi Muhammad yang dipopularkan oleh Ustazah Siti Khadijah yang merangkumi pelbagai perkara seperti teknik pujian, teknik menegur kesalahan dll . boleh rujuk https://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/

Kebanyakan formula yang diaplikasikan ialah dengan memberi pujian secara spesifik+menyatakan impak

Apabila murid tersebut mendengar pujian Kaedah Nabi Muhammad tersebut, mereka akan sentiasa bersemangat dan ikhlas untuk belajar.

Wallahu'alam...sekadar pendapat dari saya yang dhoif ini :)

Date 06/10/2013
By Nurul Afiqah binti Alias
Subject Cara Rasulullah Menegur Kasilapan : menjadi panduan pendidik

Assalamu’alaikum..berdasarkan tajuk yang dibincangkan iaitu Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang Pendidik Bagi Mencontohi Rasulullah Dan Para Sahabat Dalam Aspek Cara Mendidik, saya dapati terlalu banyak perkara-perkara yang boleh diketengahkan dan dibincangkan dengan lebih mendalam. Tidak dinafikan, untuk menjadi seorang pendidik yang baik, kita sebagai guru Pendidikan Islam khususnya perlu mencontohi cara serta teknik Rasulullah mendidik. Saya bersetuju dengan pandangan Nurnadiah yang menyatakan bahawa menghukum dengan memukul atau merotan murid merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendidik murid-murid dalam melahirkan murid yang berdisiplin.

Namun begitu, jika kita lihat kepada fenomena yang melanda guru kini, guru sama sekali dilarang untuk ‘menjentik’ mahupun ‘menyentuh’ murid, apatah lagi untuk memukul murid. Jika perkara tersebut masih dilakukan, maka sudah pastinya ibu bapa murid tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang terlibat. Hal ini mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak, namun ia sebenarnya amat membebankan guru. Seorang pendidik sudah pastinya mempunyai pendekatan serta kaedah yang tersendiri untuk mendidik anak didik dan kadangkala, memukul atau merotan merupakan salah satu daripadanya. Akan tetapi, pada hari ini, memukul atau merotan sudah tidak dibenarkan lagi, sebaliknya, hanya pendekatan mendidik secara ‘halus’ dan lembut sahaja yang dibenarkan.

Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya berkaitan cara Rasulullah mendidik yang patut kita semua contohi, iaitu Cara Rasulullah Mendidik yang saya fokuskan kepada Cara Rasulullah Menegur Kesilapan. Tidak dinafikan, kita seringkali menegur perbuatan buruk individu secara terbuka di hadapan ramai orang sama ada teguran tersebut ditaip dan di ‘post’ melalui status Facebook, di ‘tweet’ melalui laman Twitter hatta melalui penulisan blog sekalipun. Hal ini sangat berbeza dengan pendekatan dan cara Rasulullah dimana Rasulullah mengajar kita, TEGURAN HARUS TERUS DINYATAKAN KEPADA SI PELAKU KESALAHAN, BUKAN DIUMUMKAN DI RUANG TERBUKA ATAU JUGA MELALUI PERANTARAAN. Oleh itu, sebagai guru yang baik dan mencontohi cara Rasulullah mendidik, kita seharusnya tidak mengaibkan murid dengan menegur kesalahan mereka ditempat terbuka seperti mendenda murid di hadapan kelas atau di tapak perhimpunan.

Tidak dinafikan, cara memanggil murid yang melakukan kesalahan untuk diberi pengajaran di hadapan ramai murid yang berhimpun seringkali bertujuan supaya tidak ada murid lain yang akan mengulangi perbuatan yang telah dilakukan oleh murid tersebut. Namun, cara tersebut amat bertentangan daripada apa yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita semua.

Sebaliknya, Rasulullah tidak pernah menegur orang yang melakukan kesalahan dengan teknik yang salah apalagi mengaibkan mereka yang melakukan kesalahan di hadapan baginda. Hal tersebut pernah diceritakan melalui sebuah hadith,

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi begini, Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw. Dia melaporkan suatu peristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, “Yarhamkallah.” Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak didoakan oleh Nabi Muhammad saw. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?” Nabi Muhammad saw menjawab, “Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah."

Dalam hadith ini, terdapat beberapa prinsip dan teknik yang harus kita fahami.

1-GANJARAN DIBERIKAN APABILA KERJA DIBUAT DENGAN TEKNIK YANG BETUL.
Lelaki yang pertama bersin dan dia menyebut Alhamdulillah. Disebabkan dia melakukan kerja itu dengan betul, Nabi Muhammad saw memberikan ganjaran kepadanya. Ganjaran itu adalah doa.

2-KERJA YANG DIBUAT DENGAN TEKNIK YANG SALAH TIDAK DIBERI GANJARAN.
Lelaki yang kedua membuat kerja dengan teknik yang salah. Dia bersin tetapi dia tidak menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw tidak memberi ganjaran kepadanya (tidak mendoakannya).

3-APABILA KERJA ITU DIBUAT SECARA TERBUKA, MAKA GANJARAN DIBERIKAN JUGA SECARA TERBUKA
Lelaki itu bersin di tempat terbuka di mana orang-orang lain dapat melihat mereka bersin. Maka Nabi Muhammad saw memberikan ganjarannya secara terbuka juga, yakni di ketahui orang-orang lain. Dalam peristiwa ini, Nabi Muhammad saw mendoakan lelaki itu dengan suara yang jelas dan dapat didengar oleh orang lain yang kebetulan ada di situ.

4-ORANG YANG MELAKUKAN KERJA DENGAN TEKNIK YANG SALAH TIDAK DIKRITIK.
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad saw tidak menegur kesalahan lelaki yang bersin yang tidak menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw cuma tidak memberi ganjaran, yakni beliau tidak mendoakan lelaki itu.
Jadi, kesimpulannya, untuk melahirkan murid yang berdisiplin, sebagai pendidik, kita seharusnya mencontohi pendekatan serta cara Rasulullah mendidik dengan penuh hikmah. ‘Kegarangan’, ‘Suara yang lantang’ , ‘renungan mata yang tajam’, ‘hayunan rotan yang bertubi-tubi’ serta ‘herdikan yang kuat’ bukanlah jaminan utama kejayaan melahirkan murid yang berdisiplin. Biarlah kita mendidik dengan penuh hikmah, DI DALAM KELEMBUTAN TERSELIT KETEGASAN DAN DI DALAM KETEGASAN TERSELIT KELEMBUTAN. Wallahu ‘alam..

Date 06/10/2013
By Nurul Afiqah binti Alias
Subject Re: Cara Rasulullah Menegur Kasilapan : menjadi panduan pendidik

maaf,typo..
kasilapan=kesilapan

Date 06/10/2013
By nurnadiah razali
Subject Assalamualaikum..=)

Tugas sebagai seorang pendidik tidak boleh dipandang enteng sbenarnya. Satu tanggungjwab dan amanah perlu dipikul untuk mendidik,mengajar,membentuk dan memanusiakan manisia hari ini. Apa yang penting teladi contoh Rasulullah dan para sahabat dalam mendidik. Di sini ada satu tips yang boleh digarap sekali gus boleh diaplikasikan dalam mendidik murid-murid. Bagi anak-anak yang berumur 7-14 tahun yakni mereka yang berada di peringkat sekolah rendah dan juga baru memasuki alam menenengah. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada mereka.

Menurut hadith Abu Daud,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.

Kesannya, mereka akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan soalt. Hal ini kerana dalam kehidupan kita ini solat merupakan tunjang utama. Jika giyahnya solat mereka pasti akan memeberi kesan pada kehidupan mereka.Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.
Wallaua'lam..

Date 06/10/2013
By Nurul Afiqah binti Alias
Subject Re: Assalamualaikum..=)

Saya sangat tertarik dengan perkongsian anda..kalau kita lihat kepada fenomena kini, ibu bapa tidak membenarkan guru di sekolah mendidik anak-anak mereka dengan cara memukul atau merotan..

Tidak saya nafikan, seperti yang pernah terpampang di dada-dada akhbar sebelum ini, terdapat segelintir guru yang memukul atau merotan anak murid dengan sangat teruk dan hal ini sepatutnya tidak berlaku. Namun begitu, terlintas persoalan di pemikiran saya sendiri..

'mengapa guru tersebut memukul anak murid itu?'

Persoalan tersebut timbul kerana bagi pendapat saya sendiri, setiap orang yang melakukan sesuatu pasti ada sebabnya yang tersendiri. Seorang guru tidak akan memukul atau merotan murid dengan 'membabi buta' sahaja tanpa sebab yang kukuh. Begitu juga dengan guru tersebut. Namun, silapnya, guru tersebut mungkin bertindak keterlaluan kerana terlalu mengikut amarah.

Akan tetapi, apa yang ingin saya sampaikan di sini, saya sebenarnya bersetuju dengan pendekatan memukul atau merotan sebagai salah satu cara untuk mendidik. Rasulullah s.a.w sendiri mengajar kita untuk mendidik secara berhikmah. Mendidik secara berhikmah bukan bermakna kita hanya perlu mendidik dengan cara yang lembut sahaja. Sedangkan, seperti yang telah anda nyatakan sebelum ini, hadis Rasulullah s.a.w sendiri telah menjelaskan bahawa anak yang tidak mendirikan solat dikala usia mencecah usia 10 tahun perlu dipukul. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan anda,

'Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.'

Maka, di sini saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa mendidik dengan cara memukul atau merotan itu masih releven dan sepatutnya diteruskan hukuman tersebut di sekolah. Cuma, hukuman itu perlulah berpada-pada dan tidak melampau sehingga mencederakan murid. Wallahu'alam..sekadar perkongsian pendapat..

Date 05/10/2013
By muhammad irfan
Subject Rasulullah sebagai rujukan dalam pendidikan

Berkenaan dengan tajuk perbincangan ini, seorang guru boleh mnggunakan cara pendekatan yang digunakan Rasulullah iaitu pendidikan tidak formal..

Rasulullah SAW menggunakan pendekatan Pendidikan Informal, iaitu suatu bentuk pendidikan tidak rasmi. Ia berlaku pada setiap tempat, waktu dan pada setiap orang, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda.

Rasulullah memberi keutamaan kepada pendidikan informal daripada pendidikan formal (rasmi) kerana kaedah informal lebih berkesan, praktikal dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktikkan.

Sistem Pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmu. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu.” (dikeluarkan oleh Abu Nuaim).

Sehubungan dengan itu, guru mesti menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak muridnya. Sikap dan cakap guru sepanjang masa di dalam pergaulannya dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan mendidik. Kiranya berlaku hal yang sebaliknya, ertinya guru itu sudah mengagalkan matlamat pendidikannya supaya anak-anak muridnya beramal dengan ilmu yang mereka perolehi.

Oleh kerana sistem pendidikan Rasulullah tidak memberi penekanan kepada menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu tetapi ialah pada pengamalan. Maka, sudah tentu tidak ada apa-apa sijil kelulusan yang hendak dikeluarkan. Sebab produk akhir yang dikehendaki ialah TAKWA, dan ukuran takwa ialah pada akhlak dan amal soleh. Takwa itulah nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu kerana ALLAH. Seperti kata pepatah, “Jadilah seumpama padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan jadi seperti lalang, semakin tinggi semakin menyucuk!”.

Date 05/10/2013
By Muhammad Hasif Bin Ismail
Subject Rasulullah s.a.w Adalah Pendidik Yang Teragung

Para Nabi a.s adalah seafdhal-afdhal makhluk di sisi Allah s.w.t dan diikuti oleh Ulama’ (ahli ilmu) kerana Ulama’ itu ialah pewaris para Nabi. Para Nabi a.s tidak mewariskan mereka dengan dinar atau dirham akan tetapi dengan ilmu. Rasulullah s.a.w adalah pendidik yang teragung. Baginda mendidik umatnya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t berfirman: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan Al Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 129)

Sifat-Sifat Pendidik Menurut Islam

Para pendidik wajiblah membentuk keperibadiannya yang luhur. Pendidik adalah qudwah (kepemimpinan) dan juga uswah (model) yang baik yang sering dilihat oleh murid-muridnya. Maka seorang pendidik tidak akan menganjurkan sesuatu jika ia sendiri tidak melaksanakannya kerana ia menyedari tentang kemurkaan Allah (dosa) jika ia sendiri tidak melaksanakan apa yang ia ucapkan.Oleh itu para pendidik perlulah menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang paling mulia di dalam Islam. Dr. Abdul Halim al Muhammady menyenaraikan lapan sifat yang wajib dimiliki oleh pendidik, iaitu:

1. Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredaan Allah). Sifat Zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana belasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Namun Ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu. Kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.

2. Kebersihan diri. Sebagai pendidik hendaklah menjauhkan diri dari kekotoran sifat-sifat mazmumah seperti bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan dari kekotoran syara’ yakni melakukan perkara-perkara dosa besar dan yang diharamkan oleh Islam.

3. Keikhlasan dalam bekerja, termasuklah juga sifat dedikasi.

4. Mempunyai sifat halim, iaitu sifat lemah lembut, sopan santun, tidak lekas berang.

5. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri, yakni tidak melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sama ada dari segi pakaian , perbuatan dan percakapan.

6. Perlu merasa dirinya sebagai bapa dalam menghadapi muridnya.

7. Hendaklah memahami tabiat murid-muridnya dan.

8. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas (Dr.Abdul Halim Al-Muhammady, Jurnal Pendidikan, Disember 1986).

Pendidik Yang Efektif

Imam Ghazali telah menyatakan tujuh ciri pendidik yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas pendidik yang cemerlang:

1) Mempunyai rasa belas kasihan kepada murid-murid dan memperlakukan mereka sebagai anak sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya”. Rasa belas kasihan seperti ini hanya akan wujud jika pendidik melaksanakan tugas dengan tujuan akhirat.

2) Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut atau kasih sayang, bukan memarahi mereka atau mengejek.

3) Tidak sesekali merendahkan mata pelajaran atau ilmu yang lain di hadapan muridnya.

4) Hendaklah pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sesekali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.

5) Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

Date 05/10/2013
By shamil
Subject Re: Rasulullah s.a.w Adalah Pendidik Yang Teragung

perkongsian yg amat bermanfaat

Date 04/10/2013
By Nur Nashroh Othman
Subject assalamualaikum

pada pendapat saya, sebagai role model kepada pelajar, guru haruslah mempunyai sahsiah yang unggul seperti yang disarankan oleh Rasulullah supaya mereka layak dicontohi dan dihormati. Tingkah laku dan sikap seorang guru yang berperanan sebagai agen perubahan sentiasa diperhati dan dinilai oleh murid-murid bukan sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau di dalam sekolah malah juga ketika di luar kawasan sekolah. Perwatakan guru amat penting kerana melambangkan personaliti mereka. Ini kerana perwatakan seseorang itu boleh dipupuk melalui sifat-sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa bahkan menerusi sifat-sifat fizikal seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain menyerupai sunnah Rasulullah yang mulia.

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode