MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: perincikan sumbangan khulafa` al-Rasyidin, Saidatina Khadijah r.a, saidatina aisyah r.a dan imam-imam mazhab  dalam konteks ketamadunan keilmuan.

Topic: Diskusi 4

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan khulafa' ar rasyiddin

Nama sebenar: Abdullah bin Abu Quhafah
Keturunan Bani Tamim.
Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.
Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.
Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
Beliau mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam dengan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang murtad dan golongan al-Rahiddah yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.
Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur(Byzantine) dengan menghantar Khalid bin al-Walid menentang Parsi & Usamah bin Zaid ke Ghassan.
Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, Nijran dan melantik amir mentadbirnya.
Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali
Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.
mawali: -orang bukan Arab memeluk Islam
-memliki keistimewaan yg sama dgn muslim
-perlu membayar cukai tambahan
Sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.

Nama sebenar: Umar bin al-Khattab bin Naufal
Keturunan Bani Adi
Bersifat berani, tegas, berterus – terang.
Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah kerana banyak perubahan & pembaharuan dilakukan.
Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil muhajirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian, perbendaharaan. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan (500 dirham) dan diasingkan bagi mengelakkan salah laku.
Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
Memperkenalkan kalendar – tahun hijrah menjadi titik permulaan tahun pengiraan Islam.
Tentera – membentuk tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin (111km) di Mesir dan Empangan Abu Musa.
Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi, cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.
Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Zimmi - orang bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraman dan pembayaran zakat ttp zakat

Date 22/10/2013
By Nurul Hidayah
Subject Saidatina Aisyah

Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq
"Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan dibacakan sepanjang malam dan siang".[Ibnu Abbas]

Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyah radiallahu anha. Di rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,

“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].

Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,

“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”

Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.

Aisyah berkahwin dengan baginda Rasul ketika usianya tujuh tahun iaitu sebelum hijrah ke Madinah. Masih di alam kanak-kanak, lantas dia tetap tinggal bersama keluarganya. Setelah berumur 9 atau 10 tahun barulah beliau tinggal bersama Rasulullah. Maka bermulalah liku-liku kehidupan baru baginya. Kini dia adalah isteri seorang Rasul, isteri seorang pemimpin negara.

Terhimpun di dalam diri Aisyah radiallahu anha ilmu dan pelbagai keutamaan. Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah. Ini menjadikannya susuk peribadi yang kekal diingati sepanjang sejarah kaum Muslimin, kerana ia sesungguhnya telah meninggalkan jejak yang diberkati di dunia ini

Berkaitan dengan ketinggian ilmu beliau, tiada siapa pun dari kalangan para sahabat dan tabi’in yang mampu menyangkalnya. Abu Salamah bin Abdurrahman misalnya, mengatakan

“Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain Aisyah”

Ibn Abdil Bar turut mengatakan,

“Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah”.

Urwah bin Zubair juga berkata,

“Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah”

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau,

“Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair”

Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah berkata,

“Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya”.

Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan,

“Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid”

Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54 buah dan 69 buah hadis.

Demikianlah Aisyah, Muslimah yang paling mendalam ilmunya, sehingga sahabat utama seperti Utsman bin Affan sendiri menghantar utusan kepada beliau untuk bertanyakan as-Sunnah. Kenyataan ini tidak dapat disangsikan kerana As-Siddiqah ini lahir dan dibesarkan di rumah As-Siddiq, lalu kemudiannya hidup di rumah nubuwwah, memperkaya peribadi dari sumber nabawi yang murni, malah terlibat langsung dalam asbabun nuzul beberapa kisah di dalam Al-Quran. Cukuplah baginya suatu kelebihan lantaran rumah beliau sebagai tempat turunnya wahyu. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika beliau layak sebagai Muslimah yang paling mendalam ilmunya, serta keutamaannya tersebar ke seluruh negeri, melebihi sahabat-sahabat lain dalam pelbagai hal yang wajib dan sunnah.

Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Di dalam persoalan ibadah, tiada yang meragukan bahawa Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, sehingga ibadahnya dianggap sebagai gambaran sederhana dari ibadah Rasul. Aisyah banyak mendirikan solat sunat, terutamanya solat tahajjud di malam hari. Beliau tidak pernah berdiam diri ketika ada di kalangan para sahabat yang salah dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah atau melanggari hukum syara’. Hal ini diungkapkan oleh Ubaidillah bin Umair, saat Aisyah berkomentar mengenai Abdullah bin Amr ketika memerintahkan kaum wanita untuk membuka sanggul mereka ketika mandi junub, sebagai berkata,

“Alangkah menghairankan Ibn ’Amr ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali” [HR Muslim]

Beliau juga pernah berhadapan dengan wanita-wanita Himsh sambil berkata,

“Barangkali kalian ini termasuk dari wanita-wanita di permandian umum. Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suami, bererti dia telah merosakkan tabir hubungannya dengan Allah’ [HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]

Di ketika lainnya, Aisyah melihat perubahan di dalam aspek pemakaian kaum Muslimah selepas wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, lantas beliau menolaknya seraya berkata,

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang dilakukan oleh Muslimah sekarang, nescaya baginda akan melarang kalian pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita bani Israel dahulu”

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin Malik dengan perkataan beliau,

“Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama” [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri mendekati barisan hadapan para mujahidin.

Saidatina Aisyah radiallahu anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu pada baginda.”

Riwayat hidup As-Siddiqah merupakan cermin bagi para Muslimah hari ini, di mana dari perjalanan hidup Mukminah solehah ini, kita dapat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki keperibadian utuh tanpa perlu merendahkan diri. Seterusnya, bagaimana wanita Mukminah ini menjaga kemuliaannya, tetapi tetap penuh ketundukan dan kesederhanaan; memahami dan mendalami agamanya sehingga menjadi sumber rujukan; menterjemah sumber deennya ke dalam amalan-amalan nyata; memberikan pendapat dan buah fikiran demi menegakkan agama Allah sehinggalah kepada cara kehidupan suami isteri, yang hasilnya beliau dapat membangkitkan semangat suaminya seterusnya berhasil meraih kejayaan.

Date 22/10/2013
By siti syazwani binti mohd said
Subject sumbangan

Assalamualaikum..
Di sini saya nak kongsikan sedikit sumbangan saidatina khadijah.
Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup menghayat hati. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifat-sifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. dan peribadinya telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S. A. W. cukup bahagia. Saidatina Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Mu’minin, Thahirah, penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W. itu utusan-Nya. Saidatina dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu, sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad S. A. W. , keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang Muslim itu.
Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 18-19)

Date 22/10/2013
By mohd khairul anuar bin sahimi
Subject ketamadunan keilmuan: pengaruh Imam Mazhab

Islam meletakkan para cendekiawan dan sarjana di tahap yang tinggi. la termaktub dalam al-Quran apabila Allah menyatakan kedudukan orang yang berilmu di tahap yang tinggi dalam beberapa surah. Antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud: Allah meninggikan kedudukan orang-orangyang berimon di kalangan kamu dan orang-orangyang berilmu beberapa darjat (Surah Al-Mujadalah: Ayat 11). Selam daripada itu, Islam juga mengaitkan cendekiawan dengan orang- orang yang bertakwa kepada Allah: Sesungguhnya orangyang taqwa (orangwang menaruh bimbingdan takut melanggar perintah Allah), terdiri daripada orang-orang yang berilmu Surah Al-Fathir:Ayat 28). Di sampmg itu, Allah turut mengakui bahawa orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu: Adakah sama orangyang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, sesunggsuhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran hanyalah orang-orang yang berakal (Surah Al-Zumar: Ayat 9).

antara sumbangan imam mazhab 4-
IMAM ABU HANIFAH
A) BELIAU TIDAK SUKA MURID-MURIDNYA BERTAKLID, TETAPI DIGALAKKAN MENGGUNAKAN FIKIRAN ATAU DALIL-DALIL TENTANG SESUATU HUKUM.

B) BELIAU MERUPAKAN SEORANG ULAMA YANG banyak berpegang kepada fikiran dalam menetapkan hukum kecuali ada dalil-dalil yang kuat. inilah yang menyebabkan beliau tidak termasuk dalam golongan periwayat hadis.

IMAM AHMAD HANBAL
A) Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad. Ini membantu rujukam umat dalam pelajaran hadis.

IMAM MALIK
A) Kitab yang termasyhur ialah "Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum. Menjadi rujukan hadis paling muktabar sebelum wujud sahih bukari dan muslim r.ahm

IMAM SYAFIE
sumbngnnya teramat besar terutama dalam dasapemikiran fiqhnya yg sistematik:
Dasar-dasar mazhab Imam Syafie adalah daripada Al-Quran, dimana beliau mengambil daripada makna yang lahir kecuali didapati mempunyai alasan yang menujukkan bahawa makna itu harus diguna pakai. Seterusnya As-Sunnah , beliau mengambil sunnah nabi untuk dijadikan dalil bagi mencukupi syarat-syaratnya. Yakni, selagi perawi hadith itu seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan berhubung terusa dengan nabi. Ijma’, beliau menetapkan adanya ijma’ para sahabat apabila tidak berlaku perbantahan diantara satu sama lain dan mencapai kata sepakat. Qiyas pula digunakan apabila sudah didapati tiada dalil yang terang dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’. Qiyas juga digunakan apabila dalam keadaan yang memaksa, tetapi Imam Syafie tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman secara qiyas. Akhir sekali adalah istidlal dimana beliau mencari alasan berlandaskan undang-undang tanpa mengunakan pendapat fikiran manusia. (Munir, 1889:167-168)

Date 21/10/2013
By Masitah binti Mohamed Khasim
Subject Sumbangan Imam Ahmad b Hanbal- KITAb

Imam Ahmad memberikan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan Islam kepada seluruh umat Islam(ketamadunan Keilmuan). Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram, sama ada dari segi isi atau sanadnya. Segala peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan dalam Mazhab Hanbali sangat ketat dan tegas dalam satu-satu masalah. Para pegawai yang bersikap tegas menurut undang-undang digelar ‘Hanbali’ oleh rakyat. Beliau mengadakan pelbagai majlis ilmu di masjid-masjid. Hadirin yang mengikuti majlis ilmu yang beliau adakan dianggarkan 5000 orang dalam satu sesi. Dalam majlis ilmunya, beliau sentiasa membaca kitab-kitab yang ditulisnya sendiri. Kitab-kitab tersebut meliputi berbagai-bagai cabang. Antara himpunan hadis-hadis karangannya yang terkenal termasuklah Al-Musnad. Kitab Al-Musnad mempunyai 28 000 hingga 29 000 hadis yang sahih dan 100 000 hadis yang tidak sahih. Kitab tersebut merupakan sumber rujukan ulama hadis dan sebagai pegangan apabila berlaku perselisihan.
Selain kitab Al-Musnad, Imam Ahmad juga menghasilkan beberapa buah kitab dalam bidang lain, misalnya tafsir Al-Quran, ilmu fikah, ilmu kalam, dan lain-lain. Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Ahmad termasuklah:
a) Tafsir Al-Quran
b) An-Nasakh wal Mansukh
c) Kitab At-Tarikh
d) Kitab Al-Ilah
e) Al-Munsad

Semasa hayatnya, beliau telah membuka kelas-kelas pengajian iaitu pengajian umum dan khusus. Kelas-kelas tersebut diadakan di masjid-masjid dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai. Bilangan yang mendengar syarahannya bagi setiap kelas dianggarkan 5000 orang.

* sumber : Slideshare..[sharingiscaring]

Date 20/10/2013
By SOLIHIN 16
Subject ASSALAMUALAIKUM..


Di Mekkah, Imam Syafi ‘i dan ibunya tinggal di dekat Syi‘bu al-Khaif. Di sana, sang ibu mengirimnya belajar kepada seorang guru. Sebenarnya ibunya tidak mampu untuk membiayainya, tetapi sang guru ternyata rela tidak dibayar setelah melihat kecerdasan dan kecepatannya dalam menghafal. Imam Syafi‘i bercerita, “Di al-Kuttab (sekolah tempat menghafal Alquran), saya melihat guru yang mengajar di situ membacakan murid-muridnya ayat Alquran, maka aku ikut menghafalnya. Sampai ketika saya menghafal semua yang dia katakan, dia berkata kepadaku, “Tidak halal bagiku mengambil upah sedikitpun darimu.” Dan ternyata kemudian dengan segera guru itu mengangkatnya sebagai penggantinya (mengawasi murid-murid lain) jika dia tidak ada. Demikianlah, belum lagi menginjak usia baligh, beliau telah berubah menjadi seorang guru.

Setelah rampung (selesai) menghafal Alquran di al-Kuttab, beliau kemudian beralih ke Masjidil Haram untuk menghadiri majeis-majlis ilmu di sana. Sekalipun hidup dalam kemiskinan, beliau tidak berputus asa dalam menimba ilmu. Beliau mengumpulkan pecahan tembikar, potongan kulit, pelepah kurma, dan tulang unta untuk dipakai menulis. Sampai-sampai tempayan-tempayan milik ibunya penuh dengan tulang-tulang, pecahan tembikar, dan pelepah kurma yang telah bertuliskan hadits-hadits Nabi. Dan itu terjadi pada saat beliau belum lagi berusia baligh. Sampai dikatakan bahwa beliau telah menghafal Alquran pada saat berusia 7 tahun, lalu membaca dan menghafal kitab Al-Muwaththa’ karya Imam Malik pada usia 12 tahun sebelum beliau berjumpa langsung dengan Imam Malik di Madinah.

Beliau juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya, sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa dengannya dan yang hidup sesudahnya. Namun, takdir Allah telah menentukan jalan lain baginya. Setelah mendapatkan nasehat dari dua orang ulama, yaitu Muslim bin Khalid az-Zanji -mufti kota Mekkah-, dan al-Husain bin ‘Ali bin Yazid agar mendalami ilmu fqih, maka beliau pun tersentuh untuk mendalaminya dan mulailah beliau melakukan pengembaraannya mencari ilmu.

Beliau mengawalinya dengan menimbanya dari ulama-ulama kotanya, Mekkah, seperti Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ –yang masih terhitung paman jauhnya-, Sufyan bin ‘Uyainah –ahli hadits Mekkah-, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim, Fudhail bin ‘Iyadh, dan lain-lain. Di Mekkah ini, beliau mempelajari ilmu fiqih, hadits, lughoh, dan Muwaththa’ Imam Malik. Di samping itu beliau juga mempelajari keterampilan memanah dan menunggang kuda sampai menjadi mahir sebagai realisasi pemahamannya terhadap ayat 60 surat Al-Anfal. Bahkan dikatakan bahwa dari 10 panah yang dilepasnya, 9 di antaranya pasti mengena sasaran.

Setelah mendapat izin dari para syaikh-nya untuk berfatwa, timbul keinginannya untuk mengembara ke Madinah, Dar as-Sunnah, untuk mengambil ilmu dari para ulamanya. Terlebih lagi di sana ada Imam Malik bin Anas, penyusun al-Muwaththa’. Maka berangkatlah beliau ke sana menemui sang Imam. Di hadapan Imam Malik, beliau membaca al-Muwaththa’ yang telah dihafalnya di Mekkah, dan hafalannya itu membuat Imam Malik kagum kepadanya. Beliau menjalani mulazamah (berguru) kepada Imam Malik demi mengambil ilmu darinya sampai sang Imam wafat pada tahun 179. Di samping Imam Malik, beliau juga mengambil ilmu dari ulama Madinah lainnya seperti Ibrahim bin Abu Yahya, ‘Abdul ‘Aziz ad-Darawardi, Athaf bin Khalid, Isma‘il bin Ja‘far, Ibrahim bin Sa‘d dan masih banyak lagi.

Setelah kembali ke Mekkah, beliau kemudian melanjutkan mencari ilmu ke Yaman. Di sana beliau mengambil ilmu dari Mutharrif bin Mazin dan Hisyam bin Yusuf al-Qadhi, serta yang lain. Namun, berawal dari Yaman inilah beliau mendapat cobaan –satu hal yang selalu dihadapi oleh para ulama, sebelum maupun sesudah beliau-. Di Yaman, nama beliau menjadi tenar karena sejumlah kegiatan dan kegigihannya menegakkan keadilan, dan ketenangannya itu sampai juga ke telinga penduduk Mekkah. Lalu, orang-orang yang tidak senang kepadanya akibat kegiatannya tadi mengadukannya kepada Khalifah Harun ar-Rasyid, Mereka menuduhnya hendak mengobarkan pemberontakan bersama orang-orang dari kalangan Alawiyah.

Sebagaimana dalam sejarah, Imam Syafi‘i hidup pada masa-masa awal pemerintahan Bani ‘Abbasiyah yang berhasil merebut kekuasaan dari Bani Umayyah. Pada masa itu, setiap khalifah dari Bani ‘Abbasiyah hampir selalu menghadapi pemberontakan orang-orang dari kalangan ‘Alawiyah. Kenyataan ini membuat mereka bersikap sangat kejam dalam memadamkan pemberontakan orang-orang ‘Alawiyah yang sebenarnya masih saudara mereka sebagai sesama Bani Hasyim. Dan hal itu menggoreskan rasa sedih yang mendalam pada kaum muslimin secara umum dan pada diri Imam Syafi‘i secara khusus. Dia melihat orang-orang dari Ahlu Bait Nabi menghadapi musibah yang tegas dari penguasa. Maka berbeza dengan sikap ahli fqih selainnya, beliau pun menampakkan secara terang-terangan rasa cintanya kepada mereka tanpa rasa takut sedikitpun, suatu sikap yang saat itu akan membuat pemiliknya merasakan kehidupan yang sangat sulit.

Sikapnya itu membuatnya dituduh sebagai orang yang bersikap tasyayyu‘ (sikap ahli syiah), padahal sikapnya sama sekali berbeda dengan tasysyu’ model orang-orang syi‘ah. Bahkan Imam Syafi‘i menolak keras sikap tasysyu’ model mereka itu yang meyakini keimaman Abu Bakar, Umar, serta ‘Utsman , dan hanya meyakini keimaman Ali, serta meyakini kemaksuman para imam mereka. Sedangkan kecintaan beliau kepada Ahlu Bait adalah kecintaan yang didasari oleh perintah-perintah yang terdapat dalam Alquran maupun hadits-hadits shahih. Dan kecintaan beliau itu ternyata tidaklah lantas membuatnya dianggap oleh orang-orang syiah sebagai ahli fqih madzhab mereka.

Tuduhan dusta yang diarahkan kepadanya bahwa dia hendak mengobarkan pemberontakan, membuatnya ditangkap, lalu dihantar ke Baghdad dalam keadaan dibelenggu dengan rantai bersama sejumlah orang-orang ‘Alawiyah. Beliau bersama orang-orang ‘Alawiyah itu dihadapkan ke hadapan Khalifah Harun ar-Rasyid. Khalifah menyuruh bawahannya menyiapkan pedang dan hamparan kulit. Setelah memeriksa mereka seorang demi seorang, ia menyuruh pegawainya memenggal kepala mereka. Ketika sampai pada gilirannya, Imam Syafi‘i berusaha memberikan penjelasan kepada Khalifah. Dengan kecerdasan dan ketenangannya serta pembelaan dari Muhammad bin al-Hasan -ahli fiqh Irak-, beliau berhasil meyakinkan Khalifah tentang ketidakbenaran apa yang dituduhkan kepadanya. Akhirnya beliau meninggalkan majelis Harun ar-Rasyid dalam keadaan bersih dari tuduhan bersekongkol dengan ‘Alawiyah dan mendapatkan kesempatan untuk tinggal di Baghdad.

Di Baghdad, beliau kembali pada kegiatan asalnya, mencari ilmu. Beliau meneliti dan mendalami madzhab Ahlu Ra’yu (ahli pemikir/ilmuan). Untuk itu beliau berguru dengan mulazamah kepada Muhammad bin al-Hassan. Selain itu, kepada Isma‘il bin ‘Ulayyah dan Abdul Wahhab ats-Tsaqafiy dan lain-lain. Setelah meraih ilmu dari para ulama Irak itu, beliau kembali ke Mekkah pada saat namanya mulai dikenal. Maka mulailah ia mengajar di tempat dahulu ia belajar. Ketika musim haji tiba, ribuan jamaah haji berdatangan ke Mekkah. Mereka yang telah mendengar nama beliau dan ilmunya yang mengagumkan, bersemangat mengikuti pengajarannya sampai akhirnya nama beliau makin dikenal luas. Salah satu di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika kamasyhurannya sampai ke kota Baghdad, Imam Abdurrahman bin Mahdi mengirim surat kepada Imam Syafi‘i memintanya untuk menulis sebuah kitab yang berisi khabar-khabar yang maqbul (diterima), penjelasan tentang nasikh dan mansukh (ayat yang membatal/menggantikan hukum terdahulu) dari ayat-ayat Alquran dan lain-lain. Maka beliau pun menulis kitabnya yang terkenal, Ar-Risalah.

Setelah lebih dari 9 tahun mengajar di Mekkah, beliau kembali melakukan perjalanan ke Iraq untuk kedua kalinya dalam rangka menolong madzhab Ash-habul Hadits di sana. Beliau mendapat sambutan meriah di Baghdad karena para ulama besar di sana telah menyebut-nyebut namanya. Dengan kedatangannya, kelompok Ash-habul Hadits merasa mendapat angin segar karena sebelumnya mereka merasa didominasi oleh Ahlu Ra’yi. Sampai-sampai dikatakan bahwa ketika beliau datang ke Baghdad, di Masjid Jami ‘ al-Gharbi terdapat sekitar 20 halaqah Ahlu Ra ‘yu (ahli pemikir/ilmuan). Tetapi ketika hari Jumat tiba, yang tersisa hanya 2 atau 3 halaqah saja.

Beliau menetap di Irak selama dua tahun, kemudian pada tahun 197 beliau balik ke Mekkah. Di sana beliau mulai menyebar madzhabnya sendiri. Maka datanglah para penuntut ilmu kepadanya meneguk dari lautan ilmunya. Tetapi beliau hanya berada setahun di Mekkah.

Tahun 198, beliau berangkat lagi ke Iraq. Namun, beliau hanya beberapa bulan saja di sana karena telah terjadi perubahan politik. Khalifah al-Makmun telah dikuasai oleh para ulama ahli kalam, dan terjebak dalam pembahasan-pembahasan tentang ilmu kalam. Sementara Imam Syafi‘i adalah orang yang paham betul tentang ilmu kalam (ilmu logik berkaitan ketuhanan). Beliau tahu bagaimana pertentangan ilmu ini dengan manhaj as-salaf ash-shaleh –yang selama ini dipegangnya- di dalam memahami masalah-masalah syariat. Hal itu karena orang-orang ahli kalam menjadikan akal sebagai patokan utama dalam menghadapi setiap masalah, menjadikannya rujukan dalam memahami syariat padahal mereka tahu bahwa akal juga memiliki keterbatasan-keterbatasan. Beliau tahu betul kebencian meraka kepada ulama ahlu hadits. Karena itulah beliau menolak madzhab mereka.

Dan begitulah kenyataannya. Provokasi mereka membuat Khalifah mendatangkan banyak musibah kepada para ulama ahlu hadits. Salah satunya adalah yang dikenal sebagai Yaumul Mihnah, ketika dia mengumpulkan para ulama untuk menguji dan memaksa mereka menerima paham Alquran itu makhluk. Akibatnya, banyak ulama yang masuk penjara, bila tidak dibunuh. Salah satu di antaranya adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Karena perubahan itulah, Imam Syafi‘i kemudian memutuskan pergi ke Mesir. Sebenarnya hati kecilnya menolak pergi ke sana, tetapi akhirnya ia menyerahkan dirinya kepada kehendak Allah. Di Mesir, beliau mendapat sambutan masyarakatnya. Di sana beliau berdakwah, menebar ilmunya, dan menulis sejumlah kitab, termasuk merevisi kitabnya ar-Risalah, sampai akhirnya beliau menemui akhir kehidupannya di sana.

Date 21/10/2013
By masitah binti mohamed khasim
Subject Re: ASSALAMUALAIKUM..

Subhanallah..hebat skli sumbangan gnerasi trdahulu dalam menyebarkan ilmu Islam jika nk dbndingkn gdn dri yg dhaif ini mmg xtrbanding..smga kita smua dpt mncontohi pribadi dan kesungguhan mereka dlm menuntut ilmu dn mnyampaikan ilmu

Date 19/10/2013
By ABU BAKAR ABDULLAH
Subject Kesungguhan Imam Syafie Menuntut Ilmu.

Ketika berumur 9 tahun Imam Syafie telah hafal Al-Quran . Manakala ketika berumur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Kata guru saya nak 'alim tidak boleh tidak perlu ada kesungguhan dan istiqomah. Tok guru dulu2 p ngaji jalan kaki smpai berbatu2, berbeza kita sekrg yg mempunyai banyak kemudahan jadi, gunakanlah kelebihan ini untuk mencari ilmu..ingat ILMU ITU BURUAN ORG 'ALIM

Date 18/10/2013
By faiezzullah
Subject saidatina aisyah

UMMUL MUKMININ Saiditina Aisyah ra mendapat gelaran itu dari ayahandanya, Saidina Abu Bakar ra As Siddiq atas jasa dan sumbangan beliau yang amat besar terhadap penyebaran syiar Islam selepas kewafatan Rasulullah saw.

Beliau sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga mampu menguasai berbagai bidang ilmu seperti Al Quran As Sunnah, fiqh ,sirah Rasulullah. Sebagai isteri kepada Rasul dan kekasih ALLAH SWT, Aisyah ra pastinya mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan dari Rasulullah saw sendiri.

Aisyah ra juga telah meriwayatkan sebanyak 2110 hadis dari Rasulullah saw yang meliputi berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti akidah, syariat, ibadah,politik dan berbagai lagi. Aisyah ra telah menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan ilmu dan syiar Islam.

Aisyah ra menjadi tempat rujukan para ilmuan Islam yang hebat dan terkenal, kebanyakkannya lelaki mengenai hukum setelah kewafatan Rasulullah saw.

Sumbangan Aisyah ra yang terbesar, ialah dalam bidang ilmu pengetahuan.
Beliau adalah guru dan tempat rujukan kaum Muslimin. Aisyah ra mempunyai keperibadian mulia,warak,bertanggungjawab,pemurah,
sabar dan tegas sebagai seorang gadis,isteri,guru dan pejuang kepada agama Islam.

UMMUL MUKMININ Saiditina Aisyah ra patut dijadikan contoh oleh wanita di abad ini yang berkeinginan menjadi wanita solehah dan mulia di sisi ALLAH SWT.

WAALLAHU ALAM.

Date 17/10/2013
By Rusila Farhana Bt Muhamad
Subject Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Sahabat Rasulullah yang Amat Berjasa dalam Ketamadunan Keilmuan

Keislaman Saiyidina Abu Bakar telah membawa pengaruh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Abi Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak memeluk Islam, Saidina Abu Bakar telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saidina Abu Bakar, dapat kita ketahui dari satu dialog yang terjadi antara Rasulullah dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu hari menanyakan baginda, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau lelaki, adalah bapanya.

Selain itu Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq dengan iman sekalian ummat, maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Saidina Abu Bakar jika kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W mengenai dirinya itu. Gelaran As-Siddiq yang diberikan orang terhadap Saidina Abu Bakar adalah lantaran sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela Rasulullah S.A.W. Andai sekalian ummat manusia mendustakan Muhammad S.A.W, Abu Bakar R.A. akan pasti tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

Tidak berapa lama setelah memeluk Islam, Saidina Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk perjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus tawanan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu dibebaskan ialah antara yang terkenal dalam sejarah iaitu Bilal Bin Rabah.

Setelah berlakunya Isra' dan Mikraj, segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saidina Abu Bakar untuk mendengarkan pendapatnya tentang dakwaan Nabi Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Saidina Abu Bakar tidak lain dengan sangkaan tentunya beliau kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah berita itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa malam tadi Muhammad sampai ke tanah Syam yg mengambil masa lebih sebulan perjalanan? Maka sahut Abu Bakar dgn bersungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu pun aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yang diberitakannya baik pada waktu siang mahupun malam!

Demikian hebatnya kepercayaan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda, maka beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran As-Siddiq, ertinya yang benar.

Dan tidak menghairankan langsung sikap Abu Bakar itu. Beliau telah mengenali Rasulullah S.A.W. bukan sehari dua, tetapi sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu berkata benar, tak pernah berbohong;Al- Amin. Mustahil baginda akan mengkhianati pengikut yang percaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu daripada Allah. Beliau sudah bertahun-tahun mengikut petunjuk yang diwahyukan Allah kepada sahabatnya itu, maka amat teguhlah iman dalam hatinya.

Tatkala kekejaman orang-orang musyrikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan mesyuarat di rumah Saidina Abu Bakan R.A. untuk mencari jalan keluar drpd kesulitan yang sedang dihadapi oleh kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saidina Abu Bakar bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saidina Abu Bakar supaya menemaninya dalam hijrah tersebut. Dgn perasaan gembira tanpa sedikit kebimbangan pun beliau menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.

Dari pintu belakang rumah Saidina Abu Bakar, Rasulullah S.A.W. bersama-sama beliau menuju ke Gunung Tsur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsur. Ketika suasana amat genting, Saidina Abu Bakar diserang kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bersembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saidina Abu Bakar, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun faham dgn situasi dan kegelisahan sahabatnya itu, lalu Rasulullah berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?

Untuk menghilangkan kebimbangan Saidina Abu Bakar, Rasulullah S.A.W kemudian berkata, "Sekiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan belakang mereka. Saidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar ketika di dalam gua itu bukanlah kerana takut nyawanya diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa Rasulullah. Beliau pennah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi jika tuan yang dibunuhnya maka akan hancur satu cita-cita yang suci murni.Akan runtuh keadilan dan akan tegak pula kezaliman.

Kisah ketika dalam gua itu ada disebut dalam Surah Al Baqarah,40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.

Demikianlah satu lagi keistimewaan Saidina Abu Bakar sebagai sahabat yang sama-sama menempuh kesukaran dan kepahitan dengan Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saidina Abu Bakar tidak berjauhan dengan Rasulullah sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang disertai oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Seluruh kekayaannya habis digunakannya untuk penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliau tergolong dlm orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada semua kaum Muslimin agar mengorbankan harta mereka pada jalan Allah. Tiba-tiba Datanglah Saidina Abu Bakar membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh beliau demi jihad itu maka Rasulullah S.A.W terkejut lalu berkata kepadanya:

"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan, apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?

Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.

Begitulah kehebatan jiwa Saidina Abu Bakar As-Siddiq, suatu contoh kemurahan hati yang tiada bandingannya di dunia. Beliau memang manusia luar biasa kehebatannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w

Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatan baginda. Bahkan sahabat besar Saidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Saidina Umar RA, "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.

Ketika kegawatan itu berlaku, Saidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:

"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Quran:

"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika baginda mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayakan Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.

Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam memahami Islam.

Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang, kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalonkan oleh Saidina Umar Al Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliau lah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.

Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu, Saidina Abu Bakar pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya beliau berkata:

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tidak baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat melakukannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yg mendapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorang pun juga di antara kamu.

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Beliau telah mematuhi manifesto politiknya. Beliau hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:

"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah beliau terpilih sebagai Khalifah, Saidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati beliau, di antaranya Abu Ubaidah Bin Jarrah. Sahabat itu mendekati beliau lalu berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saidina Abu Bakar kerana walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemerintah Islam memperolehi gaji dari harta kerajaan.

Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat beliau dan buat keluarga beliau yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu barulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa bertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memerintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Kebijaksanaan Saidina Abu Bakar juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan beliau sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Sebelum wafat, beliau telah mewasiatkan kepada Saidina Umar Al Khattab agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila beliau pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saidina Abu Bakar tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Al Khattab R.A.:

"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala bantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah menjadi lautan api.

Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai masalah dalam negeri, dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Beliau telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang menjadi lembaran-lembaran yang abadi.

Selama dua tahun pemerintahannya itu beliau telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan beliau telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang ketika umur beliau menginjak 63 tahun. Beliau dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan beliau menjadi contoh teladan bagi sekelian kaum Muslimin.

Demikianlah hebatnya Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Peranan sebagai khalifah pertama menggantikan Rasulullah cukup berat untuk dipikul oleh sesiapa sahaja, namun kecekalan Saidina Abu Bakar membuatkannya tabah menapak ke hadapan menggantikan Rasulullah dan memastikan Islam terus berkembang dan meneruskan kesinambungan usaha dan perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah serta menebarluaskan ketamadunan keilmuan Islam zaman-berzaman.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode