MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: perincikan sumbangan khulafa` al-Rasyidin, Saidatina Khadijah r.a, saidatina aisyah r.a dan imam-imam mazhab  dalam konteks ketamadunan keilmuan.

Topic: Diskusi 4

Date 05/10/2013
By iRfan iDris
Subject permulaan ketamadunan keilmuan slps Rasulullah wafat oleh saidina Abu Bakar

Beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menjalankan tanggungjawab mengumpulkan semua ayat-ayat al Quran yang tertulis pada batu, daun kurma dan batang kurma, tulang dan kulit binatang dan disalinkan semua. Salinan tulisan ayat-ayat al Quran ini setelah disimpan oleh khalifah. Salinan pertama ini seterusnya disimpan oleh Khalifah Umar al-Khattab, kemudian Habsah (isteri nabi) dan Khalifah Uthman al-Affan. Lantaran kerana sumbangan besar beliau ini maka beliau digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.

Date 05/10/2013
By Muhammad Hasif Bin Ismail
Subject Sumbangan al-Imam Ahmad bin Hanbal

Nama penuhnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbali al-Syaibani. Berketurunan Arab kabilah Bani al-Najjar. Beliau dilahirkan di Baghdad pada tahun 164 Hijrah dan dibesarkan di kota itu. Imam Ahmad juga tersohor dengan jolokan Abu Abdullah. Sebagaimana al-Imam al-Syafie, Imam Ahmad juga dibesarkan dalam keadaan yatim. Selepas kematian bapanya, beliau menetap bersama ibunya dalam keadaan serba kekurangan. Namun hasil didikan ibunya semenjak kecil, beliau sanggup hidup berdikari tanpa mengharap sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Beliau cintakan ilmu pengetahuan. Status kota Baghdad yang berperanan sebagai pusat sebaran ilmu pada masa itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk menimba pengetahuan terutama sekali dalam bidang hadis dan fiqh. Seperti mana imam-imam mazhab yang terdahulu, beliau memulakan alam pengajiannya dengan mempelajari dan menghafal al-Quran pada peringkat awal. Seterusnya beliau turut mempelajari bahasa Arab, fiqh, hadis, sirah nabawi, para sahabah dan juga para tabiin.
Susulan ini, dalam usia 15 tahun beliau memulakan pengajiannya secara rasmi dalam ilmu hadis daripada al-Syeikh Hashim bin Basyir bin Abu Hazim al-Wasithi selama 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun bersama al-Syeikh Hashim, beliau telah mencatat sebanyak tiga ribu buah hadis. Tidak memadai dengan apa yang ada, Imam Ahmad sanggup mengembara jauh ke bumi Yaman, Kufah, Basrah, Madinah dan Mekah demi mencari para perawi hadis yang masih hidup.

Dalam tempoh pencarian tersebut, beliau melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupannya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beliau semasa masih kecil. Semuanya ini dilakukan demi menjayakan kariernya mengumpul hadis-hadis nabi. Usaha ini amat sukar dan memakan jangka masa yang panjang. Ini kerana para perawi tinggal di merata tempat dan beliau terpaksa mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain Bagi Imam Ahmad, dapat menjumpai sebuah hadith dalam sehari sudah merupakan suatu kejayaan yang besar bagi dirinya. Lantaran kesungguhan dan ketekunan yang dimiliki, beliau digelar sebagai “Imam al-Muhadisin” yang bermaksud “ Imam bagi sekalian ulamak hadis”.

Kemantapan ilmu yang dikuasai oleh Imam Ahmad bin Hanbal diakui sendiri oleh gurunya. Imam al-Syafie pernah mengata, “Aku telah keluar daripada kotaBaghdad dan aku tidak meninggalkan di kota itu insan yang lebih bertaqwa dan lebih faqih daripada Ibn Hanbali”. Dalam bidang pengajian hadis, Imam al-Syafie turut mengiktiraf kepakaran Imam Ahmad bin Hanbali dengan katanya “ Kamu lebih mengetahui selok belok keilmuan hadis dan tentang para perawinya”. Antara murid-muridnya yang turut berkaliber dalam bidang hadis ialah AbdulRahman bin Mahdi, Abu Hatim al-Razi, Musa Ibn Harun, Baqiy bin Mukhlid al-Andalusi, Muhammad bin Ismail al-Bukhari dan juga Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi.

Walaupun mempunyai keilmuan yang mantap, Imam Ahmad bin Hanbali tidak pernah mengajar atau membuka kelas secara rasmi kecuali selepas beliau berumur 40 tahun. Kelas yang dianjurkan oleh beliau dibahagikan kepada dua; yang pertama merupakan kelas pengajian yang dibuka dirumah khusus untuk ahli keluarganya. Manakala kelas kedua pula dibuka khusus untuk orang awam dan dijalankan di masjid.

Selain daripada membuka kelas pengajian, Imam Ahmad bin Hanbal juga giat dalam bidang penulisan kitab. Antara kitab-kitab yang dihasilkan oleh beliau ialah al-Musnad, al-Tafsir, al-Nasikh wa al-Mansukh, al-Muqaddam wa al-Muakhar fi Kitabillah, Jawabat al-Quran, Hadis Syu’bah, al-Manasik al-Kabir, al-Manasik al-Soghir, kitab al-Solat (kitab kecil), kitab al-Sunnah, kitab al-wara’, kitab al-Zuhd, Masail al-Imam Ahmad dan Risalah al-Radd ala al-Jahmiah. Antara kitab-kitab tersebut, kitab al-Musnad lah yang merupakan sumber inspirasi Ahmad bin Hanbali.

Al-Musnad merupakan kitab himpunan hadis-hadis yang diusahakan oleh Imam Ahmad sepanjang hidupnya. Kitab ini mengandungi sebanyak 750,000 hadis yang diriwayatkan oleh lebih 700 orang para sahabat Rasulullah. Imam Ahmad amat teliti dalam usaha pengumpulan hadis. Segalanya dilakukan oleh beliau dengan penuh minat dan amanah. Oleh kerana hadis yang terkumpul terlalu banyak, anaknya Abdullah bin Ahmad turut membantu bapanya mencatat dan menyusun semula hadis-hadis tersebut.

Walau bagaimanapun Imam Ahmad bin Hanbal meninggal dunia sebelum sempat al-Musnad disusun untuk dimanafaatkan oleh khalayak ramai. Lantaran ini, usaha penyusun al-Musnad selepas itu disempurnakan oleh anaknya, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal.

Al-Imam Ahmad bin Hanbali kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 12 hb. Rabiul-Awal tahun 241 Hijrah. Umurnya ketika itu adalah 77 tahun. Jenazah beliau dikebumikan dibumi Baghdad di mana ia merupakan medan ilmu yang pertama dan terakhir buat diri al-Imam Ahmad bin Hanbali.

Date 03/10/2013
By Nor Najihah Zainudin, Nurrulaini Romali, Rusila Farhana Mohamed
Subject SUMBANGAN IMAM MALIK

Imam Mlaik merupakan seorang yang sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil, beliau telah menghafaz al Quran dan hadis. Beliau dibesarkan dan menerima pembelajaran di kota Mekah. Walaupun Imam Malik tidak memiliki wang, beliau tetap setia menuntut ilmu serta mempunyai akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari, beliau mendengar gurunya menyampaikan 30 buah hadis secara lisan dan beliau dapat mengingati 29 buah hadis daripadanya.

Dalam konteks ketamadunan ilmu, Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis. Beliau sangat berhati-hati dalam menyelidiki sanad dan perawi hadis untuk memastikan kesahihannya. Kerana kemahsyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari luar Madinah datang untuk mendapatkan ilmu daripada beliau. Selain mengumpul hadis-hadis Nabi,Imam Malik juga menganalisis hadis-hadis tersebut untuk merumuskan hukum-hukum agama. Mengikutsatu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan 40 tahun dari hidupnya untuk menghimpun dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya. Para ahli hadis dan ilmuan sezaman dan sesudahnya amat memuji hasil intelektual yang dicapai oleh Imam Malik. Menurut mereka :

"Tidak ada ahli hadis yang lebih besar daripada Imam Malik dalam dunia ini."

Imam Malik juga telah meriwayatkan berpuluh-puluh karya yang termasyhur , termasuk al Muwatta',iaitu kitab yang dianggap terpenting. Sebagai ulama hadis, beliau menempatkan kedudukannya antara ilmuan berbakat seperti penghimpun hadis terkenal, iaitu Imam Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Hanbali, Imam Malik merupakan satu-satunya penghimpun yang mendapat gelaran kehormat dan tidak menyebarkan hadis sebelum beliau sendiri yakin dan puas.

Imam Malik sangat berhati-hati dalam mengeluarkan satu-satu fatwa. Setiap hukum yang dikeluarkan, terlebih dahulu dirujuk kepada al Quran dan hadis. Jika tidak terdapat dalam kedua-dua sumber tersebut, baharulah beliau merujuk ijma' ulama, qias dan akhir sekali Masolih al Mursalah. Peninggalan Imam Malik yang terbesar ialah kitab al Muwatta' yang menjadi bahan rujukan seluruh umat Islam hingga sekarang.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode