Kursus ini memberi pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan asas penyelidikan pendidikan. Ia juga meneroka cara-cara merancang dan melaksana satu kajian tindakan dalam bidang Pendidikan Islam, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian.