1. Berdasarkan Kaedah Fiqh " setiap perkara bergantung kepada niat dan tujuannya", huraikan fungsi dan kepentingan niat dalam urusan seharian.
2. Berdasarkan Kaedah Fiqh " Kepayahan itu memberi kemudahan", bincangkan bentuk-bentuk kepayahan yang diperakui dalam syariat Islam dan kemukakan beberapa contoh kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Date | 27/08/2015 |
By | Khu Zaimah Bt Abdul Khalib PIM 8L |
Subject | soalan 1 |
Dari sudut bahasa niat adalah qasad atau sengaja ,manakala dari sudut syara' niat ialah qasad (sengaja) melakukan sesuatu perbuatan ,berserta dengan melakukannya .sahnya amalan bergantung kepada niat .tempat niat ialah jantung hati ,dan tidak disyaratka menyebut dengan lidah.Suatu amalan yang dilakukan dengan sempurna kerana allah akan mendapat ganjaran diakhirat kelak.Sebaliknya sebarang amalan yang dibuat untuk mendapatkan sesuatu yang bersifat keduniaan semata-mata tidak akan diberi ganjaran oleh allah .
—————
Date | 22/08/2015 |
By | ROHANI BT ABDULLAH(PIM 8L) |
Subject | PIM 3143 (Soalan 2) |
Isu-isu kepayahan yang boleh diringankan...
1.Sembahyang jama' dan qasar ketika musafir adalah salah satu cara yang memberi kemudahan untuk umat Islam di dalam menunaikan solat.
2. Makan makanan yang diharamkan oleh Islam ketika di dalam keadaan darurat ( tiada makanan yang halal ketika itu), maka dibolehkan untuk memakan makanan tersebut, tetapi hanyalah sekadar untuk menyelamatkan nyawa sahaja, bukan untuk mengenyangkan.wallahua'lam
—————
Date | 19/08/2015 |
By | athifi bin saidon |
Subject | soalan 1 |
Seperti mana dalam hadis nabi yang mementingkan niat. maka setiap amalan hendaklah dilakukan dengan mengikhlaskan niat kepada Allah. Punca umat islam yang tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya pada zaman ini adalah disebabkan niat yang tidak iknlas kepada Allah.
—————
Date | 19/08/2015 |
By | Noreha Bt.othman |
Subject | soalan 1 |
1. Sempurnanya amal adalah dengan niat. Niat adalah rukun dalam sesuatu
ibadat.tanpa niat tidak sempurna ibadat sesorang itu.
2. Hanya dengan niat, amal yang baik mampu berubah menjadi buruk.
Dengan niat yang betul, amal yang kecil mampu mendapat ganjaran yang
berlipat ganda .Contoh sedekah.
3. Niat membezakan sesuatu amalan antara adat dan ibadat. Contoh
makan.
—————
Date | 18/08/2015 |
By | NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J) |
Subject | soalan 1 |
. Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah ta’ala).
2. Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
3. Ikhlas dan melepaskan niat semata-mata kerana Allah ta’ala dituntut pada semua amal soleh dan ibadah.
4. Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
5. Semua pebuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat kerana mencari keredhaanan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
6. Yang membezakan antara ibadah dan adat (kebiasaan) adalah niat.
7. Hadith diatas menunjukkan bahawa niat merupakan bahagian dari iman keranaia merupakan pekerjaan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan
—————
Date | 15/08/2015 |
By | ROHANI BT ABDUL AZIZ |
Subject | SOALAN 1 |
Niat membezakan sesuatu amalan antara adat dan ibadah.
Contohnya, sekiranya seseorang itu makan tanpa meniatkan apa-apa, maka makannya itu adalah adat. Tetapi sekiranya makannya itu diniatkan untuk mendapatkan kekuatan untuk melakukan ibadah selepas itu, maka makannya dikira sebagai ibadah kepada Allah.
—————
Date | 15/08/2015 |
By | ROHANI BT ABDUL AZIZ (PIM 8L) |
Subject | Re: DISKUSI 1-SOALAN 2 |
Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.
—————
Date | 14/08/2015 |
By | MOHAMAD YUSNI BIN OTHMAN |
Subject | soalan 1 |
Bismillah walhamdulillah.
"innamal a'maalu binniyyati"
Saya ingin melakukan perkongsian bagi tajuk ini, dalam konsep bersedekah.
sedekah adalah suatu amalan yg cukup baik. Banyak atau sedikit bukanlah isunya, tetapi niat dalam melakukannya. Kerana niat yg akan menjadikan amalan kita berkualiti atau "empty".
Oleh itu, jom kita sama-sama reset niat dan minda kita , dengan niat yang betul, jujur dan ikhlas dalam melakukan ibadat sedekah mahupun ibadat-ibadat yang lain.
Wallahua'lam.
—————
Date | 14/08/2015 |
By | MASITOH BINTI PUTEH PPG 8L |
Subject | PIM 3143 |
Niat merupakan syarat layak, diterima atau tidaknya amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat kerana Allah. Waktu perlaksannan niat dilakukan pada awaln ibadah dan tempatnya di hati.Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata kerana Allah dituntut pada semua amal soleh dan ibadah. Seseorang mukmin akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya. Semua perbuatan yang bermanafaaat dan 'mubah' jika diiringi niat kerana mencari keredhaan Allah maka akan diberi nilai ibadah. Melalui niat dapat membezakan antara adat kebiasaan dan ibadah.
—————
Date | 13/08/2015 |
By | ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J) |
Subject | soalan 1 |
Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin
—————
Date | 11/08/2015 |
By | ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J |
Subject | Soalan 1 |
1. Niat merupakan salah satu faktor penentu terhadap suatu amalan.Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (karena Allah ta’ala).
2.. Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal soleh dan ibadah.
3. Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
4.. Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat karena mencari keridhaan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
5.. Yang membedakan antara ibadah dan adat adalah niat.
6. Apabila dalam hati diniatkan hanya melakukan kebaikan kerana Allah taala, bentuk-bentuk penyakit hati dengan sendirinya akan lupus.
7. Niat membantu mengatasi sifat mementingkan diri sendiri.
8.Kita juga akan berusaha untuk menjalani perintah dan menjauhi larangan-Nya.
—————
Date | 08/08/2015 |
By | Mohd Haris Abu Bakar |
Subject | soalan 1-2 |
Isu isu kepayahan boleh di hilangkan
1. Bila sakit kita di benarkan ...
..solat sambil duduk
..boleh berbuka puasa
2. Dalam musafir kita boleh berbuka puasa jika kita mengalami kesukaran
3. Solat khusus jika dalam peperangan
4. Boleh ganti wuduk dengan tayammum...
—————
Date | 08/08/2015 |
By | Mohd Haris Abu Bakar |
Subject | soalan 1 |
Fungsi niat ialah untuk mengesahkan sesuatu ibadah.
Tanpa niat sesuatu perlakuan yg beribadat akan menjadi adat sahaja..tidak dikira sebagai pahala
Date | 27/08/2015 |
By | Khu Zaimah Bt Abdul Khalib PIM 8L |
Subject | soalan 2 |
Bentuk –bentuk kepayahan yang diperakui dalam syariat islam
1. Bermusafir. Contohnya: apabila rukhsah qasar dan jamak solat, menyapu khuf lebih daripada sehari semalam dan sebagainya.
2. Sakit. dibolehkan tayammum kerana tidak boleh terkena air, sakit sehingga atau tidak mampu ke tempat ambil wudhu dan lain-lain.
3. Lupa. Contohnya dalam puasa tidak batal jika makan atau minum kerana terlupa. Begitu juga orang yang terlupa belum menunaikan solat tidak dihukum berdosa sebaliknya harus segera mengqada solat tersebut.
4. Kebodohan. Contohnya jika seseorang tidak pasti ada terkeluar angin atau tidak dalam solat, maka solat dan wudhunya belum lagi terbatal.
5. Kesukaran. Ini termasuklah sukar untuk kekal dalam keadaan suci tetapi jika wajib solat, maka solatnya sah. Contohnya pesakit kencing tidak lawas, haid yang berterusan dan sebagainya.
6. Paksaan. Contohnya jika terpaksa mengucapkan kalimah kufur, atau minum arak, kerana diugut, maka hal itu tidak mengapa jika hatinya sekeras-kerasnya membenci hal tersebut.
7. Kekurangan. Contohnya kanak-kanak kecil dan orang gila tidaklah dikira sebagai mukallaf, maka mereka dibebaskan daripada tanggungjawab syari'e seperti solat fardhu, jihad, zakat, haji dan sebagainya.
—————
Date | 12/08/2015 |
By | Che Aminah bt Zakaria |
Subject | soalan 1 |
Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat , kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan di dunia ini adalah berpaksikan niat itu sendiri.
—————
Date | 11/08/2015 |
By | mohamad nadzman bin ariffin PIM J8 |
Subject | soalan 2 |
Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.
—————
Date | 08/08/2015 |
By | Admin |
Subject | Re1 |
Perlu kepada niat kerana niat itu akan membezakan anatara perkara wajib dan sunat