MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 3- Sumber hukum dalam islam

1. Terangkan jenis-jenis Ijma` berserta contoh dan pendapat ulama berkaitan kehujahan Ijma` Sukuti 

2. Dengan menggunakan kaedah Qiyas, huraikan bagaimana cara mensabitkan pengharaman memusnhakan harta anak yatim.

Soalan 1

Date 14/09/2015
By Noreha Bt. Othman ( 8L )
Subject soalan 1

Jenis - jenis Ijma`:
1. Ijma` Soreh iaitu seluruh para ulama` bersependapat ke atas sesuatu hukum bagi sesuatu masalahdengan cara berterus terang di mana setiap mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan semua bersetuju dengan pendapat tersebut.
2. Ijma` Sukuti iaitu sebahagian sahaja ulama`mujtahid mengeluarkan pendapat manakala sebahagian yang lain berdiam diri tanpa sebarang perlakuan diri dan bantahan. Ijma` ini tidak menjadi hujah menurut pandangan ulama` Syafie dan beberapa tokoh yang lain.

Date 08/09/2015
By ROHANI BT ABDULLAH(PIM 8L)
Subject PIM 3143 (SOALAN 1)

Ijmak' terbahagi kepada dua iaitu;
1. Ijma' Sharih..iaitu kesepakatan para mujtahid suatu masa atas sesuatu hukum atau perkara dengan cara masing-masing dari mengemukakan pendapat secara jelas melalui fakta atau keputusan hukum.
2. Ijma' Sukuti..iaitu sebahagian daripada mujtahid suatu masa mengemukakan pendapat mereka dengan jelas mengenai sesuatu perkara, baik melalui fakta atau sesuatu keputusan hukum. Ini berkaitan sama ada bagi persetujuan atau menentang pendapat tersebut.

Date 18/08/2015
By ROHANI BT ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject SOALAN 1

Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad (mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak.
Dalam kitab Mirah al-Usul disebut “mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin”. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma’. Bayangkan, para mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam hukum berkenaan tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

Jenis-Jenis Ijmak
Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan masa terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:
1. Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat
Rasulullah.
2. Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu
Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi
Thalib. Tentu saja hal ini hanya dapat dilakukan pada masa keempat
orang itu hidup, iaitu pada masa Khalifah Abu Bakar. Setelah Abu
Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak dapat dilakukan lagi.
3. Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar
dan Khalifah Umar bin Khattab.
4. Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama
Madinah. Ijmak ahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum
Islam menurutMazhab Maliki, tetapi Mazhab Syafie tidak mengakuinya
sebagai salah satu sumber hukum Islam.
5. Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama
Kufah. Mazhab Hanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah
satu sumber hukum Islam.

Ijma’ Sukuti, yaitu sebagian dari mujtahid suatu masa mengemukakan pendapat mereka dengan jelas mengenai suatu kasus, baik melalui fakta atau suatu putusan hukum, dan sisa dari mereka tidak memberi tanggapan terhadap pendapat tersebut, baik merupakan persetujuan terhadap pendapat yang telah dikemukakan atau menentang pendapat itu.

Date 18/08/2015
By NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J)
Subject soalan 1

Bentuk kepayahan seperti y hilangnya jiwa dan/atau rosaknya anggota badan. Hilangnya jiwa dan /atau anggota badan mengakibatkan kita tidak mampu melaksanakan ibadah dengan sempurna. Contoh-contoh kelonggaran seperti
Musafir : syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak solat serta berbuka puasa.
Sakit : Misalnya boleh tayamum ketika sukar menggunakan air, solat fardu sambil duduk, berbuka puasa bulan Ramadhan dengan kewajiban qadha setelah sehat, ditangguhkan had sampai sembuh, wanita yang sedang didatangi haid.
Paksaan : syari’at mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur. Atau Misalnya boleh tayamum ketika sukar menggunakan air, solat fardu sambil duduk, berbuka puasa bulan Ramadhan dengan wajib mengqadha setelah sihat, ditangguhkan pelaksanaan had sampai t sembuh, wanita yang sedang didatangi haidh.
Lupa : seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya. Misalnya seseorang lupa makan dan minum pada waktu puasa, lupa mengerjakan solat lalu teringat dan melakukannya diluar waktunya, lupa berbicara diwaktu solat padahal belum melakukan salam

Date 11/08/2015
By mohamad nadzman bin ariffin PIM J8
Subject soalan 1

Pengertian ijma’ Dari segi bahasa: Berazam dan bertekad melakukan sesuatu, sepertimana firman Allah:
”Oleh itu tetapkan keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku”
(Yunus:71)

Dari segi istilah :Ittifaq (sependapat atau sebulat suara) para ulama mujtahidin dari kalangan umat Islam pada bila-bila masa selepas kewafatan Nabi Muhammad`SAW di atas sesuatu hukum syarak.

Rukun Ijma’ ada 4 perkara:

1. Wujud beberapa orang mujtahidin pada ketila sesuatu persoalan itu berlaku, kerana ittifaq (bersatu pendapat) tidak mungkin berlaku melainkan dalam beberapa pandangan yang dikemukakan di mana masing-masing bersetuju di atas satu pendapat sahaja.
2. Ittifaq ke atas hukum syara’ pada sesuatu persoalan itu adalah dari seluruh ulama’ mujtahidin pada waktu berlakunya persoalan tersebut.
3. Ittifaq mujtahidin hendaklah dalam bentuk masing-masing mengemukakan pendapat dengan berterus terang tentang persoalan itu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.
4. Ittifaq mesti dari seluruh mujtahidin, oleh itu dari sebahagian besar ulama’ mujtahidin tidak dikira sebagai hujjah qat’iyyah yang mengikat, kerana boleh jadi kebenaran berada di satu pihak dan kesalahan berada pihak yang lain.
Jenis-Jenis Ijma’

i. Ijma’ Soreh:
Iaitu seluruh para ulama’ mujtahidin bersependapat keatas sesuatu hukum bagi sesuatu masalah drngan cara berterus terang dimana setiap orang mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan semua pendapat itu bersatu diatassatu hukum sahaja . Ijma’ saperti ini tetap menjadi hujah tanpa khilaf.

ii. Ijma’ sukuti:
Iaitu sebahagian sahaja ulama’ mujtahidin sahaja yang mengeluarkan pendapatnya manakalasebahagian yang lain berdiam diri tanpa sebarang perakuan diri dan bantahan, Ijma’ ini tidak menjadi hujah menurut pandangan ulama Shafie dan beberapa tokoh yang lain.

Perbezaan ijmak dan qaul jumhur (pandangan majoriti ulama)

i) Wajib berpegang kepada hukum yang telah disepakati dalam ijmak ulama, dan tidak wajib pada qaul jumhur.

ii) Hukum ijmak yang telah disepakati tidak boleh diubah, qaul jumhur pula boleh berubah mengikut pendapat majoriti ulama semasa.

iii) Hukum ijmak mestilah disepakati oleh semua ulama semasa dan seluruh dunia, adapun qaul jumhur adalah pendapat teramai ulama.


Contoh Ijma’:

Persepakatan para ulama’ mujtahidin terhadap hukum haram berkahwin dengan nenek hingga ke atas dan haram berkahwin dengan cucu hingga ke bawah , Ijma’ ini berlaku berdasarkan kepada ayat al-Quran surah an-Nisa’ :23 iaitu:

 

Soalan 2

Date 09/09/2015
By ROHANI BT ABDULLAH(PIM 8L)
Subject PIM 3143 (Soalan 2)

Qiyas dari segi bahasa bermaksud mengukur,membanding atau mengaturkan.
Para ulama menyatakan ianya sebagai mengukur atau menyamakan .
Ahli Fikh pula menyatakan sebagai menerangkan hukum yang tidak ada nasnya di dalam al-Quran dan hadis dengan cara meembandingkan dengan sesuatu yang ditetapkan hukumnya berdasarkan nas.
Dalam menyatakan merosakkan atau membakar harta anak yatim adalah sama iaitu haram dan berdosa .
Firman Allah dalam surah an-nisa' ayat 10 menyebut bahawa sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu umpama menelan api neraka ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam neraka yang menyala-nyala maraknya..

Date 05/09/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM PIM 8J
Subject Perbezaan Antara Ijma' dan Qias

PERBEZAAN IJMA’ DAN QIAS

Berbeza kerana ijma’ merupakan kesepakatan sahabat nabi s.a.w dan ulama’ mujtahid Islam di dalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada al-Quran dan al-Hadis adapun Qias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkan sesuatu hukum yang tidak wujud secara qhot’i di dalam al-Quran dan al-Hadis. Dengan kata lain, jika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam al-Quran dan al-Hadis maka kaedah Qias digunakan untuk menentukan hukumnya. Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan.

Qias tidak boleh mencipta sesuatu ibadah yang baru atau kaedah peribadatan yang baru tetapi Qias tetap memiliki peranan dalam ibadah, iaitu bagi membolehkan seseorang mencapai kesempurnaan ibadah selari dengan beberapa isu atau halangan yang timbul selepas zaman nabi s.a.w. Qias tidak boleh digunakan bagi mencipta solat fardhu yang keenam. Demikian juga Qias tidak boleh digunakan bagi mencipta kaedah yang baru, seperti gerak-geri solat, wudhu dan sebagainya.

Akan tetapi Qias boleh digunakan bagi mencapai kesempurnaan sesuatu ibadah apabila kesempurnaan tersebut terhalang kerana sesuatu faktor yang wujud selepas zaman nabi. Faktor penghalang mestilah faktor yang hakiki, bukan fiktif atau suka-suka. Contohnya ialah kaedah wudhu bagi seseorang yang sakit. Ada sesetengah bentuk penyakit masa kini dan kaedah rawatan modennya yang menghalang seseorang itu dari berwudhu secara normal. Penyakit dan kaedah rawatan ini pula tidak terdapat contohnya dalam sunnah Rasulullah. Akan tetapi dalam sunnah Rasulullah sedia terdapat beberapa contoh berwudhu dan bertayamum dalam keadaan uzur. Maka seseorang itu boleh menghubungkan kesnya di masa kini dengan kes di masa Rasulullah.

Date 05/09/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM 8J
Subject Soalan 2

Qiyas Al-Musawi adalah qiyas yang hukumnya adalah sama di antara asal dengan furu’ berdasarkan kepada illahnya yang sama. Al-Qiyas Musawi ini juga boleh dijelaskan dengan furu’ di dalam al-qiyas ini adalah sama dengan yang asal dari segi hukumnya. Contohnya, diqiyaskan haram membakar atau memusnahkan harta anak yatim kepada haram memakan harta anak yatim. Ini kerana, illahnya ialah merosakkan dan menghabiskan harta anak yatim tersebut (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997: 109). Allah S.W.T ada berfirman iaitu:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَلَ الْيَتَمَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
Bermaksud: sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api neraka ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
(Surah al-Nisa’ 4: 10)

Date 05/09/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM 8J
Subject Re: Soalan 2

Pembahagian Al-Qiyas Dari Aspek Keluasan Atau Cakupan Makna Yang Menyeluruh Antara Asal Dan Furu’
Al-qiyas yang dilihat dari aspek ini, iaitu perkara yang diqiyaskan dengan yang asal dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu:
a) Qiyas Al-Awla
b) Qiyas Al-Musawi
c) Qiyas Al-Dilalah
d) Qiyas AL-Syibh
e) Qiyas Al-Adwan

Date 15/08/2015
By NUR HAMEMI BT ABDUL MAJID - PIM 8J
Subject PIM 3143

Jenis-jenis Ijma`
1. Ijma’ Sharih
Dari segi bahasa, sharih berarti jelas. Ijma’ sharih yaitu ijma’ yang memaparkan pendapat banyak ulama’ secara jelas dan terbuka, baik dengan ucapan maupun perbuatan. Ijma’ sharih menempati peringkat ijma’ tertinggi. Hukum yang ditetapkan ijma’ sharih bersifat qath’i atau pasti.
Contoh: Kesepakatan ulama atas keharaman minyak babi yang di-qiyaskan atas keharaman dagingnya.

2. Ijma’ Sukuti
Dari segi bahasa, sukuti berarti diam. Ijma’ sukuti yaitu sebagian mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan sebagian yang lain diam, sedang diamnya menunjukkan setuju, bukan karena takut atau malu. Ijma’ sukuti bersifat dzan dan tidak mengikat.
Contoh: Azan dua kali dan iqomah untuk sholat jum’at, oleh sahabat pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a. Para sahabat lainnya tidak ada yang memprotes atau menolak ijma’ Beliau tersebut dan diamnya para sahabat lainnya adalah tanda menerimanya mereka atas perkara tersebut.

Pendapat ulama berkaitan kehujahan Ijma` Sukuti:
Ulamak Menerima
Ulamak yang menerima Ijmak Sukuti dapat dibahagi kepada 2 bahagian:
a. Pendapat Hujah Zanni
Pendapat al-Karkhi daripada Mazhab Hanafi dan Imam al-Amidi daripada mazhab al-Syafi'i
Alasan mereka: Berdiam diri sebahagian daripada mujtahid tidak semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang dikeluarkan, bahkan berdiam diri itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulama yang telah mengeluarkan pendapatnya.Oleh itu Ijmak Sukuti adalah hujah zanni.

Ulamak Menolak
Antara ulama mazhab yang menolak Ijmak Sukuti ialah sebahagian ulama al-Syafi'i, al-Baqillani dan sebahagian ulama Maliki. Alasan mereka:
a. Tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju kerana mungkin mereka takut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan ijtihad.
b. Orang yang diam tidak boleh disahkan sebagai orang yang berpendapat.
c. Diam tidak dapat dikira sebagai tanda bersetuju kerana kemungkinan ia turut bersetuju atau belum melakukan ijtihad atau juga telah berijtihad namun belum mendapat keputusan yang mantap.
Justeru, semua andaian dan kemungkinan dn kemungkinan tersebut dirumuskan bahawa diam itu tidak dapat dinilai sebagai hujah.

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 1

Definisi

Dari sudut Bahasa Arab al-Ijma' ialah kesungguhan dan persetujuan. Dari sudut istilah, al-Ijma' ialah:
Persetujuan para mujtahid umat ini selepas wafatnya Rasulullah s.a.w., terhadap satu hukum agama.

Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:

Berdasarkan definisi persetujuan maka terkeluarlah perselisihan walaupun hanya seorang sahaja yang menyalahi. Perkara ini membatalkan al-Ijma' (persepakatan).

Berdasarkan para mujtahid maka terkeluarlah orang awam dan orang muqallid (orang yang ikut tanpa dalil). Persetujuan dan perselisihan mereka (dua golongan ini) tidak diiktiraf.

Berdasarkan umat ini maka terkeluarlah persetujuan umat lain. Ijmak (persepakatan) mereka tidak diiktiraf.

Berdasarkan selepas wafat Rasulullah s.a.w. maka terkeluarlah persetujuan mereka semasa hidup Rasulullah s.a.w.. Persetujuan ini tidak dinamakan al-Ijma' dari sudut sifatnya sebagai dalil syarak kerana dalil di sini telah sabit dengan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merangkumi kata-kata, perbuatan mahupun perakuan. Oleh sebab itu, kata-kata sahabat yang berbunyi, “Dahulu kami melakukan pada zaman Nabi” atau “Dahulu mereka melakukan pada zaman Nabi” hukumnya adalah marfu’ (disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.) dan ianya bukanlah merupakan pemberitahuan tentang al-Ijma' (persepakatan).

Berdasarkan terhadap satu hukum agama maka terkeluarlah persetujuan mereka terhadap satu hukum akal atau adat. Perkara ini tidak termasuk dalam perbincangan al-Ijma' kerana yang dimaksudkan dengan al-Ijma' ialah sifatnya sebagai salah satu dalil agama.


Kedudukan al-Ijma' (Persepakatan)

Al-Ijma' adalah merupakan hujah agama berdasarkan kepada beberapa dalil seperti berikut:

1- Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:143) - Maksudnya: Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.

Perkataan syuhada’ (saksi) merangkumi kesaksian terhadap amalan mereka dan terhadap hukum-hukum amalan mereka dan kata-kata saksi adalah diterima.

2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Nisa’ 4:59) - Maksudnya: Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).

Ayat ini menunjukkan bahawa apa yang mereka persetujui adalah hak.

3 - Sabda Rasulullah s.aw. :

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ضَلاَلَةٍ.[1]

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpul umatku atau umat Muhammad s.a.w. di atas kesesatan.

4 - Ijma' umat ini terhadap sesuatu perkara secara umum terbahagi dua; samada hak atau batil. Sekiranya hak, ianya adalah hujah. Sekiranya batil, adalah satu perkara yang amat mustahil bagi umat ini yang merupakan sebaik-baik umat di sisi Allah Ta'ala semenjak perutusan Nabi s.a.w. sehinggalah ke hari akhirat kelak, untuk berijma' terhadap perkara batil yang tidak diredhai Allah Ta'ala. Ini sebenarnya satu perkara yang mustahil akan berlaku.


Jenis-jenis al-Ijma' (Persepakatan)
Al-Ijma' terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasti dan berkemungkinan seperti berikut:

1- Al-Ijma' al-Qat’i (pasti) ialah al-Ijma' yang diketahui kesabitannya dalam umat ini secara darurah (mesti) seperti ijma' terhadap wajibnya solat lima waktu dan pengharaman zina. Al-Ijma' (persepakatan) jenis ini tidak pernah dinafikan kewujudannya dan sifat hujahnya oleh sesiapapun. Juga, sesiapa yang melanggar Ijma' ini dihukum kafir sekiranya dia tidak jahil tentangnya.

2 - Al-Ijma' al-Zhanni (berkemungkinan) ialah al-Ijma' yang tidak diketahui kesabitannya dalam umat ini kecuali dengan penyelidikan dan pengamatan. Para ulama' telah berselisih pendapat dalam kemungkinan wujudnya al-Ijma' sebegini. Pendapat yang rajih (terkuat) ialah pendapat Shaikh al-Islam Ibnu Taimiyah di mana beliau telah menyatakan dalam kitabnya al-Aqidah al-Wasitiyah, “al-Ijma' yang kukuh ialah ijma' yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Salih (generasi terdahulu yang salih) kerana selepas mereka perselisihan telah merebak dan umat telah bertebaran.”

Perlulah diketahui bahawa umat ini tidak akan berijma' terhadap satu perkara yang menyalahi dalil yang sahih, jelas dan tidak mansukh (dimansuhkan). Ini kerana umat ini tidak akan berijma' kecuali di atas kebenaran. Sekiranya anda mendapati satu Ijma' yang menyalahi perkara tersebut, hendaklah diperhatikan kerana kemungkinan dalil itu tidak sahih atau tidak jelas atau telah mansukh (dimansuhkan) atau di dalam masalah itu terdapat perselisihan yang tidak kita ketahui.

Date 11/08/2015
By mohamad nadzman bin ariffin PIM J8
Subject soalan 2

PENGERTIAN QIAS

Secara bahasanya, Qias bererti mengukur, membandingkan dan mengaturkan. Ada juga yang mengertikan Qias dengan mengukur sesuatu atas sesebuah yang lain dan kemudian menyamakan antara keduanya. Ada kalangan ulama yang mengatakan Qias sebagai mengukur dan menyamakan. Manakala pengertian Qias menurut ahli usul fiqh pula ialah menerangkan hukum sesuatu yang tidak ada nasnya dalam al-Quran dan hadith dengan cara membandingkannya dengan sesuatu yang ditetapkan hukumnya berdasarkan nas. Definisi lain dari Qias menurut ahli usul fiqh adalah menyamakan sesuatu yang tidak ada nas hukumnya dengan sesuatu yang ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah hukum.

bahagian kedua ialah Qias musawa, yang mana tuntutan ‘illah hukum bagi hukum pada perkara cabang adalah sama darjat tuntutannya pada ‘illah hukum bagi hukum perkara asal. Contohnya seperti tuntutan kerana membakar harta anak yatim secara zalim adalah haram kerana diqiaskan dengan tuntutan haram sebab makan harta mereka secara zalim. Maka ‘illah hukum iaitu memusuhi dan merosakkan harta anak yatim adalah sama dengan membakar harta mereka secara zalim. Firman Allah s.w.t :

ان الذين يأكلون أموأل اليتمى ظلما إنما يأكلون فى بطونهم نارا ۖ وسيصلون سعيرا[10]
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode