MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5: sistem Mualamat islam

1. Buat satu perbandingan antara amalan insuran konvensional dan sistem takaful Islam.

Soalan 1

Date 31/08/2015
By Che Aminah bt Zakaria
Subject pim 3143 pengajian fiqh

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS
Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendalitakaful dan syarikat konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan.Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang diterima daripadapeserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syara’. Dalam perkara penjaminan,yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-pesertaitu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul,sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wangpeserta-peserta takaful. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional dimana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans

Date 19/08/2015
By ROHANI BT ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject SOALAN 1

TAKAFUL INSURANS
AKTA TAKAFUL 1984 AKTA INSURAN 1963
SISTEM ISLAM SISTEM KAPITALIS
SUMBANGAN (DERMA BERSYARAT ) PREMIUM
AKAD TABARRU’ KONTRAK
PENGENDALI PENANGGUNG
PELABURAN SAHAM YANG HALAL PELABURAN APA SAHAJA SAHAM
LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA PENGARAH
LEMBAGA PENGAWASAN SYARIAH TIADA
MUDHARABAH ( 80 /20) DIVIDEN ( % )
TIADA GHARAR ( KETIDAKPASTIAN) GHARAR (KETIDAKPASTIAN )
TIADA MAISIR ( JUDI) MAISIR (JUDI)
TIADA RIBA RIBA

Date 18/08/2015
By NOOR AISHAH BINTI AZMI (PIM-8J)
Subject soalan 1

Perbezaan antara Takaful dan Insurans
Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:
1. Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.
1. Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)
1. Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
1. Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.
1. Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.
1. Perjalanan operasi
1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.
1. Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).
Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 1

perbezaan antara insuran dan takaful :

Insuran Konvensional:

1. Kontrak Mu'awadah ( pertukaran jual beli ) antara penanggung insuran dengan pihak yang diinsurankan

2.Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran

3.Penanggung insuran bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya .

4.Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan syariah

5.wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimiliki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan

6. Keuntungan yang dihasilkan daripada kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
7.Pencarum tidak berhak untuk mendapat bahagian dari "surplus"


TAKAFUL

1.Kontrak Tabbaru' ( Derma dan sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan

2. Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim

3.Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang Takaful

4. Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan ( Qardhul Hasan ) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.

5.Aset wang kumpulan takaful hanya boleh dilaburkan dalam instrument yang selari dengan syariah

6.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali.

7.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang pencarum

8.Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum


Date 12/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject SISTEM MUAMALAT ISLAM

PERBEZAAN INSURANS DAN TAKAFUL
INSURANS TAKAFUL
Akta Insuran 1963............................... Akta Takaful 1984
Sistem Kapitalis ................................ Sistem Islam
Menjual/membeli............................... Mengajak/ Menyertai
Premium........................................ Sumbangan (Derma bersyarat)
Kontrak........................................... Akad Tabarru’
Penanggung...................................... Pengendali
Pelaburan apa saja saham.................... Pelaburan saham yang halal
Tiada pengawasan.............................Lembaga pengawasan syariah
Dividen........................................... Mudharabah
Gharar - ketidakpastian........................ Tiada gharar
Maisir - Judi..................................... Tiada maisir
Riba.............................................. Tiada riba

Date 11/08/2015
By mohamad nadzman bin ariffin PIM J8
Subject soalan 1

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar.

Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya

insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain.

Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli.

Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli.
Takaful, menggunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

Perjalanan operasi
1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.

2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode