MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 1: Kaeadah-Kaedah Fiqah

1. Berdasarkan Kaedah Fiqh " setiap perkara bergantung kepada niat dan tujuannya", huraikan fungsi dan kepentingan niat dalam urusan seharian.

2. Berdasarkan Kaedah Fiqh " Kepayahan itu memberi kemudahan", bincangkan bentuk-bentuk kepayahan yang diperakui dalam syariat Islam dan kemukakan  beberapa contoh kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat Islam.

 

Topic: Diskusi 1

Date 14/08/2015
By ROSMAWATI BINTI ABDUL HAMID (PIM8L)
Subject Fungsi dan Kepentingan Niat

Setiap Amal Tergantung Niatnya

Diterima atau tidaknya dan sah atau tidaknya suatu amal bergantung pada niatnya. Demikian juga setiap orang berhak mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya dalam beramal. Dan yang dimaksudkan dengan amal disini adalah semua yang berasal dari seorang hamba baik berbentuk perkataan, perbuatan mahupun keyakinan hati.

Fungsi Niat

Niat memiliki 2 fungsi:
1. Jika niat berkaitan dengan sasaran suatu amal (ma’bud), maka niat tersebut berfungsi untuk membezakan antara amal ibadah dengan amal kebiasaan.
2. Jika niat berkaitan dengan amal itu sendiri (ibadah), maka niat tersebut berfungsi untuk membezakan antara satu amal ibadah dengan amal ibadah yang lainnya.

Date 14/08/2015
By MOHD HARIS ABU BAKAR
Subject PIM 8L

Fungsi niat ialah untuk mengesahkan sesuatu ibadah.
Tanpa niat sesuatu perlakuan yg beribadat akan menjadi adat sahaja..tidak dikira sebagai pahala

Isu isu kepayahan boleh di hilangkan
1. Bila sakit kita di benarkan ...
..solat sambil duduk
..boleh berbuka puasa
2. Dalam musafir kita boleh berbuka puasa jika kita mengalami kesukaran
3. Solat khusus jika dalam peperangan
4. Boleh ganti wuduk dengan tayammum...

Date 13/08/2015
By NORAIHA BT IBRAHIM PIM 8J
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:
Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.
Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.
Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.
Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.
Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.
Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara) juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.
Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

Date 13/08/2015
By NORAIHA BT IBRAHIM PIM 8J
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Niat yang ikhlas memainkan peranan yang penting dalam amalan. Oleh sebab itu, Allah memberi pilihan bagi manusia untuk menentukan arah niat yang mereka hajati tetapi ia bakal diadili nanti. Firman Allah s.w.t:
“Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu.” (Ali-Imran:145)
Nabi s.a.w juga ada bersabda daripada Umar Al-Khattab r.a:
“Setiap amal disertai dengan niat. Setiap amal seseorang bergantung dengan apa yang diniatkannya” (HR Bukhari)
Melalui dua sumber utama umat Islam ini menjelaskan peranan niat yang ikhlas dan kaitannya dalam setiap tingkah laku kita. Justeru, keikhlasan amat dituntut bagi memastikan amalan yang dikerjakan lebih sempurna dan mendapat ganjaran dari-Nya kerana jika amalan kita lucut dari keikhlasan maka ia suatu yang merugikan. Allah berfirman:
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.”(Al-Furqan:23)

Date 13/08/2015
By SITI RODIAH BINTI ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject PIM3143

Islam adalah agama mudah dan memudahkan. Islam juga adalah sebuah agama yang amat bersesuaian dengan kehendak fitrah kehidupan manusia. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi pembatalan hukum kerana penurunan wahyu telah berakhir. Namun, ruang ijtihad masih terbuka di atas dasar prinsip-prinsip fiqh Islam yang fleksibel. Khasnya dalam masalah hukum berdasarkan ijtihad yang berkaitan dengan adat kebiasaan manusia yang turut berubah disebabkan perubahan masa dan tempat. Para ulama’ juga sependapat tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perubahan hukum berdasarkan perubahan masa.

Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambil kira.
Firman Allah s.w.t.:

“Allah sama sekali tidak ingin menjadikan sebarang kesulitan bagi kamu (dalam mengamalkan agama).” (al-Ma’idah 5: 6)

Jenis Masyakaoh
Al-Zarkasyi membahagikan mashaqoh kepada dua bahagian ;
1.Mashaqoh umum iaitu yang menimpa semua orang. Ia diberi kelonggaran oleh Syarak.
2.Mashoqah khusus iaitu yang menimpa hanya golongan tertentu sahaja ia tidak diberikan kelonggaran oleh Syarak seperti perempuan yang ditimpa penyakit musthadhah Perempuan yang ditimpa penyakit ini diwajibkan berwuduk setiap kali ingin mendirikan solat, seseorang yang lupa empat waktu sembahyang sebanyak empat hari diwajibkan qadha sebanyak 20 waktu walaupun ianya merupakan mashaqah. Ini kerana mashaqoh ini hanya menimpa golongan yang tertentu sahaja jadi ia tidak dikira.

JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK

Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah itu ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym, rukhsah itu ada tujuh jenis iaitu
a) تخفيف إسقاط - keringanan dengan menggugurkan kewajipan.
Contohnya :
i. Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.
ii. Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur
iii. Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.
b) تخفيف تنقيص - keringanan dengan mengurangkan bebanan.
Contohnya :
i. Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.
c) تخفيف إبدال - keringanan dengan gantian atau penukaran.
Contohnya
i. Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.
ii. Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak berdiri kepada duduk atau baring atau isyarat.
iii. Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.
d) تخفيف تقديم - keringanan dengan mendahulukan.
Contoh
i. Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
ii. Sembahyang jama’ taqdim.
e) تخفيف تاخير - keringanan dengan mengakhirkan.
Contohnya :
i. Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.
ii. Sembahyang jama’ ta’khir.
iii. Menangguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar.
f) تخفيف ترخيص - keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa.
Contohnya
i. Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
ii. Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.
g) تخفيف تغيير - keringanan mengubah atau menukar.
Contohnya :
i. Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.

Date 13/08/2015
By SITI RODIAH BINTI ABDUL AZIZ
Subject PIM3143

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Dalam kehidupan kita hari ini, niat kelihatannya tidaklah begitu dipentingkan dan yang lebih diutamakan hanyalah matlamat atau hasil daripada usaha yang dilaksanakan. Sedangkan pada hakikatnya yang diterima dan dinilai di sisi Allah ialah apa yang diniatkan dalam hati. Maka dengan demikian, kita dapat melihat betapa sebahagian kita sanggup melakukan apa sahaja meskipun melanggar batasan syarak, demi memperoleh keuntungan duniawi. Misalnya, pemerolehan sumber pendapatan atau kekayaan tidak dihadkan hanya semata-mata melalui cara yang digariskan oleh syarak dan diredai Allah s.w.t. Begitu juga dengan pangkat atau kedudukan, kuasa, pengaruh dan sebagainya. Apa jua cara yang membolehkan ia diraih, akan diusahakan sehabis daya, walaupun melalui penipuan, penindasan, kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain. Malah, tanpa segan-silu diisytiharkan pula bahawa segala usaha yang digembleng dengan penuh kesungguhan itu hanya dengan tujuan serta niat yang besar; demi agama, bangsa dan negara. Sedangkan jauh di sudut hati, diketahui tujuan dan matlamat sebenar yang dicita-citakan, iaitu semata-mata demi kepentingan diri, kemasyhuran atau untuk meraih pujian.
Disebabkan niat buruk itu menjadi paksi bagi segala tindakan kita, maka tidaklah menghairankan sekiranya kita dapat melihat bagaimana kesan atau akibatnya juga sedemikian sifatnya. Sebagai contoh, jika sumber pendapatan datangnya melalui usaha berasaskan niat yang terpesong daripada landasan kebenaran, maka ia akan menyebabkan hilangnya keberkatan pada rezeki yang diperoleh. Kehilangan keberkatan ini pula seterusnya akan menyebabkan jiwa diselubungi sifat-sifat keji dan akhirnya ia mempengaruhi pula keperibadian dan tingkah laku.

Date 13/08/2015
By MOHD ASRI BIN ISHAK (PIM 8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Kaedah "Kepayahan itu memberi kemudahan" boleh diperjelaskan seperti berikut :
1- untuk mendapat kesenangan hendaklah bersusah payah dahulu, seperti firman Allah dalam surah al-Insyirah: إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
yang bermaksud "Sesungguhnya setiap kesusahan itu disertai kemudahan". Pepatah melayu ada mengatakan, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
2- setiap amalan yang diperintahkan kepada kita, jika kita tidak mampu melakukannya dengan sempurna, pasti Allah memberi kelonggaran atau kemudahan seupaya kita dapat melakukannya. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 185 yang bermaksud, "Allaj menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Contohnya jika seseorang itu tidak mampu berpuasa, dia dibenarkan berbuka dan menggantiknnya pada hari yang lain.

Date 13/08/2015
By MOHD ASRI BIN ISHAK (PIM 8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Fungsi dan kepentingan niat dalam Islam ialah ;
1- untuk menentukan sah atau tidak sesuatu amalan itu sebagaimana hadis yang bermaksud "setiap amalan itu bergantung pada niat"
2- untuk menilai sejauh mana ikhlasnya seseorang itu melakukan amalan kerana ganjaran pahala diberi berdasarkan niat yang ikhlas atau tidak. Sambungan hadis di atas yang bermaksud, "dan setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan".
3- untuk membezakan antara ibadah dan bukan ibadah. Ibadah khusus sudah tentulah perlu niat tetapi ibadah umum jika tidak diniatkan akan menjadi amalan biasa sahaja seperti makan, minum, tidur, bekerja dan sabagainya. Dengan berniat semua perbuatan tersebut akan menjadi ibadah dan mendapat pahala.

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:

a. Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.

b. Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattob r.a., kata beliau: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Hanyasanya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat. Hanyasanya untuk setiap orang apa yang dia niatkan. Oleh itu sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut. “(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Niat dalam setiap kegiatan manusia berfungsi untuk:

Membezakan antara ibadah dengan kebiasaan. Misalnya: Seseorang mandi membasahi seluruh tubuhnya. Dia hanya berniat untuk membersihkan diri. Dalam hal ini, mandinya tidak dinilai sebagai ibadah, namun hanya mandi sebagai kebiasaan. Sebaliknya, ada orang yang mandi, membasahi seluruh badannya, dengan niat mandi junub. Mandi yang dia lakukan dinilai sebagai ibadah, dan mandinya dapat menghilangkan hadas besarnya.

Membezakan antara satu ibadah dengan ibadah lainnya. Misalnya: Seseorang melakukan solat dua rakaat sebelum zuhur. Salat yang dia lakukan mempunyai pelbagai kemungkinan: boleh jadi solat qabliyah zuhur, salat tahiyatul masjid, salat sunah antara azan dan iqamah, atau salat sunah setelah wuduk. Niat dalam diri orang ini menentukan jenis solat yang sedang dilakukannya.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode