MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 1: Kaeadah-Kaedah Fiqah

1. Berdasarkan Kaedah Fiqh " setiap perkara bergantung kepada niat dan tujuannya", huraikan fungsi dan kepentingan niat dalam urusan seharian.

2. Berdasarkan Kaedah Fiqh " Kepayahan itu memberi kemudahan", bincangkan bentuk-bentuk kepayahan yang diperakui dalam syariat Islam dan kemukakan  beberapa contoh kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat Islam.

 

Topic: Diskusi 1

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 1

Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin

Date 12/08/2015
By HASLINDA BINTI HASSHIM ( PIM-8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Segala hukum dan aturan yang ada dalam syariat Islam yang terhasilkan darinya berbagai bentuk kepayahan tatkala diamalkan dan membuat berat seorang hamba, baik bagi dirinya atau pun hartanya maka syariat yang mulia ini mendatangkan keringanan atas perkara tersebut sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hamba tadi.

Satu hal yang harus diketahui bahwa seluruh hukum Islam semuanya berada di bawah kemampuan seorang hamba, dalam artian sang hamba pasti mampu untuk mengerjakannya. Tidak ditemukan satu pun dari hukum dimana hamba tidak mampu mengerjakannya, bahkan pada kenyataannya banyak dari hukum-hukum tersebut yang hamba mampu mengerjakannnya lebih dari apa yang dibebankan atasnya. Dan ini merupakan perkara yang telah disepakati oleh para ulama.

Hanya saja dalam praktiknya, terkadang muncul perkara-perkara luar yang memaksa seorang hamba untuk tidak mampu mengerjakan segala sesuatu yang telah dibebankan kepadanya. Oleh karena itu, Pembuat Syariat Yang Maha Bijak ini menjadikan faktor luar tadi sebagai sebab untuk pemberian keringanan (rukhshah) sebagai bentuk kasih sayang dan kelembutanNya.

Selanjutnya, jangan sampai difahami bahwa pembebanan yang diberikan Allah dalam hukum-hukum syara’ adalah pembebanan yang tanpa masyaqqah (rasa berat), bahkan sebaliknya, setiap pembebanan tersebut pasti di dalamnya terdapat masyaqqah, hanya saja seorang hamba mampu melaksanakannya, para ulama mengistilahkannya dengan al-masyaqqah al-mu’taadah (yaitu masyaqqah yang masih dalam ambang batas umum kemampuan manusia). Jika telah berada di luar batasnya, barulah datang taisir dan rukhshah dari Allah .

Masyaqqah inilah yang dimasukkan dalam kaidah “al-masyaqqah tajlibut taisir” المشقة تجلب التيسير (beban berat akan mendatangkan kemudahan).

Contohnya:
Ketika Allah membebankan shalat kepada hamba maka pasti di dalamnya terkumpul masyaqqah dan rasa payah, seperti harus berdingin-dingin untuk berwudhu, harus menyiapkan kain penutup aurat, membersihkan badan, pakaian dan tempat shalat dari najis, dan berbagai tuntutan lainnya yang notabenenya merupakan masyaqqah, hanya saja semuanya itu pada dasarnya hamba mampu untuk mengerjakannya. Oleh karena itu, tatkala rasa beratnya semakin memuncak dan berada di luar kemampuannya, barulah datang kemudahan, seperti dibolehkan shalat dalam keadaan duduk bagi yang tidak mampu berdiri, atau mengganti wudhu dengan tayammum.

Date 12/08/2015
By HASLINDA BINTI HASSHIM ( PIM-8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Assalamualaikum..

Berniat bukan sahaja membolehkan seseorang itu beroleh pahala, malah niat juga akan membentuk diri kita supaya menjadi orang yang berdisiplin. Dengan berniat,setiap perkara yang dilakukan memerlukan perancangan dan berusaha utk mengikut segala yang dirancang. Niat juga menjadikan perancangan dan perjalanan seseorang itu teratur.
Walaubagaimanapun,harus kita ingat, dengan niat yang baik Allah pasti akan membantu memudahkan segala urusan kita dan memberi ganjaran yang besar kepada sesiapa yang berusaha. Jika niat kita sebaliknya, maka hasilnya juga tidak akan menguntungkan diri kita sendiri.

Date 12/08/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Fungsi disyariatkan niat
a. Membezakan ibadat dengan adat
• Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan
• Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban
b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain
• Ibadat fardhu atau sunat
• Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat

Date 12/08/2015
By NUR HAMEMI BT ABDUL MAJID - PIM 8J
Subject PIM 3143

Niat ikhlas kerana Allah, ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

Date 12/08/2015
By norlini din janai@janan
Subject Re: PIM 3143

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan.
“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali.

Date 12/08/2015
By NUR HAMEMI BT ABDUL MAJID
Subject PIM 3143

Sebagai roh, begitulah kedudukan niat dalam sesuatu amalan atau tindakan seseorang. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Abu Ishaq al-Shatibi r.h. (m.d. 790H./1388M.), salah seorang fuqaha' agung mazhab Maliki dalam kitabnya, Al-Muwafaqat. Disebabkan kepentingannya itu, maka niat menjadi syarat bagi penerimaan sesuatu amalan atau ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang hamba. Ini sebagaimana dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. yang menggesa hamba-hamba-Nya supaya menyucikan dan mengikhlaskan niat dalam menyembah serta beribadah kepada-Nya (Surah al-Bayyinah, ayat 5).

Date 11/08/2015
By NORSATIAH BT GIMO
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Niat boleh menjadikan sesuatu amalan bernilai dan niat juga boleh menjadikan sesuatu amalan menjadi sia-sia.

Kepentingan dan Fungsi Niat ialah:-
1.MENYEMPURNAKAN
Sempurnanya amal adalah dengan adanya niat. Niat adalah rukun dalam sesuatu ibadah. Tanpa niat, maka tidak sempurna ibadah seseorang itu. Niat hanya kerana Allah swt, Tuhan semesta alam.
2.MENGUBAH
Hanya dengan niat, amal yang baik mampu berubah menjadi buruk. Amal baik menjadi sia-sia dan tidak bernilai (disisi Allah swt), Dengan niat yang betul, Amal yang kecil diganjarkan dengan berlipat ganda.
3.MEMBEZAKAN
Niat membezakan sesuatu amalan antara adat dan ibadah.


Date 11/08/2015
By FATHIYAH BT ABDULLAH (PIM 8 J)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Sesungguhnya Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan) ... bahawa agama islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan....

Date 11/08/2015
By NORSATIAH BT GIMO
Subject Re: PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Di antara contoh kemudahan yang Islam berikan ketika datang kesulitan ialah :
Ketika sakit, tidak boleh solat sambil berdiri, maka boleh solat sambil duduk. Ketika wanita datang bulan, maka solatt gugur darinya. Ketika kita bermusafir, kita diberi keringanan mengerjakan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat, iaitu dengan mengerjakannya secara qasar.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode