1. Berdasarkan Kaedah Fiqh " setiap perkara bergantung kepada niat dan tujuannya", huraikan fungsi dan kepentingan niat dalam urusan seharian.
2. Berdasarkan Kaedah Fiqh " Kepayahan itu memberi kemudahan", bincangkan bentuk-bentuk kepayahan yang diperakui dalam syariat Islam dan kemukakan beberapa contoh kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Date | 11/08/2015 |
By | FATHIYAH BT ABDULLAH (PIM 8 J) |
Subject | PIM3143 PENGAJIAN FIQH |
Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya dihati Tiada kaitan dengan lidah sama sekali
—————
Date | 11/08/2015 |
By | FATHIYAH BT ABDULLAH (PIM 8 J) |
Subject | PIM3143 PENGAJIAN FIQH |
Dlm hadis drpd umar bin al Khatab beliau berkata rasulullah bersabda
sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat . Dan sesungguhnya setiap org hanya mendapat balasan mengikut apa yang di niatkannya. Sesiapa yg berhijrah untuk mencari duniawiatau utk mendapatkan wanita yg ingin dikahwininya maka pahala hijrahnya itu mengikut niatnya.(Riwayat al Bukhari)
—————
Date | 11/08/2015 |
By | MOHD SOFIAN BIN ABDUL MAJID (8J) |
Subject | PIM3143 PENGAJIAN FIQH |
Antara bentuk-bentuk kepayahan yang diakui oleh syarak ialah sifat lupa,Sifat lupa adalah tabiat semulajadi manusia ,Oleh itu syarak telah memberi kemaafan kerana tidak melaksanakan kewajipan dengan sebab terlupa.Contohnya orang yang terlupa menunaikan solat fardu dianggap tidak berdosa ,tetapi wajib ke atasnya melakukan qada'.
Ini berdasarkan hadith yang direkodkan daripada Ibnu Abbas,Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud "Allah memberi keampunan kepada umatku kerana tersalah,lupa,dan yang dipaksa ke atasnya
—————
Date | 11/08/2015 |
By | MOHD SOFIAN BIN ABDUL MAJID (8J) |
Subject | PIM3143 PENGAJIAN FIQH |
Assalamualaikum,
Niat berfungsi untuk membezakan antara sesuatu perbuatan atau amalan yang dilakukan itu akan menjadi ibadat dan akan dibalas dengan balasan pahala oleh Allah kepada orang yang melakukannya.Contohnya iktikaf dalam masjid dengan berniat iktikaf.Ia akan mendapat pahala iktikaf berbanding dengan orang yang duduk dalam masjid tanpa berniat iktikaf
—————
Date | 10/08/2015 |
By | zarina bt zakaria pim8j |
Subject | pim3143 |
1.kepentingan niat
-untuk membezakan diantara ibadah dan adat.
-untuk membezakan antara fardhu dan sunat
-untuk membezakan kedudukan suatu ibadah dengan ibadah yang lain.
—————
Date | 10/08/2015 |
By | SITI HAJAR BT AHMAD (PIM 8L) |
Subject | PIM3143 PENGAJIAN FIQH |
WA'ALAIKUMMUSSALAM...
1.Saya bersetuju dengan pendapat U. Mukhtar, seperti mana setiap amalan kita adalah bergantung kepada niat.
2. Amalan yang baik akan diterima Allah sekiranya kita berniat ikhlas. Tetapi amalan yang baik dengan niat menunjuk-nunjuk tidak mendapat pahala disisi Allah.
3. Sebagai individu muslim kita perlu berhati-hati dengan setiap perkara. Oleh itu kita hendaklah berpegang kepada niat LillahiTa'ala, untuk elakkan diri dari bersikap riak dan bangga diri.
—————
Date | 09/08/2015 |
By | Zakiah bt Bharudin @ Mohd Razali ( 8L) |
Subject | PIM3143 |
انما الاعمال باالنيات
1. kepentingan niat adalah untuk membezakan antara perkara ibadah dan bukan ibadah
—————
—————
Date | 08/08/2015 |
By | MUKTHAR BIN ABDULLAH |
Subject | PIM3143 PENGAJIAN FIQH |
WSALAM.
TAJUK 1:
1. Setiap pekerjaan atau amalan yang sah adalah bergantung kepada niat. Apabila tiada disertai dengan niat maka ia tidak menjadi ibadat hanya menjadi adat sahaja.
2.Contohnya: mandi wajib terangkat hadas dengan niat mandi wajib jika tidak maka mandi itu tidak sah dan jadilah mandi itu adat semata-mata bukan ibadat.
3. Disamping niat itu menjadikan sah amalan, ia juga perlu agar setiap amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dengan niat yang ikhlas.
—————