MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 2: Sumber Hukum Dalam Islam

1. Catatkan 3 sumber hukum yang disepakati dan 3 sumber hukum yang tidak disepakati.

2. Huraikan fungsi al-Quran sebagai sumber hukum dengan jelas.

3. Bincangkan bentuk-bentuk dan fungsi al-Sunnah sebagai sumber hukum

 

Topic: Diskusi 2

Date 15/10/2015
By SITI RODIAH BINTI ABDUL AZIZ (PIM 8L)
Subject SUMBER HUKUM DALAM ISLAM

Sumber atau dalil ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama dan sumber hukum yang diperselisihkan di kalangan mereka. Bagi kategori yang pertama iaitu sumber hukum yang disepakati oleh para ulama, sumbernya terdiri daripada al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Susunan sumber ini adalah: al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

Al-Qur'an
Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan.

Hadis
Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain:
• Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an
• Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an
• Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an

Ijma'
Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi.


Qiyas
Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

Ijtihad
Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa macam ijtihad adalah:
• Ijma', kesepakatan para ulama
• Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya
• Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat
• 'Urf, kebiasaan

Date 03/09/2015
By HASHIBAH BT ISHAK PIM(8L)
Subject PIM3143- FUNGSI AL-QURAN

- Al-Qur’an berfungsi sebagai pedoman bagi umat Islam. Al-Qur-an juga mengandungI dan membawakan nilai-nilai yang membudayakan manusia, hampir dua pertiga ayat-ayat al-Qur’an mengandungI motivasi kependidikan bagi umat Islam.

-Al-Qur-an adalah wahyu Allah yang berfungsi sebagai muKjizat bagi Rasulullah Muhammad saw. sebagai pedoman hidup bagi setiap muslim dan sebagai korektor dan penyempurna terhadap kitab-kitab Allah yang sebelumnya dan bernilai abadi.

-Al Qur-an sebagai dasar hukum yang pertama, dan tidak di ragukan lagi oleh umat islam bahwa al qur-an adalah sumber yang asasi bagi syariat islam


fungsi Al-Qur-an sebagaimana tersurat nama-namanya dalam Al-Qur-an adalah sebagai berikut:
a. Al-Huda (petunjuk), Dalam al-Qur-an terdapat tiga kategori tentang posisi al-Qur-an sebagai petunjuk:-
Pertama - petunjuk bagi manusia secara umum
Kedua - al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang bertakwa.
Ketiga- petunjuk bagi orang-orang yang beriman.

b. Al-Furqan (pemisah), Dalam al-Quran dikatakan bahAwa ia adalah membezakan dan bahkan memisahkan antara yang hak dan yang batil, atau antara yang benar dan yang salah.

c. Al-Asyifa (Ubat). Dalam al-Quran dikatakan bahawa ia berfungsi sebagai ubat bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dada (mungkin yang dimaksud disini adalah penyakit Psikologi)

d. Al-Mau’izah (nasihat), Didalam Al-Quran di katakan bahawa ia berfungsi sebagai penasihat bagi orang-orang yang bertakwa.

2. Fungsi Al-Quran di lihat dari realiti kehidupan manusia:-

a. Al-Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus bagi kehidupan manusia
b. Al-Quran sebagai mukjizat bagi Rasulallah SAW.
c. Al-Quran menjelaskan keperibadian manusia dan ciri-ciri umum yang membezakannya dari makhluk lain.
d. Al-Quran sebagai watak dan penyempurna kitab-kitab Allah sebelumnya

Date 03/09/2015
By SITI HAJAR BT AHMAD (PIM 8L)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Sumber hukum yang disepakati;
1.Al-Quran - Al-Quran menempati kedudukan pertama dari sumber-sumber hukum yang lain dan merupakan aturan dasar tertinggi.
2 .As-Sunnah -sumber hukum Islam yang kedua sangat kuat selepas al-Quran.
3. Ijma'- Kebanyakan ulama menetapkan bahwa ijma' dapat dijadikan hujjah dan sumber hukum Islam dalam menetapkan sesuatu hukum dengan nilai kehujahan bersifat zhanny.

Sumber hukum yang tidak disepakati:

1.Isthisan- ialah meninggalkan hukum yang telah ditetapkan kepada hukum yang lainnya, pada suatu peristiwa atau kejadian yang ditetapkan berdasar dalil syara.
2. Isthisab - penetapan (keberlakukan) hukum terhadap suatu perkara di masa selanjutnya atas dasar bahwa hukum itu telah berlaku sebelumnya, karena tidak adanya suatu hal yang mengharuskan terjadinya perubahan (hukum tersebut).
3. ‘Urf - sesuatu yang yang telah saling dikenal oleh manusia dan mereka menjadikan tradisi.

Date 31/08/2015
By Che Aminah bt Zakaria
Subject pim 3143 pengajian fiqh

Fungsi sunnah sebagai sumber hukum ,
Al- Sunnah menjadi penerang hati dan pentafsir kepada kehendak AL-Qur'an.
Al- Sunnah mewajibkan atau mengharamkan sesuatu hukum yang tidak dapat dalam Al-qur'an.

Date 21/08/2015
By MUHAMAD PAZIL BIN HASHIM PIM8J
Subject SOALAN 2

(1) Sumber hukum Islam yang disepakati itu ada empat :

1 Al-qur’an
2 Sunnah
3 Ijtima’
4 Qias.

Sunber hukum Islam yang tidak disepakati :

1 Ihtishab
2 Ihtisan
3 masalul mursal
4 U’ruf.

(2) Fungsi Al-Quran sebagai sumber hukum yang sebenar

1.Dalil/bukti:

-“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”. (Surah An-Nisa’,4: 59)

-Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu ber-pegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. (Imam Malik)

-‘Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad ) dari Allah, dan sebuah kitab (Al-Quran ) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran ) itu Allah menunjukkan jalan –jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang megikut keredaannya, (dengannya ) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur ) kepada cahaya (iman ) yang terang –benderang, dengan izinnya dan (dengannya juga) tuhan menunjukkan mereka kearah jalan yang lurus. (Al-Ma’idah;15-16 )

-Sifat-sifat al-Quran sebagai sumber hukum:

1. Al-Quran Tidak Memberatkan

“… Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu
menanggung kesusahan…” (Surah Al-Baqarah, 2: 185)

2. Al-Quran Turun Secara Berperingkat-peringkat dalam
Perlaksanaannya:

i Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan.
ii Turunnya Al-Qur’an berdasarkan suatu kejadian tertentu akan lebih
berkesan dan mempengaruhi jiwa dan hati manusia.

Ajaran Al-Quran tidak boleh dipisah-pisahkan. Ajaran-ajaran dan hukum-hukumnya saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain bagaikan kesatuan antara tubuh badan yang satu Setiap anggota tersebut mempengaruhi antara satu sama lain Tidak harus dipisah-pisahkan satu bahagian atau lebih dari bahagian –bahagian yang lain.

Akidah menbuahkan ibadat dan ibadat mnbuahkan akhlak. Semua perkara itu menbuahkan aspek amali dan perundangan di dalam kehidupan. Satu perkara yang pasti tanpa tiada perbezaan, pandangan tentangnya dan termasuk di dalam perkara-perkara agama yang diketahui secara ‘dharuri’ dalam erti kata ia tidak perlu kepada dalil untuk menbuktikannya lantaran ia diketahui oleh orang tertentu dan orang awam, bahawa semua ajaran Al-Quran adalah wajib dilaksanakan. Tiada perbezaan antara yang dinamakan ‘kerohanian’ dengan apa yang dinamakan ‘kebendaan’. Tiada perbezaan antara ‘urusan agama’ dengan apa yang dianggap sebagai ‘urusan dunia’ dan juga tiada perbezaan antara apa yang berkaitan dengan kehidupan ‘individu’dengan apa yang berkaitan dengan kehidupan ‘masyarakat’.

(3) Bentuk dan fungsi al-sunnah sebagai sumber hukum.

1. Al-Sunnah adalah penjelas kepada Al-Quran atau pengukuhannya atau penentu bagi hukum-hakam yang tersendiri di dalam skop matlamat dan kaedah Al-Quran, tidak bertentangan dengan Al-Quran. Tidak terdapat mana-mana Hadith yang sahih yang bertentangan dengan Al-Quran. Jika terdapat yang sebegitu bererti ia adalah Hadith yang sahih tetapi tidak jelas (tidak sarih ) atau jelas tetapi tidak sahih. Hadith yang tidak sahih tidak mempunyai nilai, sementara Hadith sahih yang tidak jelas (tidak sarih) mestilah ditafsirkan dengan tafsiran yang Al-Quran, kerana Al-Quran adalah asal dan cabang tidak boleh menyalahi asalnya.

Dalam kitab I’IAM AL-MUWAQQI’IN menerangkan:

• Bertepatan dengan Al-Quran dari segenap aspek. Oleh sebab itu
kewujudan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith terhadap hukum yang satu
adalah termasuk di dalam perkara ‘banyak dalil terhadap hukum yang
satu’
• Al-Sunnah menjadi penerang dan pentafsir kepada kehendak Al-Quran.
• Al-Sunnah mewajibkan atau mengharamkan sesuatu hukum yang tidak
terdapat penentuan didalam Al-Quran tentangnya. Al-Sunnah tidak akan
terkeluar dari bahagian –bahagian ini dan tidak akan bertentangan dengan
Al-Quran sama sekali.

”Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah” (al-Nisa’ : 80 )

Al-quran adalah asal sementara al-sunnah adalah pengulas dan penjelasnya. Al-Imam al-Syatibi di dalam kitab al-Muwafaqat. Beliau telah mengemukakan dalil-dalil dan contoh.

Pengharaman berkahwin sekaligus dengan seorang wanita bersama ibu saudaranya sama ada sebelah ibu atau bapa umpamanya adalah salah satu bentuk qiyas (analogi) terhadap hukum al-quran di dalam pengharaman berkahwin sekaligus dengan seorang wanita bersama saudara perempuannya lantaran persamaan dari segi alasan hukum yang telah diingatkan oleh Hadith;

Maksudnya:”Sesungguhnya jika kamu melakukannya bermakna kamu telah memutuskan tali sillaturrahim kamu”

Memberi hak perwarisan kepada nenek sama seperti bahagian ibu ketika ketiadaan ibu merupakan qiyas kepada ibu kerana nenek juga laksana ibu dari satu aspek.

Pengharaman setiap binatang buas yang bertaring adalah satu bentuk perlaksanaan firman Allah SWT :

Maksudnya;”Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk. ” (al-A’Raf ;157)

Date 20/08/2015
By HASLINDA BINTI HASSHIM ( PIM-8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN 3tiga bentuk sunnah :

1. Sunnah Qauliyah (ucapan)
Adalah hadits-hadits rasul yang berupa ucapan di dalam berbagai tujuan da permasalahan mazhab seperti sabda beliau. Artinya : tidak di perkenankan membuat mudarat dan tidak boleh mengadakan balsan dengan mudarat

2. Sunnah Fi’liyah (perbuatan)
Yaitu perbuatan rasul seperti melakukan shalat wajib lengkap dengan tat caranya, mengerjakan manasik haji. Dll

3. Sunnah Taqriyah (persetujuan)
Adalah apa yang ditetapkan oleh rasul dari apa yang bersumber dari sebagian sahabat, yang berupa perkataan, perbuatan dan sulatnya (berdiam diri saja) dan tidak mengingkarinya arau dengan menyetujuinya dan menyatakan kebaikan-kebaikannya. Maka diambil pelajaran dari ketetapan ini dan menyetujui perbuatan yang bersumber dari rasul itu sendiri. Contohnya shalat sunat sebelum shalat magrib.

[5]Menurut Hasbi, sunnah dan hadits itu mempunyai dua sifat yaitu :

Penetapan hukum (tasyri’)
Pedoman untuk menetapkan suatu hukum (digunakan untuk memenuhi hajat manusia kepada hukum dan tata aturan hidup, baik untuk kepentingan pribadi maupun kepentingan pergaulan hidup masyarakat.


B. KEDUDUKAN AS-SUNNAH DAN FUNGSINYA
Kedudukan sunnah menurut dalil syara’ berada pada posisi kedua setelah Al-qur’an dalam kaitan ini Al-syatibi dan Al- qasimi, [6]pada dasarnya argumentasi mereka digolongkannya menjadi dua bagian, yaitu argumentasi rasional dan tekstual, yaitu :

– Al-qur’an bersifat Qath’I al-wurud, sedangkan sunnah bersifat Zhanny al wurud oleh karena itu yang Qhat’i harus didahulukan dari yang Zhanny.

– As-sunnah berfungsi sebagai penjabar atau penjelas dari Al-qur’an.

Hadits yang menerangkan urutan dan kedudukan As-sunnah setelah Al-qur’an









“ Rasulullah SAW bersabda kepada Mu’adz bin jabal : bagaimana anda akan memutuskan suatu hukum apabila anda dihadapkan kepada suatu perkara? Mu’adz berkata : saya akan berpedoman kepada kitap Allah (Al-qur’an), nabi bersabda : bagaimana kalau anda tidak menemukannya dalam Al-qur’an? Mu’adz berkata : saya akan berpedoman kepada sunnah rasulullah. Nabi bersabda : bagaimana kalau anda tidak menemukannya? Mu’adz berkata : saya akan berijtihad dengan akal dan pemikiran saya.

– Al- qur’an bersifat mujmal (umum) itu memerlukan penjelasan dari As-sunnah.

Fungsi As-sunnah terhadap Al-qur’an.

Ulama ushul biasanya mengelompokkan fungsi As-sunnah terhadap Al-qur’an menjadi tiga kelompok [7]yaitu :

As-sunnah berfungsi memperkuat apa yang telah ditetapkan oleh Al-qur’an misalnya hadits. Islam didirikan atas lima perkara : syahadat (kesaksian) bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat, membayar zakat, puasa dalam bulan ramadhan dan haji ke Baitullah bagi yang mampu melakukannya kesana.

Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT :

الزَّكَاةَ وَآتُواْ الصَّلاَةَ أَقِيمُواْ وَ

“ dirikan lah shalat dan bayarlah zakat” (Al-baqarah : 86)

…الصِّيَامُ عَلَيْكُمُ كُتِبَ آمَنُواْ الَّذِينَ أَيُّهَا يَا

“hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa …”(Al-baqarah : 183)

إِلَيْهِ اسْتَطَاعَ مَنِ الْبَيْتِ حِجُّ النَّاسِ عَلَى وَلِلّهِ سَبِيلاً

“mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah bagi yang sanggup mengadakan perjalanan ke baitullah” (Ali-imran : 97).

As-sunnah berfungsi sebagai memperjelas atau merinci apa yag telah digariskan dalam Al-qur’an (penjelasan dari ayat yang mujmal).
As-sunnah berfungsi sebagai menetapkan hukum yang belum diatur dalam Al-qur’an.


Date 20/08/2015
By HASLINDA BINTI HASSHIM ( PIM-8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN 2

Al-Qur'an sebagai kitab Allah menempati posisi sebagai sumber pertama dan utama dari seluruh ajaran isalam, baik yamg mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri, hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan sesamanya, dan hubungan manusia dengan alam.
Dalil naqli bhawa Al-Qur;an merupakan sumber hukum isalam yang pertama dan utama antara lain Q.S. An-Nisa, 4:59, Q.S. An-Nisa, 4:105. dan hadis.
Hadis yang menjelaskan bahwa Al-Qur'an merupakan sumber hukum islam yang pertama dan utama adalah hadis riwayat Turmuzi dan Abu Daud yang berisi dialog, antara Rasulullah dengan sahabatnya Mu'az bin Jabal, gubernur Yaman, sebagaimana sudah dikemukakan terdahulu.

Fungsi Al-Qur'an

1. Al-Qur'an berfungsi sebgai petunjuk atau pedoman bagi umat manusia dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

2. sebagai rahmat atau bentuk kasih sayang dari Allah bagi umat manusia.

3. sumber pokok ajaran islam
Fungsi Al-Qur'an sebagai sumber ajaran islam sudah diyakini dan diakui kebenarannya oleh segenap hukum islam. Adapun isi/kandungan Al-Qur'an sebagai sumber pokok ajaran islam dapat dibagi menjadi 3 pembahasan yaitu:
-Akidah (keimanan)
-Ibadah
-Prinsip-prinsip syariat yang meliputi pembahasan tentang manusia, sosial, ekonomi, musyawarah, hukum perkawinan, hukum waris, hukum perdana, dan hukum antar bangsa.

4. sebagai mukzijat Nabi Muhammad SAW
turunnya Al-Qur'an merupakan mukzijat terbesar yang Allah karuniakan kepada Nabi Muhammad SAW.

5. sebagai pemisah
Al-Quran merupakan ugeran yang membedakan atau memisahkan antara yang hak dan yang batil atau antara yang benar dengan yang salah.

6. mengambil hikmah dan pelajaran dari kisah-kisah umat terdahulu
si dlam Al-Quran telah dijelaskan mengenai kisah-kisah umat terdahulu. baik umat yang taat melaksanakan perintah Allah maupun mereka yang menentang ajarannya

7. Al-Qur'an berfungsi sebagai penyembuh penyakit hati
penyakit hati seperti takabur, serakah, dzolim, dan dengki dapat merusak keimanan seseorang dan apabila seseorang telah rusak atau sampai hilang keimanannya, maka manusia itu jahatnya dapat melebihi binatang. akan tetapi di dalam Al-Qur'an telah dijelaskan petunjuk-petunjuk yang bisa menyembuhkan penyakit hati tersebut.

8. sebagai pembenar kitab-kitab suci sebelumnya yakni Taurat, Zabur, dan Injil


Date 20/08/2015
By HASLINDA BINTI HASSHIM ( PIM-8J)
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN 1

sumber hukum yang disepakati
1. Al Qur'an
2. As Sunnah
3. ijmak

sumber hukum yang tidak disepakati
1. istihsan
2. masalih mursalat
3.istishab

Date 18/08/2015
By Zakiah bt Bharudin @ Mohd Razali ( 8L)
Subject PIM3143 Pengajian Fiqh

sumber hukum yang disepakati
1. Al Qur'an
2. As Sunnah
3. ijmak

sumber hukum yang tidak disepakati
1. istihsan
2. masalih mursalat
3.istishab

Date 16/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject sumber hukum yang disepakati dan tidak disepakati

Sumber hukum yang disepakati;
1.Al-Quran - Al-Quran menempati kedudukan pertama dari sumber-sumber hukum yang lain dan merupakan aturan dasar tertinggi.

2 .As-Sunnah -sumber hukum Islam yang kedua sangat kuat selepas al-Quran.

3. Ijma'- Kebanyakan ulama menetapkan bahwa ijma' dapat dijadikan hujjah dan sumber hukum Islam dalam menetapkan sesuatu hukum dengan nilai kehujahan bersifat zhanny.

Sumber hukum yang tidak disepakati:

1.Isthisan- ialah meninggalkan hukum yang telah ditetapkan kepada hukum yang lainnya, pada suatu peristiwa atau kejadian yang ditetapkan berdasar dalil syara.
2. Isthisab - penetapan (keberlakukan) hukum terhadap suatu perkara di masa selanjutnya atas dasar bahwa hukum itu telah berlaku sebelumnya, karena tidak adanya suatu hal yang mengharuskan terjadinya perubahan (hukum tersebut).
3. ‘Urf - sesuatu yang yang telah saling dikenal oleh manusia dan mereka menjadikan tradisi.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode