MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 2: Sumber Hukum Dalam Islam

1. Catatkan 3 sumber hukum yang disepakati dan 3 sumber hukum yang tidak disepakati.

2. Huraikan fungsi al-Quran sebagai sumber hukum dengan jelas.

3. Bincangkan bentuk-bentuk dan fungsi al-Sunnah sebagai sumber hukum

 

Topic: Diskusi 2

Date 16/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Fungsi Al-Sunnah

Menurut bahasa As-Sunnah yang berarti kebiasaan atau jalan/dijalani. Sunnah juga merupakan jalan yang ditempuh, cara/jalan yang sudah terbiasa, sebagai lawan dari kata bid'ah. Menurut istilah sunnah adalah sesuatu yang berasal dari Rasulullah saw baik berupa perkataan, perbuatan maupun penetapan pengakuan.
Maka, As-Sunnah adalah segala sesuatu yang diperhatikan, dilarang atau dianjurkan oleh Rasulullah saw baik berupa perkataan (qauli), perbuatan (fi'li), maupun ketetapannya (taqriry).
Sunnah dibagi menjadi tiga yaitu sunah qauliyah, sunah fi'liyah, dan sunah taqririyah. As-Sunnah sebagai sumber hukum Islam adalah menjadikan As-Sunnah sebagai pedoman dan pegangan hidup, mengandarkan segala permasalahan hidupnya kepada As-Sunnah.

b. Dasar As-Sunnah sebagai Sumber Hukum Islam
As-Sunnah sebagai sumber hukum Islam yang kedua sangat kuat dan yang mengingkarinya tergolong kafir. Peranan sunnah terhadap Al-Quran yaitu:
• Sunnah sebagai penjelas dan merinci ayat Al-Quran yang masih global
• Sunnah membawa hukum yang tidak ada ketentuan nash di Al-Quran
• Sunnah memperkuat ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan

Date 16/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject al-Quran sebagai sumber hukum

Al-Quran menempati kedudukan pertama dari sumber-sumber hukum yang lain dan merupakan aturan dasar tertinggi. Sumber hukum maupun norma tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran.

Pedoman Al-Quran dalam Menetapkan Hukum
• Tidak memberatkan/tidak menyulitkan ('adamul haraj)
• Menyedikitkan beban (qillatut taklif)
• Berangsur-angsur dalam menetapkan hukum (attadrij fit tasyri')
Sifat Hukum yang Ditunjukan Al-Quran
Ayat-ayat hukum yang terdapat didalam Al-Quran pada umumnya bersifat kulli (umum) dan sedikit sekali yang bersifat juz'i (terinci). Ayat-ayat kulli adalah ayat yang memerlukan penjelasan. Misalnya ayat Al-Quran yang berkaitan dengan salat dan zakat. Allah tidak merincikan bagaimana caranya salat dan berapa kadar zakat, maka yang berhak memberikan penjelasan dari ayat-ayat Al-Quran yang bersifat kulli adalah Rasulullah saw melalui sabdanya.

Date 14/08/2015
By NORIZA AHMAD (PIM 8J)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

3. Sunnah mempunyai hubungan yang sangat kuat dan erat sekali dengan al-Quran. Sunnah al-Nabawiyah mempunyai fungsi sebagai sebagai penafsir al-Qur’an dan menjelaskan kehendak-kehendak Allah swt. Dalam perintah dan hukum-hukum-Nya.
Terdapat 4 fungsi as Sunnah :
a) Sebagai pengukuh (ta’kid) terhadap ayat-ayat al-Qur’an
Sunnah dikaitkan sebagai pengukuh ayat-ayat al-Qur’an apabila makna yang terkandung di dalamnya sama dengan dengan makna yang terkandung di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Nabi saw. bersabda :
إِنَّ اللَّهَ يُمْلِي لِلظَّالِمِ، فَإِذَا أَخَذَهُ، لَمْ يُفْلِتْهُ
“Sesungguhnya Allah swt. memanjangkan kesempatan kepada orang-orang zalim, apabila Allah menghukumnya maka Allah tidak akan melepaskannya.”
b) Sebagai penjelas terhadap maksud ayat-ayat al-Qur’an
c) Mengkhususkan ayat-ayat al-Qur’an yang bersifat umum
d) Menjelaskan makna lafaz yang masih kabur

Date 14/08/2015
By NORIZA AHMAD (PIM 8J)
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

2. Al Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Segala hukum terkandung di dalamnya.
Para fuqaha (ulama ahli fiqih) sepakat bahawa sumber hukum Islam adalah Al-Qur'an dan hadits. Berdasarkan sabda Nabi Saw.;
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا أَبَدًا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ وَ سُنَةَ رَسُوْلِ اللهِ (رواه البخارى ومسلم )
Maksudnya: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, apabila kamu berpegang teguh pada kedua perkara tersebut nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Kedua perkara tersebut ialah kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasulullah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Date 14/08/2015
By NORIZA AHMAD (PIM 8J)
Subject SOALAN 2

1. Para jumhur ulama ada dalil hukum yang sepakati dan ada jugayang tidak sepakati. Dalil hukum yang disepakati adalah Al-Qur’an As-!unnah "jma’ danQiyas tetapi antara "jma dan Qiyas ada yang sepakat ada juga yang tidak akan tetapi yang tidak sepakat hanya sebagian kecil yang tidak menyepakati adanya dalil hukum qiyas.

Date 14/08/2015
By Fathiyah Abdullah(pim8j)
Subject PIM3143

Soalan 2
Al quran membawa dalil berbentuk umum yg mengandungi hukum dan tafsirkan oleh nabi melalui sunnah baginda SAW.
Al quran mengandungi arahan dan tegahan secara langsung dan digunakan sebagai penetapan drp Allah tanpa penafsiran.Namun begitu dalam mengeluarkan hukum bersumberkan alquran ulamak perlu mengkaji dr segi nasikh dan mansukhnya

Date 14/08/2015
By Fathiyah Abdullah(pim8j)
Subject PIM3143

Soalan 1
Sumber hukum
1.al quran
2.al hadith /sunnah
3.Ijma' ulamak

Date 13/08/2015
By NORAIHA BT IBRAHIM PIM 8J
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Al-Qur'an mempunyai kedudukan dan fungsi yang penting bagi umat Islam. Kedudukan dan fungsi Al-Qur'an itu adalah sebagai berikut;
Sebagai sumber hukum Islam yang pertama dan utama :
 Hukum yang berkaitan dengan aqidah atau keimanan, iaitu yang membicarakan tentang tauhid atau keesaan Allah SWT.
 Hukum yang berkaitan dengan syariat, iaitu yang membicarakan aturan tentang perhubungan secara lahiriyah dengan Allah SWT dan dengan manusia.
 Hukum yang berkaitan dengan akhlak, iaitu perhubungan dengan perilaku manusia dan adab sopan santun dalam bergaul dengan sesama manusia.


Date 13/08/2015
By MOHD ASRI BIN ISHAK (PIM 8J)
Subject PIM 3143

Sumber hukum yang tidak disepakati ialah perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam menerima atau menolak sesetengah sumber hukum (selain dari sumber yang disepakati itu) yang tidak akan mencacatkan kesucian perundangan Islam. Ini mungkin disebabkan perbezaan cara yang mereka gunakan untuk menilai sesuatu sumber hukum berdasarkan hujah masing-masing. Namun begitu, mereka masih berpegang teguh kepada sumber utama iaitu Al Quran dan Sunnah.
Simber hukum yang tidak disepakati ialah;
1- Masalih al Mursalah iaitu memutuskan untuk melakukan sesuatu demi kebaikan umum / orang ramai. Perkara tersebut tidak terdapat dalam Al Quran atau Sunnah seperti pengumpulan Al Quran pada zaman Khulafa' Arrashidin.
2- Istihsan iaitu meninggalkan hukum yang telah diguna pakai kepada hukum yang lain kerana dirasakan lebih memberi kebaikan. Contohnya, pada zaman Rasulullah dan Abu Bakar, tidak pernah dihukumkan jatuh talak 3 pada satu-satu ucapan talak walaupun disebut 3 atau lebih. Tetapi pada zaman Umar Al Khattab, jika disebut talak 3 atau lebih pada satu-satu sebutan talak, maka jatuh talak 3. Saidina Umar menghukum demikian supaya orang ramai tidak mudah menjatuhkan talak sesuka hati.
3- Sadduz Zariat iaitu menetapkan sesuatu perkara berdasarkan apa yang dijangka terjadi. Jangkaan itu boleh jadi baik atau buruk. Jika dijangka buruk maka ditegah melalkukannya tetapi jika dijangka baik maka dibenar melakukannya. Contohnya, jual beli diharuskan dalam Islam, tetapi jika menjual senjata kepada musuh atau orang yang jahat dan dijangkakan sesuatu kejahatan akan dilakukannya, maka perbuatan itu ditegah. Sebaliknya jika menjual senjata kepada orang baik atau pejuang Islam dan kita menjangkakan dia akan melakukan kebaikan dengannya, maka itu dibenarkan.
Wallahu a'lam...

Date 13/08/2015
By MOHD ASRI BIN ISHAK (PIM 8J)
Subject PIM 3143

Sumber hukum yang disepakati ialah sumber hukum yang diterima sebulat suara oleh para ulama fiqh dan tidak boleh dipertikaikan lagi. sumber utama ialah Al Quran dan Hadis. Setiap hukum yang bercanggah dengan keduanya akan terbatal dengan sendirinya. Apa-apa hukum yang tidak terdapat di dalam keduanya akan disepakati oleh majoriti ulama iaitu ijma' ulama. Oleh itu tiga sumber hokum utama dalam Islam ialah;
1- Al Quran
2- Al Hadis / Sunnah
3- Ijma' Ulama

 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode