MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 3:Sumber hukum dalam islam

1. Terangkan jenis-jenis Ijma` berserta contoh dan pendapat ulama berkaitan kehujahan Ijma` Sukuti 

2. Dengan menggunakan kaedah Qiyas, huraikan bagaimana cara mensabitkan pengharaman memusnhakan harta anak yatim.

 

Topic: Diskusi 3

Date 14/08/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN 1
Jenis-jenis Ijmak
i-Ijmak Soreh
Sepakat semua ulamak mujtahid pada sesuatu masa tertentu dalam masalah hukum agama .Dimana masing-masing mengeluarkan fatwa samada dalam bentuk perbuatan atau perkataan.Antara lain ijmak soreh ialah para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan menyatakan pendapat mereka secara terang melalui tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan.
ii-Ijmak Sukuti
Sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat mereka melalui fatwa sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri iaitu tidak menyatakan pendapat atau tidak sependapat.
Ia juga dikira ijtimak I'tibari kerana dengan mengambil kira atau beranggapan ulamak yang mendiamkan diri tersebut bersetuju dan sependapat dalam masalah yang diijtihadkan.

Pendapat ulamak berkaitan kehujahan ijmak sukuti
i-Ulamak Menerima
Ulamat yang menerima terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Hujjah Zanni dan Hujjah Qat'i
-Pendapat Hujjah Zanni
Ulamak yang menerima ijmak sukuti senbagai hujjah zanniiaitu pendapat Al-Kharkhi daripada mazhab Hanafi dan Imam Amidi daripada Mazhab Syafie.
Alasan mereka ialah :Berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid tidak semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,bahkan berdiam diri itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulamak yang telah mengeluarkan pendapatnya .Oleh ,ijmak sukuti adalah hujjah zanni.
-Pendapat hujjah Qat’i
Alasan mereka ialah dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak tidak membezakan antara ijmak soreh dan sukuti.Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijmak soreh sahaja mungkin tidak berlaku ijmak sedangkan ijmak telah berlaku.
Rumusannya ijmak sukuti yang diterima sbagai hujjah dengan bersyarat iaitu antaranya:
-Semata-mata diam bukannya menolak
-Mestilah melalui masa yang cukup untuk para mujatahid berfikir atau membuat kajian tentang masalah yang diputuskan itu.
ii.Ulamak Menolak
Antara ulamak mazhab yang menolak Ijmak Sukuti ialah :Sebahagian Ulamak As-Syafie,Al-Baqillani dan sebahagian ulamat Maliki.Alasan mereka:
-Orang yang diam tidak boleh disahkan sebagai orang yang berpendapat.
-Diam tidak dapat dikira sebagai tanda bersetuju .Kerana berkemungkinan ia turut bersetuju atau belum melakukan ijtihad atau juga telah berijtihad namun belum mendapat keputusan yang mantap.Justeru semua andaian dan kemungkinan tersebut dirumuskan bahawa diam itu tidak dapat dinilai sebagai hujjah.

Date 13/08/2015
By NORSATIAH BT GIMO
Subject PIM 3143 PENGAJIAN FIQH

Ijma' terbahagi kepad 2 jenis iaitu :

Pertama : Ijma’ sharih, yaitu kesepakatan para mujtahid suatu masa atas hukum suatu kasus, dengan cara masing-masing dari mereka mengemukakan pendapatnya secara jelas melalui fakta atau putusan hukum. Maksudnya bahwasanya setiap mujtahid mengeluarkan pernyataan atau tindakan yang mengungkapkan pendapanya secara jelas.

Kedua : Ijma’ Sukuti, yaitu sebagian dari mujtahid suatu masa mengemukakan pendapat mereka dengan jelas mengenai suatu kasus, baik melalui fakta atau suatu putusan hukum, dan sisa dari mereka tidak memberi tanggapan terhadap pendapat tersebut, baik merupakan persetujuan terhadap pendapat yang telah dikemukakan atau menentang pendapat itu.

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Ijma’ terbahagi kepada dua iaitu Ijma’ Qauli dan Ijma’ Sukuti.

Ijma’ Qauli (al-Shoreh): Kesepakatan pendapat para ulama tentang sesuatu hukum di mana mereka semua sepakat berkata; “Ini halal, ini haram,” ataupun perkara ini dilakukan oleh semua orang secara bersama. Dan inilah hujah yang kuat tanpa bantahan.

Ijma’ Sukuti (al-Iqrari): Sesetengah ulama berbuat atau berkata sesuatu perkara, tetapi didiamkan oleh para ulama yang lain. (al-Khatib al-Baghdadi, al-Fiqqiyyah al-Muttafiqah, jil. 1, hlm. 170)

Selain itu terdapat juga ijma’ yang bernama Ijma’ al-Istiqra`i. Ijma’ ini bermaksud membuat penelitian terhadap pendapat dan karya para ulama dalam sesebuah masalah dan tidak dijumpai perselisihan pendapat di kalangan mereka.

Ijma’ tidak dianggap sebagai ijma’ sukuti kecuali apabila ia memenuhi perkara-perkara berikut:

a. bahawa diam diri itu adalah bersih dan sunyi dari tanda-tanda yang menunjukkan bersetuju atau menentang. Maka jika didapati sesuatu itu yang menunjukkan bersetuju dengan hukum itu, tidaklah persetujuan itu dianggap ijma’ sukuti malah ia dianggap ijma’ shoreh. Dan jika didapati tanda yang menunjukkan tidak bersetuju dengan hukum itu, sudah pasti tidak terlaksana ijma’ sama sekali.

b. Bahawa diam diri itu mestilah setelah berlalu masa yang cukup pada kebiasaannya untuk dikaji mengenai masalah itu dan mengeluarkan pendapat mengenainya.

c. Bahawa masalah itu mestilah terdiri dari masalah-masalah yang harus diijtihadkan padanya, iaitu masalah yang mempunyai dalil secara zhanni. Sekiranya mempunyai dalil yang diyakini dan muktamad, ia adalah masalah yang tidak harus diijtihadkan. Maka, apabila para ulama mengambil sikap mendiamkan diri terhadap pendapat sebahagian ulama lain yang menyalahi kehendak dalil yang diyakini dan muktamad, tidaklah dianggap bersetuju dengan pendapat tersebut tetapi ia bukannya sebuah ijma’.[7]

Para ulama berkhilaf tentang peneriman Ijma’ Sukuti sebagai hujah. Sebahagian mereka menerimanya sebagai hujah yang muktamad. Sebahagian lagi tidak dapat menerimanya sebagai hujah sama sekali, dan sebahagian lagi menjadikannya sebagai hujah zhanniah (tidak muktamad).

Date 13/08/2015
By zarina bt zakaria pim8j
Subject pim 3134 pengajian fikh

1.jenis-jenis ijmak
-ijmak qauli-sebuah pertanyaan muncul kemudian disepakati pandangan mereka.
-ijmak sukuti-setelah mengetahui sesuatu hal.kemudian tidak menyokong atau melawan,maka ini dinamakan ijmak'diam'
-ijmak adam alilm bil almukhalif-situasi ini terjadi ketika suatu pandangan secara umum dipakai tetapi tidak diketahui apakah ada para ahli tidak setuju dengan itu.
-ijmak qat'i-tentang sesuatu hal yang terjadi dan seluruh generasi bersetuju dengan tentang masalah tersebut.

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 1

Definisi

Dari sudut Bahasa Arab al-Ijma' ialah kesungguhan dan persetujuan. Dari sudut istilah, al-Ijma' ialah:
Persetujuan para mujtahid umat ini selepas wafatnya Rasulullah s.a.w., terhadap satu hukum agama.

Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:

Berdasarkan definisi persetujuan maka terkeluarlah perselisihan walaupun hanya seorang sahaja yang menyalahi. Perkara ini membatalkan al-Ijma' (persepakatan).

Berdasarkan para mujtahid maka terkeluarlah orang awam dan orang muqallid (orang yang ikut tanpa dalil). Persetujuan dan perselisihan mereka (dua golongan ini) tidak diiktiraf.

Berdasarkan umat ini maka terkeluarlah persetujuan umat lain. Ijmak (persepakatan) mereka tidak diiktiraf.

Berdasarkan selepas wafat Rasulullah s.a.w. maka terkeluarlah persetujuan mereka semasa hidup Rasulullah s.a.w.. Persetujuan ini tidak dinamakan al-Ijma' dari sudut sifatnya sebagai dalil syarak kerana dalil di sini telah sabit dengan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merangkumi kata-kata, perbuatan mahupun perakuan. Oleh sebab itu, kata-kata sahabat yang berbunyi, “Dahulu kami melakukan pada zaman Nabi” atau “Dahulu mereka melakukan pada zaman Nabi” hukumnya adalah marfu’ (disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.) dan ianya bukanlah merupakan pemberitahuan tentang al-Ijma' (persepakatan).

Berdasarkan terhadap satu hukum agama maka terkeluarlah persetujuan mereka terhadap satu hukum akal atau adat. Perkara ini tidak termasuk dalam perbincangan al-Ijma' kerana yang dimaksudkan dengan al-Ijma' ialah sifatnya sebagai salah satu dalil agama.


Kedudukan al-Ijma' (Persepakatan)

Al-Ijma' adalah merupakan hujah agama berdasarkan kepada beberapa dalil seperti berikut:

1- Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:143) - Maksudnya: Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.

Perkataan syuhada’ (saksi) merangkumi kesaksian terhadap amalan mereka dan terhadap hukum-hukum amalan mereka dan kata-kata saksi adalah diterima.

2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Nisa’ 4:59) - Maksudnya: Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).

Ayat ini menunjukkan bahawa apa yang mereka persetujui adalah hak.

3 - Sabda Rasulullah s.aw. :

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ضَلاَلَةٍ.[1]

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpul umatku atau umat Muhammad s.a.w. di atas kesesatan.

4 - Ijma' umat ini terhadap sesuatu perkara secara umum terbahagi dua; samada hak atau batil. Sekiranya hak, ianya adalah hujah. Sekiranya batil, adalah satu perkara yang amat mustahil bagi umat ini yang merupakan sebaik-baik umat di sisi Allah Ta'ala semenjak perutusan Nabi s.a.w. sehinggalah ke hari akhirat kelak, untuk berijma' terhadap perkara batil yang tidak diredhai Allah Ta'ala. Ini sebenarnya satu perkara yang mustahil akan berlaku.


Jenis-jenis al-Ijma' (Persepakatan)
Al-Ijma' terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasti dan berkemungkinan seperti berikut:

1- Al-Ijma' al-Qat’i (pasti) ialah al-Ijma' yang diketahui kesabitannya dalam umat ini secara darurah (mesti) seperti ijma' terhadap wajibnya solat lima waktu dan pengharaman zina. Al-Ijma' (persepakatan) jenis ini tidak pernah dinafikan kewujudannya dan sifat hujahnya oleh sesiapapun. Juga, sesiapa yang melanggar Ijma' ini dihukum kafir sekiranya dia tidak jahil tentangnya.

2 - Al-Ijma' al-Zhanni (berkemungkinan) ialah al-Ijma' yang tidak diketahui kesabitannya dalam umat ini kecuali dengan penyelidikan dan pengamatan. Para ulama' telah berselisih pendapat dalam kemungkinan wujudnya al-Ijma' sebegini. Pendapat yang rajih (terkuat) ialah pendapat Shaikh al-Islam Ibnu Taimiyah di mana beliau telah menyatakan dalam kitabnya al-Aqidah al-Wasitiyah, “al-Ijma' yang kukuh ialah ijma' yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Salih (generasi terdahulu yang salih) kerana selepas mereka perselisihan telah merebak dan umat telah bertebaran.”

Perlulah diketahui bahawa umat ini tidak akan berijma' terhadap satu perkara yang menyalahi dalil yang sahih, jelas dan tidak mansukh (dimansuhkan). Ini kerana umat ini tidak akan berijma' kecuali di atas kebenaran. Sekiranya anda mendapati satu Ijma' yang menyalahi perkara tersebut, hendaklah diperhatikan kerana kemungkinan dalil itu tidak sahih atau tidak jelas atau telah mansukh (dimansuhkan) atau di dalam masalah itu terdapat perselisihan yang tidak kita ketahui.


 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode