MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: Sembelihan

1.Bezakan istilah al-zabh, al-nahru dan al-`aqru.

2.Bincangkan pendapat ulama mengenai hukum memakan sembelihan ahli kitab.

 

Topic: Diskusi 4

Date 14/08/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN I
Al-Zabh ialah memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu.

Al-Nahru ialah memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih unta.

Al-Aqru ialah sembelihan yang dilakukan secara dharurat dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya ) dengan kecederaan membawa kepada maut.Cara untuk menyembelih binatang yang liar(binatang yang halal dimakan) dan tidak boleh ditangkap oleh tuannya.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar,apabila ia mengatasi kamu maka lakukanlah terhadapnya seperti ini."

Date 04/11/2015
By SITI HAJAR BT AHMAD (PIM 8L)
Subject Re: PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian dengan dua syarat:
1. Penyembelihan dilakukan seperti sembelihan muslim, dipurtuskan urat halqum dan mari' sehingga menumpahkan darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau dikenakan kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau seumpamanya, maka binatang tersebut tidak halal dimakan .

2. Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembelihan, seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan firman Allah swt maksudnya :"Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya." (al-An'am 121)

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Pandangan ulama mengenai hukum sembelihan ahli kitab:-

1-kebanyakan ulama bersepakat mengatakan bahawa memakan sembelihan ahli kitab adalah dibolehkan; yakni halal bagi orang Islam selagi mana ia dari haiwan yang halal di sisi kita atau pun haram di sisi mereka seperti lemak. Pendapat ini mewakili pandangan Syafie, Hanafi dan Hanbali, melainkan imam Malik menegah sembelihan yang diharamkan ke atas mereka. Kerana maksud firman Allah taala ayat 5 surah Al Maidah menyebut makanan yang bererti apa yang dihalalkan di sisi mereka.

Pendapat jumhur adalah berdasarkan dalil umum maksud firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 dan juga sunnah Rasulullah SAW serta sahabat yang memakan sembelihan ahli kitab.

2-Ibn Abbas, Abu Amamah, Mujahid, Said ibn Jabir, 'Ikrimah, 'Atho', dan Al Hassan, Makhul dan Ibrahim Nakhae, Sadi, Muqatil ibn Hayyan bersepakat bahawa maksud 'to'am' di dalam ayat 5 surah al Maidah adalah dikhususkan bagi sembelihan. Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum haram sembelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka melainkan dengan nama Allah. Manakala makanan yang lain seperti roti dan seumpamanya adalah harus dalam semua keadaan kecuali makanan itu adalah dari sumber yang haram; seperti tepung yang dicuri dan lain-lain.

3-Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat;
1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih)
2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh)
3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh)

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah dengan syarat-syarat yang tertentu.

Sembelihan terbahagi kepada tiga jenis iaitu Az-zabh (الذَّبْح) , An-Nahru (النَّحْر) dan Al-‘Aqru (العَقْرُ) :

Az-Zabh ialah memotong al-halqu (batang leher sebelah atas) haiwan dengan syarat-syarat yang tertentu.

An-Nahru ialah memotong al-labbah (اللَّبَّة) (batang leher sebelah bawah haiwan).

Al-‘Aqru ialah apa yang dinamakan sebagai sembelihan darurah (terpaksa). Ia dilakukan ke atas haiwan yang tidak boleh ditangkap untuk disembelih secara biasa. Caranya ialah dengan mencederakan haiwan tersebut dengan kecederaan yang membawa maut pada mana-mana bahagian badannya.

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 2

Maksud Ahli Kitab
- Orang Nasrani atau Yahudi yang berbangsa Israel dan menerima kitab Taurat
- ( Ahli kitab yang asli tidak ada pada hari ini )

Hukum Memakan sembelihan Ahli Kitab
- Diharuskan
- Sebelum memakannya sisyaratkan menyebut nama Allah.

Date 13/08/2015
By ROSIDAH MOHAMED NOOR ( PIM 8J)
Subject soalan 1

Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

Cara - cara sembelihan dalam islam ialah:

Az-Zabh ialah memotong al-halqu (batang leher sebelah atas) haiwan dengan syarat-syarat yang tertentu.
An-Nahru ialah memotong al-labbah (اللَّبَّة) (batang leher sebelah bawah haiwan).
Al-‘Aqru ialah apa yang dinamakan sebagai sembelihan darurah (terpaksa). Ia dilakukan ke atas haiwan yang tidak boleh ditangkap untuk disembelih secara biasa. Caranya ialah dengan mencederakan haiwan tersebut dengan kecederaan yang membawa maut pada mana-mana bahagian badannya.

 

© 2014 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode