MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Kerja Kursus

i. Hasil Pembelajaran :

  1. Menganalisis konsep penilaian dalam Pendidikan Islam,  membina item soalan dengan tepat mengikut JPU dan melaksanakan  proses penilaian dengan teratur.
  2. Mengaplikasi  dan mentadbir penilaian PAFA  mengikut buku panduan  PAFA.

 

ii. Objektif Kerja Kursus : Di akhir penghasilan kerja kursus ini, para pelatih dapat:

  1. Merumuskan konsep pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian dalam bentuk grafik daripada aspek definisi, tujuan dan bentuk penilaian yang boleh diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. (20 %)
  2. Membina satu contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berdasarkan Sukatan Pendidikan Islam Tahun 1 hingga tahun 3 KSSR  (20%)
  3. Mengemukakan satu contoh aktiviti pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam yang berorentasikan  pemikiran aras tinggi (Higher Order Thinking) serta bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan.(30%)
  4. Membina satu instrument penilaian kognitif pemikiran aras tinggi (High Order Thinking) berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)  yang dicadangkan atau berpanduan buku panduan Penilaian Amalan Fardhu Ain (PAFA). (20 %)
  5. Membuat catatan refleksi berkaitan perolehan ilmu, pengalaman baru, kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti sepanjang tugasan dilaksanakan.(10%)

 

iii. Tugasan Kerja Kursus  (100%);

Menilai dan mentaksir merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian oleh setiap guru. Penilaian dan pentaksiran yang dilaksanakan  akan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid. Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) amat menekankan penilaian yang dilaksanakan berteraskan pemikiran aras tinggi (High Order Thinking). Penyebatian pemikiran aras tinggi dalam aktiviti pengajaran pembelajaran dan aspek penilaian, diharapkan akan   dapat melahirkan murid-murid yang memiliki tahap daya pemikiran yang kreatif dan mampu menghasilkan inovasi yang memberansangkan di masa hadapan.Berpandukan objektif projek, anda dikehendaki;

  • Merumuskan maksud pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian dalam bentuk grafik banding beza.
  • Membina satu contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berdasarkan Sukatan Pendidikan Islam Tahun 1 hingga tahun 3 KSSR 
  • Menghasilkan  item-item soalan yang beraras tinggi berpandukan JSU yang digubal.
  • Mengemukakan satu contoh rancangan aktiviti pengajaran pembelajaran beraras tinggi (HOTs) yang lengkap.
  • Menulis refleksi kendiri.

iv. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

  1. Anda dikehendaki menyediakan tugasan kerkja kursus dalam bentuk esei.
  2. Panjang esei tidak kurang dari 3 000 perkataan / 20 muka surat tidak termasuk senarai rujukan dan lampiran.
  3. Format tugasan mestilah menggunakan font Arial bersaiz 11 dengan langkauan 1.5
  4. Perbincangan dan penghasilan tugasan boleh dilakukan secara berkumpulan dan tidak melebihi 3 orang. Namun penulisan refleksi hendaklah dilaksanakan secara individu.
  5. Warna kulit tugasan diselaraskan dengan tugasan kursus-kursus lain bagi kumpulan PISMP.
  6. Penulisan tugasan hendaklah meliputi piawai-piawai berikut;
    1. Kulit hadapan 

                            - Nama institut dan logo IPG

                            - Tajuk tugasan

                            - Kod dan Mata pelajaran

                            - Nama Pelajar dan No. Kad Pengenalan

                            - Gambar pelajar

                            - Nama Pensyarah Pembimbing

            2. Borang kolaborasi dengan Pensyarah atau ahli kumpulan.

            3. Daftar isi kandungan

            4. Penghasilan tugasan

            5. Rujukan. Senarai rujukan hendaklah berdasarkan format APA sepenuhnya.

            6. Kerja kursus yang dihasilkan hendaklah dihantar secara hard copy dan soft copy.

            7. Tarikh akhir penyerahan kerja kursus tidak lewat daripada 7 April 2013.

            8. Para pelatih perlu merujuk kepada Rubrik Pemberian Markah dan mendapatkan bimbingan Pensyarah

                Pembimbing untuk meningkat mutu  penyediaan portfolio.

 

v. Kriteria Pentaksiran

Penilaian kerja kursus berdasarkan aspek-aspek berikut;

Aspek Penilaian

Wajaran

i.   Pemerolehan ilmu

30 %

ii.  Penguasaan ilmu dan Kemahiran

30 %

iii. Pemindahan Pembelajaran

30 %

iv. Sikap & Sahsiah

10 %

 

Markah Keseluruhan

 

100%

 

Klik di sini untuk memuat turun TUGASAN KERJA KURSUS

Topic: Soal Jawab Berkaitan Kerja Kursus

No comments found.
 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode