MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 4: perincikan sumbangan khulafa` al-Rasyidin, Saidatina Khadijah r.a, saidatina aisyah r.a dan imam-imam mazhab  dalam konteks ketamadunan keilmuan.

Topic: Diskusi 4

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan imam as- syafie

Pendidikan:
Imam as-Syafie mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun beliau hafaz Al-Quran.
Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.
Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
.
3.6.1. 1/3 malam untuk berehat.
3.6.2. 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
3.6.3. 1/3 malam untuk beribadat.
Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.
Sumbangan
Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran,hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis. Kitab-kitab tersebut ialah:
Abtal Al-Istihsan.
Ahkam Al-Quran.
Ar-Risalah.
Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah;
1 Al-Mukhtasar Al-Kabir.
2 Al-Mukhtasar as-Saghir.
3. Al-Farid.
4. Al-Umm.
Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
1 Al-Masnad.
2 Al-Amali.
3 Ikhtilaf Al-Hadis.
.
4. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
.
5. Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan imam abu hanifah

Pendidikan

a.Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan.

b.Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin

Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.

2

c.Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.

d.Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir

dalam bidang sastera.

e.Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.

Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu

kepada orang ramai.

Sumbangan dan Jasa

a.Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.

b.Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan

antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.

c.Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal

fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran

atau hadis nabi.

d.Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun

ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun

kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.

e.Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:

i.Fikah Akbar.

ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.

iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.

e.Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India,

Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.



Members Area
Login with Facebook
Sign In or Register


Chat with Iman













MUTIARA HADIS NABI SAW.
"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)



Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

KISAH IBLIS YANG INGIN BERTAUBAT DAN TIDAK DITERIMA.
Iblis, dengan segunung catatan kejahatan dan dosa dosa paling mengerikan, tiba tiba terbersit dalam hatinya untuk bertaubat memohon keampunan kepada Allah yang telah menciptakannya.

Iblis sebagai panglima terdepan yang mengajak semua orang untuk menentang Allah tiba-tiba berbalik dan berniat taubat. Allah tidak pernah menutup pintu taubat bagi siapa saja yang mau bertaubat, tak terkecuali bagi Iblis sang penentang yang nyata. Bahkan ampunan Allah jauh lebih besar dibanding dosa apapun yang dilakukan makhluknya. Selama kematian belum datang, maka pintu taubat masih terbuka. Hal ini berlaku untuk seluruh makhluk taklif iaitu makhluk Allah dari jenis Jin dan Manusia. Dan Iblis masih segar bugar, jadi kesempatan taubat masih ada. Apakah taubat Iblis diterima Allah? Tentu! Kerana Allah Maha Pengampun. Lalu bagaimana cara dia bertaubat?

Iblis tentu saja kenal Jibril sang pemimpin para malaikat. Iblis diberitahu Jibril bahawa hanya ada tiga syarat bertaubat,

1. Istighfar (memohon ampun kepada Allah dengan sungguh-sungguh)

2. Menyesali semua dosa yang pernah diperbuatnya serta bertekad kuat untuk tidak lagi mengulanginya.

3. Laksanakan semua perintah Allah tanpa menawar

Diluar dugaan Iblis melakukan ketiga syarat tersebut dengan benar bahkan dalam waktu yang sungguh sangat cepat. Hal ini sangat masuk akal, mengingat Iblis termasuk salah satu Jin yang sangat cerdas. Apalagi didukung dengan umur Iblis yang sangat panjang sejak sebelum Adam sampai sekarang (lebih dari 11 ribu tahun), tentu pengalaman dan pengetahuannya tak ada manusia dan jin yang mampu menyamainya.

Tetapi ternyata usaha pertaubatannya terhenti pada satu perintah Allah pada syarat ketiga.

Jibril: Memohon ampunan dan menyesali dosa telah kau lakukan, dan hampir seluruh perintah Allah yang engkau sanggupi telah engkau lakukan, sekarang masih ada satu lagi perintah Allah yang harus engkau lakukan, apakah kau sanggup?

Iblis: Sanggup

Jibril: Baiklah. Allah memerintahkanmu untuk mendatangi kuburan Adam, bersujud pada Adam dan bersaksi bahwa Adam adalah makhluk yang dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah, pengurus, pengembang tanggung jawab di bumi. (Iblis terdiam)

Jibril: Bagaimana? Apakah engkau sanggup? Sungguh tinggal satu hal ini saja yang belum pernah engkau lakukan sejak Adam diciptakan dahulu. Setelah beberapa kali Jibril bertanya akhirnya Iblis menjawab,

Iblis: Aku diciptakan dari api sedangkan Adam diciptakan dari tanah. Aku lebih baik daripada Adam. Tapi kenapa aku yang harus sujud kepada Adam? Bukankah seharusnya Adam yang sujud kepadaku? Dulu Adam masih hidup, dan aku tak sudi bersujud padanya, apalagi sekarang dia sudah dimakan tanah. Takkan pernah aku berubah fikiran dalam hal ini. Kehadiran Adam membuatku tersingkir dari kedudukan mulia bersama malaikat. Sakit hatiku masih tersisa. Dahulu, hari ini dan sampai kiamat, aku tetap takkan sudi bersujud kepada Adam.

Jibril dan seluruh malaikat adalah makhluk mulia yang punya kedudukan yang sangat tinggi disisi Allah. Para malaikat yang teramat mulia semuanya tunduk pada perintah Allah termasuk ketika diseru untuk bersujud kepada Adam.

“Dan ingatlah ketika Kami serukan kepada para malaikat “Bersujudlah kalian semua kepada Adam” maka semuanya bersujud kecuali Iblis. Iblis enggan bersujud dan takabur (sombong). Dan (dengan demikian) Iblis termasuk orang yang ingkar (kafir)”

PAUTAN LINK


WAKTU SOLAT JAKIM




PDRM TAFSIR MELAYU



IslamGRID MAXIS



BICARA SUFI AL MUTTAQIN




Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan imam abu hanifah

Pendidikan

Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan sejak dari kecil lagi.Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.Selain itu,beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.Disamping itu,ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Tambahan pula,beliau juga mahir dalam bidang sastera.Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai.Antara sumbangan beliau adalah pertama,beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.Kedua,Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis nabi.Disamping itu,berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:

i.Fikah Akbar.

ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.

iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.

e.Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India,

Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.


Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan imam malik

Pendidikan

a.Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kecil beliau hafaz Al-Quran dan hadis.

b.Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari beliau mendengar gurunya

menyampaikan 30 buah hadis secara lisan, beliau dapat mengingati 29 buah hadis daripadanya.

2

c.Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru. Sebahagian daripadanya terdiri daripada ulama

tabiin.

d.Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di kota Madinah kerana pada waktu itu kota

Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama. Ramai para sahabat dan ulama tabiin

berdakwah di Madinah.

e.Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya Imam Malik

muncul sebagai ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.

Sumbangan

a.Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis. Beliau sangat berhati-hati dalam

menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis untuk memastikan kesahihannya.

b.Kerana kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu hadis, ramai ulama dari luar Madinah datang

untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.

c.Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik juga menganalisa hadis-hadis tersebut untuk

merumus hukum-hukum agama.

d.Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk

menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya.

e.Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis. Walau bagaimanapun tidak semua

hadis-hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis, hanya 10,000 buah

hadis sahaja yang diakui sah.

f.Daripada 10,000 buah hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran, akhirnya hanya

5,000 buah hadis saja yang benar-benar diterima sebagai hadis Rasulullah s.a.w. yang sah.

g.Hadis-hadis tersebut disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama "Al-Muattok".

h.Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebelum setiap hukum yang

dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk kepada Al-Quran dan hadis. Jika tidak terdapat di dalam

kedua-dua sumber tersebut, barulah beliau merujuk kepada Ijmak ulama, Qias dan akhir sekali

Masolih Al-Mursalah.

i.Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab Al-Muattok yang menjadi bahan rujukan

kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang.

j.Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Libya dan Palestin.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan saidatina khadijah

SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM

Saidatina Khadijah sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah banyak menolong masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka.
(Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W. ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya di dalam Gua Hira’ itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311-314)


Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 18-19)

KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai keperibadian yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak yang bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam menguruskan dan meneruskan perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap suaminya. Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga seorang ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya. Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu, kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang dicintai. Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu. Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya iaitu Nabi Muhammad S. A. W. telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan penyembahan berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim dapat dirobohkan, dan ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah seorang tokoh utama yang membangunkan kemenangan Islam. Di sini juga, kita dapat lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa jemu dalam memberikan bantuan kepada orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan kepada Nabi Muhammad S. A. W. , keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah S. W. T. Saidatina Khadijah juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani kerana benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina Khadijah yang mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa dan pemikiran manusia pada zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik buat semua masyarakat sekarang.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan saidatina aishah


Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.

Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.

Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’

Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.

Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.

Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

maaf pandangan yang ke 2 td silap,yang betul adalah saidatina aishah

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan saidatina aishah

Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:

‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah:

‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.

Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’

‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.

Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.

Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’

‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan saidatina khadijah

Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.
Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.
Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”

Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN

SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN

a. KHALIFAH ABU BAKAR
• Mendaulatkan kerajaan islam madinah daripada nacman golongan murtad, gerakan nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat
• Membebaskan negeri-negeri dibawah pengaruh rom dan parsi
• Mengumpul tulisan-tulisan al-quran
b. KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
• Menyusun pnetadbiran majlis syura
• Menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran negara
• Menyusun undang-undang tanah negara
• Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah
• Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut
c. KHALIFAH USMAN BIN AFFAN
• Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
• Mengumpul dan membukukan al-quran dalam satu naskhah
• Membesarkan angakatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada peluasan kuasa ean wilayah
d. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram

KEMAJUAN YANG DICAPAI SEMASA PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a. Sosial
i. Maysarakat yang terdiri dari perlbagai bangsa dan agama hidup dalam keadaan harmoni bebas mengamalkan ajaran masing-masing tetapi patuh dengan sistem pentadbiran islam
ii. Pendidikan diambil berat oleh khulafak. Masjid dijadikan pusat pendidikan. " kuttab " didirikan disekitar masjid oleh golongan kaya. Guru-guru dilantik dari kalangan yang mampu mengajar al-quran, menulis, membaca dan mengajarbidang-bidang tertentu seperti sirah, seni lukis, dan syair
iii. Para khulafak menjaga kebajikan setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai contoh, pegawai khas dilantik untuk memantau ketua-ketua wilayah supaya sentiasa tidak membebankan rakyat
iv. Para khulafak tidak memilih pangkat dan kedudukan dlan\m menguatkuasakan undang-undang
v. Pelbagai kemudahan awam diwujudkan seperti baitul mal untuk menyimpan harta kerajaan, bandar-bandar baru dibangunkan, sistem saliran dan empangan diadakan untuk memajukan sektor pertanian
b. Ekonomi
i. Negara mempunyai banyak kawasan pertanian yang subur pada zaman umar dan usman
ii. Harta negara kiat meningkat hasil dari zakat, jizyah, ghanimah, fai'e, usyur dll
iii. Jabatan khas ditubuhkan untuk memastikan cukai dipungut dengan lebih sistematik
c. Peluasan kawasan
i. Negara islam kian meluas dari setiap pemerintahan khulafak
ii. Negara islam meluas hingga ke utara afrika, turkistan dan hingga ke pulau cyprus


KESAN POSITIF DARIPADA KEPIMPINAN DAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a. Corak kepimpinan
• Pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan syariat islam
b. Sifat pemimpin
• Pemimpin negara yang dipilih adalah dari kalangan yang berakhlak dan berwawasan memajukan negara
c. Pertahanan
• Diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas dari ancaman luar
d. Ekonomi
• Dasar ekonomi digubal secara adil untuk rakyat
e. Sosial
• Ilmu pengetahuan diberi perhatian untuk rakyat
• Rakyat dilayan sama rata
• Kebajikan rakyat dijaga terutama golongan fakir miskin

AKIBAT YANG TIMBUL SEMASA UMAT ISLAM DAHULU MEMBELAKANGKAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a. Negara islam selepas khulafak ar-rasyidin dipimpin oleh khulafak secara warisan
b. Keadaan huru hara pada zaman usman dan ali akibat meluasnya perbuatan fitnah dan sikap bermusuhan sesama sendiri
c. Orang munafik memecahbelakan umat islam
d. Timbul perpecahan aliran fikiran seperti ahli sunnah, syiah dan khawarij yang meruntuhkan perpaduan umat islam


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DICONTOHI DARI KEJAYAAN PIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

a. Menjalankan urusan kehidupan dengan akidah yang benar
b. Patuh kepada syariat islam dan sanggup berjihad mempertahankan kesucian agama islam
c. Mendalami ilmu pengetahuan yang banyak seperti khulafak ar-rasyidin yang mahir dalam ilmu agama dan pentadbiran
d. Melaksanakan sistem syura dalam mencari keputusan dan mementingkan perpaduan ramai bukan perpaduan puak sahaja
e. Membela golongan miskin dan mencari sumber-sumber kewangan untuk memajukan pentadbiran negara
f. Rakyat diberi hak untuk mengamalkan agama masing-masing asalkan tidak menggangu pentadbiran yang berteras kepada syariat
g. Dakwah perlu dijalankan oleh individu dan kerajaan bagi memerangi syirik dan kekufuran

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject sumbangan khulafa' ar rasyiddin

Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.

Nama sebenar: Uthman bin Affar bin Abil As bin Umaiyah
Keturunan - Bani Umaiyah.
Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri nabi selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah. +Abdul Rahman bin Auf (pengerusi mesyuarat) meninjau pendapat.
Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.

Sepupu Nabi
Keturunan Bani Hasyim
Seorang yang berani, pahlawan, tegas, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.
Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam - pakar dlm selok-belok hukum.
Contohnya, menghentikan Perang Siffin (Perang Saudara) bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan supaya dapat mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar.
Asytar
nama sebenar - Malik bin al-Harlth al Nakha
serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin
Pejuang yang menyokong Saidina Ali
Dilantik menjadi gabenor di Mansil dan bandar-bandar lain di Iraq dan Syria
Tokoh yang berani
Pedang : al-Lujju ( kilauan air mengalir)

 

© 2014 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode