MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5 : Bincangkan sahsiah dan ketrampilan sebagai guru cemerlang

Topic: Diskusi 5

Date 17/10/2013
By Amir hamzah Bin Mohamad
Subject Guru Sebagai Satu Profesion

Kerjaya guru dinaik taraf sebagai suatu kerjaya profesional atau dengan kata lain, PROFESION. kerjaya perofesional mestilah cemerlang dan pakar dalam bidangnya. Guru cemerlang mestilah betul-betul pakar dalam bidangnya supaya ilmu yang disampaikan adalah benar dan tepat serta guru mampu mempelbagaikan kaedah bagi memudahkan murid menyerap ilmu yang diajar. Guru cemerlang juga perlu ada suatu sikap fleksibel. Lihat kepada level atau tahap murid, jika murid pandai pendekatan yang digunakan adalah berbeza dengan murid yang agak lemah dalam pembelajaran.

Sebagai contoh, jika murid cemerlang mereka lebih menumpukan aspek content yang diajar. Mereka berlumba-lumba untuk tahu lebih berbanding murid-murid lain bahkan mereka sudah ada minat dan suka belajar tidak kiralah samada pengajaran guru adalah menarik atau tidak. Lebih garang dan tegas guru maka lebih baik untuk mereka. Hal ini kerana, jika guru berlembut dengan murid sebegini, akan hilang rasa hormat murid kepada guru akibat daripada sifat egois murid. Sekadar perkongsian, bukan melabel tapi berdasarkan pengalaman..murid cemerlang suka menguji guru mereka dan merasakan mereka sudah tahu semuanya..mereka berasa lebih pandai daripada guru. Namun, bagi murid yang agak lemah..perlu ada kelainan dalam pengajaran. Kebiasaannya, murid sebegini lebih menghormati guru mereka dan antara punca mereka lemah dalam pengajaran kerana tidak minat dalam belajar. Jadi, seharusnya guru mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang menarik bg memupuk minat murid untuk belajar. Selain itu, guru tidak digalakkan untuk menengking murid kerana dikuatiri mereka mula hilang minat untuk belajar. Wallahua'lam. mohon tegur andai silap dan tambah baik yang mana perlu.

Date 14/10/2013
By Imam Muda Muhammad Izwan Halim
Subject Sahsiah seorang guru

Bagi saya, pendidik yang berketrampilan dan bersahsiah cemerlang ini merupakan seorang guru yang boleh dijadikan idola kepada warga pendidik yang lain... Guru yang cemerlang ini mempunyai prinsip dan arah tuju mereka sendiri terhadap murid masing-masing. Mereka bukan sekadar mengajar seperti melepaskan batuk ditangga. tetapi mereka melakukan usaha yang berkali-kali ganda daripada kebiasaan 'ibarat alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Di sini, saya ingin membawakan satu kata seorang ilmuan yang saya pegang sehingga kini, iaitu 'the way you do anything, shows the way how you do everything'.. Jika sahsiah seorang guru itu baik, tidak mustahil bahawa beliau akan dijadikan role model oleh muridnya, kerana disekolah perlakuan seorang guru itu akan diperhatikan oleh murid dan dinilai oleh mereka.. Bagaimana cara bekerja guru bekerja juga memainkan peranan penting dalam keberhasilan produktiviti murid cemerlang sekaligus akan menunjukkan ketrampilan seorang guru itu. sekian.

Wallahu'alam
Respon daripada anda amatlah diharapkan..

Date 13/10/2013
By muhammad faiz bin iberahim
Subject sahsiah & ciri guru cemerlang

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Sifat & ciri guru muslim merangkumi :

a) sifat rohaniah - keimanan yang kenatl kepada Allah swt. - keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan & aeluruh para Rasul - sifat-sifat keimanan asas yang lain.

b) sifat-sifat akhlak - benar & jujur - menepati janji - amanah - ikhlas dalam perkataan dan perbuatan - merendah diri - sabar, tabah & cekal - pemaaf & toleransi - menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud & qanaah

c) sifat mental, kewajipan & jasmani * sifat mental - cerdas (kepintaran teori, amali & sosial) - menguasai mata pelajaran takhassus - luas pengetahuan am - cenderung kepada pelbagai bidang akliah, & ilmiah yang sihat - mengenal ciri, watak, kecenderungan & keperluan murid - fasih, bijak & petah dalam penyampaian * sifat kejiwaan - sifat tenang & emosi yang mantap - optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah & tenang jiwa mengingatiNya) - kepercayaan kepada diri & mempunyai kemahuan yang kuat - bersifat lemah lembut & baik dalam pergaulan - berfikiran selesa & boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat * sifat fizikal - sihat tubuh badan & terhindar dari penyakit - berperawakan cantik/tampan, kemas dan bersih

Date 07/10/2013
By Muhsinah Binti Mokhtar Mohed
Subject Guru cemerlang

Assalamualaikum wbt
Pada pendapat saya guru yang cemerlang mestilah mempunyai ciri-ciri muwasofat tarbiah iaitu:

1) Aqidah Sejahtera
- Mengikhlaskan amal kerana Allah
- Mengimani rukun-rukun Iman
- Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
- Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
- Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih
-Tidak menolak utk azan
- Bersuci dgn sempurna
- Sangat menghargai solat berjemaah
- Sangat suka berjemaah di masjid
- Memperbaiki mutu solat
- Qiamullail seminggu sekali
- Menunaikan zakat
- Berpuasa wajib
- Berpuasa sunat sehari setiap bulan
- Ada niat utk menunaikan haji
- Beriltizam dgn adab-adab tilawah
- Khusyuk ketka membaca al-Quran
- Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
- Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
- Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
- Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
- Menjauhi dosa-dosa besar
- Sentiasa membaca zikir pagi & petang
- Mengingati Allah swt pada setiap situasi
- Menunaikan Nazar
- Menyebarkan Salam
- Menahan anggota dari perkara haram
- Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
- Menggunakan sugi/siwak
- Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap
- Tidak takabbur
- Mempunyai pendirian
- Tidak menipu
- Tidak mencaci
- Tidak mengadu domba
- Tidak mengumpat
- Tidak berdusta
- Tidak mengejek
- Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
- Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
- Mengasihi orang yg lebih muda
- Menghormati orang yg lebih tua
- Menunaikan janji
- Menundukkan pandangan
- Menjaga rahsia
- Menutup dosa orang lain
- Cemburu terhadap isteri
- Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja
- Mejauhi pekerjaaan yang haram
- Menjauhi riba
- Menjauhi judi
- Menjauhi penipuan
- Menunaikan zakat
- Membuat simpanan walaupun sedikit
- Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
- Memelihara harta awam
- Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas
- Mampu membaca dan menulis dgn baik
- Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
- Memelihara hukum-hukum tilawah
- Menghafaz setengah dari hadith 40
- Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
- Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
- Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
- Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
- Mengetahui hukum-hukum solat
- Mengetahui hukum-hukum puasa
- Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
- Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
- Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
- Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
- Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
- Mendengar dengan baik
- Mampu memberikan pandangan
- Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
- Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas
- Bersih tubuh badan
- Bersih pakaian
- Tempat tinggal yg bersih
- Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
- Tidak berjaga malam berlebihan
- Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
- Bangun sebelum terbit fajar/subuh
- Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
- Meninggalkan tabiat merokok
- Menjauhi tempat-tempat kotor
- Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)
- Menjauhi perkara-perkara haram
- Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
- Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya
- Penampilan yg elok
- Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa
- Bangun awal
- Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kpd Orang Lain
- Menunaikan hak ibu bapa
- Menyertai majlis-majlis kegembiraan
- Membantu orang-orang yg memerlukan
- Membimbing orang yang sesat
- Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Jika seseorang guru masih belum mempunyai ciri-ciri diatas dengan lengkap,perlunya kita membina/melahirkan/melatih seseorang sehinggalah dia sebenar2nya mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik.

Seringkali kita mencari solusi kepada sesuatu permasalahan dan cara untuk menyampaikan sesuatu ilmu mahupun mendidik sahsiah kepada murid-murid/masyarakat tetapi perkara utama kita selalu terlupa ialah MENDIDIK DIRI sendiri terlebih dahulu. Kemudian diikuti keluarga,masyarakat, dan negara.

Bukalah mana2 kitab atau buku falsafah atau mencari maklumat di internet ...
Akhirnya kita akan dapati perlunya kesedaran,kefahaman & tindakan dari diri seseorang. Untuk membentuk kesedaran & kefahaman bukannya semudah mengikut hawa nafsu. Sedangkan untuk mendidik diri sendiri, perlunya MUJAHADAH yang tinggi dari diri sesorang itu.

Wallahu'alam..sekadar pendapat dari saya yg dhoif ini :)

Date 06/10/2013
By Nurul Afiqah binti Alias
Subject Ciri-Ciri Guru Cemerlang-Kuasai Kemahiran Komunikasi

Assalamu‘alaikum.. pada pendapat saya, guru yang cemerlang adalah GURU YANG BERKESAN. Guru yang berkesan boleh didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan kepada murid-muridnya dari aspek personaliti dan seterusnya mampu membawa perubahan tingkah laku murid. Antara elemen atau faktor penting yang perlu ada dalam diri seseorang guru yang berkesan adalah KEKUATAN PERSONALITI dan KEBERKESANAN KOMUNIKASI. Maka, pada hari ini, saya ingin mengutarakan pendapat saya berkaitan sahsiah serta ciri-ciri Guru Cemerlang dengan berfokus kepada penguasaan Kemahiran Komunikasi guru itu sendiri.

Menurut pandangan Hovlan, Janis & Kelley, komunikasi merujuk kepada suatu proses interaksi antara manusia yang melibatkan pertukaran maklumat melalui pergerakan isyarat simbol atau pertuturan. Manakala kemahiran komunikasi guru pula adalah kebolehan guru untuk mendapatkan maklumat, menghuraikan pandangan, menyebut dengan jelas, memujuk, menggunakan ekspresi muka dan intonasi suara yang baik, mampu meringkaskan, dapat menghuraikan perbezaan pendapat dan mampu menjawab persoalan yang dilontarkan oleh murid dengan tepat.

Bagi pendapat saya, seorang guru yang cemerlang perlu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan sama ada berkomunikasi tersebut secara lisan atau bukan lisan. Seorang guru cemerlang akan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan melalui komunikasi dua hala dengan menitikberatkan beberapa elemen seperti ‘EYE CONTACT’ BERSAMA MURID, PENGGUNAAN NADA SERTA INTONASI YANG MENARIK, MIMIK MUKA YANG BERSESUAIAN DENGAN SITUASI, PERGERAKAN BADAN ATAU ‘BODY LANGUAGE’ serta MEMASUKKAN UNSUR-UNSUR KECINDAN dalam penyampaian isi pelajaran. Komunikasi hanya dikatakan berjaya jika makna yang diterima oleh murid adalah sama dengan makna yang ingin disampaikan oleh guru. Begitu juga di dalam bilik darjah, seorang guru yang berkesan akan mampu menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan hasilnya, hasil pembelajaran tercapai sepenuhnya.

Dengan kemahiran komunikasi guru yang tinggi, maka proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan bermakna. Murid sama sekali tidak akan berasa bosan atau mengantuk di dalam kelas. Sebaliknya, murid sangat teruja untuk menimba ilmu bersama guru yang mampu berkomunikasi secara berkesan. Hal ini kerana, seorang guru yang menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik mampu menarik minat serta perhatian setiap individu terhadap perkara atau maklumat yang ingin disampaikan.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, bagi pendapat saya, seorang guru amat perlu untuk menguasai kemahiran komunikasi dengan baik kerana komunikasi merupakan salah satu platform utama yang sangat penting dalam mendidik dan menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah disamping mewujudkan persefahaman dan hubungan baik antara guru dan murid. Jika guru gagal mewujudkan suasana tersebut, maka amat mustahil untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Jadi, marilah bersama-sama kita menimba ilmu yang bermanfaat dan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi kita agar kita bersama mampu untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kelak. Wallahu ‘alam…

Date 06/10/2013
By nurnadiah bt razali
Subject Assalamualaikum..=)

pepatah mengatakan:guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari. Pepatah ini sangat memberi satu makna yang sangat mendalam. Bagi seorang guru,segala tindak tanduk mereka umpama ribuan mata yang melihat. Masyarakat sangat menyanjungi guru dan apatah lagi meletakkan mereka pada datu tempat yang tinggi. Namun, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ada juga dalam kalangan guru yang menjadi gunting dalam lipatan dan ini perlu dipandang SERIUS!..satu sahsiah yang perlu ada dalam diri seorang guru adalah sentiasa muraqabah. Ini akan menjadikan mereka ikhlas dan jujur dalam menggalas amanah sebagai seorang pendidik. Jika ini menjadi tunjang dalam diri setiap insan bergelar pendidik pasti tiada fenomena ponteng sekolah, masalah disiplin dan juga masalah keciciran yang akan berlaku..
Apa2 pun..semuanya ada pada diri pendidik itu sendiri..tepuk dada tanya iman..
wallauaha'lam

Date 05/10/2013
By iRfan iDris
Subject ciri-ciri guru cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah dapat simpulkan dalam beberapa ciri utama kerana saya berpendapat ia merupakan unsur penting dalam diri seorang guru..


- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Date 05/10/2013
By Muhammad Hasif Bin Ismail
Subject Sahsiah Dan Keterampilan Sebagai Guru Cemerlang


Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim yang cemerlang hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.

Sifat Rohaniah
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt. Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, dan kejiwaan.

1) Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah.

2) Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian.

3) Sifat kejiwaan akan memaparkan karekter yang tenang dan emosi yang mantap. Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan baik yang kuat. Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Sifat Fizikal
Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.

Sahsiah Yang Unggul
Ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

Date 03/10/2013
By Rusila Farhana Muhamad
Subject SAHSIAH DAN KETERAMPILAN GURU CEMERLANG

pada pandangan saya, sahsiah dan keterampilan sangat sinonim dengan profesion tidak kira sama ada menjadi seorang guru ataupun profesion lain bahkan sekiranya kita bukan dalam kalangan mereka-mereka ini juga, kita perlu menjaga sahsiah dan juga keterampilan. Di sini, suka untuk saya menyenaraikan beberapa kriteria yang perlu ada di dalam seorang guru cemerlang:
1) bersemangat dan berkeyakinan tinggi
dalam menyampaikan ilmu, sifat-sifat seperti semangat dan yakin perlu ada dalam diri guru itu sendiri. guru boleh menggunakan nada suara yang naik dan turun di mana dapat mempamerkan semangat dan kepentingan ilmu yang ingin disampaikan. guru juga hendaklah yakin dalam menyampaikan ilmu agar ilmu yang diterima oleh murid diyakini dan dapat dipercayai
2)bersifat cemerlang dari setiap aspek
dalam menghasilkan murid yang cemerlang, guru seharusnya terlebih dahulu menjadi ataupun bersifat cemerlang. Cemerlang yang perlu dalam diri seorang guru itu tidak hanya tertakluk pada satu aspek sahaja tetapi merangkumi semua aspek.
3)keupayaan memimpin
sebagai seorang guru, menonjolkan sifat kepimpinan sangat penting untuk mengarah dan mengawal kelas menjadi suasana pembelajaran yang diinginkan oleh guru itu sendiri. sekiranya, guru asyik mempamerkan sifat lemah, guru tersebut tidak akan mendapat tempat di hati murid-murid bahkan sentiasa tidak diendahkan oleh murid.
4)sentiasa menjadikan diri guru sebagai model ikutan kepada murid
kriteria ini merupakan sifat yang perlu ada pada diri seorang guru itu bahkan apabila kira menyelusuri sirah nabawiyyah, nabi Muhammad SAW merupakan contoh pendidik yang terbaik. baginda merupakan guru yang terbaik untuk dijadikan contoh. di samping itu, guru itu sendiri hendaklah meletakkan Rasulullah SAW itu sendiri sebagai role model dalam mencontohi didikan gaya rasulullah SAW

Date 29/09/2013
By aini romali
Subject salam

sdikit pndangan bagi sahsiah dan ketrampilan guru cmerlang..
pada pandangan saya,guru yang cmerlang bukan shaja dlihat dari aspek pngajaran dlm p n p,bahkan dari sudut penampilan dan personaliti guru sendiri..penampilan guru yang kemas dan bersih akan membuatkan murid berasa senang mlihat guru,cuba anda byangkan,jika seorg guru memakai pkaian yang tdak diseterika dan bkedut hadir di dlm kelas..bukankah ia akn menunjukkan bhawa seorg guru sndiri tdak mempunyai disiplin dlm dirinya..guru juga secara tdak langsung menjadi role mdel kpd murid..
usah realisasikan peribahasa seperti ketam mgajar anaknya bjalan betul..guru sdiri perlu bdisiplin thadap dirinya utk mjaga penampilan dirinya,.wallahu'alam.

 

© 2014 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode