MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5 : Bincangkan sahsiah dan ketrampilan sebagai guru cemerlang

Topic: Diskusi 5

Date 29/09/2013
By Normaziah Mohamad Ramli
Subject Sahsiah dan ketrampilan guru cemerlang

assalamualaikum..sy bsetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh aini bahawa guru cemerlang bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangannya dalam menjalankan proses pdp, malah guru juga perlu cemerlang dari segi sahsiah dan ketrampilan. tidak mustahil adanya guru yang cemerlang di dalam kelas tetapi dari sudut sahsiah dan ketrampilan, dia gagal menjadi guru cemerlang.
oleh sebab itu, sebagai seorang guru, sahsiah dan ketrampilan yang baik perlu ditunjukkan kerana kita perlu sedar bahawa setiap perlakuan, perbuatan, dan juga kata-kata kita akan sentiasa diperhatikan oleh murid. melalui pemerhatian itu juga murid akan mencontohi apa yang dilakukan oleh guru. jika guru berkelakuan tidak elok, maka anak murid pun sudah tentu tidak akan dibentuk dengan baik dan sebaliknya jika guru menunjukkan sahsiah dan peribadi yang baik, maka murid akan dapat mencontohi sifat tersebut dan menjadikan guru sebagai 'role model' dalam hidup. sahsiah dan ketrampilan guru jelas memainkan peranan penting dalam mendidik murid. oleh sebab itu, guru mestilah mempunyai ciri-ciri sahsiah yang unggul seperti mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana, jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri dan sebagainya.

Date 26/09/2013
By Nor Najihah bt Zainudin
Subject Assalamualaikum

Pada pandangan saya, guru yang cemerlang adalah guru yang sentiasa berani menghadapi cabaran. Tatkala guru-guru lain sudah patah hati, sakit hati dan kecil hati dengan kenakalan murid yang memang sukar dibendung, guru yang cemerlang akan cuba sedaya upaya menguji diri mereka. Murid mereka adalah bahan uji kaji atas segala kajian dan tindakan yang dilaksanakan. Jika berjaya mengubah sikap murid nakal itu, alhamdulillah. Jika tidak berjaya, guru itu beralih kepada tindakan yang lain. Inilah guru cemerlang sepanjang hayat.

Wallahu'alam.
Buka kepada respon dan penambahbaikan.

Date 07/10/2013
By Nurul Afiqah binti Alias
Subject Re: Assalamualaikum

Saya sangat tertarik dengan idea yang anda lontarkan Nor Najihah.

Dalam era globalisasi kini, bukan mudah untuk kita melihat golongan guru yang sentiasa berani untuk menghadapi cabaran. Saya sendiri kurang pasti di mana silapnya yang menyebabkan perkara tersebut berlaku, namun apa yang jelas, boleh dikatakan hampir kebanyakan guru kini tidak berani untuk mengambil sebarang risiko dan mendepani cabaran yang mendatang. Buktinya, jika dilihat kini, terdapat segelintir guru hanya membiarkan sahaja sikap murid yang melampau di dalam bilik darjah dengan berpegang kepada alasan 'saya hanya menyampaikan silibus', 'biarlah, budak2 memang seperti itu', yang penting saya mengajar', atau 'itu bukan anak saya, mereka ada ibu bapa di rumah'. Bagi pendapat saya, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku.

Tidak dinafikan, kini, cabaran untuk seorang guru semakin besar dan lebih kompleks. Namun, sebagai seorang guru cemerlang, kita seharusnya berani untuk mencuba pelbagai strategi dan pendekatan untuk mengatasi masalah kenakalan murid tersebut. Guru yang cemerlang perlu recheck diri dan menilai di mana silapnya cara mendidik sebelum ini dan cuba untuk mengaplikasikan cara atau kaedah yang lain. Saya sangat berminat dan bersetuju dengan kata-kata anda,

"Murid mereka adalah bahan uji kaji atas segala kajian dan tindakan yang dilaksanakan. Jika berjaya mengubah sikap murid nakal itu, alhamdulillah. Jika tidak berjaya, guru itu beralih kepada tindakan yang lain..."

Guru yang cemerlang perlu sentiasa bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi. Seorang guru bukan hanya perlu merancang pnp dengan RPH atau BBM sahaja, tetapi mereka juga perlu merancang strategi untuk menghadapi kerenah murid di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, murid yang merupakan kanak2 adalah bersifat aktif dan 'unexpectable'. Kita tidak boleh menganggap dan berharap murid akan selalu bersikap baik, sebaliknya kita sendirilah yang perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Jika kejadian A berlaku, kita sudah bersedia dengan plan A..jika plan A tidak berjaya, maka kita terus mencuba dengan plan B..dan sekiranya masih gagal, kita teruskan pula dengan plan C, hatta sehingga ke plan Z sekalipun..yang penting, KITA BERANI MENCUBA DAN AKAN TERUS MENCUBA..GURU YANG CEMERLANG SEHARUSNYA TIDAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA..

Wallahu'alam..sekadar respon dan penambahan dari saya.Andai ada salah dan silap, saya mohon berbanyak kemaafan.

Date 24/09/2013
By Nur Nashroh Othman
Subject Assalamualaikum

Assalamualaikum, pada pendapat saya , seorang guru ataupun seorang komunikator yang cemerlang mempu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami. Komunikator juga perlu mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid serta merancang pengajaran terlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pemberjalan berjalan dengan lancar.

Date 26/09/2013
By Nor Najihah bt Zainudin
Subject Re: Assalamualaikum

Setuju dengan pandangan Nashroh.

Bukan sekadar itu, komunikator yang cemerlang turut mampu menerbitkan humor dalam pengajaran mereka. Tempoh satu jam pengajaran dengan hanya mendengar isi pelajaran yang disampaikan secara mendatar, pasti membosankan murid. Humor yang dirancang atau berlaku secara spontan ini sebenarnya melahirkan perasaan seronok, terbuka dan menjadikan guru itu mudah didekati. Tak perlu humor yang terlalu tinggi, cukup sekadar humor biasa. Kadang-kadang, guru silap menyebut perkataan 'ibu' menjadi 'ubi' pun sudah mampu menyebabkan murid ketawa tak putus-putus.

Maka tidak hairanlah ceramah Ustaz Azhar Idrus mengundang puluhan ribu penonton. Kaedahnya 'kena' dengan masyarakat.

Kesannya,
1. Senyum terpamer
2. Ilmu diperolehi

 

© 2014 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode