1.Bincangkan kepentingan sistem gadaian dalam Islam dan bagaimanakah boleh dikatakan sistem gadaian Islam mampu menjana ekenomi umat.
Date | 30/08/2015 |
By | ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J |
Subject | KEPENTINGAN SISTEM GADAIAN |
KEPENTINGAN GADAIAN
1) Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang bersih dan di bolehkan oleh syarak.
2) Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.
3) Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dihutangkan.
4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian
SISTEM GADAIAN ISLAM MAMPU MENJANA EKONOMI UMAT:
-Dalam menjana serta menstabilkan ekonomi, sistem gadaian juga memainkan peranan dalam membantu ekonomi umat Islam supaya lebih senang maju dan berkembang.
- Ini kerana, dengan adanya pajak gadai yang berkonsep islam serta memenuhi syara’ diharapkan menjadi sebagai suatu alternatif kepada umat Islam dalam membantu menjadi perintis kepada pergerakan ekonomi yang lebih jitu terutamanya membantu:
i. mereka yang memerlukan suntikan modal awal.
ii. mereka yang mempunyai kesungguhan dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal.