MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 9: Pembahagian harta pusaka

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai "ashab al-furudh" dan catatkan jenis perwarisan "ashab al-furudh".

2. Jelaskan sebab-sebab yang membolehkan dan sebab yang tidak membolehkan seseorang itu mewarisi harta pusaka.

 

Topic: Diskusi 9

Date 05/10/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject SOALAN 2

SEBAB-SEBAB MEMBOLEHKAN HARTA PUSAKA

1. Perkahwinan ( النِكَاح )

Perkahwinan yang dimaksudkan di sini ialah pernikahan yang sah antara suami dan isteri berlandaskan rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang telah disyari’atkan

Termasuk juga dalam kategori ini ialah isteri yang diceraikan dengan talak raj’ie (talak yang boleh dirujuk kembali). Dalam keadaan ini, suami dan isteri saling waris mewarisi seperti mana kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya.

Adapun talak baa`in yang tidak boleh dirujuk kembali, bekas suami dan bekas isteri tidak boleh mempusakai antara satu sama lain.

2. Keturunan (النَسَاب)

Hubungan nasab ialah ahli keluarga yang mempunyai ikatan pertalian darah seperti ayah, anak, saudara seibu sebapa dan lain-lain (akan diterangkan dalam tajuk Ahli-ahli Waris yang Berhak).

Manakala mereka yang tidak mempunyai hubungan nasab seumpama ayah angkat, anak angkat dan sebagainya tidak boleh mewarisi antara satu sama lain.

3. Pembebasan hamba ( الوَلَاء )

Iaitu tuan yang membebaskan hamba akan mendapat harta pusaka jika hamba yang merdeka itu tidak mempunyai ahli waris.

Perkara yang tidak membolehkan seseorang itu mewarisi harta pusaka .

1. Membunuh

عَنْ عُمَرقال : سَمِعْتُ النَّبِى صلى الله عليه و سلم يَقُولُ ( لَيْسَ لِقَاتِلٍ مِيرَاثٌ )

Daripada Umar, aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda " Seorang pembunuh tidak berhak memperolehi harta pusaka." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dalam mazhab Syafie, membunuh dengan tidak sengaja juga tidak boleh mewarisi harta pusaka. Sebagai contoh, seorang lelaki membawa ibunya menaiki kereta. Akibat kecuaiannya maka berlaku kemalangan yang mengakibatkan ibunya terbunuh. Keadaan tersebut menyebabkan lelaki itu tertegah daripada mendapat harta pusaka ibunya.

2. Berlainan agama atau murtad

عَنْ أُسَامَة بن زَيْد أَنَّ النَّبىَ صلى الله عليه و سلم قَالَ (لا يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَ لا يَرِثُ الكَافِرُ المُسْلِمَ ) متفق عليه.

Daripada Usamah bin Zaid sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : " Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.”

Masa keislaman dan kekufuran ahli waris diukur apabila pewaris meninggal dunia.
Contohnya semasa abang Saleh hidup, Saleh masih beragama Islam. Setelah abangnya meninggal dunia, Saleh murtad (na’uzubillah). Walaupun dia murtad, namun Saleh tetap memperolehi harta pusaka abangnya.

Berbeza pula keadaan Pak Mail. Semasa anaknya masih hidup, Pak Mail telah murtad sehinggalah anaknya meninggal dunia. Pada ketika itu Pak Mail berasa insaf lalu bertaubat kembali semula kepada Agama Islam. Dalam hal ini, Pak Mail tidak akan memperolehi harta warisan anaknya.

3. Hamba sahaya

عَنْ ابنِ عُمَر أَنَّ النَّبيَ صلى الله عليه و سلم قَالَ : ) وَ مَنْ بَاعَ عَبْدًا فَمَالُهُ لِلَّذِي بَاعَهُ إِلا أَنْ يَشْتَرِطَ المُبتاع

Daripada Ibn Umar bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : " Siapa yang menjual seorang hamba sedangkan dia (hamba) memiliki harta, maka hartanya tersebut menjadi milik pembelinya, kecuali bila hamba tersebut mensyaratkannya (iaitu membuat perjanjian dahulu dengan pembelinya supaya hartanya tidak menjadi milik tuannya yang baru tersebut).” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Date 18/08/2015
By NUR HAMEMI BT ABDUL MAJID - PIM 8J
Subject PIM 3143

SOALAN 2

Sebab yang membolehkan seseorang mewarisi harta pusaka:
1. Nikah ( النكاح )
Artinya karena ada ikatan pernikahan, apabila seorang laki-laki telah menikah dengan seorang perempuan maka laki-laki berhak menerima warisan dari perempuan atau sebaliknya
2. Al-Wala ( الولاء ) memerdekakan hamba
Apabila seseorang telah memerdekakan seorang hamba, maka orang tersebut berhak mendapat warisan dari orang yang telah dimerdekakan (dibebaskan)
3. An-Nasab ( النسب ) keturunan

Sebab yang tidak membolehkan seseorang mewarisi harta pusaka:
1. Ar-Riqqu ( الرق )
Artinya seorang hamba tidak akan mendapat warisan dari siapapun walaupun dari orang tuanya sendiri.
2. Al-qotlu ( القتل ) membunuh
Seperti anak membunuh bapaknya, maka si anak tidak akan mendapat warisan dari bapaknya
3. Ikhtilafuddin ( اختلاف الدين ) berbeza agama
Apabila seorang anak beragama Kristian sedangkan bapaknya beragama Islam maka si anak tidak akan mendapat warisan dari bapaknya, begitu juga sebaliknya si bapak tidak akan mendapatkan warisan dari anaknya.

Date 18/08/2015
By NUR HAMEMI BT ABDUL MAJID - PIM 8J
Subject PIM 3143

Ashabul-Furud bermaksud waris-waris yang menerima harta pusaka berpandukan ketetapan syarak (Al-Quran, Al-Sunnah atau Ijmak).
Furud yang telah ditetapkan didalam Al-Quran ada 6 dan waris Ashabul
SOALAN 1
Furud yang akan mewarisi Furud tersebut ada 13 orang, iaitu empat dipihak lelaki dan sembilan dipihak perempuan.
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Date 17/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Ashabul al-furud

Ashab al-furud ialah ahli-ahli waris yang telah ditetapkan bahagian atau saham mereka dalam pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.
Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki seibu.
Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah dan dhawi al-arham.
Ahli waris ashab al-furud akan menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.
(i) Suami
Mendapat 1/2 jika isteri (si mati) tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan)atau cucu ke bawah, atau ¼ jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.

(ii) Isteri
Mendapat 1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/8 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.

(iii) Bapa
Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6 dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau asabah jika si mati tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.

(iv) Datuk (bapa kepada bapa)
Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 atau 1/6 dan asabah atau asabah iaitu sama seperti bapa.

(v) Ibu
Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak, atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan); atau 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas; atau 1/3 baki jika si mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).

(vi) Nenek
Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 sama ada seorang atau lebih.


(vii) Anak perempuan
Mendapat 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersamasama dengan anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua bahagian anakperempuan.

(viii) Anak perempuan kepada anak lelaki
Mendapat 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih, 1/6 jika bersama-sama seorang anak perempuan; mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali jika terdapat anak lelaki kepada anak lelaki yang samasama menerima asabah bi al-ghayr.

(ix) Saudara perempuan seibu sebapa
Mendapat 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih; asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.

(x) Saudara perempuan sebapa
Mendapat 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua atau lebih;1/6 jika bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa; asabah bi al-ghayr jika bersama saudara lelaki sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua-duanya; atau terdinding oleh anak lelaki, cucu lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sebapa, dua orang saudara perempuan seibu sebapa (kecuali jika ada saudara lelaki sebapa) dan oleh seorang saudara perempuan seibu sebapa ketika dia menerima asabah ma’a al-ghayr.

(xi) Saudara perempuan seibu Mendapat 1/6 jika seorang atau 1/3 jika dua orang atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan sama ada lelaki atau perempuan, bapa atau datuk.

(xii) Saudara lelaki seibu
Mendapat 1/6 jika seorang atau 1/3 jika dua orang atau lebih; atau didinding oleh anak keturunan lelaki atau perempuan, bapa atau datuk.

Ahli-ahli waris ashab al-furud terbahagi kepada tiga golongan, iaitu:
(a) Ahli waris utama yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa dan anak perempuan. Mereka tidak digugurkandari menerima pusaka secara mutlak.

(b) Ahli waris gantian yang terdiri daripada datuk, nenek dan anak perempuan kepada anak lelaki. Ahli-ahli waris ini akan menggantikan tempat ahli waris utama dalam menerima pusaka seperti datuk menggantikan tempat bapa, nenek menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki menggantikan tempat anak perempuan.

(c) Ahli waris sisian (hawasyi) yang terdiri daripada saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki dan perempuan seibu

Date 17/08/2015
By Dr.Ridzuan
Subject Re: Ashabul al-furud

Tahniah...saya perkongsian yang amat bermakna untuk semua rakan

Date 18/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Re: Re: Ashabul al-furud

Terima kasih Ustaz...


Perkara yang menyebabkan sesuatu harta itu menjadi harta pusaka seseorang ada empat:
1. Hubungan keturunan. Iaitu hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi oleh ibubapa si mati dan orang yang ada hubungan dengan mereka berdua seperti adik-beradik lelaki dan perempuan si mati atau anak-anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa si mati.

2. Pernikahan atau perkahwinan. Iaitu hubungan perkahwinan yang sah, walaupun mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat. Kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka pasangannya.

3. Wala’. Ia bermaksud pembebasan hamba. Ia dimiliki oleh bekas pemilik hamba daripada hamba yang dibebaskan. Bekas pemilik hamba akan mewarisi pusaka sama ada bekas hambanya lelaki mahupun wanita. Bekas pemilik hamba ini dianggap sebagai asabah kerana diri sendiri (al-asabah bi al-nafs)

4. Islam. Iaitu apabila seseorang muslim mati dan tidak mempunyai sesiapa yang mewarisinya, maka harta peninggalannya diserahkan kepada Bayt al-Mal.


ORANG YANG TIDAK BERHAK MENDAPAT HARTA WARIS
1. Ar-Riqqu Atau Hamba Sahaya
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berkata : “Hamba adalah manusia yang tidak memiliki kuasa sendiri, tetapi dia dimiliki, boleh dijual, boleh dihibahkan dan diwaris. Dia dikuasai dan tidak memiliki kekuasaan. Adapun (yang menjadi) sebab dia tidak mendapatkan warisan, karena Allah membagikan harta waris kepada orang yang berkuasa memiliki sesuatu, sedangkan dia (budak) tidak memiliki kuasa.

2. Al-Qatil Atau Membunuh Orang Yang Akan Mewariskan
Bila ada orang yang berhak menerima waris, tetapi orang itu membunuh orang yang akan mewariskan, misalnya ada anak yang tidak sabar menanti warisan ayahnya, sehingga ia membunuh ayahnya, maka anak tersebut tidak berhak mengambil pusaka ayahnya.

3. Ikhtilaffud Din Atau Berlainan Agama Dan Murtad
Ahli waris lain agama, misalnya yang meninggal dunia orang Yahudi, sedangkan ahli warisnya Muslim, maka ahli waris yang Muslim tersebut tidak boleh mewarisi hartanya.

4. Al-Muthallaqah Raj’iah Atau Talak Raj’i Yang Telah Habis Masa Iddahnya
Wanita yang sudah habis masa iddahnya, tidak mendapatkan warisan dari suaminya yang meninggal dunia. Demikian pula sebaliknya. Tetapi bila meninggal dunia sebelum habis masa iddahnya, jika salah satunya meninggal dunia, maka mendapat harta waris.

5. Al-Muthallaqah Al-Bainah Atau Talak Tiga
Wanita yang dicerai tiga kali dinamakan thalaq ba’in. Bila suami menceraikannya dalam keadaan sehat, lalu meninggal dunia, maka si isteri tidak mendapat warisan. Demikian pula sebaliknya. Atau suami dalam keadaan sakit keras dan tidak ada dugaan menceraikannya karena takut isteri mengambil warisannya, maka si isteri tidak mendapat warisan pula. Tetapi bila suami menceraikannya karena bermaksud agar isteri tidak mendapatkan warisan, maka isteri mendapatkan warisan.

6. Al-Laqit Atau Anak Angkat
Dalam hal ini termasuk juga orang tua angkat. Keduanya tidak medapat warisan bila salah satunya meninggal dunia, sekalipun sama agamanya dan diakui sebagai anaknya sendiri, atau bapaknya sendiri, sudah memiliki akte kelahiran dan di catat sebagai anak atau bapak kandung, karena istilah orang tua dan anak ialah yang satu darah yang disebabkan pernikahan menurut syar’i.

7. Ibu Tiri Atau Bapak Tiri
Anak tiri tidak mendapatkan warisan bila bapak tiri atau ibu tirinya meninggal dunia.

8. Auladul Li’an Atau Anak Li’an
Apabila suami menuduh isterinya berzina dan bersumpah atas nama Allah empat kali, bahwa tuduhannya benar, dan sumpah yang kelima disertai dengan kata-kata “ Laknat Allah atas diriku bila aku berdusta”, kemudian isterinya juga membalas sumpahnya sebagaimana disebutkan di dalam surat An-Nur ayat 6, maka anaknya dinamakan anak li’an (tidak diakui oleh suami), maka anak tersebut tidak mendapat warisan bila yang meli’an meninggal dunia. Demikian pula sebaliknya, jika anak tersebut meninggal. Alasannya, karena anak itu tidak diakui oleh yang meli’an. Anak yang dili’an hanya mendapatkan harta waris dari ibunya dan sebaliknya.

9. Auladuz Zina Atau Anak Yang Lahir Hasil Zina
Anak yang dilahirkan hasil zina, maka anak tersebut tidak mendapatkan harta waris dari laki-laki yang menzinai, dan sebaliknya. Tetapi, anak mendapatkan warisan dari ibunya dan juga sebaliknya. Alasannya, karena anak yang mendapatkan harta waris ialah anak senasab atau satu darah, lahir dengan pernikahan syar’i.

Selain keterangan di atas, ada pula ahli waris yang mahjub isqath terhalang karena ada orang yang lebih kuat dan dekat dengan si mati. Misalnya saudara mahjub (tidak mendapatkan harta waris), karena ayah si mati masih hidup, atau cucu mahjub karena anak masih hidup, saudara mahjub dengan anak, bapa dari seterusnya.



Date 15/08/2015
By norlini din janai@janan
Subject soalan 2

1.Hubungan Keluarga (Nasabiah wal-Qaravah)

Berdasarkan hubungan dengan pewaris, ahli waris yang berhak mendapatkan bagian warisan kerana adanya hubungan keluarga terdiri dari tiga kelompok berikut ini,

a. Usulul-mayyit dalah hubungan ke atas, seperti ayah, ibu, nenek, kakak, dan seterusnya.

b. Furu’ul-mayyit adalah hubungan ke bawah, seperti, anak, cucu, dan seterusnya.

c. Al-Hawasyil-mayyit adalah hubungan menyamping, seperti saudara laki-laki, saudara perempuan, dan paman sekandung.

Dilihat dari status bagian harta warisan yang diterimanya, ahli waris yang berhak mendapatkan bagian warisan karena adanya hubungan keluarga terdiri dari tiga kelopok berikut ini.

a. Ashabul-furud nasabiah adalah ahli waris yang berhak menerima bagian tertentu

b. Ashabun-nasabiah adalah ahli waris yang berhak menerima bagian sisa dari ashabul-furud. Apabila ashabul furud tidak ada, ia akan menerima seluruh harta warisan. Akan tetapi, apabila harta warisan sudah habis dibagi kepada ashabul-furud, ia tidak mendapatkan apa-apa

c. Zawil-arham adalah ahli waris yang agak jauh nasabnya. Ahli waris ini akan menerima warisan apabila ahli waris yang lebih dekat tidak ada.
2.Hubungan Perkawinan

Perkawinan yang sah akan menimbulkan hubungan saling mewarisi antara suami isteri. Hubungan tersebut akan terus berlangsung selama perkawinan tersebut masih utuh dan akan gugur apabila keduannya bercerai
3.Hubungan Pembebasan Budak (walak)

Walak adalah hubungan kekeluargaan yang timbul karena memerdekakan budak. Orang yang memerdekakan budak akan memperoleh hak walak atas budak yang dimerdekakannya.
4.Hubungan Agama

Apabila ada orang Islam yang meninggal dunia dan tidak mempunyai ahli waris dari hubungan keluarga, perkawinan dan walak, harta warisanya akan diserahkan ke baitul mal untuk kepentingan kaum muslimin. Hal itulah yang dimaksud dengan hubungan agama dalam pewarisan.berkenaan dengan hal itu, Rasulullah saw bersabda dalam hadis berikut ini.
Sebab Terhalangnya Pewarisan.

Beberapa sebab terhalangnya pewarisan adalah kedudukan ahli waris sebagai budak, pembunuh, orang yang murtad, dan berlainan agama

1. Budak

Ahli waris yang kedudukannya sebagai budak tidak berhak menerima harta warisan, baik dari majikannya maupun dari orang tua kandungnya. Ahli waris tersebut berhak menerima harta warisan apabila ia sudah merdeka.

2. Pembunuh

Ahli waris yang membunuh pewaris dengan sengaja kerana menginginkan harta warisannya tidak berhak mewarisi harta peninggalan pewaris. Apabila pembunuh tersebut tidak sengaja, hak mewarisinya tidak gugur, tetapi ahli waris itu harus membayar denda sesuai ketentuan hukum Islam.

3. Murtad

Ahli waris yang murtad tidak berhak menerima harta warisan keluarganya yang beragama Islam. Demikian juga sebaliknya, orang Islam tidak berhak mewarisi peninggalan keluarganya yang non-Islam. Rasulullah saw bersabda dalam hadis berikut ini.

4. Berlainan Agama

Orang yang tidak beragama Islam tidak berhak menerima harta warisan keluarganya yang beragama Islam. Demikian juga sebaliknya, orag Islam tidak berhak mewarisi peninggalan keluarganya yang non-Islam. Rasulullah saw bersabda dalam hadis berikut ini.

Ertinya :

Seorang muslim tidak barhak mewarisi harta peninggalan orang kafir dan orang kafir tidak berhak pula mewarisi harta peninggalan orang Islam (H.R. Jamaah)


Ertinya

Saya menjadi ahli waris orang yang tidak mempunyai ahli waris (H.R. Ahmad dan Abu Dawud)

Adapun yang dimaksud dengan ahli waris menurut Rasulullah saw adalah menerima dan menyaurkan warisan untuk kemaslahatan kaum muslimin.

Date 15/08/2015
By norlini din janai@janan
Subject soalan 1


Ash-habul furudh iaitu orang-orang yamg mendapatkan hak warisan secara faraid iaitu wujudnya bahagian yang ditentukan oleh syariat dari harta yang ditinggalkan pemberi warisan
Ashabul Furud dan bagian Ashobahnya
Ahli waris yang menerima bagian tertentu itulah yang disebut dengan ashab alfurudh, pada umumnya ahli waris ashab al furudh adalah perempuan, sementara ahli waris laki-laki menerima bagian sisa, kecuali bapak, kakek dan suami, bahkan mereka diperlakukan sebagaimana halnya barang, yang hanya bisa dimiliki, tetapi tidak dapat memiliki sesuatu. Adapun bagian-bagiannya yang diterima oleh ashab al furudh adalah:
a. Anak perempuan, berhak menerima bagian:
1) ½ jika seorang tidak bersama lanak laki-laki
2) 2/3 jika dua orang atau lebih, tidak bersama anak laki-laki
b. Cucu perempuan, garis laki-laki, berhak menerima bagian:
1) ½ jika seorang, tidak bersama cucu laki-laki atau tidak terhalang (mahjub)
2) 2/3 jika dua orang atau lebih, tidak bersama dengan cucu laki-laki dan tidak mahjub
3) 1/6 sebagian penyempurna 2/3, jika bersama seorang anak perempuan tidak ada cucu laki-laki dan tidak mahjub. Jika anak perempuan dua orang atau lebih maka tidak mendapat bagian.
c. Ibu berhak menerima bagian :
1) 1/3 jika tidak anak atau cucu saudara dua orang atau lebih
2) 1/6 jika ada cucu atau bersama dua orang saudara atau lebih
3) 1/3 sisa dalam masalah gharrawin yaitu apabila ahli waris yang ada terdiri dari suami/isteri, ibu dan bapak.
d. Bapak berhak menerima bagian :
1) 1/6 jika ada anak laki-laki atau cucu laki-laki garis laki-laki
2) 1/6 + sisa, jika bersama anak perempuan atau cucu perempuan garis laki-laki
e. Jika bapak bersama ibu, maka :
1) Masing-masing menerima 1/6 jika ada anak, cucu atau saudara dua orang atau lebih
2) 1/3 untuk ibu, bapak menerima sisanya, jika tidak ada anak, cucu atau saudara dua orang atau lebih
3) 1/3 sisa untuk ibu, dan bapak sisanya setelah diambil untuk ahli waris suami dan isteri
f. Nenek, jika tidak mahjub berhak menerima bagian:
1) 1/6 jika searang
2) 1/6 dibagi rata apabila nenek lebih dari seorang dan sederajat kedudukannya.
g. Kakek, jika tidak mahjub berhak menerima bagian:
1) 1/6 jika bersama anak laki-laki atau cucu laki-laki garis laki-laki
2) 1/6 + sisa, jika bersama anak atau cucu perempuan garis laki-laki tanpa ada anak laki-laki.
3) 1/6 atau muqasamah (bagi rata) dengan saudara sekandung atau seayah, setelah diambil ahli waris lain
4) 1/3 atau muqasamah bersama saudara sekandung atau seayah, jika tidak ada ahli waris lain. Masalah ini disebut dengan masalah al-jadd ma’al al-ikhwah (kakek bersama saudara-saudara)
h. Saudara perempuan sekandung, jika tidak mahjub mendapat bagian:
1) ½ jika seorang, tidak bersama saudara laki-laki sekandung
2) 2/3 jika dua orang atau lebih, tidak bersama saudara laki-laki sekandung
i. Saudara perempuan seayah, jika tidak mahjub mendapat bagian:
1) ½ jika seorang dan tidak bersama saudara laki-laki seayah
2) 2/3 jika dua orang atau lebih tidak bersama saudara laki-laki seayah
3) 1/6 jika bersama dengan saudara perempuan sekandung seorang, sebagai pelengkap 2/3 (takmilah li al-salusain)
j. Saudara seibu, baik laki-laki atau perempuan kedudukannya sama apabila tidak mahjub, saudara seibu berhak menerima bagian:
1) 1/6 jika seorang
2) 1/3 jika dua orang atau lebih
3) Bergabung menerima bagian 1/3 dengan saudara kandung, ketika bersama-sama dengan ahli waris suami dan ibu. Masalah ini disebut dengan masalah musyarakah




k. Suami berhak menerima bagian:
1) ½ jika istrinya meninggal tidak mempunyai anak atau cucu
2) ¼ jika istrinya yang meninggal mempunyai anak atau cucu
l. Istri berhak menerima bagian:
1) ¼ jika suami yang meninggal tidak mempunyai anak atau cucu
2) 1/8 jika suami yang meninggal mempunyai anak atau cucu.

Date 14/08/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

SOALAN 1
ASHABUL FURUDH
Ashabul Furudh (Zawil Furudh) adalah bahagian-bahagian yang telah ditentukan oleh syariat Islam (al-Qur’an dan Hadis) berkenaan dengan orang yangberhak mendapatkan harta warisan.
Bahagian-bahagian itu adalah:
i- (1/2)
Para ahli warisnya adalah 5 (lima) orang, iaitu:
1. Anak Perempuan, apabila hanya seorang diri, jika si mati tidak meninggalkan anak laki-laki
2. Seorang cucu perempuan dari laki-laki, jika si mati tidak meninggalkan anak atau cucu laki-laki
3. Seorang saudara perempuan sekandung apabila seorang diri
4. Seorang saudara perempuan, jika hanya seorang diri
5. Suami, jika tidak ada anak atau susu

ii- (1/4)
Para ahli warisnya adalah 2 (dua) orang, iaitu:
1. Suami, jika ada anak atau cucu dari anak laki-laki
2. Isteri seorang atau lebih, jika si mati tidak meninggalkan anak atau cucu
iii- (1/8)
Para ahli warisnya adalah 1 (satu) orang, iaitu:
1. Isteri seorang atau lebih, apabila ada anak atau cucu
iv (1/3)
Para ahli warisnya adalah 2 (dua) orang, iaitu:
1. Ibu, jika si mati tidak meninggalkan anak atau cucu dari anak laki-laki atau dua orang saudara
2. Dua orang atau lebih saudara seibu bagi si mati, baik laki-laki maupun perempuan (QS, 4:12)
v- (2/3)
Para ahli warinya adalah 4 (empat) orang, iaitu:
1. Dua orang anak perempuan atau lebih, jika mereka tidak mempunyai saudara laki-laki
2. Dua cucu perempuan atau lebih dari anak laki-laki, jika mereka tidak ada anak perempuan atau saudara laki-laki
3. Dua orang saudara perempuan sekandung atau lebih, jika si mati tidak meninggalkan anak perempuan atau cucu perempuan dari anak laki-laki atau saudara laki-laki mereka
4. Dua orang saudara perempuan sebapa atau lebih, jika tidak ada yang tersebut nombor 1, 2 dan 3 atau saudara laki-laki mereka
vi- (1/6)
Para ahli warisnya adalah 7 (tujuh) orang, iaitu:
1. Ayah, jika si mati meninggalkan anak atau cucu
2. Ibu, jika si mati meninggalkan anak, cucu laki-laki atau saudara laki-laki/perempuan lebih dari seorang
3. Datuk, jika si mati meninggalkan anak, cucu dan tidak meninggalkan Bapa.
4. Nenek, jika si mati tidak ada ibu
5. Cucu perempuan dari anak laki-laki jika bersama-sama seorang anak perempuan
6. Saudara perempuan sebapa atau lebih bila ia bersama-sama saudara perempuan sekandung
7. Saudara seibu baik laki-laki/perempuan, jika si mati tidak meninggalkan anak, bapa atau datuk

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Sebab yang membolehkan seseorang mewarisi harta pusaka.

1. Penikahan, النكاح
2. Nasab, النساب
3. Tuan yang membebaskan hamba, الولاء

Perkara yang menegah daripada menerima harta pusaka

1. Membunuh

عَنْ عُمَرقال : سَمِعْتُ النَّبِى صلى الله عليه و سلم يَقُولُ ( لَيْسَ لِقَاتِلٍ مِيرَاثٌ )

Daripada Umar, aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda " Seorang pembunuh tidak berhak memperolehi harta pusaka." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dalam mazhab Syafie, membunuh dengan tidak sengaja juga tidak boleh mewarisi harta pusaka. Sebagai contoh, seorang lelaki membawa ibunya menaiki kereta. Akibat kecuaiannya maka berlaku kemalangan yang mengakibatkan ibunya terbunuh. Keadaan tersebut menyebabkan lelaki itu tertegah daripada mendapat harta pusaka ibunya.

2. Berlainan agama atau murtad

عَنْ أُسَامَة بن زَيْد أَنَّ النَّبىَ صلى الله عليه و سلم قَالَ (لا يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَ لا يَرِثُ الكَافِرُ المُسْلِمَ ) متفق عليه.

Daripada Usamah bin Zaid sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : " Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.”

3. Hamba sahaya

عَنْ ابنِ عُمَر أَنَّ النَّبيَ صلى الله عليه و سلم قَالَ : ) وَ مَنْ بَاعَ عَبْدًا فَمَالُهُ لِلَّذِي بَاعَهُ إِلا أَنْ يَشْتَرِطَ المُبتاع

Daripada Ibn Umar bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam bersabda : " Siapa yang menjual seorang hamba sedangkan dia (hamba) memiliki harta, maka hartanya tersebut menjadi milik pembelinya, kecuali bila hamba tersebut mensyaratkannya (iaitu membuat perjanjian dahulu dengan pembelinya supaya hartanya tidak menjadi milik tuannya yang baru tersebut).” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode