MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 10: pembahagian harta pusaka

1. Huraikan perwarisan bagi suami, isteri, anak perempuan dan ibu.

2. Selesaikan; seorang mati meninggalkan harta sejumlah RM 54 000 dan warisnya terdiri daripada isteri, ayah, ibu dan  4 anak perempuan.

 

Topic: Diskusi 10

Date 05/10/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject SOALAN 1

1. Suami akan memperolehi :-

a. 1/2 jika si mati tidak mempunyai anak perempuan, anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah (Golongan Anak Beranak)

b. 1/4 jika si mati mempunyai anak perempuan, anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah (Golongan Anak Beranak)

“Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan,” (Surah An-Nisaa’ ayat 12)

2. Isteri (seorang atau lebih) akan mendapat :-

a. 1/4 jika si mati tidak mempunyai anak perempuan, anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah (Golongan Anak Beranak)

b. 1/8 jika si mati mempunyai anak perempuan, anak lelaki, cucu perempuan daripada anak lelaki atau cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah (Golongan Anak Beranak)

“Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan,” (Surah An-Nisaa’ ayat 12)

PERHATIAN! Jika isteri lebih daripada seorang, maka bahagian mereka akan dibahagikan sama rata sesama mereka.

3. Ibu akan memperolehi :-

a. 1/6 jika si mati mempunyai Golongan Anak Beranak atau ada 2 orang atau lebih daripada Golongan Adik Beradik kecuali anak lelaki mereka. (Bilangan anak lelaki mereka tidak dikira dalam masalah ini)

“Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga.” (Surah An-Nisaa’ ayat 11)

“Jika dia (yang meninggal) mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam.” (Surah An-Nisaa’ ayat 11)

b. 1/3 jika si mati tidak mempunyai Golongan Anak Beranak atau tidak ada 2 orang atau lebih daripada Golongan Adik Beradik kecuali anak lelaki mereka.

“Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat sepertiga.” (Surah An-Nisaa’ ayat 11)
INGAT! Bahagian ibu juga akan dipengaruhi walaupun 2 orang atau lebih daripada Golongan Adik Beradik dihalang oleh bapa.

c. 1/3 daripada baki jika si mati hanya mempunyai ibu, ayah dan suami atau isteri (masalah gharrawiyatain).

4. Anak perempuan akan memperolehi :-

a. 1/2 jika dia berseorangan dan si mati tidak mempunyai anak lelaki.

“Jika dia (anak perempuan) itu seorang saja, maka dia memperoleh setengah (dari harta yang ditinggalkannya).” (Surah An-Nisaa’ ayat 11)

b. 2/3 jika bilangan mereka 2 orang atau lebih dan si mati tidak mempunyai anak lelaki.

“Dan jika anak itu semuanya perempuan yang jumlahnya lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan.” (Surah An-Nisaa’ ayat 11)

Date 05/10/2015
By KHAIRATI BINTI ABD RAHMAN
Subject SOALAN 2

Isteri - 1/8 = 3/27 x rm 54,000 =rm 6000

Bapa - 1/6 = 4/27 x rm 54,000 =rm 8000

Ibu - 1/6 = 4/27 x rm 54,000 =rm 8000

4 anak perempuan = 2/3 = 16/27 x rm 54,000 = rm 32, 000
( seorang anak perempuan dapat = 32,000 /4 = rm 8,000

Date 18/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Soalan 2

Isteri - 1/8 = 3/27 x rm 54,000 =rm 6000

Bapa - 1/6 = 4/27 x rm 54,000 =rm 8000

Ibu - 1/6 = 4/27 x rm 54,000 =rm 8000

4 anak perempuan = 2/3 = 16/27 x rm 54,000 = rm 32, 000
( seorang anak perempuan dapat = 32,000 /4 = rm 8,000

betul kah cara pengiraan ini?



Date 20/08/2015
By Dr. Ridzuan
Subject Re: Soalan 2

Tahniah...jawapan tepat

Date 23/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Re: Re: Soalan 2

Alhamdulillah

Date 18/08/2015
By ROZITA BINTI ABDULLAH - PIM8J
Subject Perwarisan suami, isteri, anak perempuan dan ibu

(i) Suami
Mendapat 1/2 jika isteri (si mati) tidak mempunyai anak(lelaki atau perempuan)atau cucu ke bawah,
atau ¼ jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau
cucu ke bawah.

(ii) Isteri
Mendapat 1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah,
atau 1/8 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan)
atau cucu ke bawah.

(iii) Anak perempuan
Mendapat 1/2 jika seorang,
2/3 jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua
bahagian anak perempuan.
.
(v) Ibu
Mendapat 1/6 jika si mati mempunyai anak, atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan);
atau 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas;
atau 1/3 baki jika si mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).

Date 15/08/2015
By norlini din janai@janan
Subject pim 3143 soalan 1

Waris Bahagian Kenyataan didalam Al-Quran*
Suami 1/2 Jika isteri tidak ada meninggalkan anak
1/4 Jika isteri ada meninggalkan anak
Isteri 1/4 Jika suami tidak ada meninggalkan anak
1/8 Jika suami ada meninggalkan anak
Anak perempuan 1/2 Jika seorang sahaja dan tiada anak lelaki
2/3 Jika lebih daripada seorang dan tiada anak lelaki
Ibu 1/3 Jika yang tinggal ibu dan bapa sahaja
1/6
Bapa 1/6

Date 14/08/2015
By MOHD ASRI BIN ISHAK (PIM 8J)
Subject PIM 3143 (SOALAN 2)

1- Isteri mendapat 1/8 bahagian, oleh itu RM54,000 X 1/8 = RM6,750.00
2- Ayah mendapat 1/6 bahagian. oleh itu RM54,000 X 1/6 = RM9,000.00
dan ayah mengambil baki kerana si mati ada anak perempuan shj.
3- Ibu mendapat 1/6 bahagian, oleh itu RM54,000 X 1/6 = RM9,000.00
4- Empat anak perempuan mendapat 2/3 bahagian setelah ditolak bahagian
untuk isteri, ayah dan ibu. (RM54,000 - RM24,750 = RM29,250). Oleh itu
RM29,250 X 2/3 = RM19,500) Kemudian jumlah itu dibahagi 4 (RM19,500
bahagi 4) = RM4,875.00 seorang.
- Baki (RM9,750.00) menjadi hak ayah sebagai عصبة بنفسه
Wallahu a'lam.

Date 17/08/2015
By Dr.Ridzuan
Subject Re: PIM 3143 (SOALAN 2)

Pengiraan tidak tepat kerana jumlah asal masalah lebih kecil drp jumlah bahagian yg diperolehi oleh pewaris.... cuba lagi..

Date 14/08/2015
By MOHD ASRI BIN ISHAK (PIM 8J)
Subject PIM 3143 (SOALAN 1)

Bahagian harta pusaka ialah seperti berikut;
a) Suami akan mendapat=
i - 1/2 jika si mati tiada anak
ii - 1/4 jika si mati ada anak
b) Isteri akan mendapat =
i - 1/4 jika si mati tiada anak
ii - 1/8 jika si mati ada anak
c) Anak perempuan akan mendapat =
i - 1/2 jika anak perempuan itu seorang shj
ii - 2/3 jika anak perempuan itu 2 orang atau lebih
iii - عصبية بالغير (asobiah bil ghair) yang bermaksud mengambil baki
dengan sebab ada anak lelaki iaitu mereka berkongsi semua baki harta
tersebut. Bahagian anak perempuan ialah 1 dan lelaki 2.
d) Ibu akan mendapat =
i - 1/3 jika si mati tidak mempunyai anak
ii - 1/6 jika si mati mempunyai anak

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode