MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 9: Pembahagian harta pusaka

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai "ashab al-furudh" dan catatkan jenis perwarisan "ashab al-furudh".

2. Jelaskan sebab-sebab yang membolehkan dan sebab yang tidak membolehkan seseorang itu mewarisi harta pusaka.

 

Topic: Diskusi 9

Date 17/08/2015
By Dr.Ridzuan
Subject Re: PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang berkongsi banyak maklumat untuk faedah kita bersama n syukran

Date 13/08/2015
By JAMILAH BT DIN
Subject PIM3143 PENGAJIAN FIQH

Ashab al-furud bermaksud waris-waris yang mendapat bahagian yang tetap dalam harta pusaka sebagaimana ditetapkan dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijma'. Waris ashab al-furud akan menerima bahagian (fardu) yang tetap tanpa berlaku pengurangan atau pertambahan kecuali jika berlaku masalah al-cawl atau al-radd.

Mereka terdiri dari 12 golongan (empat dari kalangan lelaki dan lapan dari kalangan perempuan) iaitu suami, bapa, datuk, isteri, ibu, nenek, anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan saudara lelaki seibu.

 

© 2014 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode