MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5 : Bincangkan sahsiah dan ketrampilan sebagai guru cemerlang

Topic: Diskusi 5

Date 20/10/2013
By SOLIHIN 16
Subject ASSALAMUALAIKUM..

ciri-ciri guru cemerlang??banyak sebenarnya..tetapi yang penting adalah

NIAT dan AMANAH..


antara yang boleh saya kongsikan adalah :-

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
- Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
- Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
- Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
- Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
- Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
- Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
- Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Date 19/10/2013
By ABU BAKAR ABDULLAH
Subject GURU CEMERLANG MURID TERBILANG

Alhamdulillah, saya terharu dan teruja melihat post2 dari rakan2. Banyak yang saya dapat cedoki. Jadi apa yang hendak saya sampaikan telah dinukilkan oleh rakan2. Oleh itu saya amat bersetuju dengan pandangan rakan2.

Date 17/10/2013
By Masitah Binti Mohamed Khasim
Subject ASPEK GURU CEMERLANG :)

Apa yang boleh dikatakan sebagai guru cemerlang? banyak yg dapat kita baca tentang ciri-ciri guru cemerlang yang dikongsikan oleh rakan2 sepengajian seperti di atas.

Memetik drpd komen saudari fazilah, "Guru cemerlang adalah guru yang berkualiti dan bagi Malaysia pula, guru cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek. Sahsiah guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu atau insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara", suka untuk saya 'hglight'kn tntang guru cmerlang adalh guru yg berjaya melahirkan pelajar yang seimbang baik dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek. sebenarnya bagi mencakupi aspek2 ini bukan suatu perkra yg mudah ini kerana sesetangah berpendapat bahwa guru biasanya mengajar hanya dapt fokus aspek tertentu sahaja. Misalan, guru agama lebih kpada aspek rohani, guru PJ lebih berfokuskan jsmani, guru IT, sains & sbgainya menjurus ke arah insan yg intelektual.. Ini scara langsungnya menjadikan seseorg guru itu 'cmerlang' yg kurang cemerlang..maka bagi menjadi guru cemerlang, seharusnya seorang guru itu berusaha menerapkan aspek2 tersebut mencakupi kesemua aspek2 yg diterapkankan kerana ianya berkaitan antara 1 sama lain.. Andainya individu yang dilahirkan itu hanya berteraskan aspek intelek tanpa rohani, dirisaukan keintelektualannya itu didasari kearah yang brtentangan dngan agama & hnya merosakan ilmu yg dplajarinya. juga seandainya insan yang jsmaninya baik akan ttapi krg dri segi emosi, kmungkinan kekuatn & ksihatan jsmaninya itu tidak memberi faedah kpada dirinya dan org sekeliling kerana sikap panas baran, tidak empati dengan masyarakat skliling dan sebgainya.. oleh itu, dalam PdP perlu ditekankan dan dicantumkan unsur-unsur JERIS ini.

Last but not least, guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat (jangan sekularkan sistem pendidikan) agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu atau insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Waallahu'alam..


Date 18/10/2013
By Intan Munirah binti Mohd Nordin
Subject Re: ASPEK GURU CEMERLANG :)

Subhanallah..setuju dengan sedari Masitah..Syukron. :)

Date 17/10/2013
By Fathi Hakimi
Subject "Ciri-Ciri Guru Cemerlang"

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
Nilai kendiri yang positif
Berakhlak mulia
Adil
Bertimbang rasa
Amanah
Bertanggung jawab
Kreatif
Inovatif
Kemas
Sikap sedia berkongsi
Bersikap terbuka
Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
Mengamalkan budaya ilmu
Berkebolehan menyelesaikan masalah
Membuat keputusan yang rasional serta objektif
Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Date 17/10/2013
By Rusila Farhana Bt Muhamad
Subject Ciri-ciri Guru Cemerlang

Guru cemerlang adalah guru yang berkualiti dan bagi Malaysia pula, guru cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek. Sahsiah guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu/insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Marzita (2003) dalam rencananya menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran. Selaras dengan itu, segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Seperti mana yang dinyatakan dalam Tema Guru 2003 iaitu ‘Guru Berkualiti Inspirasi Negara’. Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang serta mampu melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah negara. Justeru, untuk melahirkan guru berkualiti mestilah wujud daripada PPG yang cemerlang.

Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002) pula, guru cemerlang menunjukkan ciri-ciri seperti:
• Komitmen profesional yang tinggi.
• Pakar dalam semua bidang, sedia berkonsi pengalaman
• Kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek.
• Kebolehan mengurus pelajar.
• Boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
• Mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya.
• Menunjukkan komitmen yang tinggi.

Seorang guru cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Pendeknya, ciri-ciri berkualiti tersebut adalah seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan menggunakan kaedah terkini. Sebagai contoh, guru tersebut hendaklah celek komputer, peka terhadap cara penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (pernah mengambil kursus teknologi pendidikan). Guru tersebut juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti sikap penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai, dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Ini termasuk masalah keluarga pelajar.

Bagi mendapat ciri-ciri berkualiti ini, pendidik/guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar dengan ilmu yang cetek iaitu hanya daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik puas.


Sumber:
Program Pendidikan Guru Teknik Dan Vokasional Yang Cemerlang
Oleh Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othman
Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

Date 17/10/2013
By Nurulhuda Ariff
Subject Sahsiah Seorang Guru yang Cemerlang: 7 Elemen

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;

1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Date 17/10/2013
By Intan Munirah binti Mohd Nordin
Subject Guru Cemerlang : Menghayati Kehidupan Beragama

Bismillah..

Melalui hasil dapatan kajian semasa melaksanakan tugasan PIM3111, antara salah satu Sahsiah Guru Cemerlang yang seharusnya ditonjolkan dalam kehidupan kita ialah :

Menghayati Kehidupan Beragama

Ibn Khaldun menyatakan seseorang yang tidak dapat memperbaiki kebiasaannya dan tidak menggunakan agama untuk memperbaiki dirinya akan mendorong sifat kejahatan mempengaruhi dirinya.

Guru sebagai pendidik seharusnya dapat memperbaiki dirinya dengan menghayati kehidupan beragama. Hanya dengan kesedaran beragama dan kemahuan mengubah cara hidup yang lebih baik akan dapat memberi kekuatan membina hubungan yang boleh mempengaruhi kebaikan dalam persekitaran hidupnya.

Guru yang dapat menjadikan dirinya 'role model’ boleh mendorong warga sekolah khususnya rakan guru dan para pelajar untuk berkongsi berbuat kebajikan. 'Role model’ memainkan peranan yang besar mewujudkan budaya yang menggambarkan cara hidup Islam kepada warga sekolah. Sidek Baba (2009) menjelaskan qudwah (ikutan) merupakan faktor penting yang boleh memberi kesan terhadap pembentukan minda dan sahsiah pelajar.

Guru yang dapat menghayati hidup beragama akan sentiasa mencari redha Allah dalam setiap perbuatannya, perkataannya dan niat amalannya. Dorongan ini akan merasai hubungan jiwanya „dekat‟ dengan Allah. Penghayatan hidup beragama merupakan gambaran seseorang yang dapat menjelmakan kememimpinan rabbani dalam diri dan berkeupayaan membimbing orang lain melakukan gerakerja secara profesional mengikut landasan yang diredhai Allah S.W.T.

Kecenderungan, pergaulan, dan juga amal perbuatannya adalah kerana didorong oleh pertimbangan ketuhanan yang seiring dengan jalan hidup beragama. Apa sahaja kemahuan yang dipengaruhi nafsu, pandangan dan pemikiran yang dipengaruhi akal sedarnya dapat diseimbangkan dengan tuntutan hidup beragama.

Akhirnya, seseorang akan merasai hati budinya yang memimpin dan mempengaruhi kecenderungan, pilihan, keputusan, amal perbuatan, dan pergaulannya seiring dengan ajaran agama. Apabila kehendak nafsu dan akal telah dapat diseimbangkan dengan peraturan agama, hati merupakan unsur penentu dan penunjuk jalan kehidupan seseorang.

Pada tahap ini, jiwa yang cenderung hidup beragama telah kembali kepada fitrah menuju jalan mengenal Tuhan atau jiwa berTuhan.

Wallahua'lam. :)

Date 17/10/2013
By Masitah Binti Mohamed Khasim
Subject Re: Guru Cemerlang : Menghayati Kehidupan Beragama

sangat bersetuju..

"Jadilah orang yang beragama, bukan orang agama"
-SOLUSI-

Ada bezanya :)

Date 17/10/2013
By Nurulhuda Ariff
Subject Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani

Bismillah.

Menarik perkongsian yang telah diberikan oleh sahabat-sahabat. Disini saya mengambil peluang utk kongsikan apa yang telah saya temui hasil dari bacaan saya di salah satu blog sebuah sekolah :)

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani untuk membentuk ketrampilan seorang guru muslim cemerlang haruslah mempunyai ciri-ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah
1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak
1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental
1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan
1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal
1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih

*Moga bermanfaat utk kita semua. InshaAllah :)

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode