MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5 : Bincangkan sahsiah dan ketrampilan sebagai guru cemerlang

Topic: Diskusi 5

Date 17/10/2013
By Intan Munirah binti Mohd Nordin
Subject Re: Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani

Insyaallah..moga bermanfaat. Syukron Ustazah Huda atas perkongsian. ^^

Date 17/10/2013
By Nurulhuda Ariff
Subject Re: Re: Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani

InshaAllah Intan :)

Mohon perhatian. Post Huda sama dgn yang saudara Nazir post sebelum ini. Mohon maaf atas segala kekhilafan ;) =D

Date 17/10/2013
By Masitah Binti Mohamed Khasim
Subject Re: Re: Re: Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani

sama guru, mungkin sama ilmunya.. btw, nice sharing :)

Date 17/10/2013
By Mohamad Nazir Bin Azlan
Subject Sifat & Ciri Seorang Guru Muslim (Oleh As Syaibani Omar Muhamad al-Tourmy, Sarjana Pendidikan Islam)

Assalam. Berikut adalah serba sedikit coretan saya di dalam tugasan kerja kursus yang telah dihantar baru2 ini. :)

Di antara sarjana pendidikan Islam terkemuka ialah As Syaibani Omar Muhamad al-Tourmy (1979). Beliau telah menggariskan sifat dan ciri seorang guru muslim seperti berikut:

(a) Sifat Rohaniah
1. Keimanan yang kental kepada Allah yang Maha sempurna.
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul.
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

(b) Sifat-sifat Akhlak
1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Pemaaf dan tolenrasi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah.

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani
i.-Sifat Mental
1. Cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata murid dan takhasus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah dan ilmiah yang sihat
5. Mengenai ciri, watak, kecendungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii.-Sifat Kejiwaan
1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii.-Sifat Fizikal
1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih.

Moga bermanfaat. Wassalam :)

Date 17/10/2013
By Norfazilah binti Shariff
Subject Ciri-ciri Guru Cemerlang

Assalamualaikum..

Guru cemerlang adalah guru yang berkualiti dan bagi Malaysia pula, guru cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek. Sahsiah guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu atau insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Marzita (2003) dalam rencananya menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran. Selaras dengan itu, segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Seperti mana yang dinyatakan dalam Tema Guru 2003 iaitu ‘Guru Berkualiti Inspirasi Negara’. Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang serta mampu melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah negara. Justeru, untuk melahirkan guru berkualiti mestilah wujud daripada PPG yang cemerlang.

Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002) pula, guru cemerlang menunjukkan ciri-ciri seperti :
• Komitmen profesional yang tinggi.
• Pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi pengalaman.
• Kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek.
• Kebolehan mengurus pelajar.
• Boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
• Mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya.
• Menunjukkan komitmen yang tinggi.

Seorang guru cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjuk arah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Pendeknya, ciri-ciri berkualiti tersebut adalah seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan menggunakan kaedah terkini. Sebagai contoh, guru tersebut hendaklah celik komputer, peka terhadap cara penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (pernah mengambil kursus teknologi pendidikan). Guru tersebut juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti sikap penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai, dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Ini termasuk masalah keluarga pelajar.

Bagi mendapat ciri-ciri berkualiti ini, pendidik atau guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar dengan ilmu yang cetek iaitu hanya daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran akan menjadi lebih menarik puas.

Date 17/10/2013
By Amirah Tarmizi
Subject Guru BITARA

Assalamualaikum...

BITARA bermaksud memiliki ciri-ciri unik, unggul, tiada tolok bandingnya serta lain dari yang lain. Terdapat 6 nilai yang boleh membentuk personaliti Guru BITARA iaitu intergriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Pada perbincangan ini, saya hanya akan memfokuskan pada nilai kreatif dan inovatif. =D

1) Kreatif:
Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea-idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

2) Inovatif:
Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid-murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah memilih dan mengaplikasikan media pengajaran untuk membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik.

Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan

Date 17/10/2013
By Intan Munirah binti Mohd Nordin
Subject Re: Guru BITARA

Menarik..saya suka membaca perkongsian amirah.Teruskan usaha anda. Kongsikan lagi tentang guru BITARA ni ya. Syukron. :)

Date 17/10/2013
By Nurulhuda Ariff
Subject Re: Re: Guru BITARA

Setuju dgn Intan Munirah, saya juga begitu tertarik dengan ulasan saudari Amirah. Pertama kali saya terdengar istilah Guru Bitara. Syukran kathir Amirah di atas perkongsian yg cukup bermanfaat :) :) :)

Date 17/10/2013
By Intan Munirah binti Mohd Nordin
Subject Re: Re: Re: Guru BITARA

Masyaallah.semoga kita menjadi seorang guru yang cemerlang.Nurulhuda dan Amirah calon guru BITARA insyaallah. ^^

Date 17/10/2013
By Shamil Azwan Bin Sahari
Subject Ciri-ciri Guru Pendidikan Islam Yang Cemerlang

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM YANG CEMERLANG

1) Mempunyai pengetahuan mendalam terhadap bidang pengajaran Pendidikan Islam

- Murid-murid mudah dipengaruhi dengan pelbagai bentuk persoalan agama yang memerlukan penjelasan oleh guru pendidikan Islam contohnya dalam bab akidah, guru perlu mempunyai kemahiran untuk menanamkan kepercayaan Wujud Allah dalam diri murid.

2) Memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya seorang guru

- Beban tugasan kerja yang banyak yang harus dipikul oleh guru pendidikan Islam pada hari ini tidak seperti beberapa tahun lalu meminta mereka bijak dalam membahagikan masa dan tenaga untuk mendidik murid di sekolah. Hal rumahtangga tidak seharusnya dicampur dengan urusan pekerjaan.

3) Sentiasa membuat penambahbaikan ilmu dan kemahiran

- Guru pendidikan Islam yang cemerlang tidak leka daripada muhasabah diri dengan tahap pencapaian kemahiran mengajar mereka di sekolah serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini isu-isu semasa.

4) Menjadi ‘role model’ kepada murid-murid di sekolah

- Guru perlu menjaga tingkah laku dan personaliti diri sebagai ikutan kepada murid-murid di sekolah. Guru cemerlang juga adalah yang mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.

5) Tanam niat dan minat mendalam sebelum masuk ke kelas untuk mengajar anak murid



6) Pastikan ada suasana “guru mengajar murid belajar”

- Guru perlu memastikan suasana “guru mengajar murid belajar” wujud dalam pembelajaran dan pengajaran kerana terkadang guru ‘lupa’ bahawa mereka bertugas untuk mengajar sehingga ada yang membiarkan sahaja anak murid mereka belajar sendiri atau hanya mengajar tanpa memastikan murid benar-benar faham tentang pelajaran.

7) Mempelbagaikan kaedah pengajaran

- Kaedah pengajaran yang pelbagai adalah untuk pembelajaran lebih menarik dan mengelakkan rasa bosan di kalangan pelajar.

Contoh : dalam pengajaran akhlak (adab terhadap jiran), selain pengajaran lisan, guru boleh menayangkan video atau melakukan simulasi di dalam kelas situasi beradab dengan jiran.

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode