Date | 04/11/2013 |
By | Noor Zalina Bt Hamzah |
Subject | PIM 3110 |
Pengukuran: Menentukan kuantiti keberkesanan pengajaran guru.
Pengujian: Teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku.
Pentaksiran: Proses membuat penilaian yang lebih mendalam dalam satu-satu bidang.
Penilaian: Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
—————
Date | 04/11/2013 |
By | Norhashimah Bt Hashim |
Subject | PIM 3110 |
Pengukuran: Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
Pentaksiran: Proses membuat penilaian yang lebih mendalam dalam satu-satu bidang.
Pengujian: Teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
Penilaian: Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuatitatif dan kualitatif.
—————
Date | 03/11/2013 |
By | MONA BT MANSOR |
Subject | PIM3110 |
Fokus.
Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran.
Penilaian pula adalah berdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak
USTAZ SORRY..
SAYA DAH TERSALAH MASUK RUANGAN REPLY TADI
—————
Date | 03/11/2013 |
By | MONA BT MANSOR |
Subject | PIM3110 |
Hasil.
Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran.
Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur
Pengukuran menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.
—————
Date | 23/10/2013 |
By | NORMA BINTI MOHD ISHAK |
Subject | PIM 3110 |
1)Bandingkan istilah pengukuran , pentaksiran dan penilaian .
Pengukuran ialah proses atau system yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda , perkara atau keadaan dan biasanya dinyatakan dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran berkaitan .
Pentaksiran pula membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan pelajar dalam penguasaan pembelajaran sebaliknya penilaian pula sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang saling bertindak balas antara satu sama lain bagi mencapai matlamat yang dikenalpasti bertujuanmemberikan maklumat tentang pencapaian pelajar, objektif pelajaran , mengajar dan kurikulum .
—————
Date | 03/11/2013 |
By | MONA BT MANSOR |
Subject | Re: PIM 3110 |
Hasil.
Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran.
Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur
Pengukuran menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.
—————
Date | 03/11/2013 |
By | MONA BT MANSOR |
Subject | Re: Re: PIM 3110 |
Fokus.
Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran.
Penilaian pula adalah berdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak
—————
Date | 16/10/2013 |
By | KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ZAIN |
Subject | PIM3110 |
PEGUJIAN : SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU SESEORANG INDIVIDU.
PENGUKURAN:SISTEM YANG DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI KUANTITATIF SUATU PERKARA.
PENILAIAN: SATU SISTEM YANG MELIBATKAN AKTIVITI MENGUMPUL MAKLUMAT BERKAITAN STRATEGI DAN AKTIVITI PdP UNTUK DIBUAT ANALISIS TINDAKAN
—————
Date | 13/10/2013 |
By | Tengku Asiah |
Subject | PIM 3110 |
Alhamdulillah segala ilmu yang diperolehi dalam tutorial 1 hingga 5 telah dapat memantapkan kita dengan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
PENGUJIAN : Satu proses yang sistematik untuk mengukur perubahan
tingkahlaku murid.
PENGUKURAN : Proses mengukur pencapaian murid dengan menggunakan
kertas ujian @ peperiksaan.
PENILAIAN : Proses mendapatkan maklumat agar dapat ditentukan
kedudukan murid mengikut pencapaian dan dibuat
pengubahsuaian dlm pdp.
PENTAKSIRAN : Ia merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberikan skor (markah) dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid.
APA YANG PENTING SEMUANYA BERTUJUAN MENGESAN PENCAPAIN MURID DALAM PDP.
—————
Date | 09/10/2013 |
By | ROHANA HASSAN |
Subject | PIM3110 |
Assalamualaikum...Sedikit perkongsian ilmu..
Pengukuran - proses utk mendapatkan maklumat dgn menggunakan satu intrumen atau alat pengukuran seperti ujian
Pentaksiran - proses utk mendapatkan maklumat tentang prestasi pembelajaran murid dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Pengujian - satu cara yg sistematik utk menentukan prestasi atau peningkatan pencapaian seseorang murid
Penilaian - Proses mendapatkan maklumat secara bersistem tentang pencapaian murid dan guru dpt membuat rumusan yg tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran