MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 1 :Istilah-istilah berikut mempunyai maksud yang hampir sama. Beza dan bandingkan isitilah-istilah berikut dari sudut fokus utama penggunaannya dalam konteks penilaian P&P;

    1. Pengukuran

    2. Pentaksiran

    3. Pengujian, dan

    4. Penilaian

Topic: Diskusi 1

Date 07/10/2013
By sharifah nadzifah @ sh. safaa bt syed noh
Subject diskusi 1

pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran terdapat perbezaan dari segi takrif dan ciri-cirinya. Namun begitu keempat-empat bahagian ini adalah saling bantu membantu dalam proses pdp.

Date 06/10/2013
By Norhashimah bt Said
Subject PIM3110

Assalamualaikum.
pengukuran- proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai.
Pentaksiran = pengukuran + penilaian
pengujian- satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau pencapaian murid dalam sesuatu bidang.
Penilaian- merangkumi tugas menguji dan mengukur.
contoh :
menguji -murid menduduki ujian bertulis
mengukur- murid diberi markah 75% dan Gred B
menilai- murid diberitahu bahawa usahanya baik

Date 05/10/2013
By NORAINI BINTI OMAR
Subject Pim 3110

pengujian-alat untuk mengukur
pengukran-merangkumi segala aspek pengujian
penilaian-mengandungi aspek-aspekpengujian dan pengukuran

Date 03/10/2013
By SYAKIRAH SAIDIN
Subject PIM3110

Assalamualaikum.....
✎ Pengukuran ialah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
✎ Pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
✎ Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuannya ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan ataupun bertulis.
✎ Penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Date 23/09/2013
By Hazifah Bt. Zakaria
Subject pim 110

1.Pengujian ialah teknik untuk mendapatkan matlamat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
2.Pengukuran ialah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda ,perkara atau keadaan.
3.Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran .

Date 11/09/2013
By Haris bin Ghazali
Subject PIM3110

Salam,terima kasih atas perkongsian kawan-kawan,moga menjadi manfaat untuk semua.

Date 26/08/2013
By Noor Hasimah bt Mat Arshad
Subject PIM3110

Salam.
Pengukuran & Pentaksiran ialah satu proses untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan gred pelajar.
Pengujian pula ialah alat untuk mengukur perubahan tingkah laku melalui pemerhatian,ujian lisan & bertulis.
Manakala Penilaian ialah proses menentukan perubahan tingkah laku &membuat pertimbangan nilai gred berdasarkan teknik perangkaan.

Date 25/08/2013
By SALMI ABDULLAH
Subject PIM3110

Berbanyak-banyak t.kasih diatas perkongsian ini.
Pengujian: 1 alat/bhn yg digunakan bgi mengukur & memerlukn tindkbalas
bertujuan mengesan masalah yg dihdapi murid
Pngukuran: mengukur tahap pencapaian murid & thp kberksanan pngajran
mgunakan bhn sprt ujian dll .btujuan mngesan kemajuan yg
dicapai
Penilaian: Menentukan,mendapatkn maklumat utk membuat pertimbangan
selepas proses sistematik yg telah dlakukan
sebarang kesilapan : harap mendpt komen dri rakan2

Date 24/08/2013
By NOORAISHAH BT.WAN CHIK
Subject PIM 3101

Mengikut pemahaman saya, terdapat perbezaan di antara :
PENGUJIAN -teknik mengukur perubahan tingkah laku individu.
PENGUKURAN - proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu.
PENILAIAN- proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.

Date 25/08/2013
By zarina abdul kadir
Subject Re: PIM 3110

assalamualaikum.
-pengujian adalah satu teknik untuk mendapat matlamat utk perubahan tingkah laku
- pengukuran utk mentu nilai kuantitatif yg ada unit angka tertentu.
- penilaian merupakan aktiviti pengumpulan maklumat .
setakat ini Pentaksiran blm lg dapat saya perincikan lagi..

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode