MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 1 :Istilah-istilah berikut mempunyai maksud yang hampir sama. Beza dan bandingkan isitilah-istilah berikut dari sudut fokus utama penggunaannya dalam konteks penilaian P&P;

    1. Pengukuran

    2. Pentaksiran

    3. Pengujian, dan

    4. Penilaian

Topic: Diskusi 1

Date 24/08/2013
By Rohayani bt Abu Bakar
Subject diskusi 1

Pada pendapat saya pengukuran dan pentaksiranadalah perkara yang sama. bagaimana pula pendapat ustaz dan rakan2.

Date 24/08/2013
By Khamariah Azizan
Subject diskusi 1

jawapan dan perkongsian yang saya perolehi daripada rakan rakan sekuliah amat membantu saya dalam memahami persoalan persoalan yang dikemukakan oleh pensyarah. konsep pengukuran, pengujian dan penilaian sebenarnya sesuatu yang saling berhubung kait antara satu sama lain. diharap dengan perkongsian ini akan membawa manfaat untuk kita bersama. Insyaallah....

Date 23/08/2013
By HALIMATUN BT MUSA
Subject PIM3110

Assalamualaikum & selamat hari raya kepada rakan-rakan PPG.Saya ingin berkongsi ilmu bersama rakan - rakan . Pengukuran adalah dirujukkan kpd penyelidikan @ pemerhatian yg dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan kepada sesuatu pertanyaan.Pengukuran biasanya menggunakan alat pengukuran yang berkaitan sprt ujian,soal selidik, senarai semak dll.
Pentaksiran ialah satu episod dalam proses pembelajaran yg merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul,merekod, memberi skot dan menginterpretasi maklumat tentang hasilpembelajaran seorang pelajar.
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian drpd aspek tingkah laku seorang individu trhadap pembelajarannya.Penilaian pula satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yng seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Date 23/08/2013
By Ahlam Binti Othman
Subject Re: PIM3110

Assalamualaikum...
Saya amat bersetuju dengan rakan-rakan ppg berkaitan 4p .Kesemuanya adalah penting yang perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seperti yang saya jelaskan tadi,4p mempunyai kaitan antara satu dengan lain.Penting bagi menjayakan objektif bagi tajuk-tajuk yang diajar.Wassalam.

Date 29/09/2013
By Noraini binti omar
Subject Re: Re: PIM3110

pengujian:1.Alat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku
pengukuran:1.menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran
penilaian:1.proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai
kena beza betul-betul

Date 19/08/2013
By Admin
Subject Respon rakan-rakan

Mohon rakan2 yg belum menyumbang idea dapat turut serta dalam discusion ni, Dicadangkan, beri fokus kpd point utama, ringkas dan padat...supaya mudah ingat....n TQ

Date 23/08/2013
By Ahlam Binti Othman
Subject Re: Respon rakan-rakan

Terima kasih atas perkongsian ini.
1.Pengujian-adalah 1 set piawai soalan/tugasan yang memerlukan tindak
balas murid.
Tujuan-kesan pncapaian /kemajuan/masalah murid.
2.Pengukuran-proses dapatkan penjelasan/disukat menggunakan alat.
Tujuan-kesan hasil pembelajaran yg telah dicapai/jenis2
kemahiran/kesan kemajuan/kesan jenis masalah.
3.Penilaian-proses sistematik untuk kumpul,analisis dan intepretasi
perubahan tingkahlaku.
Tujuan-kesan perkembangan/kenalpasti kekuatan dan kelemahan
jlnkan tindakan susulan yang sesuai.

Date 14/08/2013
By Norazalina Bt.Mat Zen
Subject Re:PIM 3110

Salam,Diantara ketiga-tiganya penilaian merupakan konsep yang paling luas.Dengan ketiga-tiga konsep ini guru dapat mengesan perkembangan murid dan mengenal pasti keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.Secara tidak langsung boleh merancang atau merubah proses p&p untuk lebih menarik.

Date 13/08/2013
By JORIYAH BT AHMAD
Subject PIM 3110

ASSALAMUALAIKUM....

Satu perkongsian ilmu untuk sahabat-sahabat seperjuangan.

PENGUKURAN
Pengukuran ialah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Ia juga merupakan satu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran dan keberkesanan yang berjaya dihasilkan.

PENTAKSIRAN
Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid.

PENGUJIAN
Pengujian ialah satu teknik untuk mendapatkan maklumat perubahan tingkah laku seseorang individu.Ia merupakan alat pengukur untuk mendapatkan maklumat pencapaian pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor atau afektif.

PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan.

Date 19/08/2013
By Admin
Subject Re: PIM 3110

Good answer n sharing with all colleqeu

 

© 2014 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode